Thursday, January 26, 2012

Motivasi: Generasi Yang Bercita-cita Tinggi

Kata pepatah, jika takutkan ombak jangan berumah di tepi pantai. Jika sering memberi alasan untuk mengejar kejayaan, jangan pernah bermimpi untuk berjaya. Orang yang memiliki cita-cita tinggi petanda pada dirinya miliki matlamat kehidupan. Maka dia akan berusaha yang terbaik, gigih dan tidak mengenal penat lelah berusaha mengejar kejayaan.

Di sebuah ladang yang subur, terdapat 2 batas tanaman yang terhampar. Batas yang pertama berkata, “Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku sangat dalam di tanah ini, dan menjulangkan tunas-tunasku di atas kerasnya tanah ini. Aku ingin menjulangkan semua tunasku agar terjelma indah. Aku ingin merasakan kehangatan matahari, serta kelembutan embun pagi di pucuk-pucuk daunku.”

Dan batas yang pertama inipun tumbuh, makin menjulang.

Batas yang kedua bergumam. “Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu, apa yang akan kutemui di bawah sana. Bukankah disana sangat gelap? Dan jika kujulangkan tunasku keatas, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang? Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput-siput cuba untuk memakannya? Dan pasti, jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak! Lebih baik jika aku menunggu sahaja.”

Dan batas itupun menunggu, dalam kesendirian.

Beberapa bulan kemudian, seekor ayam menghampiri batas yang kedua tadi, mengakisnya dan memakannya segera.

Kedua batas itu berada di dalam ladang yang sama, tetapi menerima nasib yang berbeza. Begitulah juga kita dalam kehidupan, mengapa di dalam kelas yang sama, ada pelajar yang berjaya dan mendepani kita. Dan dalam kelas yang sama, ada yang suka berada di kelompok cukup makan bahkan berada di ambang kegagalan, sedangkan mereka berada di dalam kelas yang sama dan di ajar oleh guru yang sama.

Sedari atau tidak, kita kerap terbuai dengan alasan-alasan untuk tidak mahu melangkah, tidak mahu mengurus kehidupan kita dengan yang terbaik, sebaliknya kita sering sempele dan semborono dalam mengurus kehidupan. Untuk berjaya dan beroleh kebahagiaan, kita harus memilih untuk mengharungi jalan-jalan kejayaan dan kebahagiaan. Itulah pilihan untuk kita, maka hadapilah dengan gigih. Tetapi kalau kita memilih kehidupan yang semborono dan membosankan, maka kita akan pilih dan lalu jalan-jalan yang mudah, jalan semborono dan membosankan. Kita tidak mahu menempuh jalan yang sukar, mencabar dan memenatkan. Dirinya takut untuk berubah, enggan mengambil risiko, sering berfikiran negatif dan sering mencari-cari alasan.Maka dia akan kecapi kehidupan yang membosankan dan menjemukan. Ibnu Qayyim RA mengatakan, “Jiwa yang terbelenggu itu laksana burung dalam sangkar. Burung yang disiapkan untuk penetasan itu tidak sama seperti burung yang disiapkan untuk berlumba kepantasan.”

Generasi seperti inilah yang menjadi kebimbangan kita. Generasi yang tidak memiliki cita-cita dan semangat yang tinggi. Generasi yang berserah kepada keadaan dan lebih suka memilih jalan yang mudah dan menyenangkan. Apabila generasi anak muda kita memiliki cita-cita yang rendah, bererti ia memilih kehinaan, kenistaan dan kekerdilan. Cita-cita yang rendah adalah pangkal penyakit yang bermaharajalela di tengah-tengan umat Islam, generasi yang mengalami krisis jatidiri, kering idea cemerlang, tidak ghairah dengan kekayaan ilmu, pemalas, tidak kuat pendirian, mudah terikut-ikut dengan hasutan kerosakan dan sering pasrah terhadap keadaan. Jika ini generasi yang dimiliki oleh ummat, niscaya umat akan menerima akibatnya.

Kita tidak ada pilihan. Kita perlu menyeru dan membangkitkan generasi muda kita dengan seruan kebenaran. Kebenaran yang mengajak generasi kita untuk menjadi mulia. Buat anak muda yang berjiwa besar dan yang memiliki cita-cita mulia, teruslah kobarkan semangatmu. Sesungguhnya orang yang bersemangat adalah orang yang mencari kemuliaan di sisi Allah. Bukan mencari kesenangan atau kekayaan atau populariti atau kekuasaan yang sementara. Semua ini asbab yang kerdil. Sebaliknya, berusahalah yang terbaik sebagai tanda rasa syukur kita kepada Allah yang memberi kita kekuatan dan keredhaan-Nya. Semangat kita dan kesungguhan kita menggamit sehingga ke pintu syurga Ilahi. Inilah tekad usahanya.

Generasi yang bersemangat dan memiliki cita-cita tinggi tidak akan mahu berkrompomi dengan sesuatu yang rendah dan hina. Melainkan dengan sesuatu yang tinggi dan mulia. Al-Barudi mengatakan”

“Naiklah ke puncak kemuliaan, laksana seekor helang yang hanya mahu hinggap di puncak gunung. Tinggalkan sesuatu yang hina demi sesuatu yang mulia. Mari kita harungi samudera yang luas dan dalam. Lalu kita tinggalkan anak sungai yang dangkal.”

Generasi yang sedia berlari kencang akan memperoleh keinginannya sementara orang yang beralasan dan bermalasan hanya mampu pasrah pada keadaan.

Sesungguhnya generasi yang bercita-cita tinggi adalah manusia yang penuh rasa optimis (yakin) pada diri dan usahanya. Namun dia tetap sedar bahawa tidak ada daya serta kekuatan sama sekali tanpa pertolongan Allah SWT. Baginya tidak ada yang mustahil. Berkat pertolongan Allah SWT dia akan berusaha keras mewujudkan setiap perancangannya. Dan dengan bertawakal kepada Allah, dia akan menghadapi pelbagai gelombang kehidupan yang sulit tanpa terpengaruh oleh apa pun.

Jadilah kamu generasi yang kakinya di atas tanah, tetapi cita-citanya tergantung pada bintang. Jika ia mendaki langit, adalah aib yang jelek kalau ia merasa puas berada di bumi!

Ketahuilah, pada hakikatnya hidup ini adalah perjuangan. Dan kita berada di medan pacuan, jester teruslah berpacu. Jangan terus menerus malas. Orang yang gagal kerana ia malas dan suka memberi alasan. Sebaliknya orang yang berjaya adalah kerana ia mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Maka berusahalah yang terbaik!

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah