Sunday, September 19, 2010

Kenali Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain - Murabbi Mithali

Ustaz Dahlan @ Dahaman Mohd Zain .Gambar ketika muda


Mengenali lebih mendalam secara ringkas, Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain.


Gambar ketika di Iraq

Bersama rakan-rakannya ketika menuntut di Universiti Iraq

Gambar ketika Graduasi Universiti Baghdad tahun 1968


Semasa tingkatan 2 dulu, (tahun 1999) Ustaz pernah menceritakan kisah perjalanan beliau menuntut ilmu dalam bahasa Arab. Walaupun faham sedikit sahaja, dan saya minta seorang senior tolong terjemahkan, saya dapati kisah Ustaz penuh dengan kesabaran, ketabahan dan semangat juang yang tinggi dalam perjuangan untuk mendapat ilmu. Terpegun saya.

Gambar bersama teman-teman pendidik di Al-Masyhur Pulau Pinang

Di Pejabat Mudir ( Pengetua) Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz sendiri. Beliau mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam semangatnya menubuhkan MATRI. Selalu Ustaz menyebut : “ Hajat Ustaz, agar para pelajar MATRI suatu masa nanti menjadi pekerja dan pendokong Islam yang iltizam dan istiqamah.InsyaAllah”

Bergambar bersama Murabbi-murabbi MATRI tahun 2002
Bersama Ahli-Ahli Majlis Agam Islam Negeri Perlis


Majlis Penyampaian Hadiah dan kecemerlangan pelajar tahun 2003



Kata-kata Dato' Mudir yang tidak saya lupa ialah dalam soal tarbiyah : " Kita kena proses diri, dan proses diri. Proses dan terus proses sehingga ia menjadi malaqah ( darah daging) kita."

" Beliau adalah seorang pendidik, seorang ayah, seorang sahabat, seorang murabbi, seorang pejuang, dan seorang qudwah kepada anak-anak didiknya." Syukran Ustaz atas didikan ustaz terhadap saya dan sahabat-sahabat yang lain.

Bagi saya Ustaz, bukan sahaja seorang pendidik sahaja, bah seorang pejuang. Beliau berjuang untuk mendidik anak bangsanya untuk menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Islam itu perlu dioperasikan di dalam kehidupan setiap detik dan ketika.

Gambar Ihsan dari blog Ustaz Ali Irfan Jamaludin (brohamzah.blogspot.com)

3 comments:

  1. alfatihah untuk arwah dan takziah di ucapkan pada kuluarga..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

    ReplyDelete
  2. الفاتحة
    Semoga ruhnya dicucuri rahmah Allah s.w.t., telah lama saya tidak menemui beliau ... kami berjumpa ketika tahun 1970an dulu ketika muktamar ABIM Pusat. Us Dahlan bersama 40 orang wakil ABIM Perlis yang begitu konsisten hadir dengan jumlah seramai itu apabila menghadiri setiap tahun muktamar ABIM Pusat ...

    Us Kamaruddin Kassim
    Penyelaras UNGGAS & LANDAS

    ReplyDelete
  3. terjemahan islam ada pada dirinya dan terserlah pada syakhsiah dan perjuangannya.

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah