"Apakah kau akan meninggalkan kami?” sang isteri itu bertanya pada suaminya. Yang ditanya hanya diam menunduk. Ia tidak menjawab. Wajahnya begitu sayu.
“Apakah ini perintah Allah?” sang isteri itu mengganti pertanyaannya. Sang suami menggenggam tangan isterinya itu dan mengangguk perlanan.
“Jika ini perintah Allah, maka Ia sedikitpun tidak akan mensia-siakan kami!” ujar wanita luarbiasa itu, Siti Hajar, dengan yakin dan membiarkan suaminya, Ibrahim, berlalu meninggalkan dirinya dan putera mereka Ismail di padang pasir yang begitu terik, tandus, dan tidak berpenghuni.
Ketika si kecil menangis kerana kehausan, Siti Hajar itu mulai panik. Ia berlari menaiki dan menuruni bukit Safa dan Marwah tanpa memperdulikan kakinya yang mungkin telah lepuh kepanasan dan tekaknya yang terlalu kering. Berkali-kali ia bolak-balik berjalan di antara dua bukit itu. Akal sihatnya mengatakan bahawa tidak mungkin ada air di situ. Dia sedar sepenuhnya, berapa kali pun ia berjalan ia tidak akan menemukan air. Akan tetapi ia ingin menunjukkan kepada Allah SWT kesungguhannya, kegigihannya dalam berjuang. Siti Hajar percaya pada apa yang diyakininya, bahawa Allah sedikitpun tidak akan mensia-siakan mereka.
Kesungguhannya berbuah kenikmatan yang luar biasa. Pada perjalanan berulang-aliknya yang ketujuh, Allah mengurniakannya air berhampiran kaki puteranya. Munculnya air zam-zam.
Inilah kisah abadi sepanjang zaman perjuangan yang luar biasa dari seorang wanita bernama Siti Hajar. Apa yang beliau lakukan ini diabadikan oleh Allah dalam salah satu rangkaian ibadah haji: sa’i.
Apa yang boleh kita belajar dari kisah ini? Pertama rukun kesungguhan adalah miliki keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Usaha tanpa batas dan tidak mengenal penat lelah adalah kuncinya. Setiap aktiviti kita yang disertai dengan kesungguhan pada dasarnya adalah pembuktian kebergantungan diri kita kepada Allah SWT.
Siti Hajar tahu bahawa ia tidak mungkin mendapatkan air di tengah-tengah gurun yang sedemikian tandus, namun ia menunjukkan pada Allah bahawa ia bersungguh-sungguh, dengan keyakinan penuh bahawa Allah akan memberikan kebaikan yang banyak bagi hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam berusaha. Siapa sangka, rezeki Allah itu kemudian datang dari arah yang tidak disangka-sangka.
Kedua, Siti Hajar mengajar kita bahawa setiap cita-cita semestinya mewujudkan ikhtiar dengan kesungguhan, bukan sekedar angan-angan. Pepatah Arab mengatakan Man jadda wa jadda, siapa yang bersungguh-sungguh, maka ia akan mendapatkan apa yang ia inginkan. Insya Allah..dengan izin Allah..tidak ada yang tidak mungkin. Kesungguhan dan keyakinan. Itu yang diajarkan Bonda Hajar pada kita untuk kita ambil sebagai energi untuk terus berupaya meraih cita-cita. Wallahu’alam.
Petikan artikel saya dari Majalah HALUAN Edisi 4/2011. Anda boleh dalaptkan keluaran majalah "Nyahlah Malas" dengan menghubungi Sdr Zulkarnain Zainuddin 0139544197
salam hijrah tuan Abu Ridhwan
ReplyDelete