Sunday, September 13, 2009

Kini kita berada di ambang 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Pada 10 hari terakhir ini terdapat fadhilat yang cukup besar lantaran salah satu daripada malamnya merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Al-Qadr (Lailatul-Qadr). Siapa yang mendirikan (qiyam) malam agung ini dengan penuh iman serta mengharapkan keampunan dan rahmat daripada Allah swt diampunkan dosa-dosanya (dosa kecil) yang terdahulu. Justeru itu Rasulullah saw amat mengambil berat dan memberi keutamaan kepada ibadah i’tikaf pada 10 hari terakhir ini.

I’tikaf adalah sunnah Rasulillah saw. Sayyidatuna A’ishah diriwayatkan pernah berkata,

“Adalah Rasulullah saw beri’tikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, kemudian isteri-isteri baginda terus beri’tikaf selepas ketiadaan baginda.”

Iltizamnya baginda saw melaksanakan sunnah i’tikaf ini sehingga baginda wafat menunjukkan betapa besarnya keutamaan dan kelebihan beri’tikaf pada 10 hari terakhir ini.
NAS-NAS BERHUBUNG I’TIKAF RASULILLAH SAW
Keutamaan I’tikaf dalam syari’at Islam ialah pada hari-hari yang khusus dalam bulan puasa iaitu pada 10 hari terakhir daripada bulan Ramadhan. Tiada riwayat yang menunjukkan bahawa Rasulullah saw beri’tikaf tanpa berpuasa pada siang harinya. Sayyidina A’ishah pernah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Tidak ada i’tikaf melainkan dengan puasa.”
(Riwayat Abu Dawud, AdDarqutni dan AlBaihaqi).

Pada setiap tahun Rasulullah saw beri’tikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Baginda tidak pernah meninggalkan ibadah i’tikaf ini kecuali pada satu tahun, dan baginda mengqadha’nya pada bulan Syawal. Diriwayatkan juga bahawa pada Ramadhan yang terakhir sebelum kewafatan baginda, Rasulullah saw beri’tikaf pada 20 hari terakhir daripada bulan tersebut.

Apabila Rasulullah saw bermaksud untuk beri’tikaf baginda memasuki tempat I’tikaf yang berupa khemah kecil yang didirikan di dalam Masjid Nabawi untuk baginda berkhalwah.

Semasa i’tikaf Nabi saw tidak memasuki rumah baginda melainkan untuk qodha’ hajat. Sekiranya ada dari kalangan ummahatul-mukminin yang ingin menziarahi baginda mereka boleh pergi menemui Nabi di dalam masjid. Kemudian Nabi akan menemani mereka pulang ke rumah mereka. Baginda tidak pulang bergaul dengan isteri-isteri baginda pada malam baginda beri’tikaf. Sekiranya baginda masuk ke rumah untuk qodha’ hajat baginda tidak menyibukkan diri dengan sesiapa pun. Ada ketikanya semasa pulang sebentar untuk qodha’ hajat, anggota isi rumah baginda sedang sakit namun baginda tidak mendekatinya dan tidak bertanya khabar tentang keadaannya kerana tidak mahu membatalkan i’tikaf.

I’TIKAF DARIPADA SEGI HUKUM SYARA’

I’tikaf pada istilah syara’ ialah menetap di rumah Allah dengan niat beribadah. Oleh itu i’tikaf disyaratkan supaya dilaksanakan di masjid.
Firman Allah swt:

وَأنتم عاكفون في المساجد (البقرة: 187)

Maksudnya, “Dan kamu beri’tikaf di masjid-masjid”

Para fuqoha’ berbeza pendapat tentang jenis masjid yang dibolehkan beri’tikaf seperti pandangan-pandangan berikut:

1) I’tikaf hanya dikhususkan kepada 3 masjid sahaja iaitu Masjid AlHaram, Masjid Nabawi dan Masjid AlAqsa. Pendapat ini bersandarkan kepada athar daripada pada Said bin AlMusayyab yang berkata: “لا تشد الرحال الا الى ثلاثة مساجد ...” yang bermaksud, “Jangan kamu bersusah payah berpergian melainkan kepada 3 masjid……”

2) Imam Malik dalam satu pendapatnya menyebut tiada i’tikaf melainkan di masjid yang mana solah berjama’ah diadakan. Pandangan ini berdasarkan kepada kata-kata Ibn Masud r.a.

3) Jumhur ulama’ berpandangan bahawa harus beri’tikaf di mana-mana masjid kerana umumnya lafaz “وَأنتم عاكفون في المساجد (البقرة: 187)”. Dr. Ali AsSobuni, dengan merujuk kepada AlQurtubi, AlAlusi, AlKasyaf dan ArRazi, berkata pendapat ini lebih tepat kerana kandungan ayat ini tidak mengkhususkan mana-mana masjid sebaliknya hanya menyebut masjid-masjid secara umum, maka kekal lafaz ayat ini dengan sifat umumnya.Sehubungan dengan ini beliau memetik kata-kata Abu Bakr AlJassos dalam kitabnya ‘Ahkam Al-Quran’ sebagai berikut:

Para salaf telah bersepakat bahawa syarat untuk beri’tikaf mestilah di masjid. Cuma mereka berbeza pendapat daripada segi umum atau khususnya lafaz ‘almasajid’ (masjid-masjid). Namun zahir ayat di atas mengharuskan beri’tikaf di semua masjid berdasarkan umumnya lafaz.

BERAPA LAMA MASA I’TIKAF?

Para fuqoha’ berbeza pendapat dalam hal berapa lama jangka waktu minima yang diperlukan bagi sesuatu sesi i’tikaf. Di sana ada 3 pendapat:
1. Mazhab Hanafi: Sekurang-kurangnya sehari semalam.
2. Imam Malik: Sekurang-kurangnya 10 hari.
3. Mazhab Shafi’ee: Sebentar waktu dan tidak ada had maksima.

ADAKAH DISYARATKAN BERPUASA?
Imam Shafi’ee dan Imam Ahmad berpendapat harus i’tikaf tanpa perlu berpuasa.
Jumhur ulama’ {Abu Hanifah, Malik dan Ahmad (pendapat kedua)} berkata, “Tidak sah i’tikaf melainkan dengan berpuasa.” Mereka berhujjah dengan riwayat yang bersumberkan daripadapada A’ishah bahawa Rasulullah saw bersabda, “لا اعتكاف الا بصيام“ yang bermaksud, “Tidak ada i’tikaf melainkan dengan puasa.”

Berkata imam AlFakhr yang bermazhab Shafi’ee, “Harus beri’tikaf tanpa puasa namun adalah afdhal jika berpuasa.”

I’TIKAF MUSLIMAH

Menurut Sheikh Masud Sobri, pembahas syar’iee laman web Islam Online, adalah harus bagi Muslimah beri’tikaf di masjid dengan syarat tempat i’tikaf (معتكف) kaum wanita diletakkan berjauhan daripada tempat i’tikaf lelaki. Disamping itu seorang isteri disyaratkan juga mendapat keizinan suaminya. Fuqoha’ Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Muslimah boleh juga beri’tikaf di ‘masjid’ rumahnya. Menurut Dr. Majdee AlHilali, ukht Muslimah boleh beri’tikaf di kamar atau bahagian di dalam rumahnya yang dikhususkan sebagai mihrab ibadah anggota keluarga perempuan.

Dasar syari’at dalam Islam adalah sama antara lelaki dan wanita melainkan dalam perkara-perkara yang ada nas syara’ yang membezakan peraturan atau hukum bagi lelaki dan wanita. Sheikh Masud Sobri memetik sabda Rasulullah saw,

لا تمنعوا اماء الله مساجد الله وبيوتهن خير لهن

yang bermaksud, “ Jangan kamu halang wanita Muslimah daripada masjid-masjid Allah, dan pada masa yang sama rumah-rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka.”

Oleh kerana hukum wanita pergi ke masjid adalah harus maka beri’tikaf di masjid juga harus bagi wanita tetapi dengan menepati syarat-syarat yang disebut di atas.
Wanita, seperti mana juga lelaki, perlu memperbaharui hubungannya dengan Allah dan memutuskan tumpuan hatinya kepada kesibukan duniawi yang tak kunjung habis. Dalam realiti kehidupan hari ini wanita diberikan hak-hak siyasah, sosial dan ekonomi maka hak untuk mereka berkhalwah meningkatkan hubungan hati dengan Allah adalah tidak kurang pentingnya, bahkan lebih aula.

ASPEK RUHI DALAM I’TIKAF
Berkata Ibn Rojab, “فحقيقة الاعتكاف قطع العلائق عن الخلائق للاتصال بخدمة الخالق” yang bermaksud, “Ada pun hakikat i’tikaf ialah terputusnya semua ikatan dengan makhluk untuk khidmat kepada Khaliq.” Justeru jiwa seorang yang sedang beri’tikaf atau ‘aakif (عاكف) sentiasa tajarrud daripadapada keasyikan, keselesaan, kesibukan dan kerunsingan dunia. Dia mengusir keluar semua kerunsingan duniawi daripada pemikiran dan hatinya. Pengasingan dirinya dengan mengasingkan pemikiran dan perasaannya daripada apa sahaja yang ada di luar masjid. Fokus dirinya ialah kepada Allah swt. Dia memberi sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Rabb dan Ilahnya dalam solat, zikir, tasbih, tilawah dan qiyam.

Dengan ini segmen i’tikaf dalam kehidupan seorang ‘aakif keseluruhannya digunakan untuk mempersembahkan ketaatan sempurna kepada Allah ‘Azza wa Jalla ketika kalbunya sibuk mengharap ridha Tuhannya. Dia meninggalkan semua urusan dunia. Inilah gambaran kehidupan malaikat yang tidak pernah engkar kepada Allah malah sentiasa dalam keadaan beribadah kepada Allah.

KESAN I’TIKAF TERHADAP KEHIDUPAN
I’tikaf menjadikan seorang Muslim terikat dengan masjid. Di hatinya terukir rasa bergantung paut dengan masjid. Ini memungkinkan dia termasuk ke dalam salah satu daripada tujuh golongan manusia yang mendapat naungan Allah pada Hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah (ورجل قلبه معلق بالمساجد).

Taqarrub seorang hamba kepada Allah dengan pelbagai ibadah semasa i’tikaf boleh mendorong seorang Muslim ke arah darjat para auliya’Allah. Lantas dia menjadi seorang hamba Rabbani yang mustajab do’anya kepada Allah.

Ibadah i’tikaf juga menyemai ke dalam hati seorang Muslim matlamat yang satu iaitu matlamat Akhirat. Maka pagi petang dalam kehidupannya tidak putus-putus dipenuhi dengan amalan-amalan mentaati Allah. Arah pemikirannya hanyalah untuk menyempurnakan ubudiyahnya kepada Allah swt. Duniawi yang telah ditinggalkan di belakangnya semasa i’tikaf datang merendah diri kepadanya, namun dia memandang remeh kepada dunia berbanding dengan Akhirat yang didamkannya.

Hasil yang paling agung daripadapada ibadah i’tikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ialah peluang menjejaki Lailatul-Qadr. Baginya ganjaran pahala ibadah Lailatul-Qadrnya yang menyamai ibadah selama 83 tahun, serta keampunan daripada Allah. Demikianlah, seorang Muslim yang keluar daripada i’tikafnya akan dibersihkan daripada dosanya seumpama bersihnya seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia oleh ibunya.

Justeru itu, ikhwani fillah, ayuh kita prihatin terhadap ibadah ini demi mencontohi Rasulullah saw, mencari Lailatul-Qadr untuk mengislah hati-hati kita serta menuntut ganjaran daripada sisi Allah dan keridhaanNya.

Disemakbaca oleh AlFadhil Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zin
Mudir Ma’ahad Tarbiyah Islamiah (MATRI)
Perlis.

TAZKIRAH 7: BEKALAN RUHANI DARIPADA RAMADHAN YANG TERSISA

Monday, September 07, 2009

Segala puji bagi Allah yang telah berkenan kembali mempertemukan kita dengan bulan yang penuh dengan tanda kecintaan dari Allah swt untuk hamba-hamba-Nya. Cinta yang ditawarkan Allah kepada segenap makhluk yang beriman dengan-Nya di bulan Ramadhan selayaknya kita sambut dengan sukacita, kegembiraan, keghirahan dan kesungguhan seraya berharap kelak kita menjadi sebahagian dari golongan yang mendapatkan cinta-Nya. Detik-detik menjelang satu Ramadhan sehingga ke saat hari ini, ungkapan cinta bertaburan di seantero dunia menyambut hangat Ramadhan ditandai dengan jalinan silaturahim melalui surat, telefon, SMS, email, atau bahkan menerusi pelbagai acara-acara menyambut tamu agung ini.

Cinta yang diberikan-Nya bukanlah sesuatu yang abstrak, setidaknya dengan Ramadhan, mereka yang terbiasa sibuk di tempat kerja akan berusaha mempercepatkan aktivitinya agar segera tiba di rumah untuk menikmati berbuka bersama keluarga. Juga yang biasanya tidak sempat untuk sarapan bersama, Allah menyatukan ahli keluarga kita saat makan sahur. Bukankah yang demikian dapat kembali menyuburkan cinta dan menghangatkan keharmonian keluarga?

Kata Rasulullah, saling mencintai dan berkasih sayanglah kepada sesama yang di bumi, maka seluruh yang ada di langit akan mencintai dan mengasihimu. Cinta kepada masyarakat, Allah berikan juga kesempatan manusia untuk mengaplikasikannya pada saat-saat bersama melakukan solat tarawih berjamaah, saling menghantarkan makanan berbuka kepada tetangga, juga tidak lupa memberi sedekah dan hidangan berbuka kepada pengemis, fakir miskin dan anak yatim. Bahkan menjelang hari akhir Ramadhan, keindahan cinta terus terbina apabila para muslimin akan mengeluarkan sebahagian harta mereka untuk zakat bagi melengkapi proses pembersihan diri menuju kesucian.
Infaq, sedekah, dan zakat yang kita keluarkan, adalah bukti cinta kita kepada Allah sekaligus menegaskan bahawa kita tidak termasuk orang-orang yang cinta harta dunia dan sedar akan adanya sebahagian hak orang lain dari apa-apa yang kita miliki. Adakah yang cintanya sebesar sahabat Abu Bakar As Shiddik yang mengeluarkan seluruh hartanya di jalan Allah hingga Rasul-pun bertanya apa yang tersisa untuknya. “Allah dan rasul-Nya, cukuplah bagiku” jawab Abu Bakar.

Dan tentu saja, perlulah diri ini belajar dari Ibrahim alaihi salam dan keluarganya tentang hakikat dan bentuk cinta kepada Allah. Hal yang tidak kalah menakjubkan juga ditunjukkan Rasulullah kepada seorang anak yatim yang bersedih di hari raya. Baginda menjadikan dirinya ayah, dan Fatimah saudara perempuan anak yatim tersebut seraya membahagiakannya saat hari bahagia, Idul Fitri.

Malam-malam Ramadhan, adalah saat terbaik kita beruzlah dan mendekatkan diri dengan Allah melalui tilawah dan tadarrus qur’an, tahajjud serta munajat kepada-Nya. Hati yang terpaut cinta, seperti enggan menuju pembaringan. Inginnya menghabiskan malam-malam Ramadhan dengan tangis penyesalan atas khilaf dan dosa, atas segala alpa, juga lalai. Sedar akan semua nikmat yang Allah berikan tanpa pernah alpa, tanpa pernah pula
khilaf, salah dan lalai. Allah senantiasa memberikan layanan terbaik kepada hamba-hamba-Nya, namun sayang tatkala ada kalangan kita membayarnya dengan cinta tepu, cinta yang terkadang hanya terucap di lidah tanpa wujud pembuktian di alam nyata. Astaghfirullaah …

Jika hati ini sedemikian rindunya menanti kedatangan bulan penuh rahmat dan maghfirah ini, tentulah, selayaknya orang saling bercinta akan ada tangis jika kekasihnya pergi. Titisan air mata yang akan mengalir nanti, tidak akan terhitung betapa derasnya membayangkan kemungkinan bertemunya kembali kita dengan Ramadhan nan penuh cinta ini.

Saat hari fitri tiba, pantaslah ada keceriaan bagi mereka yang mendapatkan kemenangan melewati masa-masa ujian selama Ramadhan, dengan satu harap menjadikan taqwa sebagai hasil akhir Ramadhan. Namun tentu saja, sambil menghitung-hitung betapa menyesalnya kita tidak memanfaatkan Ramadhan yang telah lalu dengan amal sebaik-baiknya, dengan ibadah yang bernilai, hingga tangis ini akan semakin keras berteriak dalam hati.

Satu pertanyaan berlegar... “Akankah kita akan sampai di Ramadhan tahun depan?” Maka, hati pun berdoa penuh harap, “berilah hamba kesempatan”. Wallaahu a’lam.

Tazkirah 6: Kecintaan Di Sepanjang Ramadhan

Sunday, September 06, 2009

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan. Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.

Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran." Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?"

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: "Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran."
Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda:

"Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah- lemah iman." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan:

"Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya." Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:

"(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi."

Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas'ud pernah menegaskan:

"Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya."

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

"Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya."

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.Ayat ini disokong oleh beberapa hadis nabi yang antaranya diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud:

"Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, ?adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan kita?" Nabi menjawab,"ya, apabila kekejian berleluasa."

Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda:

"Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua."

Imam Bukhari pula meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud:

"Perumpamaan mereka yang memelihara batas-batas agama Allah dengan golongan yang melanggarnya adalah seperti sebuah kapal yang dipenuhi penumpang pada bahagian atas dan bawahnya. Golongan yang berada pada bahagian bawah, apabila ingin mengambil air terpaksa menaiki bahagian atas kapal bagi mendapatkannya. Akhirnya penumpang pada bahagian bawah berkata, "alangkah baiknya jika kita tebuk saja lantai kapal ini untuk mendapatkan air dan dengan cara demikian kita tidak lagi menyusahkan rakan-rakan kita pada bahagian atas." Jika penumpang-penumpang pada bahagian atas tidak mencegah perbuatan akan-rakan mereka di bawah, mereka semua akan tenggelam. Jika mereka mencegah, kesemua mereka akan selamat."

Persiapan Pendakwah Ilmu adalah asas bagi segala kebaikan. Ilmu-ilmu teras fardu ain wajib pelajari oleh setiap individu yang hendak berdakwah dan ilmu ini perlu diperkukuhkan dengan ilmu-ilmu kontemporari yang selari dengan ajaran Islam. Penguasaan ilmu memerlukan pengorbanan serta keazaman yang tinggi dan untuk itu kerja-kerja tidak berfaedah perlu ditinggalkan. Di dalam surah al-Mukminun ayat 3 Allah berfirman:

"Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi perbuatan dan perkataan yang lagha."

Istilah lagha mempunyai maksud tertentu. Imam Ibn Kathir mentafsirkannya sebagai,

"segala perbuatan batil termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik, perbuatan maksiat, serta segala perkara yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan."

Membuang masa pada perkara tidak berfaedah menjadi salah satu punca kejatuhan umat Islam sebelum ini. Hal ini disebut oleh as-Syeikh Hasan an-Nadwi di dalam bukunya 'Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam'. Beliau berkata: "Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Selama berabad-abad lamanya umat Islam membuangkan waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Andai kata mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan menjadi separah ini. Umat Islam bukan saja asyik membahaskan tentang sifat-sifat Allah, mereka juga asyik berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Semua ini memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit... Hasil penemuan kaum Muslimin sama ada dari sudut kuantiti ataupun kualitinya tidak mendatangkan apa-apa makna apabila dibandingkan dengan penemuan Barat pada abad ketujuh belas dan kelapan belas Masihi."

Apabila umat menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah, kewajipan penting terabai dan keutamaan terbabas. Hasilnya adalah kejahilan dan kemunduran. Justeru, sudah sampai masanya bagi umat Islam memfokuskan pada ilmu-ilmu penting demi masa depan umat yang gilang-gemilang. Di dalam al-Quran terdapat beberapa gelaran yang diberikan Allah kepada golongan berilmu sebagai lambang kemuliaan. Antara gelaran itu adalah rabbani. Berhubung dengan ini, Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 79:

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya al-Kitab, hikmat dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan menyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi golongan rabbani kerana kamu selalu mengajar al-Kitab dan disebabkan kamu terus mempelajarinya" .

Berhubung dengan ayat ini, Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata: "Ayat ini merupakan dalil bahawa golongan rabbani adalah golongan yang amat mentaati Allah dengan cara menguasai ilmu dan menyebarkannya. Cukuplah dalil ini sebagai bukti kehebatan mereka yang mampu mengekang nafsunya bagi menguasai ilmu kemudian disusuli dengan amal." Ilmu yang dituntut dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian iaitu fardu ain dan fardu kifayah. Di dalam kitab lhya Ulumuddin, Imam al-Ghazali mendefinisikan ilmu fardu ain sebagai ilmu yang wajib dituntut oleh setiap hamba Allah yang berakal lagi baligh tanpa pengecualian. Ilmu fardu ain yang wajib dituntut adalah yang berkaitan dengan akidah atau tauhid bertujuan
memantapkan iman, tasawuf bagi membersihkan hati serta akhlak dan fikah bagi mengetahui perkara yang diwajibkan dan diharamkan. Ilmu fardu kifayah adalah Ilmu yang wajib dikuasai umat Islam dalam bidang-bidang yang amat diperlukan masyarakat.

Namun, tidak semua individu Muslim dan Muslimah perlu menceburi dalam bidang-bidang ini apabila sebahagian daripada umat Islam sudah menguasainya, masyarakat secara amnya terlepas daripada dosa dan bebanan. Islam juga menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala teknologi yang perlu bagi menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan fardu kifayah yang disebutkan sebelum ini. Allah berfirman dalam surah al-Anfal ayat 60:

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan dan kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh."

Umat Islam terdahulu benar-benar memahami dan menghayati ayat ini. Contohnya, pada zaman khalifah Uthman, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648 M, khalifah mengeluarkan arahan kepada Muawiyah supaya memberikan tumpuan pada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom. Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam dihimpunkan sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Pada saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700 buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada

Islam digelar sebagai Amirul Bahri dan daripada gelaran inilah lahiriya kalimat Admiral kemudiannya. Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas armada Islam mengalahkannya dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Di samping itu, Islam juga menuntut umatnya mengenali jahiliah pada zaman mereka supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengannya. Khalifah Omar al-Khattab mengingatkan umat Islam berhubung dengan perkara ini melalui ucapan beliau yang bermaksud:

"Sesungguhnya ikatan Islam akan terungkai satu demi satu dari diri seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah."

Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud dalam setiap bidang kehidupan manusia termasuk dalam adat resam dan budaya bangsa Melayu. Sebahagian daripada adat resam dan budaya yang diamalkan pada hari ini mengandungi khurafat dan tahayul. Khurafat dan tahayul adalah kepercayaan yang tidak bersandarkan al-Quran dan Sunnah serta tidak dapat diterima akal yang waras. Ia adalah sebahagian daripada kepercayaan yang mungkar lagi sesat. Kepercayaan ini menjadi pegangan segelintir umat Islam kesan daripada pengaruh budaya yang dibawa oleh penganut ajaran agama lain. Antara bentuk khurafat dan tahayul yang dipegang adalah percaya kepada konsep sial majal seperti sialnya bunyi burung hantu pada waktu siang, sialnya nombor 13 dan seumpamanya.
Di samping ilmu, pendakwah juga tidak boleh memperkecilkan keikhlasan, ibadah dan akhlak mulia kerana tanpanya dakwah akan gagal. Di dalam buku Alaamat Duiyyah Ala Thariq ad-Dakwah, Dr. Muhammad Jamil Ghazi menukilkan perkataan Imam Sufyan at-Thauri berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:

"Janganlah seseorang mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaranmelainkan jika ada padanya tiga ciri:

1. Berlemah lembut dengan apa yang diseru dan dicegah.
2. Adil dengan apa yang diseru dan dicegah.
3. Berilmu berhubung apa yang diseru dan dicegah."

Perkara yang sama juga ditekankan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin. Beliau membahagikan persiapan umum pendakwah kepada lima:

1: Ilmu.
2: Keikhlasan.
3: Kasih sayang dan kelembutan.
4: Kesabaran.
5: Mengamalkan apa yang disampaikan.

Pendakwah yang asyik mengutuk dan mencanangkan kesalahan orang lain dan melupakan diri sendiri merupakan pendakwah yang terbabas danipada obor al-Quran dan Sunnah.

Benarlah As-Syeikh Fathi Yakan semasa beliau berkata di dalam bukunya yang bertajuk Musykilat ad-Dakwah Wa ad-Daaiyah yang bermaksud:

"Seseorang pendakwah akan berada di dalam keadaan baik jika dia bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri walaupun musuhnya mempunyai kekuatan yang hebat."

Sebenarnya, kenyataan seumpama ini pernah diucapkan oleh khalifah Omar al-Khattab suatu masa dahulu semasa beliau menyampaikan amanat kepada tentera-tentera Islam.

Beliau berkata:

"Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera-tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan daripada Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh.... Oleh itu janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah."

Hukum Berdakwah
Rasul-rasul tidak diamanahkan melainkan dengan tugas-tugas mulia dan Allah mengamanahkan mereka supaya melaksanakan dakwah. Di dalam surah an-Nahl ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami utus bagi setiap umat seorang Rasul yang menyeru, "sembahlah Allah dan jauhilah taghut"."

Sesiapa yang melaksanakan tugas dakwah mendapat pujian daripada Allah berdasarkan firman-Nya dalam surah Fussilat ayat 33, yang bermaksud:

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah, serta beramal salih seraya berkata, "aku adalah dari kalangan orang-orang Muslim"."

Berhubung dengan ayat ini as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir berkata:

"Termasuk di dalam golongan ini adalah semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan mengikut Imam Ibn Kathir, orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada yang makruf dan juga tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran." Oleh kerana dakwah adalah tugas yang mulia lagi penting, Allah mengarahkan umat Islam melaksanakannya. Berhubung dengan ini, dalam surah ali-Imran ayat 110, Allah berfirman:

"Kamu adalah sebaik baik umat yang dikeluarkan bagi manusia, kamu mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran."

Di dalam kitab Usul ad-Dakwah, Dr. Abdul Karim Zaidan berpendapat ayat ini mempunyai dua penekanan. Pertama, Allah menjelaskan kebaikan umat ini dan kedua, kebaikan umat ini berkait rapat dengan pelaksanaan amar makruf dan nahi mungkar. Berkaitan dengan ayat yang sama di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan: "Barang siapa menepati sifat-sifat yang disebutkan dalam ayat ini, dia tergolong dalam golongan umat terbaik."

Tidak ada kemuliaan bagi mereka yang mengabaikan amar makruf serta nahi mungkar. Makruf bermaksud perkara yang baik mengikut pandangan syarak dan akal, manakala mungkar bermaksud perkara yang berlawanan dengan segala yang makruf sebagai contoh, meninggalkan amalan fardu ataupun melakukan perbuatan haram sama ada berbentuk dosa kecil ataupun dosa besar. Salah satu golongan yang mendapat kutukan daripada Allah kerana gagal melaksanakan dakwah adalah golongan Bani Israel. Dalam surah al-Maidah ayat 78 dan 79, Allah berfirman:

"Telah dilaknat golongan kafir dan kalangan Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Hal ini disebabkan mereka menderhaka kepada Allah dan selalu melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Sesungguhnya buruk sekali apa yang telah mereka lakukan." Berhubung dengan ayat ini nabi bersabda:

"Sesungguhnya kecacatan paling awal yang menimpa ke atas Bani Israel ialah, apabila seseorang lelaki bertemu dengan lelaki yang lain (yang melakukan kemungkaran) dia akan berkata, "wahai pulan, tinggalkanlah apa yang sedang kamu lakukan kerana ianya tidak halal bagimu". Kemudian pada keesokan harinya dia tidak lagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh rakannya, sebaliknya dia reda untuk duduk sambil makan dan minum dengan rakannya itu. Apabila hal ini berlaku, Allah bolak-balikkan hati-hati mereka. (Kemudian Nabi pun membaca ayat-ayat dan surah al-Maidah)." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud.

Secara dasarnya, hukum berdakwah dengan lisan dan tangan adalah wajib kecuali dalam situasi tertentu. Di dalam kitab Dalilul Falihin disebutkan:

"Apabila dikhuatiri harta benda dan diri seseorang akan ditimpa kebinasaan, harus bagi seseorang itu sekadar melawan dengan hatinya sahaja.
Jika kekhuatiran ini tidak wujud, dia diwajibkan berdakwah, walaupun dia belum mengamalkan apa yang diserukannya ataupun dia menyedari seruannya tidak akan diterima."

Dakwah: Antara Kekeliruan dan Keengganan

Tuesday, August 25, 2009

m. Qiam Ramadhan (solat tarawih)
Di antara kegiatan ibadah Rasulullah selama bulan Ramadhan ialah ibadah qiamullai, yang kebelakangan ini lebih popular disebut sebagai solat tarawih. Baginda lakukan bersama dengan para sahabat-sahabat baginda.

Dalam situasi itu riwayat yang shohih menyebutkan bahawa Rasulullah solat tarawih dalam 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Dalam riwayat-riwayat lain, juga dari Umar ibn al Khothob RA, yang menyebutkan jumlah rakaat solat tarawikh adalah 21 atau 23 rakaat. (HADITH RIWAYAT. Abdur Razaq dan al Baihaqi).
Telah berkata Ibnu hajar al Asqolani asy Syafi'i, bahawa : Beberapa maklumat tentang jumlah rakaat tarawih itu sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing, kadang-kadang seseorang itu mampu melaksanakan solat sebanyak 11 rakaat, dan kadang-kadang 21 dan kadang-kadang 23 rakaat pula. Hal demikian itu kembali kepada semangat masing-masing. Dahulu mereka yang solat dengan 11 rakaat itu dilakukan dengan bacaan yang panjang sehingga mereka bertongkat, sementara mereka yang solat dengan 21 atau 23 rakaat membaca bacaan-bacaan yang pendek (dengan tetap memperhatikan toma'ninah solat) sehingga tidak menyulitkan.
n. Iktikaf.
Diantara amalan sunnah yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan ialah i'tikaf, yakni berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Seperti dilaporkan oleh Abu Sa'id al Khudlri RA, hal demikia pernah baginda lakukan pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Ibadah yang penting ini sering dianggap berat sehingga ditinggalkan oleh orang-orang Islam..Rasulallah tidak pernah meninggalkan ibadah i’tikaf pada bulan Ramadhan semenjak baginda datang ke Madinah sehinggalah baginda wafat.

o. Lailatul Qadr

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.

Dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat berkat, yang disebut sebagai Lailatul qadr, malam yang lebih berharga dari seribu bulan (SURAH. Al Qodr : 1-5). Rasululah tidak pernah lupa dan leka untuk meraih Lailatul qadr terutama pada malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan puasa (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim ). Dalam hal ini Rasulullah menyampaikan bahawa :
"Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dariNya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim).

p. Umrah
Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan juga merupakan dari sunnah nabi SAW, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah kepada seorang wanita dari Anshor bernama Ummu Sinan: " Agar apabila datang bulan Ramadhan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW. (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim)

q. Zakat Fitrah
Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amalan yang disuruh oleh Rasulullah SAW ialah membayarkan zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Zakat fitrah ini juga berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk pelaku puasa dan untuk membantu kaum fakir miskin. (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ramadhan bulan taubat menuju fitrah
Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat manusia kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahawa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka (HADITH RIWAYAT. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Kerana inilah satu kesempatan emas agar umat manusia dapat kembali, bertaubat agar ketika mereka selesai melaksanakan ibadah puasa mereka benar-benar kembali kepada fitrahnya.

Demikianlah sebahagian amalan Ramadhan yang mudah dan boleh dilakukan oleh setiap Muslim. Dengan demikian Ramadhan juga mendedahkan salah satu prinsip Islam iaitu kesederhanaan ajarannya. Ramadhan sememangnya bulan yang penuh kebaikan, sehingga Rasulullah pernah bersabda ; "Apabila orang-orang mengetahui nilai besar Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan". (HADITH RIWAYAT. Ibnu Huzaimah). Semoga Allah menerima amalan puasa dan qiam kita sekalian, amin.

TAZKIRAH 5: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

h. Tilawah (membaca) al Qur'an

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh.

Pada bulan ini Malaikat Jibril pernah turun dan membaca al-Qur'an dengan Rasulullah SAW (HADITH RIWAYAT. Bukhori). Maka tidak anih kalau Rasulullah SAW (yang selalu membaca al Qur'an disepanjang tahun itu) lebih sering membaca pada bulan Ramadhan.
Imam az Zuhdi pernah berkata : " Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al Qur'an". Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid dan tujuan dasar diturunkannya al Qur'an untuk ditadabbur(ditatapi dengan serius), difahami dan diamalkan. SURAH. Shod: 29 berbunyi:
         
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu dengan penuh dengan keberkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.

i. Memberikan makanan dan sadaqah.
Salah satu amalan Ramadhan Rasulullah ialah memberikan makan kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti sabda baginda : "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut " (HADITH RIWAYAT. Turmudzi dan an Nasa'i).

Hal memberi makan dan sedekah selama bulan Ramadhan ini bukan hanya untuk keperluan berbuka malahan juga untuk segala kebajikan. Rasulullah yang terkenal sebagai dermawan dan penuh prihatin terhadap nasib umat, pada bulan Ramadhan sifat dermawannya lebih menonjol hingga dimisalkan sebagai " lebih cepat dari angin " (HADITH RIWAYAT Bukhori ).

j. Mengambil perhatian tentang kesihatan.
Rasulullah mementingkan kesihatan para umatnya. Hal ini dilihat dari beberapa peristiwa dibawah ini:
i. Membersihkan gigi dengan kayu siwak (berus gigi). (HADITH RIWAYAT. Bukhori dan Abu Daud).
ii. Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Abdullah ibnu Mas'ud RA, agar memulakan puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang sedih. ( HADITH RIWAYAT. AL Haitsami)

k. Mengambil berat tentang hak-hak keluarga
Sekalipun puasa adalah ibadah yang khusus diperuntukkan hanyasanya kepada Allah, dan juga juga mempunyai nilai khusus dihadapan Allah, namun puasa menjadi dengan lebih sempurna, jika tidak mengabaikan hak-hak keluarga. Seperti yang diriwayatkan oleh isteri-isteri baginda, Aisyah dan Ummu Salamah RA, Rasulullah tokoh yang paling baik untuk keluarga, selama bulan Ramadhan baginda selalu memenuhi hak-hak keluarga baginda. Bahkan ketika Rasulullah berada dalam puncak i'tikaf, hak keluarga tetap terjaga.

L. Memperhatikan aktiviti da'wah dan masyarakat
Rasulullah SAW menjadikan bulan puasa sebagai bulan penuh amal soleh. Selain amalan soleh yang telah disebutkan, baginda juga aktif melakukan da'wah, bergaul bersama masyarakat, bermusafir dan berjihad.

Dalam sembilan kali Ramadhan yang pernah beliau alami, beliau telah melakukan perjalanan ke Badr (tahun 2 H), Mekah ( tahun 8 H), dan ke Tabuk (tahun 9 H), mengirimkan 6 sariyah (pasukan jihad yang tidak secara langsung beliau ikuti/pimpin), melaksanakan perkahwinan puterinya Fatimah dengan Ali RA, beliau berkeluarga dengan Hafshoh dan Zainab RA, meruntuhkan berhala-berhala Arab seperti Lata, Manat dan Suwa', dan meruntuhkan masjid adh-Dhiror.

TAZKIRAH 4: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh tazkiyatus nafs(penyucian jiwa) dan riyadhotur ruhiyah(latihan roh). Kehidupan yang penuh dengan amal taqorrub kepada Allah, iaitu amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT mulai dari tilawah Al-Qur'an, menahan syahwat dengan puasa, sujud dalam qiamullail, beriktikaf di masjid, dan lain-lain. Semua ini dalam rangka merealisasikan inti ajaran dan hikmah puasa Ramadhan iaitu :

Agar kalian menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqoroh: 183 dan akhir Al-Hijr)

Ramadhan juga merupakan bulan latihan bagi peningkatan kualiti peribadi seorang mulim. Hal ini dilihat pada tujuan puasa yakni agar manusia selalu dapat meningkatkan nilainya di hadapan Allah SWT dengan bertaqwa, disamping melaksanakan amalan-amalan soleh(baik) yang ada pada bulan Ramadhan. Antara amalan-amalan Ramadhan yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW baik itu amalan ibadah mahupun amalan kemasyarakatan adalah sebagai berikut:

Amal terpenting selama bulan Ramadhan sudah tentu adalah shiyam (puasa), sebagaimana termaktub dalam firman Allah pada surat al Baqarah : 183-187. Dan antara amalan puasa Ramadhan yang diajarkan oleh Rasulullah ialah :

Mempunyai kefahaman yamg jelas tentang matlamat puasa dan menjaga adab-adabnyanya.

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui adab-adabnyanya dan memperhatikan apa yang semestinya diperhatikan, maka hal itu akan menjadi pelebur dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya" (HADITH RIWAYAT. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi).

Tidak meninggalkan puasa, walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari'at Islam. Rasulullah SAW bersabda bahawa :

"Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshoh(keringanan yag dibenarkan syari’at) atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa sepanjang hidupnya." (HADITH RIWAYAT At Tirmizi).

Menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi atau bahkan menggugurkan nilai puasa. Rasulullah SAW pernah bersabda :

" Bukanlah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan pekerti sia-sia (tak bernilai) dan kata-kata bohong" (HADITH RIWAYAT Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah).

Rasulullah juga pernah bersabda bahawa :

" Barangsiapa yang selama berpuasa tidak meninggalkan kata-kata bohong bahkan melakukannya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, iaitu sekadar meninggalkan makan dan minum " (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim).

Bersungguh - sungguh melakukan puasa dengan menepati aturan-aturannya. Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkanlah dosa-dosa yang pernah dilakukan " (HADITH RIWAYAT. Bukhori, Muslim dan Abu Daud).

Bersahur, makanan yang berkat (al ghiza’ al mubarok ). Dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda bahawa :

" Sahur itu merupakan suatu keberkatan, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang bersahur" (HADITH RIWAYAT. Ahmad).

Dan disunnahkan mengakhirkan waktu makan sahur .

Berbuka puasa. Rasululah pernah menyampaikan bahawa salah satu tanda kebaikan umat dengan mendahulukan berbuka (berbuka puasa) dan mengakhirkan sahur. Dalam hal berbuka puasa ini, Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa :

" Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya, ialah mereka yang bersegera berbuka puasa. " (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Tirmidzi). Bahkan beliau mendahulukan berbuka walaupun hanya dengan ruthob (kurma separuh masak), atau tamr (kurma) atau air saja " (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ahmad).

Berdo'a. Rasulallah SAW bersabda:

" Ada tiga kelompok manusia yang do'anya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah do'a orang-rang yang berpuasa sehingga mereka berbuka" (HADITH RIWAYAT. Ahmad dan Turmudzi).

Sumber:

Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri, Perlis.

TAZKIRAH 3: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN

Salah satu sifat Allah SWT adalah Ia memiliki irodah (kehendak), sebagaimana

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan (dengan Dia)." (SURAH Al Qoshosh [28]:68). Allah memilih sesuatu yang dikehendakiNya.

Begitu pula halnya dengan bulan-bulan dalam setahun, Allah telah memilih Ramadhan sebagai bulan yang istimewa, yang namanya disebutkan dalam Al Quran. Firman Allah :

"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." – 185, SURAH Al Baqoroh Begitu juga halnya dengan bulan Ramadhan, Allah swt tidak akan mengatakan Ramadhan sebagai bulan istimewa jika tidak ada sesuatu di sebaliknya. Baginda Rasulullah SAW, ketika berada di penghujung bulan Sya'ban, selalu mengatakan kepada sahabatnya :

"Telah datang padamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, maka sambutlah kedatangannya. Telah datang bulan siyam(bulan puasa) membawa segala keberkatan, maka alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HADITH RIWAYAT. Ath Thabrani)

Dalam sabdanya yang lain :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Pada bulan itu, dibukakan segala pintu syurga, dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu, bererti telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan." (HADITH RIWAYAT. An Nasai dan Al Baihaqi)

TAZKIRAH 2: RAMADHAN BULAN BERKAT

Marhaban barasal dari kata rahb yang bererti luas atau lapang. Marhaban menggambarkan suasana penerimaan tetamu yang disambut dan diterima dengan lapang dada, dan penuh kegembiraan. Marhaban ya Ramadhan (selamat datang Ramadhan), mengandungi erti bahawa kita menyambut Ramadhan dengan lapang dada, penuh kegembiraan, dan tidak dengan keluhan.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (SURAH 2: 183)

Rasulullah sendiri sentiasa menyambut setiap kedatangan Ramadhan dengan penuh kegembiraan. Berita gembira itu disampaikan pula kepada para sahabatnya seraya bersabda:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardhukan ke atas kamu ibadah puasa. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu surga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh Syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan" (Hadith Riwayat. Ahmad)

Marhaban Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu, kerana kita mengharapkan agar jiwa raga kita diasah dan diasuh dalam melanjutkan perjalanan kita untuk bertemu Allah SWT. Perjalanan menuju Allah SWT itu dinukilkan oleh para ulama salaf sebagai perjalanan yang banyak ujian dan tentangan. Terdapatnya gunung yang harus didaki, iaitu hawa nafsu.

Pada gunung tersebut terdapat lereng yang curam, belukar yang dahsyat, bahkan diibaratkan di dalamnya terdapat banyak perompak yang mengancam, serta iblis yang merayu, agar perjalanan tidak dilanjutkan. Bertambah tinggi gunung didaki, bertambah hebat ancaman dan rayuan, semakin curam dan ganas pula perjalanan.

Tetapi, bila tekad tetap membaja, maka akan nampaklah sinar cahaya yang benderang, dan saat itu akan nampak dengan jelas keindahan perjalanan, tempat-tempat yang indah untuk berteduh, serta telaga-telaga jernih untuk melepaskan dahaga. Dan apabila perjalanan dilanjutkan akan ditemukan kenderaan Ar-Rahman untuk mengantar hamba yang bermusafir bertemu dengan kekasihnya.

Untuk sampai kepada tujuan tersebut, sudah tentulah memerlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan tersebut adalah benih-benih kebajikan yang harus kita tabur didalam jiwa kita. Tekad yang keras dan membaja untuk memerangi nafsu, agar kita mampu menghidupkan malam Ramadhan dengan solat dan tadarrus, serta siangnya dengan ibadah kepada Allah melalui pengabdian untuk agama.

TAZKIRAH 1: MARHABAN YA RAMADHAN

Wednesday, August 12, 2009

Bulan suci Ramadhan adalah bulan mulia yang memiliki begitu banyak keutamaan. Berikut adalah sepuluh perkara untuk meningkatkan amalan di bulan Ramadhan yang disampaikan oleh Imam Masjid Al Aqsha, Syeikh Muhamed Elshieh Mahmoud yang dikenal dengan nama Syeikh Shiyam,

Pertama, bulan Ramadhan adalah bulan ibadah.

Siangnya kita diwajibkan melakukan shaum, dan malamnya disunnahkan melaksanakan qiyamul lail. Bulan ini merupakan bulan untuk memperbanyak ibadah sebagaimana yang telah dianjurkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Kedua, bulan Ramadhan adalah bulan kemuliaan.

Barangsiapa yang memberikan ifthar kepada orang yang shaum, maka baginya pahala shaum, dengan tidak mengurangi pahala orang yang shaum tersebut.

Ketiga, bulan Ramadhan adalah bulan penuh kedermawanan, di mana orang-orang yang berkemampuan, menunjukkan solidaritinya kepada orang-orang yang tidak berkemampuan.

Seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan sepanjang tahun, bahkan beliau bertambah dermawan lagi sepanjang bulan Ramadhan.

Keempat, bulan Ramadhan adalah bulan tilawah Al Quranul karim.

Kepada siapa yang mampu membaca, maka hendaknya ia membaca dari mushaf Al Quranul Karim. Namun bagi siapa yang belum mampu membaca, maka bacalah dari Al Quran apa-apa yang telah dihafalnya. Hendaklah mengulang-ulang dari bacaan Al Quran tersebut, kerana Ramadhan merupakan bulan diturunkannya Al Quran.

Kelima, bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.

Kesabaran ganjarannya adalah syurga. Begitulah kita diperintahkan untuk bersifat sabar, di dalam menghadapi masalah-masalah yang kita temui di dalam masyarakat, baik di tengah-tengah masyarakat kita, ataupun dari kalangan non muslim.

Keenam, di dalam bulan Ramadhan, ada malam yang begitu mulia, yang diganjari dengan 1000 kali lipat setiap amalan ibadahnya, iaitu Lailatul Qadar. Barangsiapa yang mendapatkan malam Qadar tersebut maka beruntung dan berbahagialah ia. Namun siapa yang luput tidak mendapatkannya, maka merugilah ia.

Ketujuh, bulan Ramadhan mengajarkan kita akhlaq karimah. Beradab dan santun terhadap orang lain, dengan perbuatan dan ucapan. Kerana akhlaq mulia adalah inti ajaran yang mulia.

Kelapan, bulan Ramadhan adalah bulan dimana ditambahkannya pahala dan ganjaran orang-orang yang beribadah. Siapa yang melaksanakan satu perbuatan sunnah, maka diganjari dengan pahala perbuatan fardhu. Dan barang siapa yang melaksanakan perbuatan fardhu, maka akan diganjari dengan 70 kali lipat pahala di sisi Allah SWT.

Kesembilan, bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan.

Di mana banyak kemenangan yang digapai oleh kaum muslimin pada zaman Rasululah SAW dan para sahabat pada bulan Ramadhan. Tidak seperti yang kita hadapi sekarang, di mana kaum muslimin mendapat tentangan dari segala arah, dan itu yang akan menjadi kewajiban kita bersama.

Kesepuluh, bulan Ramadhan adalah bulan di mana doa-doa orang yang beriman diperkenankan Allah SWT.

Dalam firman-NYA, ud 'uunii astajib lakum, maka berdoalah kepada-KU, niscaya akan KU-perkenankan bagimu. Dan di dalam surat yang di dalamnya terdapat penjelasan tentang bulan Ramadhan, Allah berfirman, falyastajiibuulii, maka hendaklah memenuhi segala perintah-KU, kata Allah, wal yukminuubii, dan hendaklah mereka beriman kepada-KU, pasti AKU akan mengabulkan doa kalian.

Motivasi Menyambut Ramadhan

Monday, August 10, 2009

“Dan sesiapa yang mengerjakan amalan-amalan yang salih dari lelaki atau perempuan, sedangkan ia seorang yang beriman, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dikurangi sedikitpun (pahala amalan mereka). An nisaa’: 124

Asy syahid Syed Qutb dalam tafsir Fi Dzilalul Quran dalam menafsirkan ayat ini menegaskan bahawa :

“ Keimanan itu adalah syarat bagi penerimaan sesuatu amalan dan mana-mana amalan yang tidak terbit daripada keimanan dan tidak disertai oleh keimanan adalah tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah. Syarat ini memang tabi’i dan logikal kerana keimanan kepada Allah itulah yang menjadikan sesuatu perbuatan yang baik itu terbit dari kefahaman dan niat yang tertentu dan menjadikan perbuatan itu suatu harakat yang tabi’i dan teratur bukannya terbit kerana tujuan untuk memenuhi kehendak keinginan peribadi dan bukannya harakat yang kebetulan yang tidak diatur dengan rapi dan tidak ditegakkan di atas sesuatu asas atau dasar.”

Oleh itu iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah ta’ala kerana niat yang ikhlas kerana Allah ta’ala lah yang menjadi penentu untuk suatu amalan itu diterima. Ini selari dengan sabda Rasulullah s.a.w daripada Saidina ‘Umar Al Khattab r.a:

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلّي الله عليه و سلّم يقول : "انما الأعمال بالنّيّات وانما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأت ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه "

“Sesungguhnya tiap amalan itu ialah dengan niatnya dan tiap urusan itu ialah dengan apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu untuk Allah dan rasulnya. Maka sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin dimilikinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya ialah untuk apa yang dihijrahkan ke atasnya”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan di dalam satu hadith qudsi Rasulullah s.a.w ;

Zuhair bin Harb bercerita kepada kami, Ismail bin Ibrahim bercerita kepada kami, Ruh bin Qasim memberitakan kepada kami dari Al ‘ala’ bin Abdur Rahman bin Ya’qub, dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah yang maha mulia dan maha besar berfirman : “Aku adalah penyekutu yang paling tidak memerlukan sekutu, barang siapa yang beramal suatu amal di dalamnya ia mensekutukan kepada selain Ku, maka Aku meninggalkannya dan sekutunya”.
(Riwayat Muslim)

Yusof Qardhawi dalam membincangkan mengenai fokus utama tarbiyyah Islamiyyah, meletakkan ‘niat yang ikhlas’ di tempat pertama. Menurutnya “amal islami itu adalah ibadah dan jihad, sedangkan ibadah tidak akan diterima Allah kecuali dengan niat yang ikhlas hanya kerana-Nya. Allah berfirman;

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan kata’atan kepadanya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al Bayyinah : 5)

Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada ‘aqidah yang baik. Perkataan ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidup ini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.

“Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada aku.”

(Az-Zaariyat: 56)

Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan, riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan)
mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang, sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah swt. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim merupakan ibadah kepada Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan penciptanya dalam semua aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah swt. Hubungan hati manusia dengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyyah islamiyyah dengan berkesan.

Oleh sebab itulah aspek rabbani dalam tarbiyah islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat pendidikan islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yang memiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti yang disebutkan dalam al-athar: “...ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk amalan.” Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan Allah.mereka itulah orang-orang yang benar.”
(Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah swt, yakin akan menemui-nya, mengharapkan rahmat-nya dan takut akan azab-nya. Jiwa yang hidup inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi sesungguhnya dia melihat kepada amalan-amalan dan hati-hati kamu.”
(Riwayat Ibn Majah)

Sumber: Silibus Tarbiyah Iltizam

Iman Sebagai Syarat Penerimaan Amal

Thursday, July 30, 2009

1.Dakwah dan da’I tidak boleh dipisahkan dalam membangun risalah Allah.

2.Dakwah ialah menyeru manusia kepada Islam yang hanif dengan keutuhan dan kesyumulannya – dengan syiar-syiar dan syariatnya – dengan aqidah dan kemuliaan akhlaqnya – dengan metod / kaedah dakwahnya yang bijaksana dan jalan-jalan yang unik – serta cara-cara penyampaian yang benar.

"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus." (Surah al- Maidah – 15-16)

3. Sesungguhnya kita tidak boleh memisahkan antara dakwah dengan da’inya. – kerana seorang muslim yang memahami dakwahnya dengan pemahaman yang benar , akan tetapi kurang tepat dalam menyampaikan dakwahnya kepada manusia sama bahayanya dengan seorang muslim yang tidak memahami Islam dengan pemahaman yang benar, tetapi dia pandai berbicara, berdiskusi.

- Yang pertama - faham – tapi tidak pandai dalam pendekatan dakwah – pendekatan yang tidak berhikmah.

- Yang kedua – pendekatan baik – penyampaian baik tapi tidak ada ilmu - tidak ada kefahaman islam.

Kedua-dua merosakkan dakwah.

4. Oleh kerana itu, Islam hanya akan menjadi dakwah yang benar apabila dibawa oleh seorang da’i yang faham dan berakhlaq.

Dr. Musthafa As-Siba’i rahimahullah mengatakan : “ Musibah yang menimpa agama ini di sepanjang zaman adalah disebabkan dua golongan manusia. Yang pertama, kelompok yang salah faham atau tidak faham agama ini, dan kelompok kedua adalah mereka yang pandai berbicara dan menyampaikan tapi tiada kefahaman. Kelompok pertama menyesatkan orang mukmin, sedangkan kelompok yang kedua memberikan alasan bagi orang-orang kafir.”

5. Oleh kerana itu, seorang dae harus memahami bahawa sesungguhnya dakwah merupakan tugas para rasul Allah yang mulia. Mereka adalah para utusan Allah kepada makhluqnya, uang menyampaikan kepada mereka perintah Allah dengan bashirah ( petunjuk yang jelas ), yang kemudian tugas ini diwarisi oleh para ulamak dan aktivis dakwah yang ikhlas. Mereka berhak meraih darjat yang mulia dan pahala yang besar, sebagaimana sabda Rasulullah saw,

“ Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, ia berhak memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan, ia mendapat dosanya seperti dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi sedikit pun dari dosa mereka.” ( HR Muslim, Malik, Abu Daud dan Tirmizi )

6. Dakwah bukanlah urusan yang mudah, akan tetapi ia merupakan amanah agung yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung. Mereka semua menolak untuk memikulnya dan merasa takut, kemudian manusia memberanikan diri menerimanya.

7. Dakwah memerlukan para dae yang mukhlis, giat dan dinamis. Kerana seorang dai adalah pendidik dan pembangun generasi. Dan berupaya memumbuhkan generasi yang berakhlaq dengan akhlaq islam.

8. Kekurangan kita bukan terletak pada manhaj, bukan pula pada jalan / saranan , akan tetapi kekurangan kita sering terletak pada syaksiyyah akhlaqiyyah ( keperibadian yang berakhlaq ) dan jati diri manusia yang islami.

DAKWAH DAN DA’I

Wednesday, July 22, 2009

Di antara ciri-ciri akhlaq yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang muslim yang benar adalah akhlaq-akhlaq berikut:

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat

Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadith Rasulullah yang berbunyi:

“Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara’ adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam hadith baginda (antara lain, bermaksud):

“Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan”

2. Memelihara penglihatan.

Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mu’min supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah Subahanu Wata,ala:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

(An-Nur: 30)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula bersabda (antara lain, bermaksud):

“Pandangan itu ada satu panahan dari panahan iblis”

Baginda juga mengingatkan (antara lain, bermaksud):

“Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu.”

(Hadith Riwayat At Tabrani)

3. Memelihara Lidah

Seseorang muslim itu mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.”

Sebenarnya banyak dari hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri (antara lain):

“Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya”

(Hadith riwayat Al Tarmizi)

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam juga bersabda:

“Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.”

(Hadith riwayat At Tarmizi)

Sabda baginda lagi:

“Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”

(Diriwayatkan oleh Baihaqi)

4. Bersifat Pemalu.

Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya. Diceritakan dari Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

“Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah menyingkirkan duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman”

Berhubung dengan sifat malu ini para ulama’ mengatakan: “Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.

Bersambung...

SIFAT-SIFAT AKHLAQ SEORANG MUSLIM (1)

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah