Tuesday, September 18, 2007

Manusia merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukan dosa dan maksiat. Ini kerana mereka bukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorong mereka ke arah kejahatan.

Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 7-8 surah as-Syams yang bermaksud: "Dan jiwa manusia serta kesempurnaan penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (kejahatan) dan takwa (kebaikan).

Terdapat golongan Mufassirun (ahli-ahli tafsir) menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan hati manusia cenderung kepada kejahatan kemudian baru cenderung kepada kebaikan atau makruf, itupun jika ditakdirkan umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT.

Kedatangan Ramadan kali ini, perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh setiap insan beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, kerana bulan Ramadan disifatkan oleh sesetengah para ulama sebagai bengkel, iaitu bengkel yang menghilangkan tompok-tompok hitam yang masih melekat pada hati manusia sebelum menjelang Ramadan, serta mengetatkan skru-skru lutut yang longgar, kerana tidak berapa pentingkan tarbiah di rumah Allah, sama ada masjid atau surau.

Kita tidak mahu menjadi seperti manusia yang beranggapan bahawa Allah SWT hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan sebelum dan selepas Ramadan batang hidung pun tidak kelihatan di rumah Allah, ini kerana di rumah Allah apabila kita menjadi tetamu-Nya, banyak juadah rohani disediakan yang tidak ada di tempat-tempat lain, akhirnya diri kita ini dinaik-tarafkan setelah menjadi orang Islam kepada orang beriman dan kemuncaknya ialah orang yang bertakwa.

Dengan dinaikkan taraf orang yang bertakwa, sudah tidak menjadi masalah untuk sentiasa bertaubat dari segala kesalahan yang besar dan yang kecil, kerana selagi mana kita bernama manusia, kita terdedah kepada melakukan dosa, sama ada yang besar ataupun yang kecil.

Bulan Ramadan yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. terdapat di dalamnya keampunan Allah SWT, mengapa kita perlu memohon keampunan-Nya? Tidak lain kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan, sama ada yang disedari atau sebaliknya. Antara dosa besar yang kita lakukan adalah tidak pernah melaksanakan hukum-hakam Allah dalam al-Quran, malah kita tukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia seperti hukum zina ditukarkan kepada denda atau penjara.

Sehubungan itu, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan, bahawa ramai di kalangan manusia tidak sedar terjebak dalam melakukan dosa dan maksiat, terutamanya yang dilakukan oleh pancaindera yang zahir (luaran) seperti dosa tangan, kaki, mata, telinga, lidah, hidung dan sebagainya termasuk dosa perut dan kemaluan.

Dosa tangan ialah dengan melakukan kecurian atau mengambil hak orang lain secara paksa, dosa kaki iaitu berjalan menuju tempat yang ditegah oleh agama seperti tempat pelacuran dan sebagainya.

Dosa mata melihat kepada yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat orang lain, dosa telinga melalui pendengaran kepada perkara mengumpat dan sebagainya, dosa lidah dengan mengutuk orang lain atau memfitnah, dosa hidung dengan menghidu sesuatu yang diharamkan Allah, dosa perut memakan makanan yang diharamkan atau sumber riba dan dosa kemaluan dengan melakukan perbuatan zina.

Tetapi sebahagian besar daripada mereka lupa dan mungkin tidak mengetahui sedalam-dalamnya dosa serta maksiat yang dilakukan oleh hati, sedangkan dosa hati adalah lebih bahaya daripada dosa-dosa di atas, ini kerana hati seseorang itu boleh terjebak pada niat yang serong daripada agama, tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan yang lebih parah lagi terlibat pada syirik, riyak, bangga diri, cinta pada dunia, kufur (ingkar kepada hukum Allah), hasad dan banyak lagi.

Inilah yang membezakan antara dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dan Iblis. Dosa Nabi Adama hanya melibatkan pancaindera kerana memakan dari pokok yang terlarang, sementara dosa Iblis lebih teruk daripada itu kerana melibatkan persoalan hati iaitu kufur kepada perintah Allah kerana enggan sujud kepada Adam lantaran sombong.

Walau apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah, besar atau kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun terhadap dosa-dosa pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.

Dia perlu berazam untuk meninggalkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu mengulanginya pada masa-masa akan datang. Perkara ini pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan itu adalah bertaubat kepada Allah."

Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Panggilan untuk Mereka yang Beriman

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas: yaa ayyuhalladziina aamanuu (hai orang-orang yang beriman), ini bukan sebarang panggilan, sebab yang memanggil adalah Allah swt. Sang Pencipta alam semesta. Semua makhluk bergantung kepada-Nya. Tidak ada yang mampu hidup tanpa keizinan dari-Nya. Maka siapa yang mengaku diri sebagai hamba-Nya hendaknya segera bergerak memenuhi panggilan ini. Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi, dengan kata lain Allah tidak berfirman: yaa ayyuhal aghniyaa’ (hai orang-orang yang kaya), hai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan lain sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman saja, mengapa?

Di sini ada rahsia yang tersimpan, di antaranya:

(a) Bahawa dengan menyatakan keimanannya seseorang mempunyai posisi tersendiri dari sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hamba-Nya yang beriman. Kerananya Allah swt mengundang mereka secara khusus. Di dalam Al-Qur’an undangan yaa ayyuhal ladziina aamanuu selalu Allah swt ulang. Menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hamba-Nya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk sebagai hamba-Nya.

(b) Bahawa posisi keduniaan apapun megahnya bila tidak disertai iman, Allah swt tidak bangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepada-Nya. Ingat Allah swt berfirman:

”Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata, “Tuhanku Telah memuliakanku”.

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr:15-16)

Disini nampak bahawa ukuran kejayaan dan kualiti seseorang bukan terletak pada kekayaan atau kemiskinannya, memiliki Ijazah atau SPM, melainkan terletak pada keimanannya. Kerananya yang Allah swt panggil pada ayat di atas adalah mereka yang beriman. Sebab kaya dan miskin di mata Allah swt adalah ujian. Apalah erti seorang kaya jika ia tidak beriman dan mentaati Allah swt, semua itu hanya kesia-siaan. Sebaliknya sungguh sangat mulia seseorang sekalipun dalam posisi yang sangat miskin tetapi ia beriman dan mentaati-Nya, dan ia akan tergolong mereka yang Allah swt panggil dalam ayat di atas.

(c) Bahawa untuk melaksanakan ibadah puasa syaratnya harus beriman terlebih dahulu. Tanpa iman ibadah puasa seseorang tidak diterima oleh Allah swt. Allah swt hanya mengakui ibadah puasa hamba-Nya yang beriman. Kerananya dalam banyak hadits Rasulullah saw. Selalu menyebutkan kata iimaanan wahtisaaban, untuk menunjukkan bahawa ibadah yang Allah swt terima adalah berdasarkan iman dan harapan atas redha-Nya.

Semaklah beberapa hadits berikut, ”Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lampau.” (HR. Bukharai dan Muslim)

Dalam hadits lain, ”Siapa yang menegakkan solat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.” HR. Muslim.

Lalu khusus mengenai solat pada malam lailatul qadar Rasulullah saw bersabda: ”Siapa yang menegakkan solat malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan Iman Shaum Ramadhan Terasa Lazat

Setelah memanggil orang-orang beriman dengan yaa ayyuhalladziina aamanuu Allah swt menegaskan: Kutiba ’alaikumush shiyaam (diwajibkan atasmu berpuasa), apa hubungan puasa dengan iman?. Mengapa hanya orang beriman yang diwajibkan berpuasa? Apakah puasa Ramadhan merupakan bukti keimanan seseorang?

Pertama, Ketika seseorang beriman kepada Allah swt, seharusnya ia sedar bahawa Allah swt senantiasa bersama-Nya. Di dalam dirinya menggelora hakikat keagungan-Nya. Setiap disebut nama-Nya hatinya bergetar, penuh ketakutan. Dalam surat Al-Anfal ayat 2 Allah swt berfirman, ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”

Kerananya seluruh kegiatan sehariannya selalu dalam rangka mentaati-Nya. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang ia lakukan kecuali dengan petunjuk-Nya. Ia menjauh sama sekali dari apa saja yang disebut kemaksiatan. Baginya kemaksiatan seperti mengadu domba, mencari kesalahan orang lain, tidak menghormati orang lain, bersangka buruk, apatah lagi maksiat besar adalah bencana, yang tidak hanya menghancurkan harga dirinya melainkan juga menjadi sumber malapetaka bagi kemanusiaan di muka bumi.

Kesedaran ini membuatnya sangat berhati-hati dalam bersikap, jangan sampai langkahnya terjerumus dalam kemaksiatan. Sehinggakan yang syubuhat (samar-samar) pun ia hindari, sebab dari yang syubuhat akan lahir daya tarik kepada yang haram. Puasa adalah ibadah menahan diri dari yang makruh dan haram. Dari sini nampak betapa hakikat puasa adalah sebagai benteng supaya pelakunya terhindar dari yang haram. Perhatikan betapa untuk menegakkan puasa, seseorang harus mempunyai iman. Kerana hanya iman yang jujur seseorang akan benar-benar merasakan lazatnya puasa. Tanpa kesedaran iman puasa akan menjadi beban. Di saat orang-orang berbahagia dengan puasa, ia merasa sempit hatinya dengan puasa.

Kedua, Ketika seseorang melakukan puasa, ia sedang berjuang menutup segala pintu yang selama ini syaitan selalu masuk darinya. Pintu nafsu makan ia tutup, di mana banyak orang mengambil yang haram hanya kerana nafsu makan. Pintu nafsu bermusuhan juga tutup, dimana selama ini banyak terjadi konflik saling menyakiti, saling menjatuhkan, saling menzalimi, bahkan saling memfitnah sesama anggota juga adalah kerana nafsu ini.

Lidahnya ia tahan dari perbuatan yang keji. Apabila ada yang mengajaknya bertengkar, ia menjawab: Maaf saya sedang berpuasa. Pintu nafsu seks pun ia tutup, di mana selama ini ramaqi orang terhumban dengan dosa-dosa kerana nafsu ini.

Perhatikan betapa puasa mencerminkan hakikat perlawanan yang dahsyat seorang hamba Allah swt terhadap syaitan. Di dalam dirinya menggelora semangat untuk tidak tunduk kepada syaitan, saat manapun dan di manapun ia berada. Ia sedar bahawa syaitan adalah musuhnya. Allah swt berfirman,

”Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Al-Fathir:6)

Maka ketika Allah swt memanggil di awal ayat ini: yaa ayyuhalladziina aamanuu, itu maksudnya adalah orang-orang yang benar-benar jujur dalam imannya. Bukan orang-orang munafik yang pura-pura beriman. Sebab tidak mungkin seseorang yang tidak jujur dalam imannya mampu melaksanakan ibadah puasa dengan jujur. Dari sini nampak rahsia firman Allah swt dalam hadits Qudsi:

”Semua amal anak Adam itu untuk dirinya kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan langsung pahalanya.” (HR. Bukhari)

Perhatikan betapa puasa merupakan bukti kejujuran iman seseorang, sehingga Allah swt mengagungkannya, dan terlibat langsung untuk memberikan pahala kepada pelakunya.

Panggilan Ramadhan Untuk Orang Beriman

Langkah 1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”

Langkah 2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

Langkah 3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Langkah 4, Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Langkah 5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]

Langkah 6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

Langkah 7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]

Langkah 8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan

Langkah 9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

Langkah 10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

10 Tips Menghadapi Ramadhan

Monday, September 10, 2007

Konflik keluarga: Suami ingin kahwin lagi

Pasangan muda, Azman-Sabariah berkenalan semasa Azman menjual roti kebab di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Ketika itu Sabariah merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pegajian tinggi awam dan menyewa rumah bersama rakan-rakan yang lain. Kekerapan berjumpa dan bertentang mata menyebabkan Azman menemui keluarga Sabariah bagi meminangnya. Hasrat Azman ini dipersetujui dengan syarat Sabariah perlu menghabiskan pengajian ijazah pertamanya terlebih dahulu.

Azman bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau mengambil upah membuat roti kebab di sekitar Kuala Lumpur dan kadangkala menjual peralatan bantu mengajar (ABM) di sekolah-sekolah. Beliau juga pernah tinggal dan bekerja di luar negara dalam tempoh yang agak lama kerana membantu emak saudaranya menguruskan restoran. Pendek kata, Azman seorang yang ringan tulang.

Kelebihan Azman dari segi fizikal dan penampilan adalah seorang yang kemas, bergaya dan petah bercakap. Pengalaman beliau sebagai jurujual banyak membantunya untuk memikat dan meyakinkan ibu bapa Sabariah agar menerima lamarannya. Walaupun kurang berada, keluarga Sabariah yakin bahawa Azman lebih sesuai dengan Sabariah apatah lagi kedua-duanya saling jatuh cinta.

Sabariah adalah nama yang mudah diingat. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik yang sebahagian daripadanya telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sabariah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun dan berjaya menamatkan pengajiannya. Seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai penyelidik di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Sabariah, sebagai anak bongsu, sangat bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya untuk membuat keputusan penting seperti perkahwinannya dan apa yang patut dibuat semasa berkonflik dengan Azman. Dari segi amalan beragama, Sabariah seorang yang taat dalam menunaikan ibadah solat tetapi Azman kelihatan tidak mengikut kealiman isterinya itu.

Senario konflik keluarga yang berlaku

Bersama Azman dan seorang anak lelaki, Sabariah tinggal di kawasan perkampungan yang berpenduduk padat. Rumahnya dilengkapi bengkel membuat alat bantu mengajar yang dibuat sendiri oleh Azman untuk pasaran di luar negara. Setiap satu alat berkenaan dijual dengan harga RM40.00. Di samping itu, Azman juga menjual tulisan khat yang dibingkaikan dalam pelbagai bentuk. Sebulan atau dua bulan sekali, beliau akan keluar kawasan bagi menghantar pesanan dan biasanya akan tinggal di sana selama seminggu. Azman menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana tambangnya lebih murah dan dapat mengurangkan kos hidupnya.

Manakala Sabariah berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan menaiki bas setiap hari, wang gaji digunakan untuk keperluan harian bagi menampung perbelanjaan Azman yang seringkali keputusan wang. Pernah sekali Sabariah meminjamkan RM400.00 daripada saudaranya untuk membeli tiket kapal terbang bagi membolehkan Azman menghantar pesanan ke luar negara.

Sabariah tidak menyedari bahawa Azman telah menjalin hubungan dengan seorang gadis Sarawak. Kejayaan Azman memikat gadis berkenaan memang menakjubkan. Beliau mampu mengajak gadis ini bagi bekerja di Kuala Lumpur dan menanggung perbelanjaannya untuk seketika. Gelagat dan tindak-tanduk Azman tidak pernah disedari oleh Sabariah ataupun keluarganya sendiri. Hubungan yang berjalan selama setahun itu akhirnya pecah dan diketahui umum setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau mahu berkahwin satu lagi.

Apa lagi, Sabariah melenting dan mengamuk. Dia menangis dan mengadu kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Hidupnya ketika itu sungguh muram. Kerjanya turut terjejas dan terpaksa mengambil cuti bagi menenangkan perasaannya.

Ketika berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, Sabariah memberitahu Azman yang dia akan memanggil ibunya untuk datang dan menyelesaikan masalah mereka berdua. Sabariah yakin, ibunya seorang yang lebih tahu selok-belok rumah tangga dan masalah mereka akan dapat diselesaikan. Hasrat ini ditentang oleh Azman sambil mengancam akan menceraikan Sabariah jika ibunya datang ke rumah mereka.

Dalam keadaan begini, Sabariah keliru dan berasa tertekan dengan sikap Azman. Bagi membantunya membuat keputusan, beliau mendapatkan nasihat rakan-rakan dan akhirnya memutuskan untuk memanggil ibunya datang. Walaupun dibantah keras oleh Azman, kedatangan ibu Sabariah adalah rentetan awal perjalanan hidup Sabariah sebagai ibu tunggal. Beliau diceraikan oleh Azman dan proses penceraian berkenaan mengambil masa selama tiga bulan.

Sementara menunggu hari disahkan talak oleh Mahkamah Syariah, Sabariah merasakan hidupnya sangat tertekan, tidak bermotivasi dan putus harap. Beliau juga menghubungi rakan-rakan untuk meminta pandangan dan sokongan. Ketika ditanya pendapat beliau terhadap Azman, jawabnya ringkas, "Dia sangat teruk." Ini bermaksud Sabariah sangat membenci Azman.

Tengah hari setelah Sabariah disahkan cerai talak tiga, beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kepada rakan-rakan yang telah memberi semangat kepadanya.

Selepas bercerai, Sabariah tinggal di rumah saudaranya bersama anak lelaki. Beliau berulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur setiap hari dengan pengalaman hidup yang baru. Baru kerana serba-serbinya perlu dilakukan sendiri. Beliau juga belajar memandu kereta. Sebagai sokongan daripada keluarga, ibunya telah membayar deposit kereta untuk memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja. Setelah lima bulan berlalu, Sabariah telah mula menunjukkan keceriaan untuk meneruskan hidup. Dorongan dan sokongan keluarga serta rakan-rakan untuk tabah menghadapi cabaran hidup menjadikan peribadi Sabariah semakin kental dan utuh. Kini, beliau cuba mendapatkan sebuah rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya dapat hidup bersama anaknya.

Azman, setelah lima bulan, masih bergelut dengan cinta gadis Miri, bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara hidup dan tinggal sementara bersama rakan-rakan bujang. Gadis Miri yang disayangi akan meninggalkan Kuala Lumpur kerana tidak percaya lagi dengan Azman.

Punca-punca konflik dalam keluarga Sabariah

Bagi keluarga muda Azman dan Sabariah, konflik dalam rumah tangga sangat mudah berlaku. Isu-isu remeh dalam kes ini tidak menggugat keutuhan rumah tangga mereka. Bersama seorang anak lelaki, Azman dan Sabariah merancang untuk menambah bilangan anak tetapi Sabariah keguguran kerana terlalu kerap naik turun bas ke tempat kerja.

Konflik yang sangat kritikal meletus setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau ingin menambah isteri. Sebagai isteri, Sabariah berfikir hasrat Azman ini tentulah pelik kerana mereka baru beberapa tahun berkahwin. "Kegatalan" Azman untuk berbini lagi juga menjadi persoalan kepada Sabariah kerana tahap kewangannya yang lemah, malas mengerjakan solat dan dikhuatiri tidak mampu memberi keadilan.

Azman, dengan ego sebagai suami dan lelaki, menggunakan ancaman untuk menghalang Sabariah mencari penyelesaian daripada pihak ketiga. Keegoan Sabariah juga ada. Sebagai isteri, dia juga berasa berhak untuk menidakkan hasrat Azman. Cuma keegoan Azman lebih dominan dan beliau tidak teragak-agak untuk menceraikan Sabariah.

Peranan mediator yang dibawa masuk untuk menyelesaikan konflik tidak membantu meredakan hubungan Azman dan Sabariah. Sebaliknya, ibu Sabariah menjadi penghalang kepada jalan perdamaian bagi mengekalkan hubungan suami isteri. Komunikasi yang berlaku ketika berhadapan dengan mediator lebih banyak menjurus kepada peluasan jurang konflik dan mengelak daripada menutup ruang-ruang yang positif kepada perdamaian. Hal ini memang dijangkakan kerana Azman tidak suka mediator berkenaan berperanan dalam konflik tersebut. Selain berat sebelah, mediator juga pasti mendominasi keadaan.

Sabariah tidak keseorangan untuk berhadapan dengan cabaran Azman. Faktor ini menjadi perangsang kepada beliau untuk berani menyahut cabaran Azman bagi memanggil ibunya datang. Pengaruh kawan-kawan yang memberi nasihat menguatkan azam untuk berhadapan dengan ugutan Azman. Rakan-rakan sepejabat Sabariah mencetuskan motivasi dirinya serta keupayaan menanggung kesusahan jika beliau mengambil tindakan bercerai.

Sabariah menolak keras gadis Sarawak yang dilihatnya menjadi pencetus konflik. Kehadiran orang ketiga ini menimbulkan keresahan kepada beliau tanpa ada apa-apa yang boleh diselindungkan lagi. Pergaduhan yang berlarutan akan mengundang kecederaan fizikal yang menjadikan keadaan akan bertambah kritikal.

Strategi Sabariah menghadapi konflik

Konflik rumah tanga yang dihadapi Sabariah adalah lumrah pasangan muda. Rasa panik dan tertekan tidak banyak membantu beliau untuk menggunakan tindakan yang lebih bijak bagi menyelamatkan rumah tangganya. Daripada latar belakang konflik, Sabariah menggunakan tiga strategi yang difikirkan sesuai dan dapat membantu beliau untuk menamatkan konflik dengan cepat.

1. Konfrontasi

Sabariah bersemuka dengan Azman mengenai jangka masa hubungannya dengan gadis Miri berkenaan. Pengalaman yang cetek semasa berhadapan dengan situasi ini memberi kegemparan kepada Azman kerana beliau telah berangan-angan untuk memiliki dua orang isteri. Namun, Azman sebagai ketua keluarga mempunyai autoriti ke atas tindakannya yang difikirkan boleh diterima Sabariah. Malangnya sifat agresif Sabariah untuk berhadapan dengan Azman menunjukkan penolakan yang sangat kuat daripada isterinya itu bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

2. Khidmat Profesional

Konflik Sabariah dengan Azman memberi ruang kepada pegawai di Jabatan Agama Islam untuk memberi nasihat termasuk hak penjagaan anak, nafkah dan tanggungjawab bekas suami ke atas anak. Sabariah dilihat telah bersedia dengan apa juga tindakan yang akan dilakukan oleh Azman. Sebaliknya Azman masih berkeras ingin meneruskan hubungan dengan gadis Miri berkenaan. Tahap pendidikan dan keupayaan berfikir yang tinggi membolehkan Sabariah membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

3. Intervensi Orang Tengah (Mediator)

Membawa masuk ibunya sendiri sebagai mediator memberi tekanan kepada Azman untuk mempercepatkan penyelesaian konflik. Ketegasan mediator yang mencabar Azman untuk menceraikan isterinya adalah suatu kesilapan dalam hubungan suami dan isteri. Pada peringkat awal, Sabariah beranggapan kemasukan mediator dapat mengekang kemarahan Azman, sebaliknya pula yang berlaku. Azman bertambah marah dan mengambil keputusan segera menceraikan Sabariah. Strategi yang digunakan oleh Sabariah telah bertukar menjadi tragedi dalam hubungan suami dan isteri.

Kesilapan ketika menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk menyelesaikan konflik sangat merimaskan. Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya bertukar menjadi hampa. Setelah dianalisis, pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh Sabariah ialah sistem S-TLC.

Sistem S-TLC ialah Stop, Think, Listen dan Communicate. Kaedah ini lebih sesuai bagi mengendurkan ketegangan dalam konflik. Sekiranya Sabariah menyedari bola berada di kakinya, beliau wajar berhenti daripada memikirkan penyelesaian jangka pendek. Ini kerana Azman telah menunjukkan kejujurannya dengan memaklumkan hasrat beliau untuk berkahwin lagi. Sebaiknya Sabariah merasionalkan keinginan Azman dan berbincang mengenai kesan dan akibat berkahwin lain. Sabariah boleh berhenti (Stop) daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan kerana belum tentu Azman dapat berkahwin dengan keadaannya ketika itu. Malangnya Sabariah mengambil pendekatan yang salah.

Beliau juga boleh berfikir (Think) bagi melihat akibat yang akan timbul kepada anaknya tanpa ayah. Keupayaan inilah yang dilihat sangat lemah, tambahan pula Sabariah mudah terpengaruh dengan kata-kata dan nasihat rakan-rakannya. Memang tidak dinafikan, ketika panik, Sabariah mudah membuat keputusan apatah lagi pada masa tersebut seluruh jiwanya telah putus harap. Mendengar (Listen) alasan Azman tidak ada dalam ingatan Sabariah ketika itu dan yang ada hanyalah kekecewaan.

Sabariah juga kurang mahir berkomunikasi (Communicate) dengan bahasa dan emosi yang memujuk. Kaedah memujuk mungkin dapat mengendurkan hasrat Azman bagi mengekalkan masa depan perkahwinan mereka.

Sistem S-TLC bukanlah dapat dipraktikkan dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan latihan yang berterusan. Ia boleh digunakan dalam isu-isu yang kecil, bersifat harian dan diaplikasikan bagi isu-isu yang lebih besar. Dalam kes ini, Sabariah wajar mendapat pendedahan untuk lebih banyak menggunakan kaedah S-TLC bagi menghadapi konflik dalam hidupnya pada masa hadapan.

Oleh: Sdr. Zahir Zainuddin

Wednesday, July 25, 2007

Lima 'Jangan' Dalam Hadapi Masalah

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi pertolongan dari tempat yang tak terduga, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya akan dicukupi segala kebutuhannya. "

(QS Ath-Thalaq: 2-3)

Fitnah, musibah, kekurangan harta, penyakit, penghinaan, kesempitan, masalah kewangan, anak-anak yang bermasalah, adalah sebagian masalah yang akan selalu menghampiri kita. Ke mana pun kita pergi dan di mana pun kita berada, ia akan selalu turut serta menjadi sebahagian dari kehidupan kita. Masalahnya, bagaimana sebaiknya kita berhadapan dengan masalah tersebut?

Inilah yang akan menentukan kejayaan dan kebahagian dalam hidup kita; bahagia atau nestapanya perasaan kita. Kenyataan pun memperlihatkan, ada yang merana oleh masalah; namun tak sedikit yang mampu menghadapinya lantas menjadi manusia terhormat, berkah dari masalah yang menimpa. Kerana itu, kita harus memiliki kefahaman bahawa masalah yang menimpa bukan sebagai beban apalagi bencana, namun anggaplah sebagai kurnia untuk meningkatkan ilmu, amal, wawasan, ganjaran, dan kemuliaan di sisi Allah.

Bukankah selama bertahun-tahun kita bersekolah, kita belajar menghadapi berbagai macam ujian hingga akhirnya kita lulus dan dihormati sebagai orang berpendidikan? Bila ingin mendapatkan nilai terbaik, kita harus mempersiapkan diri dengan belajar dan berlatih terus menerus. Setelah itu hadapi ujian dengan niat dan cara terbaik agar lulus dengan nilai terbaik. Lalu ketika dihadapkan pada sebuah masalah, sikap seperti apa yang harus kita ambil?

Kuncinya adalah 5 "Jangan" :

1. Jangan panik
Saat tertimpa suatu masalah, langkah pertama yang harus kita ambil adalah jangan panik. Kepanikan hanya akan menambah masalah daripada menyelesaikan masalah. Kepanikan justru akan membuat kita tidak berfikir secara jernih, dan akhirnya tidak memutuskan sesuatu dengan tepat. Maka latih diri dan keluarga untuk tenang dan tidak panik menghadapi situasi segawat apapun.

2. Jangan emosional
Jangan terpengaruh untuk berasa cepat marah dan bertindak emosional ketika kita dihadapkan pada suatu masalah. Marah hanya akan memuaskan nafsu, sedangkan nafsu yang tidak terkendali bukan jalan meraih kebenaran dan kemuliaan hidup.
Boleh saja kita langsung bertindak, tapi jangan bertindak secara emosional.

3. Jangan tergesa-gesa
Tergesa-gesa itu berasal dari syaitan. Tindakan tergesa-gesa hanya akan menuai penyesalan. Maka uruskan diri, jangan ingin cepat-cepat menyelesaikan suatu aktiviti tanpa perhitungan matang. Saat kita dihadapkan pada masalah yang rumit, segera petakan masalah tersebut, kumpulkan informasi secara BAL (benar, akurat(tepat), dan lengkap). Setelah informasi terkumpul baru kita membuat keputusan dan segera bertindak.

4. Jangan terlalu mendramatisasi
Sebahagian penderitaan yang dialami adalah hasil dramatisasi fikiran kita sendiri. Akibatnya persoalan jadi kelam kabut gawat, darurat, dan mencekam. Padahal boleh jadi setelah dihalusi, masalah tersebut tidak segawat dan seserius yang diperkirakan.

5. Jangan putus asa
Masalah akan membuat kita terpuruk dan menjadi hina, bila kita putus asa menghadapinya. Putus asa terlarang bagi seorang Muslim. Putus asa lahir dari lemahnya ilmu dan keyakinan pada Allah SWT. Ingatlah, bersama kesulitan pasti ada kemudahan. Dalam QS Al-Insyirah ayat 5-6 diungkapkan bahawa satu kesulitan selalu diapit oleh dua kemudahan. "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan ."

Saudaraku, sekali lagi, kita tidak mungkin lepas dari masalah.

Maka, (1) amalkan prinsip "LIMA JANGAN" saat masalah menimpa. (2) Lalu terima dan hadapi masalah tersebut dengan lapang dada. (3) Setelah itu jalani sebagai sebuah proses pembelajaran.(4) Kemudian hayati hikmah di balik masalah itu, hingga akhirnya kita mampu menikmatinya sebagai kurnia dari Allah SWT.

Akhir kata, sesuai ayat yang tersebut dalam QS Ath-Thalaq: 2-3 di atas, bahawa dengan bertaqwa dan bertawakal-lah insya Allah setiap urusan dan permasalahan akan diberi jalan keluar yang terbaik oleh-Nya.

Wallahu a'lam.

(Oleh:KH Abdullah Gymnastiar)

Jangan ! Jangan! Jangan! Jangan! Jangan!

JIWA yang sihat dan tenteram memiliki beberapa tanda, sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab ‘Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan’. Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita. Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya.

Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Selain itu, jiwa yang sihat memiliki sifat sebagaimana berikut :

  • Matlamatnya Akhirat

Jiwa yang sihat bergerak dari dunia menuju ke akhirat dan seakan-akan telah sampai di sana. Sehingga dia merasa seperti telah menjadi penghuni akhirat dan putera-puteri akhirat. Dia datang dan berada di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing, yang mengambil sekadar keperluannya, untuk segera kembali ke negeri asalnya. Nabi s.a.w bersabda,

“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau (musafir) yang melalui suatu jalan.” (HR. al-Bukhari)

Bila jiwa seseorang itu sihat, dia akan mengembara menuju akhirat dan menghampirinya, sehingga seakan-akan dia telah menjadi penghuninya. Sedangkan bila jiwa tersebut sakit, maka dia akan terlena dengan dunia dan menganggapnya sebagai negerinya yang kekal, sehingga jadilah dia hamba kepadanya.

  • Keinginan Menuju Allah s.w.t.

Di antara tanda tenteramnya jiwa ialah selalu mendorong seseorang untuk kembali kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada-Nya. Dia bergantung hanya kepada Allah, mencintai-Nya sebagaimana seseorang mencintai kekasihnya. Tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kenikmatan, kesenangan kecuali hanya dengan ridha Allah, merasa dekat dan rasa jinak terhadap-Nya. Merasa tenang dan tenteram dengan Allah, berlindung kepada-Nya, bahagia bersama-Nya, bertawakkal hanya kepada-Nya, yakin, berharap dan takut hanya kepada Allah.

Maka jiwa tersebut akan selalu mengajak dan mendorong pemiliknya untuk mecari ketenangan dan ketenteraman bersama Ilah sembahannya. Tatkala itulah ruh benar-benar merasa kehidupan dan kenikmatan dan menjadikan hidupnya lain daripada yang lain, bukan kehidupan yang penuh dengan kelalaian dan berpaling dari tujuan penciptaan manusia. Untuk tujuan menghamba kepada Allah s.w.t inilah syurga dan neraka diciptakan, para rasul diutus dan kitab-kitab diturunkan.

Abul Husain al-Warraq berkata, “Hidupnya jiwa adalah dengan mengingat Zat Yang Maha Hidup dan Tidak Pernah Mati, dan kehidupan yang nikmat adalah kehidupan bersama Allah, bukan selain-Nya.”

Oleh kerana itu terputusnya hubungan seseorang dengan Allah s.w.t. adalah lebih dahsyat kepada orang-orang arif yang mengenal Allah daripada kematian, kerana terputus dari Allah adalah terputus dari al-Haq, sedang kematian adalah terputus dari sesama manusia.

  • Tidak Bosan Berzikir

Di antara tanda sihatnya jiwa adalah tidak pernah bosan untuk berzikir mengingat Allah s.w.t. Tidak pernah merasa jemu untuk mengabdi kepada-Nya, tidak terlena dan asyik dengan selain dari Nya, kecuali kepada orang yang menunjukkan jalan kepada Nya, orang yang mengingatkan dia kepada Allah s.w.t. atau saling mengingatkan dalam kerangka berzikir kepada-Nya.

  • Menyesal jika Tertinggal dari Berzikir

Jiwa yang sihat akan rasa menyesal, merasa sedih dan sakit melebihi sedihnya seorang bakhil yang kehilangan hartanya jika tertinggal atau terlupa berzikir.

  • Rindu Untuk Beribadah

Jiwa yang sihat selalu rindu untuk menghamba dan mengabdi kepada Allah s.w.t. , sebagaimana rindunya seorang yang lapar terhadap makanan dan minuman.

  • Khusyu’ Dalam Solat

Jiwa yang sihat akan meninggalkan segala keinginan dan sesuatu yang bersifat keduniaan ketika sedang menunaikan solat. Sangat berhati-hati dalam masalah solat dan bersegera melakukannya, serta memperolehi ketenangan dan kenikmatan di dalam solat tersebut. Baginya solat merupakan kebahagiaan dan penyejuk hati dan jiwa.

  • Keinginannya Hanya kepada Allah

Jiwa yang sihat, keinginannya hanya satu, iaitu kepada segala sesuatu yang diredhai Allah s.w.t..

  • Menjaga Waktu

Di antara tanda sihatnya jiwa adalah merasa sayang jika waktunya hilang dengan sia-sia, melebihi sayang seorang yang kikir terhadap hartanya.

  • Muhasabah dan Memperbaiki Diri

Jiwa yang sihat senantiasa memberi perhatian untuk terus memperbaiki amal, melebihi perhatian terhadap amal itu sendiri. Dia terus bersemangat untuk meningkatkan keikhlasan dalam beramal, mengharap nasihat, mutaba’ah dan ihsan (seakan-akan melihat Allah s.w.t. dalam beribadah, atau selalu merasa dilihat Allah). Di samping itu dia selalu memperhatikan pemberian dan nikmat dari Allah s.w.t. serta kekurangan dirinya di dalam memenuhi hak-hak-Nya.

Demikian di antara beberapa tanda yang menunjukkan sihatnya jiwa seseorang.

Dapat disimpulkan bahwa jiwa yang sihat dan tenteram adalah qalbu yang himmah (keinginannya) kepada sesuatu yang menuju Allah s.w.t. , mencintai-Nya dengan sepenuhnya, menjadikan-Nya sebagai matlamat. Jiwa raganya untuk Allah, amalan, tidur, bangun dan bicaranya hanyalah untuk-Nya. Dan ucapan tentang segala yang diredhai Allah lebih dia sukai daripada segala pembicaraan yang lain, fikirannya selalu tertuju kepada apa sahaja yang diredhai dan dicintai-Nya.

Berkhalwah (menyendiri) untuk mengingat Allah s.w.t lebih dia sukai daripada bergaul dengan orang, kecuali dalam pergaulan yang dicintai dan diredhai-Nya. Kebahagiaan dan ketenangannya adalah bersama Allah, dan ketika dia mendapati dirinya berpaling kepada selain Allah, maka dia segera mengingat firman-Nya,

”Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.¨ (QS. 89:27-28)

Dia selalu mengulang-ulang ayat tersebut, dengan harapan dia akan mendengarnya nanti pada hari Kiamat dari Rabbnya. Maka akhirnya jiwa tersebut di hadapan Ilah dan Sesembahannya yang Haq akan terwarna dengan sibghah (celupan) sifat kehambaan. Sehingga jadilah dia abdi sejati sebagai di segi sifat dan karakternya, ibadah adalah nikmat bukannya beban yang memberatkan. Dia melakukan ibadah dengan rasa gembira, cinta dan rasa dekat kepada Rabbnya.

Ketika diajukan kepadanya perintah atau larangan dari Rabbnya, maka hatinya berkata, “Aku sambut panggilan-Mu, aku penuhi dengan suka cita, sesungguhnya aku mendengar, taat dan akan melaksanakannya. Engkau berhak dan layak mendapat semua itu, dan segala puji kembali hanya kepada-Mu.¨

Apabila ada takdir menimpanya maka dia mengatakan, ” Ya Allah, aku adalah hamba-Mu, miskin dan memerlukan-Mu, aku hamba-Mu yang fakir, lemah tidak berdaya. Engkau adalah Rabbku yang Maha Mulia dan Maha Penyayang. Aku tidak mampu untuk bersabar jika Engkau tidak menolongku untuk bersabar, tidak ada kekuatan bagiku jika Engkau tidak membantuku dan memberiku kekuatan. Tidak ada tempat bersandar bagiku kecuali hanya kepada-Mu, tidak ada yang dapat memberikan pertolongan kepadaku kecuali hanya Engkau. Tidak ada tempat berpaling bagiku dari pintu-Mu, dan tidak ada tempat untuk lari dari-Mu.¨

Dia mempersembahkan segalanya hanya untuk Allah s.w.t, dan dia hanya bersandar kepada-Nya. Apabila ditimpa sesuatu yang tidak disukai maka dia berkata, “Rahmat telah dihadiahkan untukku, ubat yang sangat bermanfaat dari Zat Pemberi Kesembuhan yang mengasihiku.” Jika dia kehilangan sesuatu yang dia sukai, maka dia berkata, “Telah disingkirkan keburukan dari sisiku.“

Semoga Allah s.w.t memperbaiki jiwa kita semua, dan menjaganya dari penyakit-penyakit yang merosak dan membinasakan, Amin.

JIWA YANG SIHAT

Ada Apa pada HATI??

PERKEMBANGAN jiwa dan watak manusia mempunyai hubungan rapat dengan kedudukan dan bentuk hati (qalbu) yang dimilikinya. Secara umumnya hati atau jiwa manusia itu memiliki sifat hidup dan mati.

Bagi hati yang suci dan hidup (qalbun sahih) maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT. Bagi hati yang keji dan mati (qalbun Mayyit) pula akan membawa tuannya ke arah kebinasaan dengan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Di antara kedua-dua jenis hati itu, ada pula hati Qalbun Maridh (hati yang sakit) yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.

Dalam penelitian kaum sufi, qalbu disebut sebagai nurani kerana ia memiliki kesedaran antara baik dan buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang yang kami pilih dari kalangan hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itulah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata” (surah Fathir: 32).

Berdasarkan ayat ini Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah membahagikan manusia kepada tiga darjat kedudukan :

  • Golongan Zhalimun Linafsih - iaitu golongan yang sentiasa menzalimi dan menganiaya dirinya. Mereka adalah golongan yang derhaka kepada Allah SWT, meninggalkan perintah (suruhan dan larangan) serta mengerjakan kejahatan (kemungkaran) .
  • Golongan Mukhtasid - iaitu golongan manusia darjatnya pertengahan dengan sifatnya cermat, berhati-hati dengan melaksanakan kewajipan dan menjauhi laranganNya.
  • Golongan Sabiqun Bil-Khairat - iaitu golongan yang sentiasa aktif dan proaktif dalam melakukan dan mengerjakan kebaikan. Golongan ini tinggi kerohaniannya di mana mereka tidak hanya menunaikan kewajipan, sebaliknya melakukan amalan sunat, tetap istiqamah melaksanakan perintah (suruhan dan larangan) serta meninggalkan perkara yang syubhat dalam kehidupannya.

Sayid Sabiq pula telah membahagikan kekuatan kerohanian manusia kepada tiga tingkat :

  1. Nafsu amarah iaitu tingkat nafsu insan paling rendah dan hina yang hanya mengutamakan desakan atau dorongan hawa nafsu semata-mata serta godaan syaitan.
  2. Nafsu Lawwammah iaitu nafsu yang dapat mengawal amal salih serta gemar menegur atau mengkritik diri apabila terjerumus ke dalam lembah kemungkaran.
  3. Nafsu Mutmainnah iaitu tingkat kerohanian insan paling tinggi dan luhur. Ini adalah jiwa yang tenang lagi suci dalam keadaan kekal melakukan kebaikan amal salih.

Menurut Iman al-Ghazali, proses penyucian diri (tazkiah al-nafs) untuk mencapai tahap nafsu yang diredai seperti tahap nafsu di atas dapat diperoleh melalui jalan ilmu dan beramal. Tazkiyyah al-nafs mengandungi dua keadaan iaitu membebas (mengosongkan) diri dari sebarang sifat mazmumah (keji) dan mengisi (menghiasi) jiwa dengan sifat mahmudah (mulia).

Ilmu tasawuf berkaitan dengannya. Dalam pengertian ilmu, tasawuf bermaksud mensucikan qalbu dan menjernihkan roh agar dapat merasai limpahan cahaya ilahi. Amalan tasawuf dibangunkan di atas latihan kerohanian (riyadhat ruhiyyah). Pengamalan dan penghayatan tasawuf adalah bermatlamatkan ibadat dan zuhud semata-mata.

Sesungguhnya kesejahteraan, kedamaian dan kebaikan jiwa insan mukmin itu bergantung kepada tazkiyyah al-nafs. Nafsu pada hakikatnya adalah penggerak tingkah laku yang cenderung kepada sama ada kebaikan atau kejahatan. Allah mengilhamkan kepada jiwa insan itu dua ilham - ilham berbentuk fujur iaitu jalan yang membawa insan ke arah kesejahteraan dan ilham berbentuk takwa iaitu jalan yang membawa manusia ke arah kebaikan dan amal soleh.

Dua bentuk jalan ini terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.

Sesungguhnya berjayalah orang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat “ jiwanya” (surah Asy-Syams: 7-10).

Sifat qalbu (hati/jiwa) sering berbolak-balik dan sering berperang antara nafi dan isbat. Dalam ayat 1, surah Alam Nasyrah digunakan kata `sadr’ yang bererti “dada” untuk menggambarkan suasana hati (jiwa). Keadaan ini menjelaskan bahawa hati manusia itu bersifat tidak konsisten atau berbolak-balik.

“Perang batin” ini tidak akan berkesudahan selagi ia tidak mencapai kepada keyaqinan (aqidah/keimanan) yang teguh. “Perang batin” ini dapat dirasai ketika manusia ingin melakukan ibadat seperti solat, puasa, berzakat, berjihad dan sebagainya. Untuk mencapai keyaqinan maka jihad melawan hawa nafsu perlu dilaksanakan oleh manusia dan inilah yang sering disebut sebagai “jihad besar”.

Jihad melawan hawa nafsu inilah yang menjadi manhaj (jalan) mengenal Allah SWT. Qalbu (hati) perlu dijaga kerana pengaruhnya terhadap diri dan kehidupan bermasyarakat (bernegara) amat jelas; jika baik hati individu itu maka baiklah amalannya, sebaliknya jika kotor jiwa individu itu maka buruklah amalannya.

Sebuah hadis nabi bermaksud, “Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, Ketahuilah itulah hati” (Muttafaqun `Alaih).

Dalam masyarakat Melayu sering kita mendengar kata-kata seperti ‘Hati Iblis’, ‘Hati Yahudi’,’Hati Malaikat’ dan seumpamanya. Semua bentuk gelaran hati ini melambangkan keperibadian pemiliknya. Hati yang kotor (keji) boleh menjadi hijab kepada ‘Nur Ilahi’.

Qalbu (hati) terang bercahaya menjadi nur (pelita/cahaya) kepada manusia menempuh jalan baik dan haq. Al-Quran itu sendiri diturunkan menjadi huda lil muttaqin (petunjuk kepada hati yang bertakwa).

Justeru, hati mesti dibersihkan melalui jalan tarbiyyah rabbani ke dalam jiwa mukmin yang mampu dilakukan melalui amal ibadat yang dicontohkan oleh nabi dan sahabatnya serta para tabiin.

Al-Quran menegaskan, “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Tuhan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan jangan engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran” (Surah al-Kahfi: 28).

Hawa adalah kecenderungan nafs kepada syahwat. Ia adalah ciri tingkah laku negatif yang merosakkan kehidupan manusia. Ia menyukai, menyenangi dan merindui terhadap perkara yang dihajati atau dikehendakinya oleh syahwah.

Syahwah adalah kalimat dalam al-Quran yang menggambarkan keinginan insan terhadap keseronokan, kelazatan dan kesenangan (surah Maryam: 4). Ia juga bermaksud fikiran tertentu yang cenderung ke arah melakukan kejahatan dan penyelewengan ( An-Nisaa: 27) dan syahwah juga bermaksud perilaku terhadap seks ( An-Naml: 55).

Untuk mencapai kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hati maka manusia perlulah mengikis penyakit hati yang bersarang di jiwanya.

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Tuesday, June 26, 2007

PERKAHWINAN IBADAH

Suatu ketika Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat, siapakah orang yang paling taat dan takwa kepada Allah? Maka, satu per satu mereka memberikan jawaban.

Ada yang berkata bahawa orang yang paling taat dan takwa kepada Allah adalah orang yang selalu berpuasa setiap hari. Rasulullah menggelengkan kepala. "Aku adalah Rasul Allah, tetapi aku tidak berpuasa setiap hari", begitu tepis beliau.

Sahabat yang lain memberikan jawaban berbeza. Menurutnya, orang yang paling taat dan takwa kepada Allah adalah orang yang melakukan solat terus sampai tak sempat tidur. Rasulullah menggelengkan kepala, sambil berkata: Aku adalah Rasul Allah. Aku menjalankan solat, tapi juga menyempatkan untuk tidur.

Orang yang ke tiga menjawab berbeza lagi, menurutnya, orang yang taat dan takwa kepada Allah itu adalah orang yang tidak kahwin, agar ibadahnya kepada Allah tidak terganggu. Tapi sekali lagi Rasulullah menggelengkan kepala. "Aku Rasul Allah. Aku beribadah, tapi aku juga tetap melakukan perkahwinan"

Ah, pembaca, begitu banyak orang yang berlebihan dalam beribadah. Sehingga ada yang sampai tidak kahwin atas nama ibadah. Maka Rasulullah mengkritik secara halus orang-orang yang berlaku demikian.

Ibadah adalah bentuk ketaatan kepada Allah. Upaya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tetapi jangan sampai keliru sehingga terjebak kepada perilaku melampaui batas. Sebagaimana yang Allah tujukan kepada para rahib Nasrani yang tidak melakukan perkahwinan dengan alasan ibadah. Padahal perkahwinan itu sendiri adalah bentuk ibadah seorang manusia kepada Allah.

QS. Al Maidah (5): 77

“Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."

Bahkan Rasulullah saw pernah bersabda, barangsiapa tidak kahwin, padahal ia mampu, maka ia bukanlah termasuk umat beliau. Begitulah, perkahwinan bukan hanya bersifat lahiriah dan sesaat, serta bertujuan jangka pendek, melainkan lebih jauh dari itu. Untuk memberikan berbagai macam kemudahan dan kebahagiaan kepada kita.

Allah tidak menghendaki kesulitan atas hamba-hambaNya. Justru sebaliknya, Allah menghendaki kemudahan dan kebahagiaan buat kita semua. Dan perkahwinan adalah salah satu jalan untuk mencapai kebahagiaan. Ketenteraman dan kasih sayang.

QS. Ar Ruum (30): 21

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahawa tujuan perkahwinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal. Yang pertama, untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Kedua, agar tercipta ketenteraman. Dan yang ketiga, untuk membangun kasih sayang.

Inilah salah satu cara Allah membahagiakan hamba-hambaNya. Melalui jalan perkahwinan. Kerana itu Rasulullah pernah menyampaikan bahawa rumah tangga beliau itu bagaikan syurga bagi beliau. Baiti jannati - rumahku adalah syurgaku.

Bagaimana hal itu mampu terjadi? Sementara kita melihat demikian banyaknya rumah tangga yang justru menjadi neraka bagi penghuninya. Pertengkaran terjadi setiap hari. Suami jarang pulang. Isteri pun membalas menginap di rumah teman. Anak-anak telantar, entah siapa yang mengurusi keperluannya.

Ketika perkahwinan tidak dilandasi niat ibadah, biasanya yang muncul adalah keretakan rumah tangga. Bermunculannya segala masalah.

Begitulah keterkaitannya. Ketika kita meniatkan ibadah kepada Allah melalui jalan perkahwinan, maka DIA pun menjadikan rumah tangga kita sebagai syurga. Di situlah bakal muncul ketenteraman. Disitu pula bakal muncul kasih sayang. Dan di situ bakal tercipta syurga dunia. Bagaimana? Kerana Allah sendiri yang bakal menjaga rumah tangga kita dengan kekuasaanNya.

Di ayat lain Allah juga memberikan gambaran bahawa perkahwinan bertujuan untuk menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah sehingga melengkapi kebahagiaan. Bukan hanya kebahagiaan bersama isteri dan suami tercinta, tetapi bersama anak-anak sang buah hati.

QS. Al Furqaan (25): 74

“Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

Jadi, kunci kebahagiaan rumah tangga sebenarnya berada pada niatan kita untuk melakukan pernikahan tersebut. Jika kita hanya berniat untuk bersenang-senang secara biologis, maka kita pun hanya akan memperoleh kesenangan sesaat. Kerana yang namanya kesenangan biologis itu hanya sementara dan dangkal sifatnya.

Sangat terkait dengan waktu. Boleh jadi, satu-dua tahun kemudian kita sudah merasa bosan. Kerana ternyata ia hanya ‘gitu-gitu aje’. Mulailah melirik kiri-kanan, mencari variasi dan alternatif.

Pada saat itu, bahaya mulai mengintai. Betapa banyaknya perkahwinan selebriti yang berkecai, dan hanya bertahan ‘seumur jagung’. Kerana mereka hanya berorientasi kepada hal-hal yang bersifat fizik. Sekadar kerana kecantikan dan ketampanan.

Padahal kata orang bijak, Beauty is just skindeep - kecantikan hanyalah setipis kulit. Begitu kulitnya mengeriput sudah tidak cantik lagi. Apalagi kalau kulitnya mengelupas, kecantikan itu pun menjadi hilang. Bahkan mungkin mengerikan.

Jangan. Jangan mengorientasikan perkahwinan hanya kerana alasan biologis. Meskipun kita sedar, bahawa kecantikan dan ketampanan merupakan salah satu alasan seseorang menyukai pasangannya.

Nabi pun sangat senang menjaga penampilannya. Beliau selalu menjaga kebersihannya. Rambut selalu tersisir rapi. Kesihatan mulutnya sangat terjaga. Bajunya selalu bersih. Bahkan suka menggunakan pewangi. Kerana beliau sangat menyedari bahawa penampilan yang buruk dan selekehl bakal mengganggu orang-orang di sekitarnya. Termasuk pasangannya.

Jangan pula meniatkan sebuah perkahwinan hanya kerana harta benda dan kekuasaan. Kerana seperti kecantikan dan ketampanan, harta kekayaan tidak berumur panjang. Dan sering menjebak pada persoalan.

Tak sedikit orang yang kahwin kerana kekayaan pasangannya. Sehingga selama perkahwinannya itu yang menjadi sorotan hanya soal harta benda. Begitu tidak sesuai dengan yang dibayangkan, maka bertengkarlah mereka. Dan akhirnya, sidang perceraian hanya berkisar pada rebutan harta sana sini. Sungguh memalukan.

Perkahwinan bukan hanya berorientasi pada kekayaan harta benda. Meskipun kekayaan menjadi salah satu daya tarik seseorang untuk melakukan perkahwinan.

Perkahwinan juga bukan sekadar berorientasi pada kekuasaan. Meskipun kita melihat tidak sedikit orang-orang yang melakukan perkahwinan politik. Tapi, begitu kepentingan politik itu sudah selesai, yang muncul adalah masalah.

Dan perkahwinan pun bukan sekadar untuk tujuan-tujuan duniawi lainnya. Kerana semua itu ternyata bakal menjebak pelakunya menemui masalah-masalah yang rumit tentang keduniawiannya.

Allah menawarkan penyelesaian tentang kebahagiaan perkahwinan menerusi sebuah konsep ibadah. Bahawa perkahwinan akan menjadi syurga ketika kita memformatnya sebagai sebuah pengabdian yang tulus kepada Allah. Beribadah kepadaNya. Sebab fitrah manusia memang adalah makhluk ibadah. Siapa yang tidak beribadah bakal gelisah dan bertemu dengan masalah.

Kerana itu, perkahwinan akan mencapai kebahagiaannya ketika dikembalikan ke fitrahnya. Bahawa perkahwinan adalah perintahNya. Bahawa perkahwinan adalah ladang untuk berbuat amal kebajikan. Dengan cara membahagiakan isteri dan suami. Dan kemudian memperoleh keturunan anak-anak yang soleh dan solehah...

QS. Adz Dzaariyaat (51): 56

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.”

Barangsiapa tidak beribadah dalam setiap aktivitinya, maka ia akan menemui masalah. Termasuk di dalam kehidupan rumah tangganya.

Status Perkahwinan Kita

BAHAGIAKAN PASANGAN

Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia.
Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifat
individual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.

Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi mereka
yang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan diri
sendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan' , yang
justru tidak pernah menemukan kebahagiaan. ..

Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan cara
membahagiakan pasangan kita. Partner kita. Isteri atau suami. Mampukah itu
terjadi? Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadar
berburu cinta. Apakah ada bezanya?

Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikan
sesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia. Sedangkan berburu cinta,
bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangan
kita, sehingga kita merasa bahagia.

Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta?
Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasan
ataukah justru memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yang
pertama ataukah yang ke dua?

Ternyata, yang ke dua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untuk
berburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana,
keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagi
keserakahan.

Hari ini Anda merasa memperoleh cinta dari pasangan Anda, maka berikutnya
anda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudah
memperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.

Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara
memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akan
senang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusaha
mengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.

Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yang
berharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagi
menyenangkan, atau apalagi membahagiakan.

Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memiliki
kereta berharga puluhan ribu. Jika kemudian kita mMPU memenuhi
keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.
Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnya
memiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya. Cuba
rasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan dan
membenarkannya.

Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya,
melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika anda
mensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya pada
perubahan yang datang berikutnya.

Anda tak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya. Yang
perlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yang
sudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum anda
punyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki,
maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar,
melainkan memberi.

Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan,
caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikan
kebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikan
cinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.

Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah. Yang pertama, anda
akan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akan
membalas memberikan kebahagiaan.

Yang ke dua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri.
Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kita
bakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partner
kita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikan
kebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.

Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebih
bahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, maka
senangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri.
Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.

Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi,
akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.

Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuk
sebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yang
tidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi oleh
pasangannya. Katakanlah ia pihak wanita.

Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Kereta
tersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi.
Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada cinta di
hatinya.

Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Ia
merasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senang
dan puas ketika mampu membelikan kereta.

Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yang
dicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepada
isterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cinta
kepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan si
isteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinya
menderita, maka ia pun merasa menderita.

Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadar
menuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dan
kebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya,
maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia.

Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya - kerana
kebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu juga
bakal memperoleh kebahagiaan kerananya.

Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kini
berganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakan
kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira.

Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya,
kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu ia
merasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakan
cinta yang membara.

Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia.
Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja. Apakah yang
membezakannya? Rasa cinta!

Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasa
bahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahwa
yang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orang
yang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...

Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah
mencintai pasangan. Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pula
kita kerananya. Dan yang ke dua, semakin banyak kita memberi untuk
kebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita...

Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untuk
dibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana di
situlah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.

KESEMPURNAAN NI'MAT ALLAH S.W.T. KEPADA KITA

Ni'mat Allah S.W.T. yang sebenarnya diberikan kepada hamba-hambaNya yang taat patuh kepada-Nya semata-mata, di setiap masa dan tempat.

Dasar kita adalah satu sahaja. Dasar inilah yang perlu kita bawa dan hayatinya di mana-mana sahaja, iaitu: Kita Tidak Akan Mengabdikan Diri Kepada Ilah-ILah Yang Lain Selain Allah S.W.T..

Hal ini sebenarnya telah kabur di dalam masyarakat kita seluruhnya. Oleh yang demikian dasar tersebut perlulah diproses lain, guna untuk melahirkan pengabdian yang sebenarnya. Oleh yang demikian kita perlu kepada manusia yang berjiwa bersih sebagai tenaga penggerak, yang bergerak di dalam satu jamaah yang padu. Tenaga penggerak yang mempunyai jiwa yang bersih ini hanya alakn lahir sari satu program Tarbiyyah (pendidikan) 'Aqidah yang sebenarnya.

Dengan cara ini barulah kesempurnaan ni'mat Allah S.W.T. kepada kita itu dapat dirasai. Barulah disedari bahawa nikmat Allah S.W.T. tidak terkira. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T. sebesar-besar punca kenikmatan.

Bagi mereka yang mengetahui persaudaraan mu'min, mereka akan berusaha untuk menegakkan Islam, di tengah masyarakat yang leka dengan kemungkaran ini. Tertegaknya Islam merupakan obor kepada seluruh Ummat. Keadilan akan tercapai. Kezaliman, kemunkaran, kedurhakaan kepada Allah S.W.T. akan dibenteraskan.

Untuk itu kita perlu kepada kesabaran. Kita sebagai tenaga penggerak Islam, perlulah bersikap sabar. Jika belum ada masyarakat Islam, kita perlu bersabar untuk mengujudkannya.

Sikap sabar yang melahirkan natijah yang sebenarnya, hanya akan lahir melalui Tarbiyyah (pendidikan) Imaniyyah yang jelas. Bila ini kita hendak lakukan, kita perlu melihat dan merujuk kepada rangka perjuangan Islam yang pertama dahulu.

Hal ini telah dijelaskan oleh asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya, Mu'alim Fi at-Tariq. Tidak lain contoh bagi kita yang ingin menghayati Islam selain dari Ummah yang telah dibentuk oleh Rasulullah S.A.W..

Dalam rangka kita mengejar ni'mat Allah S.W.T. ini, sikap kasihan perlu ada. Kita kasihan terhadap mereka yang terikut-terikut melakukan munkar. Kasihan melihat manusia yang masih mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.. Mereka yang masih melakukan apa yang Allah S.W.T. larang dan meninggalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan itu, patut kita kasihani.

Atas dasar kasihan inilah kita perlu bertindak merubah, menolong serta membantu mereka agar tidak meninggalkan kemungkaran lagi. Punca kemungkaran itulah perlulah kita hancurkan.

Bagi mereka yang mendewa-dewakan makhluk itu kita jelaskan tentang pengertian (konsep) makhluk itu. Bahawa makhluk itu bukan untuk didewa-dewakan, perlulah dijelaskan kepada mereka. Inilah pengakhiran kasihan kita kepada mereka.

Tiada kerehatan bagi kita dalam memperkatakan Islam ini. Kita mesti terus mengenengahkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya.

Sekiranya kita ditentang oleh pendokong kemungkaran, kita perlu menghadapinya dengan penuh persediaan. Rintangan yang dicipta oleh mereka perlulah kita pecahkan. Di sinilah perlu kita mamahami mereka dengan sebenar-benarnya. Kita juga perlu menilai kekuatan yang ada pada kita, iaitu kekuatan Iman.

Iman yang kuat lagi padu ini tidak boleh kita dapati melalui ceramah yang bersemangat semata-mata. Ini juga tidak lahir melalui ilmu yang banyak tanpa amal. Iman yang berfungsi ini hanya akan lahir melalui satu program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen.

Untuk melalui Tarbiyyah Imaniyyah yang tulen, perlulah kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sejarah para sahabat dalam seluruh perkara dan ketika.

Bahan-bahan rujukan ini sangat perlu kita tetapkan. Jika lari dari bahan-bahan rujukan ini ketulinan tidak akan deperolehi. Pun begita jika campurkan bahan-bahan Tarbiyyah dalam peringkat pembentukan natijahnya akan kabur.

Setelah kita dapat melatih diri kita dalam program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen ini, dengan bahan-bahan yang jelas barulah dapat kita mengenali yang mana patut dikasihani dan yang mana pula pendokong kemungkaran. Ketika ini barulah kita boleh mengatur langkah penyeruan Islam.

Di sini jelaslah Tarbiyyah Islamiyyah Sohihah itulah yang akan menentukan kita dapat atau tidak kenikamatan yang telah Allah S.W.T. sempurnakan untuk kita. Pernyataan ini telah berlalu 14 abad yang lalu dan akan terus tetap hingga hari qiamah. ia tidak akan berubah. Kitalah perlu merubah apa yang ada pada diri kita untuk memenuhi kehendakNya bagi memperolehi kenikatan yang hakiki.

Renungilah Firman-Firman Allah S.W.T. yang berikut sebagai panduan untuk kita dalam hal ini:

1. Terjemahannya:-

“ Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. "

(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)

2.Terjemahannya:-

" Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdo’a) : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan wafatlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu). "

(Surah al-'Araf: ayat 126.)

3. Terjemahannya:-

" Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun berdo’a : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. "

(Surah al-Baqarah: ayat 250.)

4. Terjemahannya:-

" Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Bahawa sesungguhnya ia tidak berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir. "

(Surah Yusuf: ayat 87.)

5. Terjemahannya:-

" Ibrahim berkata : Tidak yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat."

(Surah al-Hijr: ayat 56.) `

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah