Monday, May 21, 2012

Kajian: 6 Tanda Kecanduan Facebook


Kajian  dari Universiti Bergen, Norway, telah mengenalpasti ada enam tanda yang menunjukkan seseorang kemungkinan kecanduan Facebook (FB). Projek kajian yang dikenali sebagai “Bergen Facebook Addiction Scale” tersebut telah dijalankan terhadap 423 mahasiswa untuk membantu mengetahui apakah seseorang mengalami kecanduan terhadap media sosial tersebut.

Hasil penelitian menunjukkan terdapat enam tanda seseorang dilanda kecanduan facebook iaitu; 

1. Menghabiskan banyak waktu untuk berfikir tentang FB atau sentiasa merancang menggunakan FB.

2. Merasa perlu menggunakan FB terus menerus.

3. Menggunakan FB untuk melupakan persoalan dan permasalahan peribadi.

4. Merasa gelisah dan kacau jika dilarang menggunakan Facebook

5. Berusaha mengurangi penggunaannya tetapi tidak berhasil, dan

6. Menggunakan FB terlalu kerap sehingga memberi kesan negatif kepada pekerjaan atau pelajaran.

“Penggunaan Facebook telah meningkat pesat. Kami berhadapan dengan sindrom kecanduan internet yang terhubung ke media sosial,” kata Cecilie Schou Andreassen, yang mengetuai kajian tersebut.

Kecanduan ini lebih banyak terlihat dari kalangan kaum muda. Melalui penelitian ini juga didapati ramai yang merasa cemas dan merasa tidak tenteram jika tidak bersosial menggunakan Facebook seharian, kemungkinan kerana mereka merasa lebih mudah untuk berkomunikasi melalui media sosial daripada bertatap muka.

“Wanita lebih berisiko mengalami kecanduan FB, mungkin kerana pengaruh sosial dari Facebook,” kata Andreassen seperti yang dilaporkan dari laman livescience.
Hasil penelitian tentang kecanduan FB ini telah diterbitkan di jurnal “Psychological Reports”.

Selain itu, penelitian ini memperlihatkan mereka yang memiliki kematangan, kebijakan dan tersusun kehidupannya cenderung tidak mengalami kecanduan Facebook. Sebaliknya mereka menggunakan media sosial sebagai sebahagian aktiviti biasa dan membina rangkaian jaringan.

Alangkah baiknya bagi kita para pemuda pemudi Islam menggunakan FB sebagai medan dakwah dan tarbiyah... berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..bersegera melaksanakan kebaikan yang memberikan saham pahala untuk kita di akhirat... Malanglah kita jika FB menjadi beban buat kita di akhirat kerana terhimpun selautan dosa di dalam akaun FB kita bahkan menjadikan diri makin jauh dari Allah SWT.. renung-renungkan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom MASUK KTD


2 comments:

  1. Sayang ramai generasi baru hari ini hebat di dalam lama sosial tetap di dunia realiti merekalah paling jahil komunikasi interpersonal. Ini mengakibatkan kebanyakkan dari kita hidup hanya dalam dunia fantasi buatan sendiri.

    Ketagihan kepada Facebook pastinya membuatkan manusia jauh dari realiti kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Saya sudah mengurangi facebook hanya untuk hiburan semata

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah