(Oleh Abu Munzir)
1. MUQADDIMAH
Mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang paling berat yang dipikul oleh seseorang. Anak adalah kurniaan dan amanah Allah SWT kepada kedua orang tuanya.
Adalah satu tanggungjawab yang berat sekiranya kita hanya dipertanggugnjawabkan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini lebih memberatkan ke atas ibu bapa muslim kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya supaya untuk mendidik anak nereka menjadi mukmin yang berperanan dalam Islami dan selamat dari api neraka.
Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, terjemahannya:
“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
Ibnu Umar berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap diri kamu adalah pemimpin dan ia akan diminta pertanggung jawab terhadap apa yang ia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya (rakyatnya). Setiap lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang ia pimpin. Setiap perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan pula dengan apa yang ia pimpin.
2. RUMAH TANGGA MUSLIM
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an Nahl (24): ayat 80, terjemahannya ialah:
“Dan Allah telah menjadikan untuk kamu dari rumah kamu rumah-rumah untuk berehat”
Syeikh Salih Uthaimeen telah menjelaskan bahawa ayat ini memberikan gambaran bahawa Allah menyebutkan bahawa Allah menyempurnakan Nikmat ke atas hamba-hamba-Nya rumah tangga yang menjadi tempat untuk memperolehi sakinah atau ketenangan. Rumah tangga bagi seorang muslim adalah tempat yang selamat dan terlindung dari kerosakan dan kemungkaran dan perlindungan dari masyarakat luar.
Rumah tangga adalah wasilah atau tapak dasar untuk membangunkan masyarakat muslim. Masyarakat muslim adalah terdiri dari himpunan rumah tangga muslim malah rumah tangga itulah asalnya. Sekiranya rumah tangga itu kukuh maka akan kukuhlah masyarakat dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga muslim adalah tapak dan dasar segala kebaikan masyarakat dan di sini bermulanya pendidikan yang sebenar dan dari rumah tangga muslimlah akan terbit kebaikan masyarakat dalam bentuk dakwah, tarbiyah dan akhlak yang mulia. Di dalam rumah tangga muslimlah bermulanya amar ma’ruf (suruhan kepada kebaikan) yang sebenarnya dan di dalam rumah tangga muslim jugalah bermulanya nahi munkar (mencegah kemungkaran).
3. PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH
Pendidikan seorang anak bermula di rumahnya, malah bermula di dalam rahim ibunya. Perancangan untuk melahir dan membentuk anak yang beriman dan berperanan di dalam membangunkan Islam dimulai dengan niat sewaktu memilih pasangan hidup lagi.
Kata cerdik pandai:”Satu masa dulu anak2 melalui pendidikan, kemudian mereka melalui pembelajaran dan kini hanya tinggal pensijilan”.
Pendidikan yang dilalui oleh anak dengan kedua ibu bapanya berperanan sebagai pendidiknya, adalah dasar bagi proses pendidikan yang akan dilalui oleh anak itu sepanjang hayatnya. Pendidikan di tahap ini adalah sangat kritis dan akan memberikan corak syakhsiyah yang terbina di dalam dirinya.
3 perkara penting dlm pendidikan anak:
1. Murabbi (pendidik)
2. Manhaj (ilmu tarbiyah yg penting dlm pembangunan diri manusia)
3. Biah (suasana/persekitaran) yg membantu tarbiyah
Bila patut kita mula mentarbiyah anak kita?
Syeikh Muhammad as Shabbagh berkata: “Saya pernah mendengar dari Malik bin Nabi bahawa pada suatu ketika ada seorang meminta petunjuk kepadanya bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuannya yang baru saja lahir. Lalu, Malik bin Nabi bertanya, ‘Berapa umur anak perempuan itu? ‘Sebulan’, ‘Kamu ketinggalan kereta!’ jawab Malik”
APAKAH FAKTOR PALING PENTING DLM MENTARBIYAH ANAK?
Murabbi mithali - “cukup sesuatu itu ma’ruf dgn kamu melakukannya, dan cukup sesuatu itu mungkar dengan kamu meninggalkannya“
4. PENDIDIKAN KEIMANAN DASAR PENDIDIKAN ISLAM
Ibu bapa muslim tidak mempunyai pilihan lain di dalam pendidikan anak, selain dari mendidik menurut manhaj (sistem ataupun kurikulum) Islam dengan metodnya juga semestinya Islamik. Pendidikan Islam pula semestinya berasaskan pendidikan keimanan dan pembangunan ruhiyah dan pada permulaan proses pendidikan anak lagi proses penanaman imanlah yang perlu diberikan tumpuan.
Syeikh al Qaradhawi menjelaskan bahawa:
“Pertama-tama yang wajib dibina dalam diri manusia ialah IMAN. Iman bermakna menanamkan aqidah yang sahih di dalam hatinya, yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini: manusia, kehidupan, kepada Rabb alam semesta, Pencipta manusia, Pemberi kehidupan. Aqidah ini adalah aqidah yang mengenalkan kepada manusia mengenai prinsip, perjalanan hidupnya dan tujuan hidupnya du dunia ini.
Manusia harus digerakkan melalui aqal dan hatinya. Ia harus diberi petunjuk agar dia dapat meniti jalan lurus; dan dia harus digembirakan dan diberikan peringatan, agar dia dapat bergembira dan merasa takut dengan adanya peringatan tersebut. Imanlah yang menggerakkan dan mengarahkan manusia, serta melahirkan berbagai kekuatan yang dahsyat dalam dirinya. Sesungguhnya iman membuatkannya menjadi makhluk baru, dengan semangat yang baru, aqal baru, kehendak baru, dan falsafah hidup yang juga baru”.
Mujahid Said Hawwa di dalam kitabnya ‘Tarbiyatur ruhiyah’ telah menjelaskan perkara ini: “Titik tolak tarbiyah Islamiyah adalah IMAN. Allah telah berfirman, terjemahannya:
“Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: ‘Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?’ Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, sedangkan mereka merasa gembira. Dan orang-orang yang hatinya ada penyakit, maka surah ini bertambah kekafiran mereka, di samping kekafiran (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir”
Surah at Taubah : 124-125
Berdasarkan hal tersebut jika kita ingin agar al Qur’an mampu menyentuh hati manusia dengan sentuhan yang benar, di mana hati boleh memperolehi manfaat dari al Qur’an, maka kita wajib mengubati hati terlebih dahulu, dengan cara menjadikan hati itu beriman dengan sebenar-benarnya. Oleh kerana itu, titik perhatian yang harus selalu menjadi pusat pemikiran dan kerja murabbi sejak awal lagi adalah ishlahul qalb (pembaikan hati).
Jadi titik tolak yang sahih adalah pemusatan pada qalbu, sehingga qalbu menjadi sihat dan baik, sebab proses tarbiyyah semacam ini sangat aman dan tenang dalam menundukkan manusia menjadi manusia, dan sangat aman untuk meletakkan dan mengeluarkan manusia dari wilayah pujukan, gangguan dan fitnah syaitan, baik syaitan berbentuk jin mahupun manusia”
Dalam menyinggung persoalan tarbiyah ruhiyah ini Dr Ali Abdul Halim Mahmud telah menulis di dalam kitabnya ‘at Tarbiyah ar ruhiyah’:
“Ruh adalah bahagian manusia yang paling mulia kerana ia adalah tiupan dari Allah SWT. Ia wajib ditarbiyah dengan tujuan untuk mempermudahkan jalan di hadapanya untuk bermakrifah kepada Allah SWT dan membiasakannya serta melatihnya untuk melaksanakan benar-benar ibadah kepada Allah.
Dr Abdullah Nasih Ulwan telah menulis di dalam bukunya yang terkenal “Pendidikan Anak Menurut Islam” mengenai persoalan menanam aqidah dalam jiwa anak. Beliau menulis
“Tanggungjawab mendidik dan menanamkan Islam dan aqidah di dalam diri anak adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Justeru itu setiap pendidik (ibu bapa /pengasuh/murabbi) penuh faham dan sedar dan melengkapkan diri apabila mengambil tanggungjawab ini. Setiap murabbi perlu faham perkara-perkara yang berikut:
(i) Bagaimana untuk memimpin dan membimbing anak untuk beriman kepada Allah SWT dan segala kehebatan Kuasa-Nya. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa hendak membentangkan kepada anak kehebatan kuasa maha kreatif Allah yang terdapat di dalam makhluk ciptaaan-Nya. Ibu bapa mestilah membentangkan satu subjek /topik ke subjek /topik yang lain : dari kewujudan berjuta-juta jenis makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang boleh dilihat oleh mata kepada makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dikesani oleh panca indera,iaitu yang berada di alam ghaib. Ibu bapa juga mesti membentangkan fakta yang khusus kepada fakta-fakta yang umum. Dari persoalan yang mudah kepada persoalan yang rumit dan kompleks. (* pendidikan anak ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan ansur maju. Membentuk kefahaman mereka langkah demi langkah sesuai dengan perkembangan mereka, dari sudut umur, pemahaman, pengetahuan dan kematangan). Anak-anak mestilah dididik BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR. Mereka perlu dididik untuk berfikir dan membentuk pemahaman yang membolehkan mereka memahami, menghargai dan menghayati TAUHIDULLAH yang dirasai dan dikesani di dalam Kuasa, Iradah , Nama-nama (Asma)-Nya, Sifat-sifat-Nya dan juga Af ‘al (perbuatan)-Nya. Cara mendidik ini dibentangkan di dalam al Qur’an.
Oleh itu anak-anak dididik untuk mencapai ke tahap mereka benar-benar menyakini tanpa sebarang keraguan segala yang mereka imani, dengan nas-nas aqli dan naqli. Jika anak-anak menghirup keimanan yang diproses ini dan memahaminya sejak mereka kecil lagi, mereka tidak menjadi insane yang lain, melainkan muslim mukmin dan berkemampuan menentang dan menolak ideology-ideologi sesat. Kaedah tarbiyah ini dilaksanakan secara beransur-ansur, peingkat demi peringkat dari perkara asas dan dasar kepada perkara rumit dan kompleks di dalam Deen.
(ii) Bagaimana untuk menanam kusyu’ dan taqwa di dalam ubudiyah mereka. Ini dilaksanakan melalui proses membentang dan memperjelaskan kepada mereka kehebatan dan Kuasa Allah SWT sehingga mereka dapat memahami dan merasai Maha Hebat, Maha Perkasa dan Maha Berkuasanya Allah SWT. Tanda-tanda Maha Agung dan Maha Perkasanya Allah adalah jelas di dalam alam yang amat luas ini, yang terdiri dari makhluk hidup dan makhluk kaku, di dalam alam tumbuhan mahupun alam haiwan; di dalam warna-warna pelbagai bunga-bungaan yang dan jutaan makhluk yang
(iii) Bagaimana untuk menanamkan muraqabah dan takut kepada Allah di dalam diri anak-anak dalam keadaan apa sekalipun. Ini dapat dilaksanakan dengan mendidik ank akan hakikat bahawa Allah adalah As Sami’ (Maha Melihat) , Al Basyir (Maha Mendengar), Al ‘Alim (Maha Mengetahui), yang mengetahui segala sesuatu, setiap tindakan dan perbuatan, setiap rahsia, dan apa juga yang ada di dalam hati manusia. Hakikat ini mestilah ditekan dan diberikan tumpuan khusus pada setiap peluang yang ada. Rasa muraqabah ini akan menyebabkan anak sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirinya dan rasa ini akan mendidik mereka untuk menyucikan niat-niat mereka di dalam amal mereka.
Penanaman dasar aqidah dapat dilaksanakan sepertimana yang telah digariskan :
1. Mengajar anak menghafaz kalimat tauhid
Imam al Ghazali telah berkata ” langkah pertama dalam menanamkan keimanan adalah dengan memberikan mereka hafazan (yakni menggalakkan anak menghafaz kalimah Tauhid dan asma’ Allah)” . Ini adalah kerana proses pemahaman harus diawali dengan hafazan terlebih dahulu. Ketika anak menghafaz akan sesuatu kemudian memahaminya, akan tumbuh dalam dirinya keyakinan dan akhirnya akan membenarkan apa yang diyakini sebelumnya. Inilah proses pembenaran dalam sebuah keimanan yang dialami anak pada umumnya. Walau bagaimanapun ada juga anak yang Allah lebihkan mereka dengan tidak memerlukan mereka melalui proses pendidikan di atas. Allah telah menanamkan keimanan langsung dalam jiwanya . Proses penanaman aqidah ini dilaksanakan dengan mendidik anak menghafaz ayat-ayat yang menyentuh aspek keimanan dan sebahagian besar surah-surah yang mengandungi pembentangan persoalan iman adalah surah-surah pendek. Ini membolehkan anak-anak yang sedang memulai pertumbuhan jasad dan jiwanya mampu untuk menghafaz surah-surah pendek tersebut.
2.Mendidik anak dengan Kalimah Tauhid
Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula berkata-kata, sebanyak tujuh kali, sehingga kalimat Tauhid ini menjadi ucapan mereka yang pertama kalinya’”
Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.
Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula berkata-kata, sebanyak tujuh kali, sehingga kalimat Tauhid ini menjadi ucapan mereka yang pertama kalinya’”
Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.
Abdur Razak telah meriwayatkan di dalam kitab Mushannaf dari Abdul Karim Abu Umayyah, bahawa “Rasulullah mengajarkan anak-anak dari Bani Hashim yang telah mampu berkata-kata , sebanyak tujuh kali dari kalimat
“Dan katakanlah, segala puji bagi Allah yang tidak memmpunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam Kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong. Dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya”
Surah al Isra’ (17) : 11
Surah al Isra’ (17) : 11
3. Menanamkan kecintaan kepada Allah
Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.
Kesimpulannya ialah “bahawasanya Iman kepada Allah itu adalah asas perbaikan anak-anak , dan pokok pendidikan akhlak dan jiwa. Tegasnya, bahawasanya tanggungjawab pendidikan keimanan ke atas para pendidik, para ibu bapa, adalah suatu tanggungjawab utama dan amat penting sekali, sebab di situlah tempat sumber segala macam kebajikan, dan tempat timbulnya segala macam kesempurnaan. Bahkan dia itulah tiang asas bagi kemasukan seseorang anak ke dalam benteng dan lingkungan Iman dan Islam. Tanpa pendidikan ini, seseorang anak itu tidak akan mahu menjalankan tanggungjawabnya, dan tidak dapat bersifat amanah, tidak tahu arah dan tujuan, tidak akan menggambarkan dirinya sebagai seorang manusia mulia.
Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah
Secara fitrah setiap anak sebelum mencapai usia baligh mempunyai kecenderungan untuk mencari dan mencontohi seorang yang yang dianggap unggul untuk dijadikan ikutan baginya. Di dalam tarbiyyah Islam para bapa dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan fitrah mencari qudwah ini dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai insan mithali pilihan Allah SWT, yang memiliki keperibadian dan sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh manusia lain.
Jalan-jalan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW
1. Membacakan dan menggalakan anak menghafaz hadith-hadith
2. Jelaskan kepada anak kedudukan dan kepentingan Allah mengutuskan Rasulullah dan para Rasul
3. Membentangkan sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah dalam memimpin manusia keluar dari kesesatan
4. Ajarkan dan galakkan anak salawat atas Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
0 comments:
Post a Comment