Wednesday, April 18, 2007

Siri Soal Jawab Kekeluargaan

Soalan:


Assalamualaikum !

Saya seorang ibu mempunyai anak dari ting.1 hingga 3 tahun.Masalahnya anak saya yg sulung perempuan, usia 13 tahun mempunyai perangai dan tabiat yg tak elok pd pandangan saya.Dia ni terlalu boros berbelanja , tak pandai berjimat langsung kat sekolah dan degil .Puas saya dah nasihati dia tapi masih buat lagi.Untuk pengetahuan tuan, anak saya tinggal bersama mak saudara atas sebab2 tertentu.

Puan Aina


Jawapan:


Keterangan yg puan beri terlalu ringkas. Adakah puan ibu tunggal? Kalau ibu tunggal anak anda berkelakuan demikian mungkin kerana dia tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Tak ada siapa yg dia hormat dan takut sebab tu dia degil dan sukar ikut nasihat. Lagipun mungkin itu cara dia memberontak kerana anda tidak menjaganya sendiri, sedangkan adik-adiknya tinggal bersama anda. Selalunya remaja akan tunjuk sikap 'kurang ajar' kalau dia merasakan kita tidak pedulikan kerana membiarkannya tinggal dengan orang lain. Kalau dia tinggal dengan puan mungkin akan lebih bertanggung jawab kerana melihat betapa susah payahnya anda berusaha untuk membesarkan mereka. Mungkin mak saudara terlalu manjakan dia dan ikut segala kehendak dia. Kalau tak ada orang beri dia duit macam mana dia nak boros!


Anak-anak juga boros berbelanja jika dia tahu kita akan turuti segala kehendak dia. Mungkin sekali sekala jangan beri wang jika dia minta, atau beri bila dia ada keperluan yg betul-betul penting. Kita takut sekarang dia boros di sekolah, tapi bila dah ada duit lebih, dia akan beli barang-barang yang lain pula yang tidak di jual di sekolah........Jadi saya cadangkan agar puan bersemuka dgn dia, dan tanya apa yg dibelanjakan di sekolah. Beri dia kesedaran dan keinsafan bahawa kita mesti berjimat cermat tambah kalau puan dan bapa nya bercerai. Mesti ingat masa depan dan adik-adik yg masih kecil. kalau Puan ada suami, minta suami nasihatkannya. Selalu anak lebih hormat pada bapa. Nasihatkan dia nak beli barang yang berfaedah dan perlu utk pelajaran ok tapi kalau yg lain mesti jimat. Minta dia fikir apa akan jadi kalau ibi bapa sudah tiada/meninggal dunia secara tiba-tiba, apa akan terjadi pada dia dan adik-adiknya . Selain daripada itu dia juga mesti tunjuk contoh perangai yg baik utk adik-adik.


Sekali dua cakap mungkin tak ada kesan, tambah pula dia sedang meningkat remaja. Banyak emosi negatif muncul dalam hidup dia dan dia masih belum matang dari segi pemikiran. Oleh itu, secara berterusan puan perlu nasihatkan dia, pantau apa yg dia beli, kena tegas dalam hal-hal tertentu. Cari punca mengapa dia sukar nak dengar cakap. Kalau dapat tahu puncanya lebih mudah kita merawatnya Setakat ini dulu, kalau ada lebih informasi mungkin jawapan lebih tepat. Apa yg saya beri sekarang adalah secara umum. Selamat mencuba, dan jangan lupa doa pada Allah. Jangan berputus asa dalam mendidik anak-anak, insyaAllah Allah akan bantu puan.
Khidmat nasihat di susun oleh
Prof. Madya Dr. Asmawati Desa.
Pensyarah Psikologi IPTA.

1 comments:

  1. Antara ibu tua, belajar luar negara dan anak lain upaya

    Assalamualaikum,

    Saya Fatimah dari Bangi. Harap2 dapat membantu saya.Saya mendapat tawaran menyambung belajar ke luar negara. Tetapi ibu saya di kampung telah tua. Dan dia asik mengelak jika di ajak tinggal bersama. Namun, saya tahu dia pasti berat hati jika saya pergi. Dalam masa yang sama, saya ada anak lain upaya (kekurangan dari segi fizikal). Kami mmg sebelum ini bercita-cita membuat rawatan di luar negara tetapi kewangan kurang mengizinkan. Dengan cara sambung belajar di luar negara, kami dapat melihat peluang anak kami mendapat rawatan yang lebih baik di sana.

    Saya benar2 berharap saudara/i dapat memberi pandangan, mana patut saya pentingkan.. Saya betul2 tersepit.. Saya perlukan pandangan dari sudut Islam. Maaf kerana mengganggu dan terima kasih atas masa yang diluangkan.

    Fatimah

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah