Wednesday, June 11, 2008

Harapan Ibu & Ayah


Ibu dan ayah, dua insan yang sentiasa menyayangi kita tanpa syarat sejak kita kecil lagi, namun apabila mereka tua bagaimana sikap kita kepada mereka, mungkin kita pernah tidak mengisahkan untuk bermesra dengan mereka, mungkin kita lupa untuk mengenang kembali apa yang telah mereka berikan kepada kita sejak kita kecil sehingga kita dewasa sekarang.


Tanpa mereka kita tidak mungkin ada seperti hari ini. Pengorbanan yang telah mereka lakukan adalah dari kasih sayang allah swt kepada diri kita melalui seorang ibu dan ayah. Kita perlu untuk mencari detik-detik manis dan gembira yang telah kita lalui bersama mereka, namun untuk membalas segala jasa-jasa yang telah mereka berikan tidak mungkin dapat untuk di berikan walau apa sekalipun yang kita cuba melakukannya, berapa banyak deraian air mata yang telah mereka keluarkan untuk membesarkan diri kita, masa kita sakit merekalah orang yang tidak dapat tidur bagi memberikan yang terbaik buat diri kita, mereka juga yang memberikan doa buat kita agar kita Berjaya di dunia dan akhirat, mereka juga yang menyuapkan kita makanan, memberikan perlindungan ketika kita ketakutan, memberi air susu mereka ketika kita kehausan.


Tetapi bagaimana sikap kita hari ini terhadap kedua ibu bapa yang telah banyak memberikan pengorbanan kepada diri kita, Hari ini, dunia ini di penuhi oleh anak-anak yang telah lupa pada pengorbanan ibu bapa mereka, cepat mencari sebab untuk mempersoalkan mengapa kita tidak dapat ini dan itu. Selalu mementingkan diri sendiri dan menjadikkan ibu bapa seperti hamba mereka, meminta menjaga anak kita yang masih kecil dengan memberikan sedikit sumbangan kerana ibu membantu kita, meminta ibu memasak dirumah dengan berkata masakan itu begitu sedap sekali, minta itu dan ini. Tetapi adakah selayak itu kita perlu melayan mereka?



Marilah kita kembali kepada Islam bagaimana islam meletakkan seorang ibu, seorang yang perlu dihormati dan disanjung dan untuk memperkatakan AH sekali pun kita tidak layak kepada mereka, setiap lelaki perlu mentaati wanita yang bergelar ibu walau sejauh mana pangkat dan kedudukannya, namun setiap wanita perlu mentaati seorang lelaki yang bergelar suami.


Apabila tua, harapan mereka adalah untuk kita, kita perlu memberikan masa buat mereka agar masa yang begitu banyak dapat dihabiskan dengan penuh kenangan manis untuk mereka kenang dari masa kesemasa. Semuga kita menjadi anak yang soleh dan tidak seperti kacang yang melupakan kulit. Allah hu alam

1 comments:

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah