15 Maksiat
عَنْ عَلِيّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَعَلَتْ أُمَّتِي خَمْسَ عَشَرَةَ خَصْلَةً حَلَّ بِهَا الْبَلَاءُ, قِيْلَ وَمَا هِيَ يَارَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : اِذَا كَانَ اْلمَغْنَمُ دُوَلًا وَاْلَأمَانَةُ مَغْنَماً وَالزَّكَاةُ مَغْرَمًا وَأَطَاعَ الرَّجُلُ زَوْجَتَهُ وَعَّقَ أُمَّهُ وَبَّرَ صَدِيْقَةُ وَجَفَا أَبَاهُ وَاْرتَفَعَتِ اْلأَصَواتُ فِي اْلمَسَاجِدِ وَكَانَ زَعِيْمُ الْقَوْمِ أَرْذَلَهُمْ وَأُكْرِمَ الرَّجُلُ مَخَافَةَ شَّرِهِ وَشُرِبَتِ الْحُمُوْرُ وَلبُِسَ الْحَرِيْرُ وَاتُّخِذَتِ اْلقِياَنُ وَالمَعَازِفُ وَلَعَنَ آخِرُ هَذِهِ الْأُمَةِ أَوَّلهَاَ فَلْيَرْتَقِبُوْا عِنْدَ ذَلِكَ زِبْحًا حمَرْاَءَ اَوْ خَسْفًا اَوْ مَسْخًا. ( رواه الترمذي )
Maksud :
Daripada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'anhu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “ Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu : Apabila harta negara hanya beredar pada orang–orang yang tertentu sahaja, apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan, zakat dijadikan hutang, suami memperturutkan kehendak isteri, anak derhaka terhadap ibunya, sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya dan dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya, suara sudah ditinggikan di dalam masjid, yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, khamar ( arak ) sudah diminum di merata tempat, kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki, para artis disanjung-sanjung, muzik banyak dimainkan dan generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ). Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain ( binatang ).
(Hadith riwayat Imam At-Turmuzi)
0 comments:
Post a Comment