Tuesday, August 25, 2009

TAZKIRAH 5: PANDUAN BERAMAL DALAM RAMADHAN


m. Qiam Ramadhan (solat tarawih)
Di antara kegiatan ibadah Rasulullah selama bulan Ramadhan ialah ibadah qiamullai, yang kebelakangan ini lebih popular disebut sebagai solat tarawih. Baginda lakukan bersama dengan para sahabat-sahabat baginda.

Dalam situasi itu riwayat yang shohih menyebutkan bahawa Rasulullah solat tarawih dalam 11 rakaat dengan bacaan-bacaan yang panjang (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Dalam riwayat-riwayat lain, juga dari Umar ibn al Khothob RA, yang menyebutkan jumlah rakaat solat tarawikh adalah 21 atau 23 rakaat. (HADITH RIWAYAT. Abdur Razaq dan al Baihaqi).
Telah berkata Ibnu hajar al Asqolani asy Syafi'i, bahawa : Beberapa maklumat tentang jumlah rakaat tarawih itu sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing, kadang-kadang seseorang itu mampu melaksanakan solat sebanyak 11 rakaat, dan kadang-kadang 21 dan kadang-kadang 23 rakaat pula. Hal demikian itu kembali kepada semangat masing-masing. Dahulu mereka yang solat dengan 11 rakaat itu dilakukan dengan bacaan yang panjang sehingga mereka bertongkat, sementara mereka yang solat dengan 21 atau 23 rakaat membaca bacaan-bacaan yang pendek (dengan tetap memperhatikan toma'ninah solat) sehingga tidak menyulitkan.
n. Iktikaf.
Diantara amalan sunnah yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan ialah i'tikaf, yakni berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Seperti dilaporkan oleh Abu Sa'id al Khudlri RA, hal demikia pernah baginda lakukan pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Ibadah yang penting ini sering dianggap berat sehingga ditinggalkan oleh orang-orang Islam..Rasulallah tidak pernah meninggalkan ibadah i’tikaf pada bulan Ramadhan semenjak baginda datang ke Madinah sehinggalah baginda wafat.

o. Lailatul Qadr

Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbit fajar.

Dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat berkat, yang disebut sebagai Lailatul qadr, malam yang lebih berharga dari seribu bulan (SURAH. Al Qodr : 1-5). Rasululah tidak pernah lupa dan leka untuk meraih Lailatul qadr terutama pada malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan puasa (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim ). Dalam hal ini Rasulullah menyampaikan bahawa :
"Barangsiapa yang solat pada malam lailatul qodr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dariNya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim).

p. Umrah
Mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan juga merupakan dari sunnah nabi SAW, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah kepada seorang wanita dari Anshor bernama Ummu Sinan: " Agar apabila datang bulan Ramadhan ia melakukan umrah, kerana nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW. (Hadith Riwayat. Bukhori Muslim)

q. Zakat Fitrah
Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amalan yang disuruh oleh Rasulullah SAW ialah membayarkan zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki mahupun perempuan, baik dewasa mahupun kanak-kanak (HADITH RIWAYAT. Bukhori Muslim). Zakat fitrah ini juga berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk pelaku puasa dan untuk membantu kaum fakir miskin. (HADITH RIWAYAT. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ramadhan bulan taubat menuju fitrah
Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat manusia kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahawa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka (HADITH RIWAYAT. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Kerana inilah satu kesempatan emas agar umat manusia dapat kembali, bertaubat agar ketika mereka selesai melaksanakan ibadah puasa mereka benar-benar kembali kepada fitrahnya.

Demikianlah sebahagian amalan Ramadhan yang mudah dan boleh dilakukan oleh setiap Muslim. Dengan demikian Ramadhan juga mendedahkan salah satu prinsip Islam iaitu kesederhanaan ajarannya. Ramadhan sememangnya bulan yang penuh kebaikan, sehingga Rasulullah pernah bersabda ; "Apabila orang-orang mengetahui nilai besar Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan". (HADITH RIWAYAT. Ibnu Huzaimah). Semoga Allah menerima amalan puasa dan qiam kita sekalian, amin.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah