Saturday, January 09, 2010

Mengurus Diri Membangun Kecemerlangan Mahasiswa


Seorang mahasiswa berkongsi permasalahannya kepada penulis berkenaan prestrasi akademiknya yang mula menurun setelah terlibat aktif dengan kegiatan persatuan di kampus. Beliau bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Syabas kepada yang bertanya , anda adalah seorang yang berani dalam memperbaiki diri dan membangun kembali potensi yang ada pada diri anda.

Sebelum kita menjawab apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi diri, pertamanya kita perlu menjawab persoalan mengapa sering mahasiswa yang aktif di kampus di uji dengan kemerosotan kecemerlangan akademik? Hal ini sering berlaku kalangan mahasiwa yang aktif di kampus. Malahan penulis sendiri ketika zaman mahasiswa turut pernah melalui pengalaman yang sama.

Punca utama permasalahan ini berlaku adalah kerana kelemahan kita dalam mengurus diri kita. Ya, mengurus diri meliputi mengurus disiplin diri (DD), disiplin masa (DM), disiplin belajar (DB), disiplin ibadah (DI), disiplin sikap (DS) dan disiplin berpersatuan (DP). Apabila seseorang mahasiswa sudah mula hilang kawalan keseimbangannya dalam pengurusan dirinya, maka akan mula bercelaru dalam kesemua disiplin di atas. Akibatnya, akademik kita bermasalah, natijahnya, kita akan hilang motivasi untuk belajar. Yang penulis bimbang, sahsiah kita sebagai pelajar mukmin turut akan merosot kerana kita akan mula menyerah kalah kepada keadaan. Kita akan mula menyalahkan orang lain, tidak nampak dan tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Sebagai seorang da’i pula, kita akan di lihat seperti cakap tidak serupa bikin, tidak profesional dan tidak mampu menjadi qudwah hasanah. Akibatnya kerja dakwah akan tempang.

Bagaimana untuk membangunkan kembali motivasi belajar kita setelah berhadapan dengan permasalahan di atas? Ayuh, mari kita mengambil langkah positif, langkah orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kekalahan. Jangan persoal dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang anda hadapi, sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian tersebut. Kata-kata hikmah ada berbunyi:

” Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah arah sayap kita”

Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan organisasi / persatuan kampus, anda telah meningkatkan potensi diri ada dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambahan”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah.

Persoalannya, bagaimana kita perlu mengurusi diri kita, study terbela, dakwah kampus terlaksana!

Langkah Perubahan

Langkah pertama, memperbaharui kembali tekad dan momentum Spiritual. Kekuatan Spiritual membuatkan kita memiliki harga diri, perasaan bermaruah sehingga kita tidak rela mengaku kalah di hadapan nafsu yang suka melihat kita berputus asa, berselingkuh dengan jalan-jalan kegagalan dan kefuturan. Spiritual yang terbina pasti tidak mahu tunduk kepada bisikan syaitan yang terkadang muncul sebagai juru nasihat.

Kekuatan Spiritual akan mampu memberikan kesabaran lebih panjang, memberikan stamina perjuangan lebih lama, menggugah semangat jihad menjadi lebih membara, melahirkan thabat dan keteguhan hati menjadi lebih sempurna sehingga akhirnya membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi. Mendorong kita untuk bangkit kembali kerana Islam memerlukan cerdik pandai dan kebijakan kepimpinan, justeru wahai mahasiswa, kuncinya adalah kepada kebangkitan kekuatan dalam, kekuatan spiritual, kekuatan keimanan kita dan keyakinan kita kepada janji Allah swt.

Dengan kekuatan spiritual insyaAllah akan mampu mendisiplinkan diri kita dengan penuh hati-hati. Disiplin dalan ketaatan. Disiplin menjauhi dari sikap negatif, bermalasan dan suka menangguh. Berdisiplin dalam melawan hawa nafsu yang mengajak kepada kerehatan. Disiplin dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah. Disiplin untuk istiqamah menjaga 10 muwasafat atau ciri-ciri peribadi mukmin, yang diantaranya adalah keupayaan mengurus waktu (Haarithun ala Waqtihi), tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi), fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri), mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi), mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) dan bermanfaat untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi).

Patuhi formula membina kekuatan spiritual, rujukan Al Quran:

”Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna...” (QS. Al-Mukminun: 1-3)

Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan adalah keimanan yang akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja. Berfikir dan bekerja(study)untuk cemerlang. Berfikir dan bekerja untuk dakwah kampus. Iman yang akan mendorong kita untuk memperbaiki pengurusan diri kita dan seterusnya mengemaskini pengurusan disiplin diri (DD), disiplin masa (DM), disiplin belajar (DB), disiplin ibadah (DI), disiplin sikap (DS) dan disiplin berpersatuan (DP) berpaksi kembali atas dasar IMAN.

“ Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” (QS. At-Tiin: 4-6)

InsyaAllah bersambung....


0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah