Komitmen Kami...
Komitmen Ini..
Izinkan Kami berbisik ya Allah, kutitipkan dalam Kamip malaikatmu malam ini
Kami akan bertahan pada jalan ini kerana Allah,
Sehingga senandung revolusi keimanan tetap mendepani perjalanan kami
Kami akan bertahan pada jalan ini kerana Allah
Sampai Kau maafkan kami kerana kelalaian dan kebodohan kami
Kami akan bertahan pada jalan ini kerana Allah
Sampai perut-perut lapar di ujung pelosok negeri ini menjadi penuh kerana kebaikan dakwah ini
Kami akan bertahan pada jalan ini kerana Allah
Pada komitmen dhuha dan hafalan kami yang sedikit, pada getirnya merealisasi cita-cita tentang kesolehan yang kau redhai, pada rahsia cinta dan keikhlasan Musa dan Ibrahim
Kami akan bertahan pada jalan ini kerana Allah,
Meski luka dan darahnya harus kami hisapi sendiri di tengah kegemilangan dunia yang tidak berharga lagi
Sampai kapan putih kami berbau kasturi
Lalu kami menangis sedih kerana lalai bersiap membina Istana kami yang kurang tinggi di syurga nanti.
Kami titipkan baiat ini padamu ya Allah dengan Bismillah, Istighfar dan Hamdallah.
Dan memohon agar Kau matikan kami dalam keadaan terbaik dihadapanMu.
Dan Kau Jadikan kami rendah di hadapan diri kami sendiri dan di hadapan manusia
Tetapi Kau jadikan kami tinggi di hadapanMu
Pada ruku’ dan sujud ratapan kami...
0 comments:
Post a Comment