Friday, September 21, 2012

4 Bulan Berlalu.. Masa Untuk Berprestasi Kembali..



Subhanallah..hampir 4 bulan saya tidak menulis di blog ini dan di langitilahi kerana memberi tumpuan sepenuhnya kepada tuntutan kerjaya saya. Alhamdulillah, Allah izin masanya sudah tiba kembali menulis sesuatu untuk diri dan umat, meluruskan niat demi meraih redha Allah. Tugas dan tanggungjawab menguatkan umat masih banyak dan terlalu banyak berbanding masa yang saya miliki. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya.

Saya juga akan melangkah ke kampus kembali dalam masa terdekat sebagai mahasiswa. Meneruskan legasi para ulama terdahulu, membina kekuatan ilmu setinggi yang mungkin. Ya Allah, tanpa pernah jemu daku mengharap redha-Mu, kasih-Mu, rahmat-Mu, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.

Saya bahagia kerana ada seorang wanita di sisi saya. Hampir 11 tahun beliau menemani setia di sisi saya, kami pernah ketawa, menangis, gembira, duka, bahagia dan pelbagai ujian mehnah dilalui bersama. Buat isteriku Halimah Jaafar, hadirmu memang Allah pilih buat diriku kerana engkau benar-benar memahami diri ini. Maafkan abang atas segala kelemahan abang.. Abang berdoa dan mengharap agar dirimu sentiasa dipelihara Allah SWT dan tetap utuh, sabar dan semangat mendidik anak-anak kita. Kelak kita akan selalu berjauhan, abang bakal bermusafir untuk beberapa tahun untuk  meraih ilmu. Doakan abang moga usaha abang menuntut ilmu ini dipermudahkan.

Anak-anak Abu Ridhwan juga semakin membesar..

Ahmad Ridhwan Husaini kini menghampiri peperiksaan akhir di darjah 2. Tahniah untuk anakanada kerana cemerlang mendapat 11A pada peperiksaan pertengahan tahun. Jiwanya amat sensitif seperti abinya. IQnya cerdas seperti umminya, 

Muhammad Ahmad Ar Rasyid, alhamdulillah baru meraikan hari ulangtahunnya ke 4. Ahmad Ar Rasyid cukup istimewa. Saat ia dilahirkan penuh dengan debaran dan tangisan air mata saya. Ketika Ar Rasyid selamat dilahirkan melalui pembedahan, saya menangis.. Ketika saya mengazankan kalimah demi kalimah ke telinganya, saya menangis teresak...insyaAllah kelak akan saya coretkan kisah dan pengalaman saya dan isteri ketika Muhammad Ahmad Ar Rasyid lahir.

Ahmad Rushdan Halimi, putera saya ke 3, comel, aktif, cerdik dan membahagiakan. Baby comel ini akan berusia 2 tahun pada bulan Januari 2013 nanti.

Hidup sentiasa akan berubah. Tiada yang statik. Umur menghampiri tarikh luput. Kulit bakal mereput. Amal akhirat..dahi akan mengerut... sejauh mana telah dihirup..?

InsyaAllah, buat pembaca setia di usrahkeluarga, terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita bersama meraih pahala dan kebaikan dari Allah SWT. Saya juga akan menulis kembali di langitlahi.com (LIC). Jemput singgah selalu ke sana, temui anak-anak muda (termasuk saya) yang luarbiasa potensi dan kemampuan mereka berprestasi di LIC demi meraih pahala, membina kekuatan yang satu menyumbang dakwah walaupun kerdil usaha. 

Doakan saya, saya juga akan mendoakan anda semua. Moga Allah mengampunkan kita, khususnya saya yang sering berdosa.. dan diberi kebaikan dunia demi meraih kebaikan di akhirat sana. Amin.

 

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah