Bismillah,
dengan nama Allah SWT saya kongsikan.
Tiada siapa tahu
kisah benar ini, namun ia benar-benar terjadi 3 tahun yang lalu. Adik saya
mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPMnya dan Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT
beliau ditawarkan ke sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. - Pusat Asasi
UIA, Petaling Jaya.
Ketika itu, Abah
saya memberikan pilihan dan galakan kepada adik saya untuk melanjutkan
pelajarannya ke sebuah kolej di pantai timur Malaysia. Namanya, Kolej Teknologi
Darulnaim (KTD). Awalnya, kelihatan seperti melepaskan suatu peluang “keemasan”
sahaja.
Namun, sejak
dahulu – Abah mendidik kami dalam setiap keputusan yang dibuat harus dengan
istikarah. Mohon panduan dan petunjuk daripada Allah SWT. Lalu, disusuli dengan
perbincangan sesama kami. Pertimbangan, melihat kelebihan dan kekurangan serta
pandangan dilihat dengan mata kasar dan juga mata hati. Sejak dahulu, abah
sentiasa memberikan panduan dan galakan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Dalam tempoh
itu, adik saya bertimbang-timbang dan berkira-kira untuk membuat kata putus.
Tentunya berbelah bagi dan dalam dilemma. Antara dua ;- sama ada, menyambung
pengajian di Kuala Lumpur, Kota Metropolitan atau Kelantan Darulnaim, Negeri
Serambi Makkah.
Hendak dijadikan
kisah, ketika tarikh pendaftaran untuk masuk ke UIA semakin hampir – adik saya
masih belum menerima surat tawaran ke sana. Semakin hari semakin dekat.
Sedangkan, kawan-kawannya yang lain telah menerimanya. Lalu, ketika itu
bagaikan satu signal dan petanda – bahawa tiada jawapan yang sah untuk ke sana
lalu, setelah istikarah, memohon hidayah dan taufik daripada Allah SWT, adik
saya membuat keputusan dengan tekad bahawa dia akan belajar ke KTD. Abah
menyambutnya dengan gembira dan teruja.
Beberapa hari kemudian,
surat tawaran UIA sampai ke rumah. Dan, ketika itu adik saya telah uruskan
semua pengesahan dan surat menyurat untuk KTD. Abah bertanya bagaimana?
“ InsyaAllah, terus ke KTD.”
Tanpa nada menyesal.
Tiada sebarang keraguan. Dan, beliau melangkah dengan sebuah harapan, keyakinan
dan kepercayaan. Bermula saat itu,
itulah sebenarnya medan terbaik baginya untuk menimba ilmu, membina kemahiran
kendari, medium latihan membentuk jatidiri dan mengasah bakat serta potensi
insani.
Beliau telah
menamatkan pengajian diplomanya – Perakaunan- semester lalu dengan first class (CGPA 3.81), dianugerahi
Anugerah Nilam (terbaik keseluruhan) dua semester berturut, aktif sebagai
penolong fasilitator dan memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan
Pelajar.
Begitu juga
seorang adik saya lagi – Kakak kepada individu di atas- , turut menamatkan
pelajar dengan first class untuk
diploma Pengajian Al-Quran dan Hadis. Untuk beliau, saya amat terharu dengan
kejayaannya kerana beliau telah melalui perjalanan hidup yang agak panjang
untuk berjaya sehingga setakat ini.
Apa yang saya
dapat daripada semua ini?
Justeru, asasnya
ialah keyakinan, keyakinan dan kepercayaan terhadap Allah SWT amat-amat penting
dalam membina kehidupan. Ramai orang melihat, belajar itu harus juga pentingkan
tempat yang bagus-bagus, dipandang-pandang dan sebagainya. Bagi saya, itu
nombor dua. Yang pertama, apa yang kita yakini dan percayai untuk diri kita
dalam mengejar kejayaan.
Saya melihat bagaimana
adik-adik saya melalui semua ini di KTD, saya mengetahui apakah hasrat,
cita-cita dan matlamat yang dilaksanakan oleh KTD kepada mereka. Kerana itu,
adik lelaki saya yang seterusnya turut bersama-sama melanjutkan pelajaran di
sini. Apa natijahnya?
Alhamdulillah,
beliau mendapat first class juga
untuk kedua-dua semester yang telah didudukinya. Semester depan, adalah tahun
ke duanya di KTD. Harapan saya, bukan sekadar akademik dia menyerlah tetapi
kepimpinan, karismatik dan seterusnya akhlaknya.
Mereka
membuktikan, anjakan paradigma dan sikap yang betul dalam menuntut ilmu mampu
menghasilkan lonjakan transformasi yang luar biasa hebat. Kerana itu, pesan
emak dan abah sentiasa menjadi inspirasi buat kami dalam melakar kejayaan dalam
kehidupan.
Anda bagaimana? Mahu berjaya seperti mereka?
Saya syorkan kepada anda, KTD adalah tempatnya.
Pilihan yang terbaik buat anda.
http://brohamzah.blogspot.com
21 Mei 2012
Gembira apabila melihat manusia yang biasa-biasa
berubah menjadi luar biasa. Jujurnya, ramai saya jumpai mereka di sini.
0 comments:
Post a Comment