Monday, October 15, 2012

Profesor Emeritus Dato' Dr Abu Azam Md Yasin, Dikau Suri Teladan Kami


Alhamdulillah, subhanallah..Hari ini, Sabtu 13 Oktober , Dato' Dr Abu Azam Md Yassin, Timbalan Presiden HALUAN dan juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola Kolej Tarbiah Dakwah (KTD) & salah seorang pemikir dunia pendidikan di Malaysia dianugerahkan Prof Emeritus oleh UTM. Ramai yang tidak mengenali beliau kerana beliau sangat merendah diri. 

Satu saat, beliau mengajak saya bersarapan bersama di airport Kota Bharu, sambil berkongsi pelbagai cerita, beliau bertanya, akhi, kenapa kita bersusah payah untuk mengurus KTD.. saya diam sambil melihat wajah insan luarbiasa yang kaya dengan idealisma dan kreatif ini. Beliau menjawab, kerana kita tidak melihat KTD sebagai sebuah kolej semata, tetapi adalah sebuah kilang mencetak manusia, melahirkan peribadi-peribadi yang Allah kehendaki. Inilah yang tiada dalam institusi pendidikan negara. Biarlah kita serba kepayahan di KTD sebagaimana sukarnya ketika Rasulullah SAW memulakannya di rumah Arqam bin Abi Arqam..yang penting akhi kelak kita balik bertemu Allah dalam keadaan Allah redha pada kita.


Luarbiasa.. 2 orang anaknya belajar di KTD walaupun anaknya cemerlang SPM dan boleh belajar di mana-mana IPT hebat. Beliau bukan sekadar berkata, tetapi yakin dengan misi besar KTD.

Profesor Emeritus Dato' Dr Abu Azam Md Yasin, dikau suri teladan kami!..
*Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md. Yassin menerma penganugerahan gelaran Profesor Emeritus dari UniversitiTeknologi Malaysia bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke 49 baru-baru ini.

Gelaran ini adalah sebagai menghargai sumbangan beliau kepada UTM dalam Kejuruteraan Petroleum dan sebagai bekas pengurusan tertinggi Universiti ini. Beliau yang pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UTM pada tahun 1991 hingga 1997 dan merupakan pengasas YPJ Education Group Sdn Bhd dan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1997 selama 4 tahun sebelum dilantik sebagai rektor pertama Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) iaitu nama asalnya ialah Universiti Malaysia
Pahang sehingga tahun 2004.

Profesor Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin merupakan seorang pendidik dan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam dunia pendidikan dan
juga negara

1 comments:

  1. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ... أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    Hari ini tanggal 10 Januari 2024, perginya insan yang disegani lagi dihormati ini. Takziah kpd ahli ahli keluarga dan sahabat handai yang mengenali.

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah