Dari Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah
memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang
asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari
jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari
jangan menunggu datangnya malam. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan
masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
Hadits ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar berisi nasihat Nabi SAW kepada beliau. Hadits ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri dari tipuan dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya. Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Hadits ini merupakan asas yang menekankan kepada seorang hamba untuk mengosongkan hatinya terhadap dunia, zuhud terhadapnya, menghinakannya, merendahkannya, dan qana`ah (merasa cukup) dari dunia dengan bekal yang sekadarnya dalam menjalani hidupnya.” (Fathul Bari, 11/238)
Jika manusia mahu memahami hadits ini maka di dalamnya terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti hari ini. Sesungguhnya manusia memulai kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi ini sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya.

Kedatangan
manusia di dunia adalah seperti datangnya orang asing. Sedangkan sebenarnya
tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan,
ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah syurga. Sesungguhnya Adam
diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan apa yang
dilakukannya. Jika kita mahu merenungkan hal ini, maka kita akan berkesimpulan
bahawa seorang muslim yang hakiki akan senantiasa mengingatkan nafsunya dan
mendidiknya dengan prinsip bahawa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di
syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cubaan di dunia
ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh
Rasulullah SAW.
Betapa indah perkataan Ibnu Qayyim rahimahullah ketika menyebutkan bahawa kerinduan, kecintaan dan harapan seorang muslim kepada syurga adalah kerana syurga merupakan tempat tinggalnya semula. Seorang muslim sekarang adalah tawanan musuh-musuhnya dan diusir dari negeri asalnya kerana iblis telah menawan bapak kita, Adam ‘alaihissalam dan dia melihat, apakah dia akan dikembalikan ke tempat asalnya atau tidak. Oleh kerana itu, alangkah bagusnya perkataan seorang penyair:
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Iaitu Allah.
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula...
Iaitu syurga

Demikianlah,
hal ini menjadikan hati senantiasa bertaubat dan tawadhu’ kepada Allah. Iaitu
orang yang hati mereka senantiasa bergantung pada Allah, baik dalam kecintaan,
harapan, rasa cemas, dan ketaatan. Hati mereka pun selalu terkait dengan negeri
yang penuh dengan kemuliaan iaitu syurga.
Mereka
mengetahui syurga tersebut seakan-akan berada di depan mata mereka. Mereka
berada di dunia seperti orang asing atau musafir. Orang yang berada pada
situasi ini seakan-akan mereka adalah orang asing atau musafir tidak akan
merasa senang dengan keadaannya sekarang. Kerana orang asing tidak akan merasa
senang kecuali setelah berada di tengah-tengah keluarganya. Sedangkan musafir
akan senantiasa mempercepat perjalanannya agar urusannya segera selesai.
Demikianlah hakikat dunia. Nabi Adam telah menjalani masa hidupnya. Kemudian disusul oleh Nabi Nuh yang hidup selama 1000 tahun dan berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun,
“Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.” (Al Ankabut: 14)
Kemudian zaman baginda selesai dan telah berlalu. Kemudian ada lagi sebuah kaum yang hidup selama beberapa ratus tahun kemudian zaman mereka berlalu. Kemudian setelah mereka, ada lagi kaum yang hidup selama 100 tahun, 80 tahun, 40 tahun 50 tahun dan seterusnya. Hakikat mereka adalah seperti orang asing atau musafir. Mereka datang ke dunia kemudian mereka pergi meninggalkannya. Kematian akan menimpa setiap orang. Oleh kerana itu setiap orang wajib untuk memberikan perhatian pada dirinya. Musibah terbesar yang menimpa seseorang adalah kelalaian tentang hakikat ini, kelalaian tentang hakikat dunia yang sebenarnya. Jika Allah memberi nikmat padamu sehingga engkau dapat memahami hakikat dunia ini, bahawa dunia adalah negeri yang asing, negeri yang penuh ujian, negeri tempat berusaha, negeri yang sementara dan tidak kekal, niscaya hatimu akan menjadi sihat. Adapun jika engkau lalai tentang hakikat ini maka kematian dapat menimpa hatimu. Semoga Allah menyedarkan kita semua dari segala bentuk kelalaian.

Allah
SWT dalam banyak ayat dari kitab-Nya yang mulia menyebutkan permisalan dunia
yang semuanya menunjukkan bahawa dunia itu nilainya sangat rendah dan hina,
sementara kehidupan dan kesenangannya hanya bersifat fana. Allah Yang Maha Suci
berfirman:
“Ketahuilah oleh kalian, kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan tempat kalian bermegah-megah dan berbangga-bangga akan banyaknya harta dan anak. Permisalannya seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning kemudian hancur. Dan di akhirat kelak ada adzab yang pedih dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid: 20)
Dalam ayat lain, Allah berfirman:
“Dan berikanlah kepada mereka permisalan tentang kehidupan dunia, iaitu seperti air yang Kami turunkan dari langit. Maka kerananya menjadi subur tumbuhan-tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Kahfi: 45)
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar. Maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia itu memperdaya kalian dan janganlah sekali-kali orang yang pandai menipu memperdayakan kalian tentang Allah.” (Fathir: 5)
Ibnu Katsir berkata: “Dunia adalah perhiasan yang akan binasa dan merupakan tipuan bagi orang yang cenderung padanya. Dia tertipu dengan dunia dan menjadi terlena kerananya, sehingga meyakini bahawa dunia adalah negeri yang tidak ada negeri selainnya dan kehidupan yang tidak ada lagi kehidupan setelahnya. Padahal dunia ini sangat rendah dan hina, teramat kecil bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/335)
Demikianlah hakikat dunia, ia adalah permainan, sesuatu yang melalaikan diri dan hati. Ini terlihat pada orang-orang yang menghamba dunia yang cenderung menghabiskan umurnya dengan segala hal yang melalaikan hati dan melupakan dari berzikir kepada Allah, lalai akan janji dan ancaman-Nya. Malah, mereka menjadikan agama sebagai barang olok-olokan dan gurauan. Berbeza keadaannya dengan orang-orang yang hidup hatinya dengan zikir kepada Allah, mengenal dan mencintai-Nya, sehingga mereka pun memburu akhirat sebagai negeri yang kekal nan abadi.
Sahabat yang mulia, Jabir RA mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati di sebuah pasar sedangkan manusia mengelilingi baginda. Lalu baginda melewati bangkai anak kambing yang cacat telinganya. Beliau mengambilnya dan memegang telinga bangkai kambing itu, seraya bersabda: “Siapa di antara kalian yang mahu memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham?” Para sahabat menjawab: “Kami tidak mahu anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga sedikit, bahkan apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Kemudian baginda berkata lagi: “Apakah kalian suka anak kambing ini menjadi milik kalian?”. Mereka menjawab: “Demi Allah, seandainya pun anak kambing ini hidup malahan cacat telinganya, apatah lagi dia dalam keadaan mati?” Mendengar pernyataan mereka, Rasulullah SAW bersabda:
“Demi Allah, sungguh
dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini
bagi kalian (dalam penilaian kalian).” (HR. Muslim)
Kembali kita kepada hadith di atas, kemudian Ibnu Umar RA melanjutkan dengan berwasiat,
“Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada pagi hari jangan menunggu datangnya petang”.
Pelajarannya, hendaklah Anda senantiasa waspada dengan kematian yang datang secara tiba-tiba. Hendaklah Anda senantiasa siap dengan datangnya kematian. Disebutkan dari para ulama salaf dan ulama hadits bahawa jika seseorang diberitahu bahawa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya. Hal ini dapat terjadi dengan senantiasa mengingat hak Allah. Jika dia beribadah, maka dia telah menunaikan hak Allah dan ikhlas dalam beribadah hanya untuk Rabbnya. Jika dia memberi nafkah pada keluarganya, maka dia melakukannya dengan ikhlas dan sesuai dengan syariat. Jika dia berjual beli, maka dia akan melakukan dengan ikhlas dan senantiasa berharap untuk mendapatkan rezeki yang halal.
Demikianlah,
setiap kegiatan yang dia lakukan, senantiasa dilandasi oleh ilmu. Ini adalah
keutamaan orang yang memiliki ilmu, jika mereka bertindak dan berbuat sesuatu
maka dia akan senantiasa melandasinya dengan hukum syariat. Jika mereka berbuat
dosa dan kesalahan, maka dengan segera mereka akan memohon ampunan. Maka dia
akan seperti orang yang tidak berdosa setelah beristigfar. Ini adalah kedudukan
mereka. Oleh kerana itu Ibnu Umar RA mengatakan:
“Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
“Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)
Kesihatan ini merupakan nikmat dari Allah SWT yang banyak dilupakan oleh manusia sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua kenikmatan yang manusia banyak tertipu padanya iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR Al-Bukhari)
Bersegeralah pula beramal ketika masih hidup, mengumpulkan bekal sebanyak-banyaknya sebelum kematian menjemput.
“Hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (Al-Hasyr: 18)
Rumusan
Teladan
kita yang mulia, Rasulullah SAW sangat mengutamakan kehidupan akhirat sehingga
bersahaja kehidupannya di dunia, sementara baginda adalah kekasih Allah,
makhluk-Nya yang paling mulia dan pemimpin anak Adam. Satu saat sahabat yang
mulia Umar RA pernah mengatakan:
“Aku pernah masuk ke
rumah Nabi SAW, aku dapati baginda sedang berbaring di atas tikar tipis yang
dianyam tanpa beralaskan sesuatu, hingga tampak berbekas pada punggung baginda
yang mulia. Baginda bertelekan pada bantal kulit yang diisi dengan sabut.
Melihat hal itu, aku pun menangis. Nabi SAW bertanya: ‘Apa yangmembuatmu
menangis, wahai ‘Umar?’. ‘Umar menjawab: “Demi Allah, wahai Rasulullah, tidak
ada yang membuatku menangis, melainkan kerana aku mengetahui bahawa engkau
lebih mulia di sisi Allah daripada raja Kisra (penguasa Parsi) dan Qaisar
(penguasa Romawi). Keduanya hidup bergelimang dengan kemewahan dan gemerlapnya
dunia, sementara engkau wahai Rasulullah berada pada tempat yang seperti aku
lihat saat ini!’
Rasulullah SAW
menjawab:
‘Tidakkah engkau
redha wahai Umar, mereka mendapatkan dunia sementara kita mendapatkan negeri
akhirat?’. Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Rasulullah.’ Baginda mengatakan:
‘Demikianlah keadaannya wahai ‘Umar’.” (HR. Al-Bukhari).
Ibnu
Rajab RA berkata: “Apabila demikian
halnya, maka menjadi jelaslah bagi seorang mukmin untuk menggunakan sisa
umurnya bagi mengumpulkan amalan kebajikan. Benarlah orang yang berkata: ‘Sisa
umur seorang mukmin tidaklah ternilai harganya’.” (Jami’ul Ulum, 2/391)
Beringatlah
kita bahawa dunia sejatinya adalah sebuah terminal persinggahan untuk menuju
terminal terakhir, kehidupan akhirat yang kekal. Saat ini kita berkelana di
atasnya sebagai seorang pengembara atau musafir menempuh perjalanan yang sangat
jauh menuju terminal terakhir. Di sanalah kelak orang akan menuai kebahagiaan
yang sejati, sebagaimana juga akan menuai penderitaan yang abadi. Allah
berfirman:
Tetapi
kamu orang-orang kafir memilih kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat adalah
lebih baik dan lebih kekal. (QS al-A’la: 16-17)
Salam'alaik...melalui entry kali ini amat bermanfaat..cuma saya ada masalah untuk membaca..bukan tak pandai eja..mata sakit..ada rabun..belum dapat beli kacamata lagi..^^
ReplyDeletehadis ni saya pernah temui msa tingkatan 5 dulu..masih segar lagi di ingatan..alhamdulillah..apa yang saya masih ingat melalui hadis ini juga menekankan pada kita agar jangan suka menangguh amal kebaikan..
amat betul bhawa dunia ini fana bukannya bersifat kekal..kita ini sebabnarnya warganegara akhirat..bukan warganegara dunia...:)
wallahu'alam...ambo dok perfect..:)
MGM Resorts Casino Review - DrMCD
ReplyDeleteMGM Resorts Casino is in the upper echelon 평택 출장마사지 of Las Vegas. Featuring 2,500 slot machines, 경상남도 출장안마 including nearly 안동 출장샵 900 사천 출장안마 slot machines and one of the 천안 출장안마 only