Tuesday, June 12, 2007

Kita perlu bertanya: apakah yang dituntut oleh Allah SWT untuk kita laksanakan. Dengan perlaksanaan tuntutan Allah SWT ini kita akan meraih kejayaan. Allah SWT telah menjelaskan di dalam al Qur’an bahawa yang Allah kehendaki atas diri kita adalah kita berusaha menjadi mukmin dan mujahid. Seorang mukmin adalah ‘yang benar dan teguh dalam keimanan kepada Allah SWT. Mujahid pula adalah ‘yang berjuang atau berjihad, dengan apa jua yang dimilikinya, untuk memperolehi keredhaan Allah’.

Jika kita telah melayakkan diri menjadi mukmin dan mujahid, Allah SWT Yang Maha Berkuasa dan Maha Pengasih, akan membantu kita untuk terus meningkat ke stesen-stesen peningkatan diri yang lebih tinggi, di dunia dan di akhirat. Allah SWT telah menjanjikan perkara ini kepada mereka yang memiliki sifat dan kualiti iman and aktif melaksanakan jihad.

Di dalam surah al Hujurat, ayat 15, Allah SWT telah berfirman:

“Sesunggguhnya orang-orang yang beriman yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar”

Anak-anak yang dikasihi! Kini kita telah jelas apakah misi hidup kita: menjadi mukmin dan mujahid. Dengan memulakan misi agung ini kita menyedari bahawa ilmu Islam sangat sedikit. Seringkali apabila kita ingin memulakan usaha untuk memperbaiki diri kita merasakan diri kita sangat lemah. Diri kita terlalu sayup dari kemuncak yang dihajati. Kita juga sedar bahawa kita tidak mampu untuk sampai ke kemuncak perhambaan (ubudiyyah) yang Allah SWT kehendaki. Rasa lemah dan ketidakmampuan sebegini adalah satu yang lumrah. Kita tidak boleh membenarkan rasa lemah dan serba kurang ini menjadi penghalang usaha kita untuk menghayati Islam sepenuhnya dan mencapai ketinggian keimanan yang sewajar menjadi misi hidup mukmin.

Kita perlu menjadikan setiap hari yang Allah SWT kurniakan kepada kita sebagai modal untuk kita berjihad bagi meningkatkan kualiti diri kita. Dengan azam yang kuat dan peluang yang Allah SWT kurniakan insyaAllah kualiti diri kita akan meningkat sehari demi sehari. Walaupun ada hari ini kita terasa kebekuan, tidak meningkat. Diri kita tetap sebagaimana semalam juga, malah selalu juga kita bukan setakat tidak meningkat tetapi merosot. Kita tidak boleh membiarkan realiti diri ini menghalang pendakian kita dalam mujahadah kita. Teruskan pendakian! Walaupun kemajuannaya amat lambat. Jangan berhenti! Hakikatnya kita sedang membangunkan kepatuhan dan penyerahan diri kita kepada Allah SWT dan yang menghalanginya adalah nafsu kita yang sebelum ini telah terlalu lama dilayani dengan apa jua yang dikehendakinya. Kita telah menuruti hawa nafsu yang datang dalam bentuk pelbagai kehendak sehingga timbul kesedaran untuk kembali kepada ubudiyyah yang sebenar dan mujahadah yang selama ini tidak diusahakan baru kita gerakkan. Usaha inilah yang dinamakan ‘tazkiyatun nafs’ atau penyucian diri.

Tazkiyah atau program rawatan dan pembangunan diri ini adalah satu proses yang akan dilalui langkah demi langkah secara ansur maju. Pembangunan diri tidak akan dapat dilaksanakan melalui satu lompatan. Diri kita tidak mungkin dapat dibersihkan dengan usaha sekelip mata. Janganlah kita sekali-kali mengharapkan perubahan diri berlaku dalam masa sehari, seminggu mahupun sebulan. Pembangunan dan penyucian diri ini akan mengambil masa yang lama kerana keseluruhan pembangunan ini berdasarkan perubahan dan penyucian HATI yang mengandungi segala kekuatan dan pusat keinsanan manusia. Segala sudut hati dan segala bentuk rasa/perasaan dalam hati perlu dirawat dan dibetulkan hubungannya dengan kehendak Allah SWT. Ini adalah kerana proses membangunkan iman itu adalah ‘PROSES MENYESUAIKAN DIRI UNTUK MENCINTAI APA YANG ALLAH CINTAI, DAN MEMBENCI APA YANG ALLAH BENCI’. Tahap rasa hati sebegini menuntut kesungguhan dan keteguhan diri untuk melalui proses tazkiyah ini.

Di dalam sirah Rasululllah SAW kita dapati apabila seseorang itu memeluk Islam, Rasulullah SAW tidak mempertanggungjawabkan atas diri untuk melakukan segala-galanya sekali gus. Sebaliknya Rasulullah SAW mentarbiyyah dia dengan apa yang difardhukan yang paling minima, dan seterusnya barulah dibangunkan di atas kekuatan amal yang fardhu ini dibangunkan yang melengkap dan menyempurnakannya.

Dalam proses penyucian dan pembangunan diri ini, apa yang perlu diberikan perhatian serius adalah cita-cita kita dan janji kita kepada Allah SWT sentiasa terpelihara.

Untuk kita kekal di dalam mujahadah ini kita perlu sentiasa ingat tawaran Allah SWT kepada mereka yang beriman dan kita perlu memperingatkan diri kita supaya sentiasa berusaha memenuhi syarat-syarat jual beli dengan Allah SWT ini. Selagi kita memelihara akujanji kita dengan Allah dalam jual beli ini maka kita akan sentiasan kekal dalam jalan kehidupan yang menuju keredhaan Allah SWT.

Allah SWT telah berfirman dalam Surat at Taubah, ayat 111:

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulahlah kemenangan yang agung”

Apabila kita telah menyerahkan diri kita kepada Allah SWT dengan iltizam (komitmen) yang tinggi, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk membelanjakan segala-gala yang kita miliki: masa,tenaga, harta dan sebagainya, dengan mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata. Kita mungkin merasakan bahawa ini satu usaha yang SEMPURNA dan sesuatu yang sempurna sangat sukar untuk dicapai. Hakikat sukarnya mencapai kesempurnaan ubudiyyah dan kemuncak keimanan ini perlu FAHAMI dan DIINSAFI. Walaupun begitu kesempurnaan adalah sesuatu yang perlu direalisasi. Sekiranya kesempurnaan itu mudah dicapai maka ianya bukanlah kesempurnaan. Dengan kita sentiasa berusaha memelihara syarat jual beli kita dengan Allah SWT, melalui usaha membelanjakan masa, tenaga dan harta kita demi untuk mendapat redha Allah dan syurga-Nya, maka kita sentiasa di dalam jihad di jalan Allah. Melalui mujahadah inilah hati kita dapat kita rawat dan dibersihkan.

APAKAH YANG ALLAH SWT KEHENDAKI DARI DIRI KITA?

Saturday, June 09, 2007

Kisah Benar:Mendidik anak

"Perkongsian dari hamba Allah. "

Maaf mengganggu.. . saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah kolokium wanita di tempat saya baru2 ini. ustazah yg menceritakan ini sekarang mengajar di kisas.

Ceritanya begini. Suatu hari, dia travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. beliau tiba di rumah sahabatn ya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. kedua2 suami isteri ini masih disekolah. W/bagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. waktu zohor masuk. abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam.Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang.

Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. dia ikuti ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud, dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. subhanallah. ..adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk...ustazah yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.

Cerita tak berakhir di situ. ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.

Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yg paling awal bangun Kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk menagmbil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsu nya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.

Sekali lagi cerita tak berakhir di situ. ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,"anak2. .. hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...".dan 8 org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan. subhanallah. .. bila ditanya kpd si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sblm mati.

Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu. lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... psgn suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk... berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa...

Subhanallah. ..alhamdulillah. ..moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua.

"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH

Kisah Benar: Mendidik Anak

"Zuriat"
Sebermula pertemuan bersatu
ikatan
Takdir ketebtuan membuka
lembaran

Kesekian ketika jalinan hayat
Membuah cahaya kurniaan zuriat

Mendidik mengasuh penuh
kemesraan
Segunung harapan mengharap
kejayaan

Detik hari memintas waktu
Terkejar usia hari berlalu

Zuriat meningkat dewasa
menanda usia sudah ke senja

Tersapa keinsafan senja menanti
melabuh sauh akan berpergi

Yang berputik akan berkembang
Yang layu akan berpulang

Begitu lmrah ketetapan azali
semua nantinya akan menghadap ilahi...

Nukilan: Nurul Afiza

Zuriat

"Zuriat"
Sebermula pertemuan bersatu
ikatan
Takdir ketebtuan membuka
lembaran

Kesekian ketika jalinan hayat
Membuah cahaya kurniaan zuriat

Mendidik mengasuh penuh
kemesraan
Segunung harapan mengharap
kejayaan

Detik hari memintas waktu
Terkejar usia hari berlalu

Zuriat meningkat dewasa
menanda usia sudah ke senja

Tersapa keinsafan senja menanti
melabuh sauh akan berpergi

Yang berputik akan berkembang
Yang layu akan berpulang

Begitu lmrah ketetapan azali
semua nantinya akan menghadap ilahi...

Nukilan: Nurul Afiza
This entry was posted in :

Wednesday, June 06, 2007

Didik anak-anak membaca sejak kecil
Oleh: Zahir Zainuddin

Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi
kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.

Justeru itu, terdapat kata-kata mutiara yang sangat bererti, "Membaca adalah hak setiap kanak-kanak." Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Mengajar membaca kepada anak-anak bukan sekadar bahasa ibunda, malah sebaiknnya dikembangkan kepada bahasa-bahasa yang lain juga.

Mengapa kemahiran membaca penting?

Keupayaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa.

1. Iktibar wahyu pertama

Wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah perintah membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah SWT mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Jika perkara membaca ini telah dikuasai oleh kanak-kanak sejak usia tiga tahun, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud;

"Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Daripada perspektif Islam, mengajar kanak-kanak adalah satu tugas yang murni, amat penting dan diberi keutamaan. Contoh yang amat jelas kepada kita ialah peristiwa selepas peperangan Badar iaitu Rasulullah SAW telah membuat keputusan mengenai tawanan perang seramai 70 orang. Mereka diberi dua pilihan iaitu bagi tawanan yang punya banyak harta, dia boleh menebus diri dengan wang, manakala bagi yang miskin tetapi pandai membaca, dia dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai.

2. Merangsang perkembangan otak

Selepas bayi dilahirkan, biasanya ibu bapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan-keperluan fizikal yang lain. Tetapi jarang sekali orang yang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. Ketika lahir bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.

Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.

Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.

3. Persediaan awal ke sekolah

Pada hari ini, hampir sebahagian besar kanak-kanak didedahkan kepada kemahiran membaca ketika memasuki Darjah Satu. Namun begitu, ramai juga yang gagal membaca walaupun telah belajar tiga atau empat tahun di sekolah. Keadaan ini amatlah mengecewakan kerana kejayaan dan masa depan mereka telah mula diramalkan amat gelap. Bagi ibu bapa yang mengambil berat tentang kemahiran membaca terhadap anak-anak akan mendapati jauh lebih mudah mengajar anak-anak di peringkat umur tiga tahun berbanding enam tahun kerana kemampuan mengingat dan menyerap maklumat sangat kuat dan pantas.

Kanak-kanak belajar membaca awal biasanya lebih terkehadapan, lebih maju dan boleh bersaing dengan rakan-rakan apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Apabila diuji dengan peperiksaan, tentulah mereka lebih cepat dan tangkas memberi jawapan.

Membaca membina karektor. Kepetahan bercakap berkembang sedikit demi sedikit jika karektor ini dibina, dibentuk dan dikembangkan dengan bersistematik. Terlalu banyak faedah membaca kepada kanak-kanak jika ibu bapa memberi tumpuan khas kepada mereka.

Manfaat membaca terlalu besar apatah lagi kanak-kanak. Membaca awal bererti memilih untuk maju dalam hidup. Terdapat empat faedah utama yang akan memberi kelebihan kepada mereka iaitu :

1. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar dan mudah

Kanak-kanak yang dapat membaca tentulah akan lebih mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar. Kenikmatan membaca di kalangan kanak-kanak memang berbeza daripada orang dewasa kerana semangat ingin tahu mereka sangat tinggi. Budaya ingin tahun ini dapat diperhati apabila mereka sering bertanya. Dengan membaca juga, mereka dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.

Apa sahaja perkataan yang dilihat akan ditanya dan jika tidak faham, ditanya lagi sehingga mereka berpuas hati. Melalui budaya bertanya inilah akan membentuk budaya ingin tahu. Cuba kita bayangkan, sekiranya 100,000 orang kanak-kanak memasuki alam persekolahan telah dapat membaca dengan lancar dan berkesan, negara akan melahirkan satu generasi pelajar yang celik huruf, pintar dan bijaksana mencari ilmu dalam tempoh 20 tahun sahaja.

2. Seronok untuk ke sekolah

Melalui pembacaan, kanak-kanak dapat menguasai sejuta perkataan. Begitulah kesan kemahiran membaca ke atas kanak-kanak. Sistem pendidikan di sekolah yang menitikberatkan aspek membaca adalah satu saham yang amat besar terhadap kanak-kanak yang tahu membaca.

Apabila sudah tahu teknik membaca, mengenal huruf, memahami perkataan dan minat membaca, mereka akan terus membaca di mana-mana sahaja dan bertambah-tambah minat untuk belajar perkara-perkara yang baru di sekolah.

3. Rangsang minat membaca

Membaca adalah jambatan ilmu. Dengan ilmu manusia dipandang mulia sama ada di dunia ataupun akhirat. Minat membaca dalam diri kanak-kanak boleh dirangsang dan dibentuk ketika mereka berumur 18 bulan lagi. Dengan menghadiahkan buku ketika anak-anak mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah satu dorongan yang amat bermakna untuk menambah minat membaca mereka.

4. Mempercepatkan proses kematangan

Kemahiran dan keupayaan membaca bukan sekadar membantu anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik.

Keempat-empat faedah ini boleh dikembangkan lagi supaya ibu bapa dapat memaksimumkan potensi perkembangan mental dan fizikal anak-anak khususnya anak perempuan. Di dapati kanak-kanak perempuan lebih cepat matang dan bersedia dengan corak fikir yang lebih mencabar.

Pada era teknologi maklumat sekarang, pencerapan ilmu paling banyak diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian. Faedah membaca akan nampak nyata pada orang yang mengamalkan ilmu atau idea yang diperolehi daripada proses membaca. Bagi kanak-kanak, membaca membuatkan mereka mempelajari sesuatu yang baru dan menambah tahap kecerdikan untuk bertanya, mengambil tahu dan melaksanakan apa yang mereka tahu. Sebab itulah kita lihat kanak-kanak yang bijak, keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk pemikiran mereka untuk berfikir dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan tahap usia masing-masing.

Pendidikan adalah survival bagi masa hadapan seorang kanak-kanak. Mereka harus dibekalkan dengan segala persediaan awal yang dapat mempastikan survival mereka dalam persekitaran masyarakat yang bersaing. Salah satu survival kanak-kanak ialah kemahiran membaca supaya dapat bersaing dan bergerak ke hadapan menghadapi cabaran. Dunia hari ini tidak lagi memberi semuanya percuma sebaliknya kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa sahaja. Bagi mendapatkannya, kita perlu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran. Dan kemahiran yang paling berharga ialah membaca.

Kepentingan Mengajar Al-Quran Awal Kepada Si Manja
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun,
Penyusun Siri Cepat Membaca Al-Quran – Al-Furqan

Harapan sepanjang zaman
“Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab”
Pantun nasihat seperti ini telah dialunkan sejak zaman berzaman, sebagai warisan nenek moyang kita bangsa Melayu, khususnya ketika si ibu mendodoikan anaknya dalam buaian. Secara tidak langsungn, pantun nasihat ini memperlihatkan harapan yang tinggi menggunung daripada setiap ibu bapa sejak dahulu lagi, supaya anak-anak mereka dapat membaca al-Quran seawal mungkin.
Persoalannya apakah cita-cita dan harapan tersebut telah tercapai, atau apakah kebolehan anak-anak untuk membaca al-Quran pada usia kanak-kanak yang belum memasuki alam persekolahan itu suatu yang mustahil atau terlalu sukar untuk dicapai.

Apakah belajar al-Quran itu susah?
Sekiranya belajar al-Quran itu susah atau perkara ini mustahil, kenapakah generasi awal Islam seperti imam as-Syafi`e, as-Sayuti, Ibnu Sina dan lain-lain lagi bukan sahaja dapat membaca al-Quran dengan baik pada usia kanak-kanak, malah telah menghafaz 30 juzuk al-Quran tersebut. Sehubungan dengan ini Allah SWT juga telah menegaskan di dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:
“…dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran...” (Surah al-Qamar, ayat: 13)
Ayat ini jelas menyatakan bahawa al-Quran itu merupakan suatu pelajaran yang senang dan telah dipermudahkan oleh Allah SWT untuk manusia mempelajarinya. Namun begitu tidak ramai yang menyahut seruan Allah SWT untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dan seumpamanya. Majoriti masyarakat Islam menerima apa yang ada itu “seadanya”. Mereka beranggapan, kanak-kanak kecil itu masih hingusan dan tidak tahu apa-apa, masih belum mampu membezakan antara kebersihan dan kotoran (mumayyiz) dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini dianggap tidak sesuai untuk diajarkan al-Quran, kerana mereka tidak boleh memberikan tumpuan dan akan merosakkan al-Quran kerana mereka lebih suka bermain daripada belajar.

Mukjizat
Mentaliti dan paradigma seperti ini perlu diubah kerana rakaman sejarah dan penemuan pelbagai bukti, fakta dan teknik terkini menunjukkan bahawa kanak-kanak perlu diajarkan al-Quran ini seawal yang mungkin. Kanak-kanak yang telah dapat membaca al-Quran pasti akan lebih cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan lebih tenang menjalani kehidupan harian. Al-Quran yang dipelajari bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup agung, malah berperanan penting sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca Bahasa Melayu dan Jawi.
Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya, baik dari segi intelek, jasmani, mahupun rohaninya. Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka pelajari. Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik kanak-kanak dengan al-Quran. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mengajar kanak-kanak bagaikan mengukir di atas batu. Ia akan meninggalkan kesan bekas selamanya.

Pakar
Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar, khususnya pakar kanak-kanak mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ini ialah dari segi perkembangan potensi otak manusia pada peringkat kanak-kanak.
Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.
Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan otak kanak-kanak, termasuk kanak-kanak cacat otak ialah Dr. Glenn Doman. Antara rumusan penting daripada kajiannya dan pakar-pakar yang lain ialah:
  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.

  • Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

  • Kanak-kanak boleh bercakap lebih awal jika kanak-kanak itu lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.

  • Sekiranya ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Walau bagaimanapun kaedah dan suasana pembelajaran yang sesuai diperlukan.

  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan kurang berkesan lagi bila dirangsangkan selepas peringkat ini.

  • Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
    Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.

  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawati jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan .
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuan tersebut, amat penting sekali ibu bapa memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin, khususnya pelajaran al-Quran. Para ibu bapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran simanja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian sentuhan dan sebagainya.

Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama yang membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-Quran seawal mungkin. Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagus perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibu bapa yang perihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka.

Al Quran & Anak Kita

Monday, June 04, 2007

Kreativiti Pada Anak (Siri Akhir)

Sebahagian orang berpendapat bahawa kreativiti itu hanya dimiliki segelintir orang berbakat. John Kao, pengarang buku Jamming: The Art and Discipline in Bussiness Creativity, (1996), membantah pendapat ini. "Kita semua memiliki kemampuan kreatif yang mengagumkan, dan kreativiti boleh diajarkan dan dipelajari," kata Kao.

Sebahagian orang lain berpendapat bahawa kreativiti selalu dimiliki oleh orang yang mempunyai akademik yang tinggi. Namun faktanya, banyak orang yang memiliki kemampuan akademik tinggi tetapi tidak automatik melakukan aktiviti yang menghasilkan output kreatif.

Terdapat beragam definisi yang terkandung dalam pengertian kreativiti. Menurut pandangan David Campbell, kreativiti adalah suatu idea atau pemikiran manusia yang bersifat inovatif, berdaya guna, dan dapat dimengerti. Definisi senada juga dikemukakan oleh Drevdahl. Menurutnya, kreativiti adalah kemampuan seseorang menghasilkan gagasan baru, berupa kegiatan atau sintesis pemikiran yang mempunyai maksud dan tujuan yang ditentukan, bukan fantasi semata. Bagi setiap Muslim, landasan berfikir dan berbuat atau berkarya adalah akidah Islam. Kerana itu, sudah semestinya setiap hasil pemikiran dan perbuatan atau karyanya berstandard pada akidah Islam tersebut sebagai bentuk keyakinannya kepada Allah Swt. yang telah menciptakannya.

Ikuti sambungan Panduan Membangun Kreativiti Anak (Siri Akhir)

2. Menyubur dan memantapkan sumber motivasi.

Kreativiti dimulai dari suatu gagasan yang interaktif. Bagi anak-anak, dorongan dari luar diperlukan untuk memunculkan suatu gagasan. Dalam hal ini, para ibu bapa banyak berperanan. Dengan penghargaan diri, komunikasi, dialog dan kemampuan mendengar aktif maka anak akan merasa dipercaya, dihargai, diperhatikan, dikasihi, didengarkan, dimengerti, didukung, dilibatkan dan diterima segala kelemahan dan keterbatasannya. Dengan demikian, anak akan memiliki dorongan yang kuat untuk secara berani dan lancar mengemukakan gagasan-gagasannya.

Selain itu, untuk memotivasi anak agar lebih kreatif, sudah seharusnya kita memberikan perhatian serius pada aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak kita, misalnya dengan melakukan aktiviti bersama-sama mereka. Kalau kita biasa melakukan puasa dan solat bersama anak-anak kita, mengapa untuk aktiviti yang lain kita tidak dapat melakukannya?

Dengan demikian, sesungguhnya seorang Muslim memiliki peluang yang lebih besar untuk menjadikan anak-anak mereka kreatif. Persoalannya sekarang bagaimana kita sebagai ibu bapa Muslim senantiasa berusaha untuk memperkenalkan anak-anak kita dengan berbagai hal dan sesuatu yang baru untuk memenuhi aspek kognitif mereka. Tujuannya adalah agar mereka lebih terdorong lagi untuk berfikir dan berbuat secara kreatif.

Perlu difahami, dalam memotivasi anak agar kreatif, lakukanlah dengan cara menyenangkan dan tidak di bawah tekanan/paksaan.

3. Mengendalikan proses pembentukan anak kreatif.

Beberapa hal yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa dalam pembentukan anak kreatif adalah:

a.. Persiapan waktu, tempat, fasiliti dan bahan yang memadai. Jangkamasa aktiviti antara 10-30 minit setiap hari; bergantung pada bentuk kreativiti apa yang hendak dikembangkan. Begitu pula dengan tempat; ada yang memerlukan tempat yang khusus dan ada pula yang dapat dilakukan di mana saja. Fasiliti atau peralatan tidak selalunya yang canggih; bergantung pada sasaran apa yang hendak dicapai. Bahan pun tidak harus selalu baru; lebih mudah menggunakan bahan-bahan sisa buangan yang boleh digunakan semula untuk dijadikan alat atau bekas-bekas kosong yang ada di rumah anda.

b.. Mengatur kegiatan. Kegiatan diatur sedemikian rupa agar anak-anak dapat melakukan aktivitinya secara individual maupun berkelompok. Kadang-kadang anak-anak melakukan aktiviti secara kompetitif; kadang-kadang juga secara kooperatif.

c.. Menyediakan satu sudut khusus untuk anak dalam melakukan aktiviti.

d.. Memelihara iklim kreatif agar tetap terpelihara. Caranya dengan mengoptimamkan panduan di atas.

4. Menilai hasil kreativiti.

Selama ini kita sering menilai kreativiti melalui hasil atau produk kreativiti. Padahal sesungguhnya proses itu pada masa kanak-kanak lebih penting asilnya. Pentingnya penilaian kita terhadap proses kreativiti bukan bererti kita tidak boleh menilai hasil kreativiti itu sendiri. Penilaian tetap dilakukan.

Cuma ada satu hal yang harus kita perhatikan dalam menilai. Hendaknya kita menilai hasil kreativiti tersebut dengan menggunakan perspektif anak, bukan perspektif kita sebagai orangtua. Kalau kita mendapati seorang anak berusia 3 tahun dan kemudian dia dapat menyebutkan huruf hijaiyah dari alif sampai ya, apakah kita akan mengatakan, "Ah, kalau cuma baru menyebutkan begitu, saya juga boleh buat." Tentu saja, dalam mengevaluasi proses dan hasil kreativiti harus dengan pemikiran terbuka. Setiap kali kita mengevaluasi hasil tersebut, kita harus selalu memberikan dorongan, sokongan penguatan sekaligus pengarahan. Begitu juga sebaliknya; jauhi celaan dan hukuman agar anak kita tetap kreatif.

Kreativiti pada Anak (Siri 1)

Kreativiti yang terdapat pada anak-anak berbeza dengan orang dewasa. Kreativiti seorang anak dapat di bina jika terus diasah sejak kecil. Pada anak-anak, kreativiti merupakan sifat yang komplikatif; seorang anak mampu berkreativiti dengan spontan kerana ia telah memiliki unsur pencetus kreativiti.

Pada dasarnya kreativiti anak-anak bersifat ekspresionis. Ini kerana pengungkapan ekspresi itu merupakan sifat yang dilahirkan dan dapat berkembang melalui latihan-latihan. Ekspresi ini disebut dengan spontan, terbuka, tangkas dan santai. Ada 3 ciri dominan pada anak yang kreatif: (1) spontan; (2) rasa ingin tahu; (3) tertarik pada hal-hal yang baru. Ternyata ketiga ciri-ciri tersebut terdapat pada diri anak. Bererti semua anak pada dasarnya adalah kreatif; faktor lingkunganlah yang menjadikan anak tidak kreatif. Dengan demikian, peranan ibu bapa sebenarnya lebih pada mengembangkan kreativiti anak.

Empat Cara Mengembangkan Kreativiti Anak

1. Membangun keperibadian Islam.

Dengan cinta, ibu bapa dapat membangun keperibadian Islam pada anak yang tercermin dari pola pemikiran dan pola sikap anak yang islami. Ibu bapa yang faham akan sentiasa menstimulasi/ merangsang aktiviti berfikir dan bersahsiah anak-anak sesuai dengan standard Islam. Meransang aktiviti berfikir dilakukan dengan cara meransangkan unsur-unsur/ komponen berfikir (indera, fakta, informasi dan otak). Aktiviti membentuk sikap adalah aktiviti dalam rangka memenuhi keperluan jasmani dan naluri (beragama, mempertahankan diri dan melestarikan jenis).

Ibu bapa dapat meransang alat indera anak dengan cara melatih semua alat indera seawal mungkin. Ajak anak mengamati, mendengarkan berbagai suara, memegang berbagai tekstur benda, mencium berbagai bau dan mengecap berbagai rasa. Meransang otak dilakukan dengan cara memberi nutrisi yang halal dan bergizi yang diperlukan untuk pembentukan sel-sel otak sejak dalam kandungan serta banyak menghadirkan fakta dan informasi yang dapat di cerap oleh anak.

Menstimulasi informasi diarahkan untuk meyakini adanya Pencipta melalui fakta-fakta penciptaan alam. Ibu bapa juga boleh membacakan cerita, mengajari anak untuk selalu mengaitkan fakta baru dengan informasi yang sudah diberikan, serta menghindarkan anak dari fakta dan informasi yang merosak dengan cara memilih tayangan TV, buku dan majalah.

Perlu difahami oleh ibu bapa, bahawa anak memahami standard secara bertahap seiring dengan kesempurnaan akalnya. Anak seusia kecil belum sempurna akalnya. Namun, ibu bapa tetap perlu mengenalkan standard-standard kepada anak secara berulang-ulang tanpa memaksa anak untuk melakukannya. Biasakan pula mengenalkan dalil kepada anak. Ibu bapa juga hendaknya senantiasa menghadirkan keteladanan yang baik pada anak di mana saja mereka berada.

Ibu bapa yang faham tidak akan mengarahkan anaknya untuk sama dengan anak orang lain. Kita dapat membentuk keperibadian anak kita, tetapi bukan untuk menyamakan karakter mereka. Kita melihat, Sahabat Umar ra., Abu Bakar ra. dan sebagainya tidak memiliki karakter yang sama meskipun masing-masing mereka merupakan peribadi-peribadi yang islami. Keunikan mereka justru menjadikan mereka ibarat bintang-bintang yang gemerlapan di langit, terangnya bintang yang satu tidak memudarkan terangnya bintang yang lain. Begitu pula halnya dalam hal kreativiti mereka. Setiap Sahabat adalah insan kreatif. Masing-masing memiliki dimensi kreativiti sendiri-sendiri. Salman al-Farisi adalah penggerak utama Perang Parit; Umar bin al-Khatthab adalah pengasas undang-undang lalulintas; Abu Bakar ash-Siddiq adalah pengasas tegaknya sistem ekonomi Islam; Khalid bin Walid adalah pakar strategi perang; dan banyak lagi.

Yang menjadi masalah sekarang, para ibu bapa sering kurang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan kreativiti anak. Seolah-olah para ibu bapa lebih suka jika anak menjadi fotokopi orang lain daripada dia membesar sebagai suatu peribadi yang utuh.

Kerana keperibadian menentukan kreativiti, seorang Muslim pada hakikatnya memiliki potensi kreatif lebih besar dibandingkan dengan umat-umat lainnya.

Bersambung...

Apa Kewajiban Pertama Seorang Hamba ?

Apabila dikatakan kepadamu, “Kewajiban apa yang pertama kali yang harus dilakukan oleh seorang hamba ?”

Maka katakanlah, “Kewajiban pertama yang harus dilakukan oleh seorang hamba adalah mempelajari tauhidullah (tentang mengesakan Allah Ta’ala), sebagaimana hadits Ibnu ‘Abbas r.a., dia berkata, ‘Tatkala Nabi mengutus Mu’adz bin Jabal ke negeri Yaman, Nabi berkata kepada Mu’adz: ‘Sesungguhnya kamu diutus kepada suatu kaum dari ahli kitab, maka hendaknya yang pertama kali kamu seru kepada mereka agar mereka mentauhidkan Allah Ta’ala’ (HR. al Bukhari no. 7372, ini lafazhnya dan Muslim)”

Sumber Bacaan : Prinsip-prinsip Tauhid, Aqidah dan Manhaj oleh Syeikh Yahya bin Ali al Hajuri Mudah-mudahan Bermanfaat.

Mendidik Pengguna Internet Lebih Beretika

Internet adalah alat komunikasi terkini yang sangat berkuasa. Negara yang mempunyai jaringan teknologi maklumat ini dianggap maju dan meninggalkan negara-negara lain dalam jangka masa yang singkat sahaja. Maklumat yang terdapat di dalam dunia siber ini sangat banyak dan bercampur-baur di antara yang memberi manfaat sejagat dan perosak minda masyarakat.
Kegunaan Internet seharusnya memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Hubungan antara negara, jabatan ke jabatan dan individu ke individu umpamanya, lebih pantas pada zaman Internet berbanding era mesin faks dan telefon.

Maklumat yang lebih pantas dan reaksi yang segera adalah di antara ciri-ciri Internet. Ketika jutawan Google berterusan membuat kekayaan demi kekayaan, ada segelintir pelayar Internet yang kurang beretika dan mempunyai tahap kesedaran yang rendah, mengeksploitasi bahan lucah dan tidak bermoral.

Berleluasanya sebaran gambar-gambar lucah sama ada dari dalam negara atau luar negara melalui e-mail sangat membimbangkan. Kemudahcapaian terhadap akses Internet di merata tempat melalui sambungan tanpa wayar (wireless connection) menjadikan akses semakin mudah kepada sesiapa sahaja yang tahu menggunakan Internet. Cukup dengan satu komputer riba, alamat e-mail dan bahan yang hendak disebarkan, kesannya sangat menggemparkan. Gambar-gambar yang tidak senonoh dan tidak secocok dengan budaya masyarakat menjadi kiriman e-mail yang tidak putus-putus dari satu e-mail ke satu e-mail.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.

Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".

Keadaan ini akan terus berleluasa jika tidak ada tindakan yang tegas dan berterusan melalui penguatkuasaan dan pendidikan. Agensi yang dipertanggungjawabkan seharusnya melihat perkara ini dengan serius kerana keadaan di dalam rangkaian Internet yang berkaitan bahan lucah terlalu banyak. Cukup dengan melayari perkataan "health," "adult" atau "teen," menerpa keluar domain yang berkaitan perkataan tersebut, bercampur di antara memberi faedah dan tidak bermoral. Rantaian itu berterusan tanpa ada batasan.

Apakah sebenarnya yang diingini oleh pengguna dan pembaca e-mail sebegini?
Agak sukar untuk meramal dengan tepat apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh mereka. Jika pelayar Internet ini orang muda, jiwa yang rentan terhadap berlainan seks akan merangsang minda dan tingkah laku menjurus ke arah tindakan yang tidak bermoral, berasa bangga dengan perbuatan tersebut dan tidak rasa bersalah. Pengalaman yang diulang-ulang akan menjadikan fantasi kepada realiti. Bermula dengan melihat gambar lucah, berakhir dengan rogol dan zina.

Wanita adalah mangsa kepada keganasan Internet yang senyap. Penyebaran gambar wanita yang berkeadaan mengaibkan hanya merendahkan martabat wanita bagi jangka masa panjang jika tidak dibendung.

Beberapa langkah boleh dilakukan oleh semua pihak bagi membanteras penyebaran gambar lucah melalui e-mail ini.

Pertama, pihak kerajaan melalui agenda penguatkuasaan harus bertindak dengan lebih aktif, proaktif dan tegas bagi membendung gejala ini daripada menjadi tidak terkawal. Rata-rata anak muda yang bersekolah pada hari ini sudah tahu apa itu Internet dan bagaimana hendak menggunakan Internet.

Kedua, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus bertindak mengawal lesen kafe siber dalam kawasan masing-masing. Tindakan intipan terhadap pengusaha ini yang melanggar peraturan yang ditetapkan hendaklah dilipatgandakan jika perlu.

Ketiga, institusi keluarga sangat besar pengaruhnya bagi mendidik ahli keluarga tentang penggunaan Internet yang beretika dan memberi faedah. Kawalan mikro di peringkat keluarga dapat memberi kekuatan dalaman khususnya kepada anak-anak remaja supaya bijak menggunakan Internet, e-mail dan blog sebagai saluran pembinaan minda yang berkesan.

Keempat, adalah amat mendukacitakan khususnya kepada mereka yang beragama Islam terjebak dalam kegiatan tidak bermoral ini. Justeru, nilai kerohanian dan penekanan kepada pendidikan agama amat penting dalam melahirkan individu yang amanah, ikhlas dan bertanggungjawab.. Kita meyakini bahawa keimanan yang mendalam dan kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap penghayatan Islam menjadi faktor utama mendidik insan dari menjauhi perkara yang merosakkan.

Ustaz Dr. Fathi Yakan telah menggariskan panduan umum kepada kita bagaimana seharusnya melayari internet, antaranya:

1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.

2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret kepada kamatianya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.

3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata.

Ustaz Dr. Fathi Yakan juga mengsyorkan agar di saat kita melayari gelombang internet perlu merasai dirinya berada dalam keadaan ditemani Allah swt. Ini bererti kita hidup dengan kebersamaan Allah swt dalam setiap suasana, urusan, keadaan dan setiap masa. Untuk merealisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.

Institusi Islam seperti Jabatan Agama Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memperbanyakkan usaha dakwah menyedarkan masyarakat dengan menyebarkan risalah, poster, peringatan dalam khutbah jumaat, perbincangan khusus dalam radio IKIM dan pelbagai saranan lagi dilaksanakan dari masa ke semasa.

Keempat, pendidikan formal memasukkan tatacara penggunaan Internet dalam kurikulum. Pemikiran pelajar yang sedang pesat membangun harus ditanam dengan kesedaran untuk mengutamakan faedah menggunakan Internet. Kurikulum ini harus bermula dari peringkat asas sekolah lagi.

Terakhir, kempen pengunaan Internet yang beretika kepada masyarakat awam. Dalam hal ini, usaha TM memasang kain rentang di sesetengah tiang tol dapat mengingatkan pelayar Internet untuk menghindari bahan atau halaman lucah. Ingatan seperti ini seharusnya dibuat berterusan sebagai usaha mendidik masyarakat menjauhi amalan yang tidak berfaedah di Internet.

Dr. Hj. Azizan Ahmad
SUA HALUAN Malaysia

Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2005 menunjukkan

1) Pengguna internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.

2) Menurut NITC, jumlah pengguna internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar tertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

3) Sejak tahun 2003 hingga kini, kadar penambahan pengguna internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan pengguna internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Laporan Penggunaan Bahasa Di Internet.

Bahasa Malaysia :
Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna internet di Malaysia (menurut NICT :2004).

Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15juta pengguna), 15% daripada pengguna internet Singapura (menurut ITU :2003), penggunam internet di Brunei juga turut menambahkan statistik penggunaan Bahasa Malaysia.

Jumlah keseluruhan pengguna internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna.

Bahasa Inggeris :
Terdapat 226 juta pengguna internet di Amerika, dimana dijangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue).

Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta pengguna internet.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan internet antarabangsa.

Negara-negara membangun juga di Asia, Timur Tengah dan Afrika Selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majority pengguna internet memahami bahasa Inggeris.

Statistik Penggunaan Internet

Perlunya remaja hidup dalam lingkaran syarak
Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA

FAKTOR syarak dalam kehidupan Islam bermaksud memberikan batasan dan pedoman supaya jalur kehidupan berada dalam batasnya. Jalur syarak juga mentertibkan insan supaya terus berada dalam fitrah. Kehidupan yang fitrah adalah kehidupan yang serasi dan syarak dan ia membawa barakah. Keyakinan manusia kepada faktor yang nyata dengan pedoman faktor yang ghaib akan membimbing manusia ke jalan hidup yang sebenarnya.

Agama mengaturkan kehidupan yang baik untuk manusia.

Syarak adalah sendi utama mempedoman manusia jalan yang di redhai atau sebaliknya. Faktor manusia tidaklah mutlak untuk memberikan kawalan dan pedoman. Faktor Ilahi menunjukkan pedoman yang terbaik untuk manusia. Menjadi manusia yang hidup berteraskan syarak menjadikannya hamba yang sentiasa patuh, akur, taat dan tunduk kepada-Nya. Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan tidak ada hijab yang menghalangnya. Walaupun apa yang kita lakukan manusia lain mungkin tidak mengetahui tetapi di sisi Allah ia diketahui.

Untuk menjadi seorang remaja Islam yang baik dan beriman mematuhi faktor syarak adalah suatu tuntutan dan kewajipan. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus memberikan remaja pedoman yang terbaik dalam hidup. Menjadi remaja menyebabkan banyak cabaran yang menunggu. Sekadar pertimbangan akal dan nafsu semata tidak ada jaminan jalur syarak dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional saja tidak memadai jalan syarak diikuti. Sekadar berpandukan orang ramai melakukan maka tiada salahnya remaja melakukannya belum ada jaminan ia selari dengan syarak.

Remaja harus yakin bahawa keyakinan kepada jalur syarak memberikan landasan keimanan yang teguh. Iman yang teguh menghubungkan remaja kepada Penciptanya dan Pengatur alam dan kehidupan ini. Ia bukan bermakna remaja tidak menggunakan pertimbangan akal. Akal hanya alat yang belum tentu sempurna apa yang difikir dan dibuat tanpa pedoman syarak. Pertimbangan akal mungkin boleh menyuluh remaja ke jalan yang betul dan belum tentu membimbing jalan yang benar. Kebenaran ada pada jalan syarak kerana darinya manusia melakukan sesuatu berasaskan huhum-hakam dan peraturan Allah.

Secara akal memang betul dijadikan lelaki dan perempuan dengan sifatnya berpasang-pasang. Secara akal fitrah teruna dan dara memiliki perasaan cinta dan sayang yang tinggi. Secara akal juga memang perempuan memiliki daya tarikan yang tinggi terhadap lelaki. Haiwan juga sedemikian. Jantan dan betina dijadikan berpasang-pasang. Naluri nafsu dan keinginan tidak mengira tempat dan keadaan. Kadang-kadang bunuh membunuh menjadi kelaziman.

Pada remaja Allah berikan akal bagi membolehkan proses berfikir berlaku. Pada remaja Allah kurniakan hati untuk memberikan timbangan yang baik terhadap salah benarnya sesuatu. Faktor manusiawi yang ada pada remaja membolehkan remaja mencontohi sesuatu daripada yang lebih dewasa dan lebih arif tentang hukum hakam. Faktor manusiawi juga membolehkan remaja mendapat pedoman dari ibu bapa dan guru tentang salah benarnya sesuatu. Dari situ jiwa keinsanan wujud dan pedoman keihsanan lahir.

Faktor syarak tidak harus dianggap sebagai sifatnya menghalang dan membelenggu. Sifat alam dan sifat manusia mempunyai batasan. Bintang-bintang dan planet, sistem solar dan bimasakti, perjalanan galaksi dan sistem radiasi mempunyai batasan dan landasan. Alam dan planet yang banyak diurus di bawah sunatullah atau ketentuan Allah. Manusia dan kehidupan sekitarnya diurus berasaskan fitrah. Sunatullah dan fitrah memiliki kesalingan. Mempelajari secara mendalam sunah Allah memberikan manusia pedoman tentang kehidupan yang fitrah.

Sifat alam dan isinya sentiasa patuh dan taat kepada sunatullah. Sifat manusia memiliki jiwa hamba yang tinggi yang juga patuh dan taat kepada Allah. Bila keadaan ini berlaku di bawah jalur syarak bayangkan tangan-tangan yang mentadbir rumah tangga berada di tahap yang amat fitrah. Suami akan merasakan para isterinya adalah amanah Allah dan amanah waris wala地ya. Anak-anak bakal berada di bawah didikan, asuhan dan lindungan ibu dan bapa yang pengasih dan penyayang. Mereka merasakan anak-anak adalah harta yang amat berharga. Nantinya anak-anak apabila menjadi insan soleh dan solehah, ia bakal menghubungkan yang pergi dengan yang tinggal.

Tangan-tangan yang memimpin jabatan dan pemerintahan akan merasakan bahawa kepimpinan dan urus tadbir adalah suatu amanah. Amanah itu tidak saja terhadap manusia yang dipimpin dan diurus tetapi yang lebih utama ialah terhadap Allah s.w.t..
Oleh sebab itu kedapatan hari ini anak-anak yang cicir disebabkan ibu bapa tidak merasakan anak itu sebagai harta atau aset. Harta yang bersifat benda dianggap paling utama. Sedangkan harta yang bersifat benda memang perlu dicari kerana ia rahmah dan nikmat Allah tetapi anak-anak itu sendiri adalah harta yang tidak ternilai yang menunggu kasih sayang dan perhatian untuk dididik dan diasuh dengan teladan dan ilmu.
Oleh sebab itulah kedapatan orang-orang terlibat dalam urus tadbir dan kepimpinan tidak bersifat amanah, terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa kerana tidak merasakan faktor syarak itu penting sebagai benteng menentukan hak dan batil, adil dan zalim serta fasad dan mungkar.

Bila ia berlaku keluarga akan pincang, masalah sosial di kalangan remaja akan berlaku, faham kebendaan akan subur, tempiasan nafsu nafsi berlaku tanpa batas akibat pupusnya rasa takwa terhadap Pencipta. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Tetapi keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilik jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

Apabila remaja lazim dengan hidup berasaskan syarak, ia dapat menentukan batasan benar dan salah serta baik dan buruk akan sesuatu. Baik di rumah, mahupun di sekolah atau melalui pergaulan hidup sehari-hari, remaja yang beriman akan sentiasa menjadikan batas syarak sebagai pedoman. Perlanggaran kepada batas syarak berlaku boleh menyebabkan banyak akibat yang terjadi.

Bila remaja terlibat dalam amalan salah guna dadah, bermakna remaja ini sudah melampaui batas halal dan haram. Penglibatan sebahagian remaja dalam zina menunjukkan sempadan syarak dilanggar kerana tidak ada kesedaran dosa dan pahala. Bila remaja terlibat dalam kegiatan Mat Rempit menunjukkan batas undang-undang dilanggar dan batas malu hilang.
Sebab itu Islam memilih pendekatan pencegahan lebih baik daripada mengubati. Kaedah syarak terkandung kaedah mencegah. Bayangkan apa yang berlaku pada hari ini ibarat nasi sudah menjadi bubur. Kesedaran syarak, kepentingan iman dan takwa adalah asas-asas pencegahan supaya remaja sentiasa berada dalam keadaan fitrah. Tanpa keinsafan syarak remaja akan terus hanyut dan jalan kembali ke pantai hidup sukar sekali dan kerosakan generasi terus berlaku.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Kuala Lumpur.

Thursday, May 31, 2007

Persoalan:

Saya ada beberapa soalan mengenai talak. Saya harap ustaz dapat memberikan jawapannya dengan lebih terperinci. Saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Soalan pertama : Suami saya pernah berkata " kalau awak KELUAR MAKAN BERDUA-DUAAN dengan lelaki maka jatuh talak ". Persoalannya :-

i) kalau saya keluar jumpa dengan lelaki secara berdua-duaan tapi kami tidak makan hanya pergi membeli belah, untuk mengambil barang dan berbual-bual kosong

ii) saya pernah keluar dengan budak lelaki sepejabat atas urusan kerja tapi kami tidak makan

iii) saya juga pernah menumpang kawan lelaki sepejabat pergi dan balik kerja

Untuk semua persoalan di atas adakah jatuh talak terhadap saya jikalau saya melakukannya.

Soalan kedua :-

Saya wanita yang bekerja mempunyai pendapatan melebihi dari suami. Saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan sekolah anak-anak, makan minum pakaian belanja dapor kerana suami saya tidak memberi duit belanja. Suami saya seolah-olah lepas tangan dalam hal
ini. Atas sebab itu kekadang membuat saya amat kecewa dengan kehidupan ini kerana saya berpendapat lebih baik hidup sendiri daripada bersuami. Adakah saya berdosa kalau saya meminta cerai dari suami kalau suami masih tidak mahu berubah ?

Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya benar-benar dalam dilema sekarang. Terima kasih

----------------------------------------------------------

Respon,
Kepada puan yang bertanya,

1.Lafaz yang diucapkan oleh suami puan adalah bentuk ta'lik. maka tidak jatuh talak sekiranya puan tidak melakukan seperti mana yang dilafazkan, cuma perlu diingatkan bahawa lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik.

2. Tugas mencari rezeki/nafkah adalah tugas suami, sumbangan yang puan berikan adalah merupakan sedekah. Berhubung dengan cadangan puan untuk minta cerai tangguh dahulu kerana jalan penyelesaian masih terbuka. Boleh adakan rundingan dan dapatkan kaunseling atau khidmat nasihat.

Terima kasih.

Respon dari Ustaz Salleh Saad (Imam Masjid Putra, Putrajaya)

Soal jawab Kekeluargaan - Masalah Dengan Suami

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah