Showing posts with label Tarbiah Diri. Show all posts

Tuesday, June 04, 2013

Ada sebuah kisah benar, menyayat hati tapi penuh inspirasi yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid ar-Rasyid. Kisah seorang pemuda yang suka berpoya-poya. Walaupun ketika isterinya sedang sarat mengandung, dia tidak peduli hal itu. Yang penting dia mahu bergembira bersama teman-temannya. Menghabiskan malam-malamnya dengan berpeleseran bersama kawan-kawan sekufunya.
Satu malam, ketika ada seorang buta berjalan disisinya, pemuda itu dengan sengaja menyadung kaki sang buta. Lalu terjatuhlah sang buta. Semua kawan-kawannya bergelak ketawa melihat aksi lucu itu. Pemuda itu rasa bangga, dapat membuatkan kawan-kawannya gembira.
Satu saat, sudah sampai masa isterinya mahu melahirkan anak. Di hospital, pemuda itu menunggu sehingga lelah. Tiada lagi berita kelahiran anak sulungnya. Lantas dia pulang ke rumah sahaja. Bosan menunggu terlalu lama. Di rumah, dia menerima panggilan dari hospital. Isterinya selamat bersalin. Bergegas ke hospital, hati gembira, cahaya mata yang ditunggu telah tiba. Namun kegembiraannya hanya seketika. Doktor mengesahkan anaknya mengalami cacat yang parah di kedua matanya, dan kesannya, anak itu tidak boleh melihat.
Pemuda itu hanya mampu menundukkan kepala, merasa runtuh. Pertama kali yang terbesit di pemikirannya adalah bayangan orang buta yang telah dia sadung kakinya sehingga jatuh dan menjadi bahan tertawaan orang.
Maha Suci Allah, siapa yang perbuat, dia akan mendapat. Beberapa saat, pemuda itu kebingungan. Beban ini terlalu berat untuk dipikulnya.
Kemahuan Mahu Berubah akan Hadir Jika Mahu
Kita berhenti seketika dengan kisah ini. Saya ingin bertanyakan pada anda. Pada saat sebegini, apakah sang pemuda itu akan berubah? Apakah dengan peristiwa yang telah Allah SWT berikan ini, pemuda itu mahu berubah? Adakah dia sudah menemui penyebab kemahuan untuk berubah?
Kemahuan mahu berubah boleh kita miliki. Terkadang ia datang dari pengalaman kehidupan. Terkadang dari peristiwa-peristiwa yang kita tempuhi. Terkadang dari sebuah pesanan, ungkapan mahupun teguran. Terkadang dari sebuah pemerhatian dan pembacaan. Namun ramai kalangan kita tidak juga mahu mengambil pelajaran. Lalu terus terperosok dalam kegagalan. Sukar mahu berubah menuju kepada lebih ber”tuah”.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 17)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)
Peringatan Allah SWT:
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)“. (As-Sajdah: 13)
Kembali kita kepada kisah pemuda tadi. Kehadiran cahaya matanya yang buta tidak dipedulikan. Peristiwa ini tidak mencetuskan kemahuannya untuk berubah dan bersyukur. Pemuda itu tidak memperhatikan anaknya. Anak yang buta itu diberi nama Salim. Dia membuat Salim seolah tiada di rumah. Isterinya hanya mampu bersabar dengan sikap suaminya. Setelah Salim berusia setahun, dia mulai berjalan, tapi ternyata kakinya pincang. Dada pemuda itu semakin bertambah sesak. Salim tidak habis-habis menyusahkan dirinya.
Malam-malam pemuda itu tetap sama. Dihabiskan diluar bersama kawan-kawannya. Isterinya tetap sabar, tidak pernah putus asa meluruskan suaminya, berdoa agar suaminya mendapat hidayah. Pemuda itu berterusan tidak memperdulikan Salim. Sehinggalah Salim berumur 10 tahun.
Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta
Pada suatu hari Jumaat, pemuda itu terbangun sekitar jam 11 pagi. Sepatutnya dia ke masjid menunaikan solat Jumaat, namun dia malas. Dia mahu mengisi undangan ke sebuah majlis keraian. Diapun mula bersiap. Setelah itu melewati ruang tamu, tiba-tiba dia terhenti seketika di hadapan Salim yang sedang menangis. Inilah kali pertama dia merespon tangisan Salim sejak Salim kecil. Sudah sepuluh tahun pemuda itu tidak pernah menoleh peduli kepada Salim, anaknya sendiri. Dia cuba berbuat tidak endah, tapi entah kenapa, hari ini dia tidak mampu.
Buat pertama kalinya, pemuda itu bertanya pada anaknya, “Salim, kenapa engkau menangis.” Ketika dia mendengar suara ayahnya, dia seolah-olah ketakutan dan meraba-raba tangan sekelilingnya. Mungkin Salim terkejut mendengar suara ayahnya berbicara padanya.
Salim menangis. Dia sebenarnya mahu segera ke masjid. Dia tidak mahu kelewatan ke masjid dan khuatir tidak mendapatkan tempat di saf pertama. Sang ayah ini terkejut yang amat sangat. Hati pemuda ini mula lembut sambil memerhatikan telatah Salim.
“Salim jangan sedih, ayah akan menghantar kamu ke masjid. Salim menangis dan menyangka ayahnya sekadar mahu mempermainkannya. Pemuda itu sudah melupakan undangan majlis yang hendak dihadirinya. Hatinya tekad mahu membawa Salim ke masjid.
Kedua mereka mula berjalan ke masjid. Pemuda itu berjalan di sisi anaknya buat pertama kali. Suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya telah hinggap disanubarinya. Dia merasa betapa kecilnya dirinya dan betapa besarnya dosanya. Dia tidak ingat bila kali terakhir dia melangkah kakinya masuk ke masjid. Dia mula merasai kesesalan atas apa yang telah dia lalaikan sejak beberapa tahun lalu.
Masjid penuh sesak, tetapi menghairankan, ada satu tempat kosong di saf pertama yang khusus disiapkan untuk Salim. Setelah solat selesai, Salim meminta mushaf Al-Quran dari ayahnya. Pemuda itu tergamam seketika. Dia merasa aneh. Bagaimana anakku ini mahu membaca, sedangkan dia buta? Pemuda itu mengambil mushaf Al-Quran, Salim meminta ayahnya membukakan surah al-Kahfi. Setelah ditemui surah itu, dia menyerahkan mushaf itu kepada Salim. Salim mulai membaca surah al-Kahfi dengan mata yang terpejam.
Ya Allah! Salim hafal surah al-Kahfi dengan lengkap. Pemuda itu merasa malu. Tangan pemuda itu mula membuka mushaf Al-Quran. Dia merasakan sendi-sendinya bergetar. Dia mula membaca dan membaca. Pemuda itu mula berdoa kepada Allah, semoga Allah mengampuninya dan memberinya hidayah. Dia sudah tidak mampu menguasai dirinya dan dia mula menangis teresak-esak di tengah masjid tersebut. Dia tidak sedar airmatanya deras mengalir, kecuali ketika tangan-tangan kecil menyentuh wajahnya dan mengesat airmatanya. Dia adalah Salim. Sang ayah ini memeluk anak kecil itu seeratnya dan memandangnya. Hatinya berkata; “Bukan kamu yang buta, sebaliknya akulah yang buta. Sehingga aku terlena mengikuti kawanku yang menjerumuskanku ke neraka.”
Berani berubah, akhirnya, pemuda tadi sudah menemukan seruan kemahuan untuk berubah. Kemahuan dari dalam dirinya sudah muncul bahawa dia sudah tersalah jalan. Dia perlu kembali kepada Allah. Kemahuan berubah sudah tercetus, melalui peribadi Salim, anaknya sendiri yang telah 10 tahun tidak dia pedulikan, kini dia sudah menemui perasaan baru, kemahuan mahu berubah. Dan dalam kisah ini, pemuda ini telah berubah menjadi pemuda dan sang ayah yang soleh lagi bertanggungjawab dengan izin Allah SWT.
Sebenarnya, kita bukan sahaja belajar bagaimana pemuda itu menemui kunci kemahuan yang mendorongnya untuk berubah. Tetapi kita juga boleh belajar dari kesetiaan dan kesabaran isterinya yang telah sekian lama punya kemahuan untuk tetap bersabar dan mengharap kepada Allah. Walau seberat mana ujian yang ditempuhi, wanita itu punya kemahuan tinggi positif dengan Allah SWT. Kemahuan tinggi tetap yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk kepada suaminya. Berani berubah, maka teladanilah dia wahai para wanita solehah akan sosok hebat wanita dan sang isteri dalam kisah inspirasi ini.
Bagaimana pula dengan anda wahai para pembaca sekalian. Masih belum menemui titik tolak pencetus kemahuan anda untuk mahu berubah menjadi lebih baik. Jika masih belum, taubat segera, mohon lagi dengan Allah SWT. Jangan pernah berhenti walau terpaksa menunggu 10 tahun lamanya baru beroleh rasa kemahuan mahu berubah total!

Taubat: Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta

Tuesday, November 20, 2012

Murabbi saya al Marhum Ustaz Dahlan ada berkata;

“Tarbiyah adalah jalan bagi para da’i dan murabbi. Tidak ada jalan lain lagi untuk membentuk individu dan ummah yang mendaulatkan Deen Allah SWT.

Kenapa tarbiyah? Bukankah setiap kita mendambakan akhlak, peribadi dan semangat untuk mencintai agama suci ini? Peribadi muslim yang “soleh dan musleh” adalah tujuan yang ingin dicapai dari tarbiyah. Sebab itulah kita perlukan tarbiyah, agar dapat mendidik kita menjadi baik dan insyaAllah dengan sedikit kebaikan yang ada pada kita dapat pula :membaikkan” orang lain. Seharusnya kita perlu faham akan tujuan mengapa ikut dan berada dalam tarbiyah sehingga tarbiyah tidak hanya sekadar rutin mingguan semata tetapi ada target atau tujuan yang harus dicapai. Bila kita hendak memanah dan tidak tahu ke mana harus di panahkan, berapa lama  anda mahu terus memegang busur panah dan anak panah tersebut? Begitulah tarbiyah. Tarbiyah ada targetnya, samada target peribadi yang mengikuti tarbiyah, begitu juga target murabbi yang membawa tarbiyah, begitu juga target organisasi yang menjadikan tarbiyah sebagai tunjang gerakerjanya.

Dr. Ali Abdul Halim Mahmud menuliskan dalam bukunya Peringkat-peringkat Tarbiyah Ikhwanul Muslimin menyatakan;

“…selain itu, tarbiyah Islamiyah  memiliki keistimewaan dengan kemampuannya mengiringi fitrah manusia dalam menghadapi realiti hidupnya di bumi dan di alam kebendaan ini, sebagaimana juga mengiringi potensinya menuju tingkat keteladanan dan potensinya sehingga dapat mewujudkan kemanfaatan dan keselamatan bagi diri, agama dan masyarakatnya. Semua itu termasuk dalam batas yang Allah SWT halalkan dan syariatkan.”

Ini tujuan besar tarbiyah. Sehingga diri yang mengikuti tarbiyah dapat merasai masuliiyah (tanggungjawab) untuk memimpin diri, keluarga, ummah dan dunia ini kepada membesarkan hanya sanya Allah SWT semata.

Proses untuk membentuk karakter hasil tarbiyah adalah lambat, sukar dan melalui proses yang panjang. Kita boleh melihat contoh hasil tarbiyah langsung Rasulullah SAW terhadap para sahabatnya iaitu sikap Abu Ayyub Al-Anshary yang berprasangka baik terhadap fitnah yang menimpa Aisyah dan Shafwan, Ka’ab bin Malik yang mengakui lalai tidak ikut dalam perang Tabuk, begitu juga dengan Abu Sufyan bin Harits setelah lebih berbelas tahun menentang Rasulllah SAW akhirnya bergabung dengan kafilah Nabi SAW dan contoh-contoh lainnya. Ustaz Dahlan dalam pengalamannya mentarbiyah sejak tahun 1970 lagi mengatakan bahawa jalan tarbiyah adalah jalan pembentukan individu muslim mukmin dan ummah Islamiyah yang berliku-liku serta menuntut kesabaran yang tinggi. Tarbiyah adalah umpama larian marathon, bukan larian sprint jarak pendek. Larian marathon memerlukan kesabaran untuk mencapai matlamat. Larian marathon memang kelihatan lambat, tetapi tenaga dan kekuatan pelari dirancang agar mencapai garis penamat dengan jaya

Dalam perjalanan kita mengikuti jalan tarbiyah, janganlah sampai proses untuk membentuk karakter tarbawi ini tercemar oleh pelbagai perkara yang merosakkan tujuan dari tarbiyah. Faktor-faktor yang merosakkan tersebut antara lain menurunnya tingkat keikhlasan dan masuknya niat yang tidak baik, ada masalah pada unsur-unsur kefahaman, tidak mengetahui jati diri dakwah dan harakah, terpedaya dan terperangkap dengan pelbagai godaan dunia dan mengejar kemilauannya yang palsu, menghilangnya akhlak maknawiyah yang menjadi tuntutan marhalah, seperti tsabat, sabar, tsiqah, tajarrud, tadhiyyah, merasa terlalu panjang perjalanan dakwah yang mesti ditempuh, merasa harakah atau organisasi lamban dalam bergerak, merasa tidak senang apabila idea dan pandangan tidak diterima oleh organisasi, merasa diri lebih banyak memberi sumbangan dan lebih banyak bekerja, merasa bangga dengan keupayaan dan kemampuan yang ada pada diri sendiri lalu melekehkan kemampuan orang lain, sibuk dan mengutamakan urusan peribadi dan kerjaya, menghilangnya semangat dan padamnya bara keinginan untuk beramal secara amal jama'i, buntunya selera beramal serta tidak merasakan kelazatan mengerahkan jerih payah untuk fi-sabilillah. Yang menjadi punca utama kegelinciran kita di jalan tarbiyah adalah diri kita sendiri. Yang sering alpa dan lalai lantas tidak konsisten dan tekun melaluinya. 

Objektif tarbiyah amat besar. Kita perlu yakin dengan jalan ini. Menurut al Marhum Ustaz Dahlan, salah satu jaminan dari proses tarbiyah (dengan taufik daripada Allah) ialah lahirnya  peribadi yang lengkap lagi seimbang dan bebas daripada sifat-sifat nifaq. Peribadi yang lengkap dan seimbang itu meliputi keteguhan aqidah, keluhuran akhlak, kebersihan hati, keelokan tingkah laku dan sikap, kebaikan ta’abbud, berjiwa ijtima’i (berpasukan) dan iltizam tandzimi. Peribadi yang seumpama ini juga akan tahan diuji dan terus istiqamah dengan da’wah dan tarbiyah dalam pelbagai keadaan dan suasana, insyaAllah.

Tarbiyah: Cabaran dan Harapan

Tuesday, October 16, 2012

Hari ini manusia terus dibelenggu dengan kemelut graviti bumi. Graviti bumi yang saya maksudkan ialah kecintaan kepada dunia sehingga jiwa semakin jauh kecintaannya kepada akhirat.

Rasulullah SAW ada bersabda;

"Tidaklah dunia bagi akhirat kecuali seperti salah satu dari kalian berjalan menuju samudera lalu ia memasukkan jarinya padanya, maka apa yang menitis darinya adalah untuk dunia.” (Riwayat Al Hakim dan beliau mensahihkannya)

Manusia sendiri mengalami tiga fasa kehidupan, kehidupan dunia dan kehidupan akhirat serta kehidupan di antara keduanya. Maka jika dibandingkan lama kehidupan dunia tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan dua kehidupan setelahnya yang bersifat kekal.
Imam Al Munawi menjelaskan bahawa permisalan di atas adalah permisalan antara yang ghaib (akhirat) dengan yang hadir yakni lautan dan air yang menitis dari jari bertujuan untuk memudahkan pemahaman dalam menggambarkan keremehan dunia meskipum pada hakikatnya keremehan dunia terhadap akhirat jauh lebih rendah. (Lihat, Faidh Al Qadir, 5/517)

Ketika manusia akhirnya memahami dengan benar nilai dunia dibanding akhirat maka hal itu akan dapat mengingatkan dari keterlenaannya dari dunia dan sekaligus memotivasinya untuk meningkatkan amalan sebagai bekal kelak di akhirat.

Dunia Yang Kita Rebutkan?

Wednesday, September 26, 2012

Pernah di zaman Rasulullah SAW ada seorang Arab Badwi meluru masuk ke tengah-tengah jamaah solat untuk mendekati Rasulullah SAW.

Ketika Arab Badei mendekati Rasulullah SAW dan Rasulullah sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat, orang itu bertanya :

“Bilakah kiamat akan berlaku?”

Nabi SAW tidak menjawab kerana solat sudah hampir ditunaikan.

Ucapan takbir terucap dari mulut Rasulullah SAW yang mulia, ayat demi ayat Al Quran baginda senandungkan, begitu bersungguh-sungguh, khusyuk dan penuh penghayatan.

Titisan air mata berjatuhan dari pelupuk matanya yang jernih lagi mulia. Para sahabat pun tenggelam dalam limpahan kasih sayang Ilahi.

Apabila solat telah selesai dilaksanakan dengan lembut penuh wibawa, Rasulullah SAW bersabda:
“Di manakah orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?”

Orang itu segera menjawab : Saya, wahai Rasulullah.

Nabi kemudian bertanya kembali :

“Apa yang telah engkau persiapkan untuk menyambut datangnya hari kiamat?”

Sejurus selepas itu, majlis diliputi suasana hening sehingga orang itu berucap :

"Saya tidak mempersiapkan amal yang banyak. Saya hanya mencintai Allah dan RasulNya."
Seiringan dengan itu terukir senyuman di wajah Nabi SAW yang mulia lalu menjawab :

"Engkau akan bersama dengan orang yang kau cintai."

Sungguh luar biasa ungkapan Rasulullah SAW ini, begitu dalam dan penuh makna sehingga menggugah keprihatinan para sahabat untuk ikut bertanya :

"Wahai Rasulullah, apakah ucapan itu hanya berlaku untuk dia sahaja?”

 Rasulullah SAW menjawab :

"Tidak, ucapanku ini berlaku pula untuk kamu dan orang-orang sesudah kamu."
Kegembiraan mulai menyelimuti relung sanubari orang-orang yang hadir di dalam majlis itu sehingga Anas bin Malik berkata :

"Aku belum pernah melihat kaum Muslimin begitu berbahagia setelah masuk Islam kerana sesuatu, seperti bahagianya mereka ketika mendengar sabda Nabi SAW tersebut."

“Apa yang Telah Engkau Persiapkan Untuk Menyambut Datangnya Hari Kiamat?”

Friday, July 29, 2011

Akhlak yang terpuji harus dimiliki oleh seorang muslim yang beriltizam. Dan akhlak maknawiyah yang dimaksud tentu saja akhlak yang Islami dan Qurani.

Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia dan dipuji Allah sebagai orang yang berbudi pekerti agung.

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Al Qalam:4)

Aisyah RA mengatakan bahawa akhlak baginda SAW adalah Al-Quran. Ertinya jika ingin melihat bagaimana Al-Quran dibumikan secara konkrit dalam sikap, perilaku, dan tindak tanduk di segala aspek kehidupan, lihatlah diri Rasulullah. Rasulullah boleh dikatakan “the living quran” atau Al-Quran yang hidup. Bila seorang da’i memiliki akhlak yang Islami ia akan mendapat manfaat besar. InsyaAllah dengan akhlah kita berdakwah dan dengan akhlak kita menjadi teladan.

Akhlak terpuji itu akan menjadi daya tarikan dakwah dan dirinya juga akan selalu terhindar dari fitnah. Rasulullah SAW misalnya pernah dikatakan seorang tukang sihir, gila dan sebagainya, tetapi akhirnya fitnah-fitnah itu terlepas dengan sendirinya melihat keutamaan peribadi Rasulullah.

Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk sentiasa memberi komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan thariqah (jalan) untuk membina akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan (tarbiyah). Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru menjadi punca lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Keruntuhan yang tidak dikawal pada satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan nafsu, lantas melupakan terus Pencipta Yang Maha Esa.

Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su’ul khalq).

Akhlak yang buruk dan iman tidak boleh hidup bersama. Ini kerana iman akan menyuburkan akhlak yang baik. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila kerana sistem akhlak dalam Islam tertegakkan melalui balasan sama ada hukuman atau ganjaran. Hukuman atau ganjaran boleh dikenakan di dunia atau di akhirat. Keyakinan terhadap sistem balasan ini banyak bergantung kepada iman seseorang.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pada asasnya akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar menjauhi akhlak yang buruk dan berusaha memiliki akhlak yang baik. Perintah Allah ini membuktikan bahawa manusia mampu memilih sama ada untuk berakhlak baik atau buruk. Hal ini bertepatan pula dengan kaedah fiqh iaitu taklif hanya menurut kemampuan dan tidak ditaklifkan suatu yang mustahil.

Akhlak mulia merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah SAW bersabda (antara lain, bermaksud):

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )

Dalam Islam, akhlak adalah merupakan intipati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak ibadah hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Contohnya dalam urusan solat, sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah” (Hadith Riwayat Thabrani)

Dalam urusan puasa, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Apabila seseorang berpuasa, janganlah ia melakukan rafas (mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar. Jika ia dicerca atau diperangi maka katakana lah; saya ini sedang berpuasa.” (Muttafqun ‘alaih)

Miliki Iltizam Yang Tinggi! (2)

Wednesday, June 08, 2011

Dalam satu sesi ceramah penulis, ada seorang peserta bertanyakan persoalan luarbiasa, bagaimana melawan syaitan dari menggoda kami supaya suka kepada kemaksiatan? Penulis memuji peserta ini. Kenapa? Kerana dia kenal musuhnya, syaitan. Masalah kita hari ini tidak kenal musuh kita, malahan kita berkawan pula dengan musuh kita. Kita jadikan musuh kita sebagai kawan dan teman akrab. Pelikkan, tapi itulah yang terjadi saat ini.

Syaitan selalu mengajakku berbuat yang membahayakan diriku
Memperbanyakkan penyakit dan menambahkan deritaku
Bagaimana aku mampu mensiat-siatkan musuhku ini
Sedangkan ia berada di dalam hatiku

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu?, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan? (Yaasiin :60-61)

Memang tugas syaitan adalah untuk menyesatkan manusia. Itu janji mereka kepada Allah SWT, dan Allah SWT mengizinkan syaitan melakukan kerja terkutuk mereka. Maka kita kena faham bahawa syaitan itu benar-benar ada dan menyertai kehidupan kita sejak lahir. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada seorangpun di antara kamu melainkan telah dijadikan untuknya pendamping dari syaitan. “ Para sahabat bertanya, “Apakah Engkau juga wahai Rasulullah.” Baginda menjawab, “ Ya, hanya sanya Allah telah menolongku dan tidak memerintahkanku kecuali kepada kebaikan.”

Dari hadith ini kita akan faham bahawa kita perlu berwaspada terhadap bisikan-bisikan syaitan. Kerana syaitan sentiasa dekat dengan kita dan berusaha menyesatkan kita. Keduanya, tidak ada cara lain untuk berhadapan dengan syaitan melainkan mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Justeru kita harus melakukan amal yang dapat mengundang pertolongan Allah SWT yang akan dapat menyelamatkan kita dari bisikan-bisikan syaitan.

Zikir adalah antara amal perbuatan yang dapat mengundang pertolongan Allah SWT dan mengusir bisikan-bisikan syaitan. Rasulullah SAW ada bersabda:

“Sesungguhnya syaitan meletakkan penutupnya pada hati anak Adam. Jika ia melakukan zikrullah maka ia akan lari. Jika ia melupakan Allah, maka syaitan akan menguasai hatinya.” (HR Abu Ya’la)

Rasulullah SAW juga mengajar kepada kita agar jangan memuji syaitan atau sesekali mengangkat imej syaitan. Terkadang, secara berseleroh, kita melawak dengan mengatakan, apa nak buat..ini semua kerja syaitan,,kami ni mangsa pengaruh syaitan, atau kita menyebut “Celaka syaitan.”

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW terjatuh dari atas keldai baginda, seorang sahabat yang menunggang di belakang berkata, “Celaka syaitan.” Lalu Nabi SAW bersabda:

“Kamu jangan berkata “Celakalah syaitan.” Kerana apabila kamu berkata sedemikian, maka syaitan akan merasa sombong dan berseloroh “Dengan kekuatanku aku telah menjatuhkannya.” Sebaliknya apabila kamu mengucapkan “Bismillah” maka ia akan menjadi kerdil hingga seperti seekor lalat, dah mudah dikalahkan.” (HR Ahmad)

Solusi terbaik untuk kita menghindar bisikan syaitan adalah kita perlu mewajibkan diri kita melaksanakan seluruh perintah Allah SWT. Sesungguhnya ketaatan kepada Allah dan hukum-hukum Allah akan mendekatkan kita kepada Allah dan pertolongan-Nya. Sedangkan melanggari perintah Allah akan menguatkan pengaruh syaitan ke atas kita dan meleraikan hubungan kita dengan Allah SWT. Kefahaman ini akan membezakan kita di antara bisikan dan cara hidup syaitan atau pengaruh iman dan cara hidup keimanan yang memandu kita. Tatkala ada bisikan yang mengajak kita kepada kemaksiatan, pasti ianya datang dari syaitan. Maka bersegeralah istighfar dan zikrullah. Bersegeralah memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT.

Yang terakhir, penulis berpesan kepada diri penulis dan anda semua, jagalah hati dan jiwa kita. Binalah jiwa yang dihiasi nilai iman dan ketaqwaan yang tinggi. Berilah makan jiwa dan hati kita dengan makanan iman. Iman sahaja yang mampu membentuk kekuatan melawan bisikan-bisikan syaitan. Lemah iman bererti kuatnya empayar syaitan.

Bagaimana mahu memiliki jiwa dan iman yang kuat. Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita agar berdoa dan memohon kekuatan kepada Allah SWT.

“Ya Allah! Berikan kepada jiwaku ketaqwaan, sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya, Engkau adalah penolong dan pembelanya.” (HR Muslim)

Dalam hadith ini, ada 3 kompenen penting yang perlu kita laksanakan untuk membina jiwa yang kuat dengan keimanan. Pertama doa kepada Allah agar dianugerahkan jiwa yang bertaqwa. Kita perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah semata. Justeru kehidupan dan matlamat kehidupan kita mestilah hanya sanya kerana Allah. Tidak yang lain. Taqwa hanya akan lahir setelah kita miliki kejelasan matlamat kehidupan, ubudiyyah (penghambaan) hanya kepada Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Jangan hanya beriman saat kita susah, saat kita sakit, saat kita telah dirasuk syaitan dan iblis, baru kita mahu mencari Allah! Maka taqwa tidak akan lahir.

“Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nuur:52)

Keduanya jiwa dan hati perlu dibersihkan. Bersihkan mestilah dari sumber yang bersih, Al Quran dan pesanan-pesanan dari Rasulullah SAW. Kita nak bersihkan apa? Bersihkan dari kekotoran maksiat dan penyakit hati yang menyelaputi hati. Banyak kaedah dan cara yang diajarkan oleh rasulullah SAW kepadfa kita untuk membersihkan hati. Bacalah buku-buku tulisan ulama muktabar seperti Iman al Ghazali, Imam Jauzi, Ibnu Taimiyah, Syeikh Said Hawwa dan ramai lagi, bagaimana kita boleh melaksanakan proses tazkiyatun Nafs. Firman Allah SWT:

“Beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkan jiwanya.” (ASy-Syams: 9-10)

Ketiganya, jangan berhenti dan berputus asa untuk sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT. Seorang ulama ada berkata:

Sebab hakiki terjerumusnya seorang muslim ke dalam maksiat bukanlah kerana rosaknya niat, menangnya syahwat atau kuatnya syaitan. Tetapi kerana penjagaan Allah telah dicabut ke atas dirinya, sehingga jiwanya menjadi lemah dan akhirnya kalah oleh dorongan syahwat dan godaan syaitan.”

Dalam kalimah akhir penulis kepada para peserta ini, penulis mengajak mereka agar berusaha menghadirkan diri dalam halaqah-halaqah tarbawiyah. Alhamdulillah pengalaman penulis sendiri semenjak mengikuti halaqah tarbiyah dari zaman kampus sehinggalah saat ini, sudah berkerjaya dan berkeluarga, halaqah tarbiyah dapat membantu meningkatkan momentum ghirah membina iman dan taqwa.

Semoga kita semakin kenal musuh kita, dan semoga kita faham formula dan jalan keluar untuk kita tetap istiqamah mengekalkan keimanan kita dan melaksanakan kehidupan kita dengan kekuatan iman dan taqwa. Bangkitkan kembali ghirah iman demi mempertahankan hati kita dari bisikan syaitan.!

Lemah Iman Bererti Kuatnya Empayar Syaitan!

Monday, January 31, 2011

Siapa berani berbuat dosa? Siapa pernah berbuat dosa? Jika kita banyak berbuat dosa, sekerap dan sebanyak mana pula penyesalan kita atas dosa dan kesilapan kita? Sekuat mana taubat kita kepada Allah SWT.?

Yakinkah kita betapa setiap perbuatan pasti terakam dengan rapi di sisi Allah SWT? Sehinggakan dosa-dosa kecil pun tercatat dalam dokumentasi yang tidak akan hilang.

”Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. (Az-Zalzalah: 7-8)

Kita sering menelaah kisah Rasulullah SAW, para sahabat RA dan para soleh terdahulu yang sangat menyesali kesalahannya, dan bersegera bertaubat kepada Allah SWT ada yang hanya kerana tertidur sehingga tidak sempat untuk solat malam, atau tidak sempat solat Subuh berjamaah di masjid, dan pelbagai kisah teladan mereka.

Mereka begitu sensitif dengan dosa-dosa mereka, walaupun ianya dosa kecil. Sikap mereka segera menyesali perbuatan tersebut saat di dunia sebelum dibangkitkan di akhirat patut menjadi inspirasi buat kita semua yang lebih banyak lagi melakukan dosa setiap saat.

Namun ada kelompok yang enggan menyesali dosa-dosanya di dunia kerana keangkuhan dan kesombongannya. Lalu Allah SWT rakamkan wajah suram dan penuh penyesalan mereka saat dibangkitkan di padang masyhar kelak:

“Dan (sungguh ngeri) jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin." (as Sajadah: 12)

Beruntunglah kita kerana Allah SWT telah mengkhabarkan lebih awal kisah benar sikap sombong dan angkuh manusia saat di dunia. Ianya menjadi peringatan kepada kita bersama. Betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kepada kita kerana memperingatkan kita akan sikap manusia yang tidak ambil kisah urusannya terhadap sang penciptanya.

Sesungguhnya tidak ada gunanya penyesalan di akhirat. Di sana (akhirat) bukanlah tempat untuk menyesali, melainkan tempat menerima balasan. Balasan atas segala amal yang telah dilakukan selama hidup di dunia. Dalam banyak ayat Alquran, Allah SWT sering menceritakan penyesalan orang-orang kafir.

''Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala'.''(Al-Mulk: 10).

Bersyukurlah kita yang masih hidup ini,bayangkan jika kita telah meninggalkan dunia ini dalam keadaan lalai bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Marilah kita yang masih di dunia ini segera memperbaharui keimanan kita kepada Allah SWT, segeralah bertaubat, berbuat kebajikan, segera menyambut seruan azan, menutup aurat, dan seluruh perkara yang diperintah Allah ke atas kita.

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat” (Huud : 3)

Semoga kita tidak termasuk orang yang menyesal di hari kemudian kelak.

*Tulisan ini khusus ditujukan kepada diri penulis sendiri.

Menyesali Sebelum Terlambat

Kehidupan hari ini sangat mencabar keimanan kita. Kita hampir dikelilingi dengan perkara-perkara syubhat dan membangkitkan nafsu syahwat. Ditambah lagi dengan kemungkaran fitnah, tersebar luasnya kemungkaran, beraneka ragamnya penyimpangan-penyimpangan dalam memahami kehidupan, semakin mencengkamnya musuh dan semakin beratnya ujian dan cubaan ke atas umat Islam.

Permasalahan dan cabaran di atas benar-benar akan menguji kedinamikan iman kita. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya iman itu benar-benar mengalami kelesuan di dalam rongga (dada) salah seorang dari kamu seperti lusuhnya baju. Mintalah kepada Allah SWT agar Allah memperbaharui iman yang ada di dalam hatimu”. (HR Thabrani)

Rajulun Tsabtun

Justeru kita perlu melayakkan diri kita menjadi rajulun tsabtun, lelaki (termasuk juga wanita) yang thabat (tetap), teguh dan stabil keimanannya menghadapi persoalan-persoalan di atas. Tsabat menurut Dr. Muhammad bin Hasan adalah istiqamah atas petunjuk, memegang teguh ketaqwaan, mengendalikan diri untuk menyusuri jalan kebenaran dan kebaikan, tidak berpaling ke kanan atau ke kiri mengikuti hawa nafsu dan kehendak syaitan, serta segera kembali bertaubat di saat dosa menyelaputi hati dan jiwa mula beransur dikuasai dunia yang melekakan.

Nabi Ibrahim AS pernah berpesan kepada putera puterinya:

“ Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. (Al-Baqarah:132)

Benar sekali! Kita perlu mempertahankan keaslian keislaman kita, jangan sampai Islam kita dikotori dan bercampur aduk dengan perisa-perisa Islam palsu yang kini melambak dipasaran. Akibatnya pemuda pemudi kita hanya islam pada namanya sahaja sedangkan jalan kehidupannya berkiblatkan cara hidup taghut dan logika pemikiran.

Berpegang teguh kepada Islam apabila menghadapi ujian dan mehnah merupakan salah satu syarat untuk berjaya dalam menegakkan Islam. Keteguhan yang berterusan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Ia perlu melalui pendidikan (tarbiyah) hari demi hari tanpa rasa jemu. Pendidikan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, sirah para sahabat dan perjuangan ulamak-ulamak muktabar.

Iman & Taqwa Kunci Tsabat

Ayuh kita thabat dengan Al Quran dan as-Sunnah, insyaAllah kita akan diberikan kekuatan dan petunjuk oleh Allah SWT untuk tetap istiqamah dengan Islam. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan dua bahagian daripada rahmat-Nya kepadamu, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Hadid:28)

Firman Allah SWT lagi:

“Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu ‘furqan’* dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (al-Anfal:29)

Firman Allah SWT lagi:

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (ath-Talaq:2-3)

Dari tiga ayat di atas, ternyata kunci thabat adalah ketinggian taqwa kita kepada Allah SWT.

Orang yang bertaqwa akan selalu mendapatkan jalan keluar yang mententeramkan batinnya walau bagaimana besar dan rumitnya permasalahan dan cabaran yang sedang dihadapi.

Ketika menafsirkan firman Allah Subha Nahu Wa Ta’ala ini, Sayyid Qutb berkata;

“Inilah bekal tersebut dan persiapan perjalanan… bekal ketaqwaan yang sentiasa menggugah hati dan membuatnya selalu peka, waspada, hati-hati serta selalu di dalam konsentrasi penuh… bekal cahaya yang menerangi liku-liku perjalanan sepanjang mata memandang. Orang bertaqwa tidak akan tertipu oleh bayangan yang menghalangi pandangannya yang jelas dan benar… itulah bekal penghapus segala kesalahan, bekal yang menjanjikan kedamaian dan ketenteraman, bekal yang membawa harapan atas kurnia Allah SWT; di saat bekal-bekal lain sudah sirna dan semua amal tidak lagi berguna…

Kata Sayyid Qutb lagi;

“Taqwa adalah kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus kepada Allah, selalu waspada dan hati-hati agar tidak sampai kena duri jalanan… Jalan kehidupan yang bertaburan duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan, harapan atas segala sesuatu yang tidak dapat diperolehi. Ketakutan palsu daripada sesuatu yang tidak layak ditakuti.. dan banyak duri-duri lainnya.”

Tsabat Pakaian Iman

Thabat adalah pakaian Rasulullah dan para sahabat. Perjuangan mereka benar-benar menguji ketaatan dan konsistensi mereka dengan jalan aqidah yang mereka yakini. Suatu saat, kaum kafir Quraish menawarkan perdamaian kepada Rasulullah agar baginda menghentikan seruan dakwahnya. Dengan penuh keyakinan dan keteguhan baginda menjawab:

“Demi Allah! Andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan persoalan ini (dakwah), saya tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkan agama-NYA atau aku binasa kerananya.” (As-sirah Nabawiyyah karya Ibnu Hisham)

Baginda tidak pernah berpaling dari kerjaya besarnya. Baginda tetap tegar dan tidak lemah walau ditimpa pelbagai ujian berat dan halangan ke atas jalan dakwahnya, sejak hari pertama lagi. Sebut sahaja apa jenis ujian yang tidak ditempuh oleh baginda, disekat, dihalang, cubaan rasuah, cubaan pangkat, cubaan kedudukan dan pengaruh, diejek, dibaling batu, diancam bunuh, diembargo, di pulau, diserbu, diserang dan sebagainya, namun baginda tidak pernah tunduk. Semua itu tetap tidak mampu menghentikan baginda dari menyampaikan dakwah dan menyebarluaskan Islam di muka bumi.

Wahai pemuda pemudi Islam, pakaikanlah diri kita dengan pakaian thabat, mari sertai pasukan rajulun tsabtun, kerana ini adalah pakaian rasmi amilin Islam dan pendokong dakwah Rasulullah SAW dan para nabi yang sebelumnya.

Dari Ibnu Abbas RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Telah diberitakan kepadaku tentang umat (nabi-nabi terdahulu).Ada Nabi yang berjaya dakwahnya disertai umatnya, ada Nabi yang disertai sekelompok pengikut, ada Nabi yang disertai sepeluh pengikut, ada Nabi yang hanya disertai lima pengikut dan ada Nabi yang hanya diserta dirinya sahaja.” (HR Bukhari)

Para Nabi terdahulu juga mencontohkan kepada kita sikap thabat dan istiqamah mereka mendepani dakwah dalam kehidupan, meskipun tiada seorang yang mahu mengikuti jejak kebenaran yang mereka bawa.

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (‘Ali Imran: 146-147)

Teguhkanlah Hati Kami!

Semoga kita beroleh sikap thabat dengan Islam dalam kehidupan kita seterusnya membolehkan kita istiqamah untuk melaksanakan segala tuntutan-tuntutannya. Dari Syahr bin Haushab, beliau berkata bahawa saya pernah bertanya kepada Ummu Salamah, “Wahai Ummul Mukminin! Doa apakah yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW ketika baginda berada di sisimu?” Dia menjawab, “Baginda sering membaca:

“Ya Tuhan yang membolak balikkan hati! Teguhkanlah hatiku atas agama-Mu.”

Lalu Ummu Salah bertanya kepada Rasulullah SAW mengapa doa itu yang sering dibacakan. Baginda menjawab:

“Wahai Ummu Salamah, tidak ada seorang manusiapun melainkan hatinya berada di antara dua jari Allah. Siapa sahaja yang dikehendaki, Dia akan meluruskannya. Siapa sajaha yang dikehendaki, Dia akan memalingkannya (dari kebenaran.) (HR Tirmidzi)

Firman Allah SWT dan semoga doa ini menjadi bekalan dalam setiap hari dalam kehidupan kita:

“(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (‘Ali Imran:8)

Artikel ini adalah petikan tulisan penulis di langitIlahi.com>

Ya Allah! Teguhkanlah Hati Kami

Sunday, December 12, 2010

Mentadabbur perjalanan hijrah Rasulullah SAW memang tidak akan menjenuhkan hati dan intelektual manusia sebaliknya ianya akan meluruskan cara pandang dan pemikiran kita terhadap kehidupan kita sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Sentuhan tarbiyah Rasulullah SAW di sepanjang kehidupan baginda memang tidak akan pernah kering hikmah dan ibrohnya.

Ujian Keimanan

Dalam kehidupan kita untuk menjadi hamba yang taat dan mujahid yang setia kepada Allah SWT kita seringkali berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Terkadang ujian dan rintangan yang hebat menyapa dalam kehidupan menyebabkan kita lemah dan tidak yakin dalam perjuangan kita untuk istiqamah menjayakan misi sebagai hamba dan mujahid di jalan Allah SWT. Sebenarnya kehidupan ini memang medan ujian buat kita semua, walaupun dalam melakukan urusan agama sekalipun. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Al Mulk:2)

Beratkah Ujian Kita?

Rasulullah SAW sendiri yang merupakan nabi dan rasul yang dilantik oleh Allah SWT turut berhadapan dengan ujian sedangkan baginda berusaha melaksanakan tuntutan risalah Allah SWT untuk menyeru manusia kepada-NYA. Bahkan para sahabat RA yang bergabung bersama Rasulullah SAW turut menerima ujian yang lebih berat berbanding kita, terutama generasi pra hijrah Rasulullah SAW. Bacalah kisah Bilal bin Rabah, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Al-Awwam, keluarga Yasir, Sumaiyyah, Khabbab, Abu Dzar, Mus’ab bin Umair dan ramai lagi. Ujian dan rintangan yang mereka hadapi amat dasyat sehingga ada kalangan mereka yang syahid. Apakah mereka menyerah pada takdir dan suasana sengsara pada saat itu? Bagaimana Rasulullah SAW memotivasikan mereka?
Al Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Khabbab RA yang berkata:
“Aku telah menemui Rasulullah SAW yang pada masa itu sedang berbaring berbantalkan kain di bawah lindungan Kaabah. Ketika itu kami sedang menghadapi penindasan yang amat dasyat. Aku katakan kepada Baginda: “Tidakkah Rasul boleh pohonkan doa kepada Allah?”.

Apakah agaknya jawapan Rasulullah SAW ?

Khubaib berkata: “Baginda terus bangun dan duduk dengan muka kemerahan seraya berkata: “Sebenarnya orang terdahulu dari kamu, pernah disikat dengan sisir besi hingga tertanggal dahing dari kerangkanya. Namun segalanya itu masih tidak menceraikannya dari pegangan agamanya. Semua yang berlaku ini adalah kehendak Allah, akan selesai semuanya ini, hingga pelayar-pelayar yang belayar dari San’a ke Hadramaut tidak takut pada suatu apa pun selain dari Allah SWT.”

Ungkapan Rasulullah SAW membakar tekad para sahabat RA untuk tetap istiqamah. Sedangkan saat itu mereka lemah dan sedikit akibat tekanan musuh Islam. Rasulullah SAW begitu yakin dan positif bahawa segala ujian berat yang sedang kafilah dakwah baginda hadapi akan berakhir dan Islam akan menang di bawah panji-panii Allah! Luarbiasa sikap baginda, ungkapan di atas berlaku pada saat sebelum peristiwa hijrah. Maknanya Rasulullah SAW memiliki jiwa yang besar, berfikiran positif dan keyakinan yang tinggi terhadap perjuangannya.
Kita bagaimana?

“Kalau kita ini berdua, Allah-lah yang ketiga.”

Anda masih ingat saat Rasulullah SAW berada dalam gua Tsur bersama Abu Bakar RA ketika memulakan hijrah baginda. Mereka berhenti seketika di gua tersebut. Saat itu, Abu Jahal dan para petinggi Quraisy sedang melancarkan misi mencari Rasulullah SAW. Bahkan serombongan pemburu telahpun sampai di pintu Gua Tsur, tempat persembunyian Nabi bersama Abu Bakar. Tetapi kerana di pintu gua terbentang sarang labah-labah, mereka menjadi ragu. “Tidak mungkin tempat ini telah dilalui manusia,” fikir mereka.

Saat itu, di dalam gua, Abu Bakar berdebar yang amat sangat. Para pencari itu berada di gua tepat di atas kepala Abu Bakar, dan ia merasakan pijakan kaki mereka mundar-mandir mencari dirinya dan baginda SAW.. Air mata Abu Bakar meleleh di pipi menahan ketakutan dan kebimbangan.

“Mengapa engaku menangis, Abu Bakar?” tanya Nabi berbisik di telinga sahabatnya itu.
“Demi Allah, aku menangis bukan mengkhuatirkan keadaan keselamatanku, melainkan cemas apakah yang akan terjadi dan menimpa dirimu kiranya mereka menemui engkau, ya Rasulullah,” jawab Abu Bakar.

“Jangan takut,” jawab Rasulullah menenangkan hati dan keyakinan sahabatnya itu.. “Sesungguhnya Allah beserta kita.”

“Seandainya mereka memandang ke bawah kaki mereka, pasti mereka akan dapat melihat kita,” kata Abu Bakar, masih dengan nada khuatir.

“Apakah engkau masih ragu, Abu Bakar?” tanya Rasulullah. “Kalau kita ini berdua, Allah-lah yang ketiga.”

Perhatikan respon Rasulullah SAW saat getir dalam gua Tsur, begitu yakin dan positif sekali. Mengapa? Kerana Rasulullah SAW sedang melaksanakan perintah dan masuliyyah (tanggungjawab) dakwah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Mereka yang berjuang mempertahankan dan memperjuangkan agama Allah adalah generasi yang akan dimenangkan oleh Allah.

Hijrah Rasul adalah bertunjangkan tauhid kepada Allah. Rasulullah SAW yakin Allah SWT menyertai perjuangan mereka yang berasaskan tauhid. Justeru, kita tidak perlu merasa lemah, longlai dan gentar dalam melaksanakan tugas dakwah selagi mana perjuangan kita asasnya mentauhidkan Allah SWT. kerana pertolongan Allah SWT akan beserta dengan kita, insyaAllah,

"Jika Allah menolong kamu, Maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal." (Ali Imran: 160)

Ayuh Berangkat!

Ayuh lakukan anjakan paradigm di ambang 1432H ini. Jauhilah sifat menunda-nuda. Nilai diri kita bergantung pada hari ini, bukan esok. Luruskan matlamat dan perjuangan, kembali kepada paksi yang sebenar, kehidupan berteraskan tauhid kepada Allah SWT secara total, kemudian berangkatlah memulakan langkah kita dengan tekad dan berserahlah kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:

“..kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Ali Imran:159)

Ayuh berangkat dengan hijrah yang benar, melakar cita-cita besar, mempelopori perubahan, merintis kebaikan, memperbaiki dan meningkatkan amal soleh, awalnya memang berat, tetapi bukankah ujian itu satu kemestian!. Alangkah bahagianya ujian itu kerana asasnya kita mentauhid Allah SWT. tiada yang lain.
Semoga hijrah 1432 melakar sejarah baru buat kita semua…insyaAllah

Episod Hijrah Yang Membangkitkan Jiwa (2)

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah