Sunday, October 11, 2009

Hati-hati dengan Hati Anda...


Merujuk pada ayat-ayat Al Qur’an, para ulama membahagi hati kepada 3 (tiga) jenis:

1. Al Qalb As Salim (Hati yang Suci Bersih):
Inilah hati yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat bagi pemiliknya sebagaimana firman Allah:

“Pada hari dimana tiada gunanya lagi harta dan anak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.” (Q.S. Asy Syu’araa’ (26): 88-89).

Salim atau sejahtera / sihat adalah lawan sakit. Ertinya hati tersebut sihat dan selamat dari semua penyakit syahwat yang menentang perintah Allah dan larangan-Nya. Juga sihat dan selamat dari semua penyakit syubhat yang menentang berita-Nya. Kerananya, ia selamat dari penyembahan kepada selain Allah. Jika ia cinta, maka cintanya kerana Allah. Dan jika ia benci, maka bencinya juga kerana Allah.

Inilah hati yang bersih dari noda, sehingga menjadi jernih dalam melihat, menimbang dan menilai sebuah masalah. Ia menjadi lembut dan memiliki empati, sehingga mudah tersentuh, memiliki kecerdasan emosi, sehingga dirinya sentiasa tenang dan jauh dari sifat-sifat mahmuzah, kekasaran dan kekerasan. Sementara itu kuat ertinya tahan ujian, tidak mudah retak apalagi pecah. Hati yang bersih melahirkan sifat sabar, istiqamah, tidak mudah kusut dan menyerah ketika menghadapi ujian, tentangan dan cubaan.


Kesimpulannya, pada dirinya terkumpul semua jenis kebaikan dan kebajikan. Dalam konteks kehidupan rumah tangga, maka hati yang bersih yang dimiliki oleh seorang suami dan isteri akan menghadirkan keharmonian kehidupan rumah tangga sehingga menjadi rumah tangga yang bahagia dalam ertikata yang sebenarnya.

2. Al Qalb Al Mayyit (Hati yang Mati):
Hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya sehingga tidak mengenal Rabbnya dan senantiasa hidup dalam gelumang dosa dan maksiat. Tidak pernah mahu berubah meskipun sudah diperingatkan dengan ayat-ayat Allah dan hadits-hadits Nabi saw seperti dalam firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat" (QS Al Baqarah [2]: 6-7).

Hati yang seperti ini jika sudah menang dengan syahwatnya, maka tidak akan pernah memperdulikan lagi Tuhannya redha atau tidak. Justeru ia menyembah kepada selain Allah. Jika ia cinta, maka cintanya kerana hawa nafsunya. Dan jika ia benci, maka bencinya juga kerana hawa nafsunya. Hawa nafsu benar-benar menjadi imamnya. Panglimanya adalah syahwat. Jurupandunya adalah kebodohan dan kenderaannya adalah kelalaian. Dia mati sebelum mati.

Maka berhati-hatilah bergaul dengan pemilik hati ini yang berpenyakit. Berinteraksi dengannya adalah racun dan duduk bersamanya adalah kebinasaan.

Hati yang buta sebagaimana disinggung ayat di atas adalah analogi dari hati yang mati ini. Selain itu, Al Qur’an menyamakan jenis hati ini dengan dengan batu yang keras sebagaimana firman Allah,

“Kemudian setelah itu hati kalian menjadi keras seperti batu, atau lebih keras dari itu ……” (QS Al Baqarah [2]: 74)

Ibarat besi, hati yang mati itu telah berkarat sehingga sukar, jika tidak boleh dikatakan mustahil, apatah lagi untuk diharapkan hidup, apalagi bersih.

Allah swt berfirman:

“Sekali-kali tidak (demikian). Bahkan telah menutupi hati mereka kerana apa-apa yang mereka kerjakan.” (QS Al Muthaffifin [83]: 14).

Sehingga yang dominan dalam hidupnya adalah kekufuran, kezaliman, dan kemaksiatan serta keburukan.

Dan Al Qur’an ketika menyinggung hati yang mati, konteksnya adalah orang-orang kafir. Kerana itu, seorang mukmin harus selalu mewaspadai diri untuk menjauhi dari hati yang mati ini. Keluarga bahagia yang mahu di bina hanya ada dalam mimpi, tidak akan pernah terealisasi jika suami dan isteri memiliki hati yang mati.

3. Al Qalb Al Maridh (Hati yang Sakit):
Hati yang terdapat di dalamnya kehidupan, namun juga terdapat penyakit. Antara Mahabbatullah (mencintai Allah) dan Mahabbatusy Syahawaat (mencintai syahwat) bertarung dan berkecamuk menjadi satu dalam hati. Inilah hati orang-orang munafik. Allah swt berfirman:

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" (QS Al Baqarah [2]: 10).

Al Qur’an menyinggung hati yang seperti ini ketika berbicara tentang sifat-sifat orang-orang munafik. Sesungguhnya jenis hati ini amat merbahaya. Namun, masih ada harapan untuk sembuh. Ini kerana, setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Akhirnya, mari kita hati-hati dengan hati kita. Jetahuilah bahawa masa depan manusia ditentukan oleh hati. Solat, zakat, infak, sedekah, puasa, haji, tilawah Al Qur’an, memperbanyak zikir, tafakkur, aktif berdakwah, komitmen tarbiah dan beragam amal soleh yang dilaksanakan adalah terapi hati yang pasti jitu kerana hal itu diperintah Allah dan amat di tuntut oleh Rasulullah saw.

”Petikan tazkirah yang penulis sampaikan dalam kuliah maghrib di sebuah IPT di Kelantan.”

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah