Wednesday, December 09, 2009

Bebaskan Ayah Saya! Dia Hanya Berjuang Membebaskan Tanah Air Kami Yang Dirampas: Suara Kecil Gadis Palestin


Akhir November lalu menandakan hari kemenangan bagi umat Islam sempena Idul Adha. Di hari tersebut adalah kesempatan untuk bersama keluarga bagi meraikan hari yang mulia. Namun bagi kebanyakan warga Palestin, sambutan Idul Adha tidak terlalu meriah. Rajaa Abu Rahmah, berusia 19 tahun, hanya mempunyai satu keinginan di hari mulia tersebut - untuk melihat ayahnya dibebaskan dari penjara Israel.

Pada10 Julai 2009, Adeeb Abu Rahmah, seorang aktivis dan penganjur demonstrasi terkemuka daripada Tebing Barat yang diduduki desa Bilin, ditangkap ketika mengadakan demonstrasi mingguan. Adeeb sentiasa komited dengan aksi demonstrasi yang beliau anjurkan tanpa kekerasan. Beliau didakwa dengan kesalahan "hasutan yang mengarah pada kekerasan," alasan yang sering digunakan untuk mendakwa para demonstrasi kalangan masyarakat Palestin yang menentang penyitaan terhadap tanah mereka.

Seorang hakim memutuskan bahawa Adeeb boleh dilepaskan namun dengan syarat melarang beliau daripada menghadiri sebarang tunjuk perasaan, malangnya pendakwa raya berjaya meeyakinkan mahkamah bahawa Adeeb perlu di tahan, maka Adeeb akan ditahan sehingga akhir proses undang-undang. Adalah menjadi kebiasaan mana-mana kes yang di bentangkan di mahkamah tentera Israel akan berlangsung selama lebih dari satu tahun, bererti Addeb terpasa meninggalkan keluarganya yang tercinta dan merengkok di penjara.

Jody McIntyre (wartawan dari UK) telah mewawancara Rajaa, puteri sulung Adeeb, untuk melihat bagaimana keluarga itu menghadapi saat Idul Adha tanpa kelibat ayah tercinta.

Rajaa Abu Rahmah (RA): Saya ada tujuh adik perempuan dan dua orang adik lelaki. Saya belajar perubatan di Universiti al-Quds.

Jody McIntyre(JM): Pada pandangan anda mengapa ayah kamu ditangkap?

RA: Kerana dia berjuang melawan kewujudan tembok pemisahan dan penempatan haram Israel, dan untuk mempertahankan tanah air kami. Mereka berkata dalam penghakiman terhadap ayah saya bahawa mereka akan menjatukan hukuman yang keras untuk ayah saya untuk menjadikan pengajaran kepada orang lain yang menyertai perlawanan tanpa kekerasan, jadi saya kira mereka menggunakan ayah saya sebagai simbol untuk menghalang orang lain daripada meneruskan perjuangan mereka.


JM: Pihak berkuasa Israel berusaha mensabitkan ayah anda sebagai seorang yang penghasut kepada rusuhan keganasan, tetapi bolehkan anda ceritakan siapa yang sebenarnyar karektor ayah anda secara peribadi?

RA: Semua orang yang berjuang dengan beliau pada setiap minggu boleh memberitahu anda bahawa ayah saya bukan lelaki yang menganjur kekerasan. Namun yang lebih penting, kami punya hak untuk berada di tanah air kami, anda tidak boleh menghentikan mereka yang berjuang ini daripada menolak mereka daripada menentang pendudukan secara haram yang dilakukan Israel yang merampas tanah mereka. Ayah saya berjuang untuk haknya dengan caranya sendiri, dengan pergi ke tembok pemisahan tersebut untuk berdemonstrasi, dan berteriak-teriak agar suaranya didengar. Anda tidak boleh mengatakan bahawa itu salah bagi seorang lelaki untuk membela hak-haknya.

JM: Bagaimana kehidupan keluarga anda sejak ayah anda dimasukan ke penjara?

RA: Saya anak sulung, jadi tidak ada saudara untuk mengurus keluarga. Sebahagian besar adik-adik saya adalah anak-anak kecil. Sejak ayah di penjara, kami tidak mempunyai sumber pendapatan, sehingga sokongan kewangan kami semakin meruncing. Kejadian ini mempengaruhi perasaan kami, kami tidak mempunyai perasaan aman dan bimbang keselamatan kami.

Adik bongsu saya selalu menangis ketika teringatkan ayah kami, dan semua adik-adik sangat ketakutan ketika mereka melihat pasukan pendudukan Israel. Saya merasakan apabila mereka melihat tentera mengingatkan mereka tentang mengapa mereka tidak dapat bersama ayah mereka.

Kami berhadapan hari yang sukar, khususnya semasa Aidilfiti yang lalu dan sekarang Idul Adha ... ini adalah hari kedua kami telah dipaksa untuk menghabiskan saat bersama keluarga tanpa ayah kami. Hari-hari kegembiraan ini seharusnya menjadi waktu untuk keluarga bersama dan meraikan kebahagiaan, tetapi tanpa ayah kami di sisi, tidak ada kegembiraan lagi buat kamu. Bahkan kami menajdi lebih sedih memikirkan bahawa ayah berada di dalam keadaan yang tidak selesa, malahan menderita kesejukan penjara tentera Israel.

Adik saya Duaa berusia 18 tahun, beliau dijangka akan berkahwin pada musim panas ini, tetapi sekarang ayah kami telah dipenjarakan, maka kami harus menangguhkan perkahwinan ini sehingga ayah dibebaskan.

JM: Apakah anda tahu bila ayahmu akan dibebaskan?

RA: Mahkamah mengatakan bahawa kemungkinan ayah saya dipenjara selama14 bulan, tetapi mereka boleh memperbaharui keputusan tanpa batas waktu, sehingga tak satu pun daripada kami yang tahu bila kami akan bersua dengan ayah kami lagi.

JM: Apakah penangkapan ayah anda mejjejaskan pengajian anda?

RA: semester ini saya menghadapi banyak masalah untuk membayar yuran pengajian universiti saya, dan saya selalu terlepas tarikh akhir untuk membayar. Ianya mempengaruhi perasaan saya, sukar untuk saya memberikan tumpaun pada pemnelajaran saya kerana memikirkan ayah di penjara.

Namun, pengalaman juga membuat saya merasa lebih kuat. Sebagai anak sulung, saya tahu bahawa saya bertanggungjawab atas adik-adik, dan saya ingin berusaha untuk mengisi kekosongan yang telah ayah kami tingalkan.

JM: Apakah mesej anda kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menmenjarakan ayah anda?

RA: Ayah saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun untuk anda, dan dia mempunyai hak untuk membela tanah air yang telah anda rampas, maka anda harus melepaskan dia.

JM: Saat ayahmu dibebaskan kelak, apa yang akan menjadi perkara pertama yang anda katakan kepadanya?

RA: Bahawa saya merindukannya.

(Diterjemahkan oleh Mohd Razali Maarof. Sumber: www.haluanpalestin.org.)

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah