Saturday, May 01, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 10 Sayangku...


Dengan nama Allah, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai isteriku tercinta dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah.

Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Allah di atas kurnia yang tiada nilainya buatku. Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati.

Inilah dinamakan takdir ketentuan Allah. Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. Ijab dan qabul bersaksi sejak 10 tahun yang lalu, dengan izin Allah, kita masih bersama memadu kasih mencari redha Ilahi.

Duhai isteriku tersayang,
Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahimu kukucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku.

Duhai isteriku tercinta,
Terima kasih diri ini ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik anak-anak kita yang semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan. Dikau sering berseorangan mendidik anak-anak kita tatkala aku bermusafir menjalankan kewajipan dakwah dan tarbiyah di luar sana. Engkau tetap setia menanti kepulanganku dengan wajah gembira dan kebahagiaan. Tanpa rasa jemu engkau sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanku dalam titipan doamu.

Duhai kasih, duhai sayang,
Saat ini, aku merupakan keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib engkau mematuhiku selama mana aku tidak menyuruhmu untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang lelaki biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. Redhalah hatimu kerana aku ditakdirkan Allah hidup sebagai pejuang dakwah dan tarbiah.

Wahai sayang,
Doaku; Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami.

Buat Isteriku Tercinta,
Halimah Jaafar
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita ke 10

11 comments:

  1. moga kekal subur cinta antara kalian..sungguh daku yang berpangkat adik disini..sentiasa mendoakan

    ReplyDelete
  2. semoga ALLAH memakbUlkan doa km & merahmati serta memberkati kM sekeluarga... AMIN...

    ReplyDelete
  3. jati diri memberMay 2, 2010 at 5:42 PM

    ingat lagi kata2 cg razali..
    "kau isteri yg kedua..isteri pertam aku adalah dakwah.."

    tahniah..moga terus kekal samapai syurga..!!

    ReplyDelete
  4. salam...saya suka pc razali nih..kelakar....selalu bersemangat...LUCu tapi itulah yang baik dan bag0s... u r my fan...hmm....
    wassalam wa wallahualam

    ReplyDelete
  5. Saya sukai karangan tuan blogger. Saya pohon utk berkongsi dan diubahsuai bersama isteri utk madah ucapan ulangtahun perkahwinan kami. Terima kasih..AzizDin.

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum...
    saya pohon untuk kongsi tulisan tuan untuk ucapan bagi zaujah saya sempena hari ulang tahun perkahwinan kami...

    teima kasih...

    ReplyDelete
  7. Mohon izin kongsi tulisan tuan untuk isteri saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mohon izin copy ye. Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum mohon izin copy ye. Terima kasih..

    ReplyDelete

  10. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah