Thursday, September 01, 2011

LangitIlahi.Com: Syawal, Menanglah Dengan Taqwa


Dalam kehibaan kita melambai-lambai syahrul Quran yang sudah berangkat pergi meninggalkan kita, mudah-mudahan Syawal yang menyapa menggantikan Ramadhan akan menjadi bulan muhasabah dan bulan kemenangan buat kita semua. Secara bahasa, Syawal bererti meningkat atau peningkatan. Bagi mereka yang berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadhan kerana iman, maka pada Syawal ini adanya peningkatan kebaikan dalam dirinya. Merekalah orang-orang yang mendapatkan manfaat Ramadhan dan mendapatkan kemenangan. Minal Aidin wal Faizin.

Hamba Ramadhani?
Tetapi bagi mereka yang berpuasa sekadar menggugurkan kewajiban sahaja, maka yang mereka dapatkan hanyalah lapar, haus dan lelahnya saja. Nah, orang-orang yang termasuk dalam kategori inilah yang kemungkinan besar meningkat keburukannya justru setelah keluar dari Ramadhan. Maka bagi mereka Ramadhan bukanlah sekolah atau training centre untuk perbaikan tingkah laku dan akhlak, tetapi merupakan penjara, yang mengekang semua kebebasan. Oleh kerana itulah, tatkala masuknya bulan Syawal, mereka merasa merdeka untuk melakukan apa saja.

Sedih tatkala melihat Syawal menjadi bulan kecundang keimanan dan hawa nafsu kembali menguasai diri. Ternyata kita hanya menjadi seorang Ramadhani sahaja,iaitu orang yang mengingati Allah kala Ramadhan sahaja. Dalam sebuah ceramah Syeikh Al-Qardhawi mengatakan bahawa barangsiapa yang menyembah bulan Ramadhan, sesungguhnya bulan Ramadhan itu telah pergi dan berlalu. Sementara Allah tidak pernah mati dan senantiasa hidup. Di antara orang salaf ada yang berkata:

“Seburuk-buruk orang ialah yang tidak mengenal Allah kecuali pada bulan Ramadhan. Maka jadikanlah diri anda seorang Rabbani, dan jangan menjadi Ramadhani.”

Muhasabah bersama, benarkah Ramadhan menemukan kita dengan hidayah dan kesedaran, khusyuk dalam amalan, ikhlas dalam berbuat kebajikan dan tulus dalam memberi sumbangan? Benarkah Ramadhan telah menanamkan kekuatan, keazaman dan semangat yang cukup untuk kita meneruskan perjalanan selama setahun lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Benarkah Syawal yang sedang kita raikan saat ini merupakan hari kemenangan buat kita?

Ikuti sambungan artikel ini di http://langitilahi.com/4535/pemuda-syawal-menanglah-dengan-taqwa/

1 comments:

  1. INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI AWING-DI NMR (_085-298-489-476_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 20 X TERBUKTI TRIM’S ATAS BANTUANYA –ATAU KTIK, http://prediksitogelsgph.blogspot.co.id

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah