Mutiara Tarbiyah
Risalah Islam adalah risalah tarbiyah yang berinteraksi dengan jiwa dan hati. Hati yang seperti inilah yang nanti akan berbicara saat seorang murabbi berinteraksi dengan binaanya/mutarabbinya. Justeru kalian harus banyak sujud. Mata kalian berair, menangis di hadapan Allah. Jika hati kalian dekat dengan Allah, semua yang sulit menjadi mudah. Fikiran kalian akan dibimbing Allah. Jika kalian duduk di hadapan Allah, Allah akan beri cahaya dan menunjukkan jalan buat kalian.
Al Fatihah Buat Sahabat ku, Allahyarham Akh Mohamad Sabri Ibrahim...

Pada pagi subuh hari ini saya menangis. Saya menangis kerana kehilangan seorang sahabat, seorang murabbi, seorang da'ie yang amat saya segani. Beliau yang saya maksudkan ialah al marhum Akh Mohamad Sabri Ibrahim. Saya mengenali beliau sekitar tahun 2003 ketika menetap di Selangor. Beliau bertugas di Felcra Kuala Lumpur. Beliau seorang profesional dalam kerjayanya dan dalam masa yang sama beliau adalah seorang aktivis dakwah dan tarbiyah. Akh Mohamad Sabri Ibrahim telah dipanggil pulang ke rahmatuLlah jam 4.40 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri. Sahabat, baru 2 minggu lepas kita bersua di UKM dalam satu mesyuarat program JDK HALUAN, hari ini engkau sudah tiada lagi.
Saya hanya mampu berdoa untuk beliau. Rahmatillah rohnya Ya Allah, dan tempatkanlah beliau di kalangan para solihin. Sesungguhnya setiap kita juga akan dipanggil pulang tanpa ragu lagi, biarlah pemergian beliau menjadi peringatan untuk kita terus hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah.
Semoga Allah mengampuni semua dosa dan kesalahan beliau. Semoga Allah menerima semua amal soleh yang beliau kerjakan.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu'anhu.
Qudwah Da'ie
Sungguh, sejak mengenal beliau, saya belajar untuk menjadi seorang profesional dan dalam masa yang sama berjiwa da'ie. Jika berbicara dengan beliau, tidak pernah lekang beliau berbicara tentang dakwah, tarbiyah dan mengislah masyarakat. Bahkan beliau seorang yang aktif di surau dan masjid tempat beliau menetap di Alam Damai, Cheras.
Ketika saya bertugas di Selangor, beliau beberapa kali mengajak saya hadir ke surau berhampiran rumahnya mengadakan kuliah mingguan. Bahkan saya pernah mengendalikan program motivasi untuk para remaja di suraunya. Memang indah bersahabat dengan beliau, kerana hidup beliau mencerminkan keseriusan beliau dengan dakwah. Beliau suka berkongsi amal dalam kerja-kerja dakwah dengan sesiapa sahaja. Jazakallah sahabat kerana diri ini pernah berkongsi peluang mendidik berbakti bersamamu dahulu.
Beliau juga masih sempat berdakwah di alam maya. Beliau sering memuatkan artikel kesedaran Islam di dalam blognya untuk dikongsi bersama para pembaca (http://tehbri.blogspot.com). Ternyata masa kehidupan beliau sarat dengan qudwah dakwah. Begitulah seharusnya seorang da'i beraksi.
Aktivis Yang Disegani
Beliau seorang aktivis. Al Marhum aktif dengan HALUAN Malaysia. Bahkan beliau telah diamanahkan sebagai Bendahari HALUAN sejak sekian lama. Beliau amat teliti dengan urusan kewangan dakwah. Beliau juga amat komited dengan kerja dakwahnya bersama HALUAN. Walaupun beliau sibuk dengan kerjayanya, namun kesibukan itu tidak menghalang beliau mendidik berbakti bersama HALUAN. Beliau sentiasa hadir dan aktif dalam setiap program. Oh sahabat, begitu banyak qudwahmu yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Moga diri ini dapat mencontohi ketabahan dan keteguhanmu dalam meniti jalan ini.
Sakit Adalah Tarbiyah
Saya semakin menghormati beliau tatkala selepas beliau sembuh dari sakit dan stroke, beliau masih aktif dengan dakwah dan tarbiyah. Tidak pula beliau memperlahankan langkah dakwahnya. Saya pernah bertanya keadaan kesihatan beliau, beliau hanya memandang saya dan berkata, sakit itu sebahagian tarbiyah dari Allah, anta doakan ana ya. Wahai akh! Dikau memang tabah, tidak mengeluh dan tidak mengalah.
Sumbangan Untuk KTD
Hubungan saya dengan arwah tetap akrab walaupun saya sudah berpindah ke KTD Kelantan. Beliau dan usrah beliau diamanahkan untuk membantu KTD dalam gerakerja kemasukan pelajar bagi negeri Selangor. Saya masih ingat kami mengadakan promosi KTD sehingga ke Sabak Bernam, semata-mata untuk mencari remaja yang berhajat kepada sebuah kolej tarbiyah dakwah (KTD). Walaupun responnya kecil, namun beliau dan teman-teman usrahnya tidak pernah mengalah membantu KTD.
Beliau begitu yakin dengan KTD sehinggakan anak perempuan beliau, Izyan dan Atikah, dihantar menyambung diploma di KTD. Walaupun anaknya boleh belajar di IPTA, tetapi beliau yakin dengan visi dan misi KTD. Ternyata anaknya Izyan ketika di KTD seorang penggerak dakwah kampus. Bahkan selepas tamat, anaknya berkhidmat pula di SMIK sebagai penolong pegawai akaun sebelum menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah.
Sahabat, dikau telah mencontohkan kepada diri ini bagaimana seharusnya mendidik anak-anak.
Bersiaplah Kita
Semoga setiap amalmu Allah terima sebagai kerja nyata keimananmu terhadap-Nya. Semoga Allah memberkati rohmu. Buat Kak Sharihan isteri al marhum dan anak-anak, semoga tabah, sabar dan tetap istiqamah di jalan-Nya. Semoga pemergian beliau tidak menghentikan anda semua untuk tetap istiqamah membentuk keluarga dakwah dan mewarisi kerja besar beliau.
Buat diri ini dan sahabat-sahabatku di luar sana, al marhum telah mencontohkan kepada kita makna seorang profesional da'ie. Beliau telah pergi meninggalkan kita buat selamanya dalam keadaan beliau tidak pernah berhenti/bersara/berehat/ dengan kerja besar dakwah & tarbiyah. Semoga kita juga dipanggil pulang oleh Allah SWT kelak dalam keadaan berkhidmat dengan Islam. Maka, bersiaplah kita, jangan melengah lagi, kerana kematian amat hampir dan tidak terduga!
Post views:
Mutiara
Kedahsyatan kekuatan Iman pada para aktivis pejuang Islam: "Bekal mereka adalah Iman. Perbendaharaan mereka juga Iman. Sedangkan, sandaran mereka adalah Allah. Semua bekal, selain bekal Iman, pasti habis. Semua perbendaharaan, selain perbendaharaan Iman, juga habis. Sementara itu, setiap sandaran, selain sandaran Allah, adalah rapuh dan akan roboh."
Mutiara
Dalam setiap fasa, selalu ada pekerja-pekerja dakwah yang kelelahan. Jika mereka lelah kerana membawa panji kebenaran, niscaya Allah akan menguatkan mereka kembali. Namun, jika mereka lelah kerana tergoda oleh gemerlapnya dunia, maka akan ada pekerja lain yang bersedia menggantikannya. Ketahuilah bahawa dakwah itu tidak akan pernah kehabisan pekerja. Ikut atau tidaknya kita dalam dakwah ini, kereta dakwah masih akan terus melaju menuju syurga.
Kategori
- Aidil Adha (1)
- Akhlak Muslim (38)
- Belajar (1)
- Cinta (6)
- Dakwah (32)
- Ekonomi (2)
- English Corner (2)
- Featured News (1)
- Fikrah Islam (33)
- Galeri (1)
- Hadith (3)
- Harakah Islam (1)
- Hijrah (2)
- Ibrah (2)
- Iklan (2)
- Info (5)
- Isu Semasa (14)
- Keilmuan (7)
- Keluarga (1)
- Kemahiran (1)
- Kemahiran Didik Anak (8)
- Kemanusiaan (1)
- Kemasyarakatan (1)
- Kemboja (2)
- Kepemudaan/Mahasiswa (8)
- Kepimpinan (2)
- KTD (5)
- Madrasah Ramadhan (25)
- Mahasiswa (5)
- Mo (1)
- Moderator (70)
- Motivasi (32)
- Motivasi Kehidupan (25)
- Muhasabah (3)
- Muslimah (1)
- Nur Ramadhan (19)
- Palestin (24)
- Panduan Kewangan (3)
- Panduan Ulama' (47)
- Pemuda (18)
- Pengumuman (8)
- Pengurusan Hati (1)
- Perkongsian (4)
- Puisi (4)
- Remaja (3)
- Serah (9)
- Silibus Usrah - Asas (16)
- Silibus Usrah - Pembentukan (2)
- Sketsa (1)
- Soal Jawab (3)
- Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain (2)
- Tafsir Al Quran (1)
- Tarbiah Aulad (7)
- Tarbiah Baitul Muslim (26)
- Tarbiah Diri (95)
- Tarbiyah (49)
- Tazkirah (4)
- Umum (2)
- Video (1)
- Wahai Isteri (5)
- Wahai Remaja (16)
- Wahai Suami (5)










2 comments:
salam..Alhamdulillah..beliau kembali ke rahmatullah dalam keadaan mulia..
Patah tumbuh, hilang berganti.
Begitulah penggerak-penggerak dakwah bagai mata rantai. Almarhum sudah selesaikan bahagiaannya. Kita? Moga kita mengambil ibrah darinya yang istiqamah dengan usaha dakwah dan tarbiyyah.
Menghitung diri yang kerdil dan hina ini (!_!)
Post a Comment