Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia memakai make-up pada wajahnya,
memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis
pernikahannya sendiri, kemudian dia mendengar azan Isyak dan menyedari bahawa
wudhuknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu
ambil wudhuk dulu dan solat Isyak.“
Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat
kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.” Tambah
ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika
kamu ambil wudhuk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini
sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan
kepada mana-mana makhluk agar mendurhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis
perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak jelek atau tidak cantik di
mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana
saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya?
Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di
mata-Nya “
Dia mulai berwudhuk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia
tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia
tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi
Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Banyak mereka yang mendengar
cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam
keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah
pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada
saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik
pada sisi Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang
anda akan lakukan?
Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk
minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu
malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?
Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa menutup aurat atau
dirahmati Allah dengan menjaga aurat?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa memelihara aurat?
(Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, kisah ini berlaku di Abha (Ibu
Negeri Asir di Arab Saudi)
Tuesday, December 11, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pautan Tarbawi ♥
-
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA - *DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA* Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin, Muhammed bi...
-
I CUT APPLE A PARENTING - *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Sudah jawab salam saya? Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawapan salam anda. Terima ...
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan … - Assalam … Entah kenapa malam ini aku menulis disini setelah berkurun tidak berkunjung kesini. Sebenarnya tulisan ini berbentuk nasihat yang telah aku muatk...
-
Tarbiyah dan Kualiti Mas’ul Dakwah (1) - Sesungguhnya dakwah memberikan perhatian khusus terhadap tarbiyah para mas’ul, mempersiapkan kemampuan dan kemahiran di bidang yang digelutinya, begitu pul...
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati - Bismillah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Izinkan saya untuk berkongsi satu perkhabaran. Alhamdulillah, tirai Ramadhan tahun ini dibuka denga...
-
Taubat: Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta - Ada sebuah kisah benar, menyayat hati tapi penuh inspirasi yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid ar-Rasyid. Kisah seorang pemuda yang suka berpoya-poya. W...
-
Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin - Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan si...
-
-
0 comments:
Post a Comment