Friday, March 26, 2010

KOTA BHARU 24 Mac – Di tengah persaingan dalam dunia pendidikan yang menitikberatkan soal mutu dan pencapaian, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di sini berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah institusi yang berwibawa.

Ia terus mendepani cabaran dan diberi nafas baru melalui perubahan pengurusan pada 2004, dengan diterajui oleh seorang tokoh akademik, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman selaku Ketua Eksekutif KTD.

KTD mula mengatur langkah dalam merencanakan perkembangan masa depannya, sekali gus bagi menjenamakannya sebagai salah satu institusi pilihan dengan pengiktirafan meluas.

Ia mula mendapat keyakinan beberapa institusi pengajian tinggi luar negara untuk mengadakan kolaborasi, satu lagi langkah ke arah mengangkat kualiti pendidikannya.

‘‘Pada masa sama ia memberi peluang pendedahan berkesan kepada penuntut dalam menangani tuntutan akademik dan kerjaya peringkat global,” kata Dr. Abdullah Sudin ketika ditemui baru-baru ini.

Kolej milik penuh bumiputera yang menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif itu bekerjasama dengan lima universiti di United Kingdom (UK) yang menerima penuntutnya di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran.

KTD kini mempunyai hubungan kolaborasi dengan Teeside University, Dublin Business School, Universiti Of Winchester, Griffith College Dublin dan Southampton Solent University di samping beberapa institusi pengajian tinggi tempatan.

Program kolaborasi peringkat diploma diadakan dengan universiti tempatan antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menawarkan pengajian Kejuruteraan Elektronik, Sains Komputer (multimedia), Sains Komputer (teknologi maklumat), Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Teknologi (akaun).

Bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula melibatkan pengajian dalam Perbankan Islam, E-Commerce, Komunikasi dan Pengajian Islam (syariah, al-Quran dan dakwah).

Menurut Dr. Abdullah Sudin, setiap penuntut yang menyambung pengajian ke KTD diwajibkan mengikuti modul Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) selama tiga tahun merangkumi pembelajaran asas al-Quran dan sembahyang serta kepimpinan.

Ia sesuai dengan falsafah yang menjadi amalan KTD iaitu ‘Ngaji biar pandai, perangai biar jurus, hidup biar boleh tumpang’.

‘‘Pengurusan KTD yakin bahawa pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

KTD: Kolej Pilihan Terbaik

Wednesday, March 24, 2010

Monday, March 22, 2010

Lama penulis tidak berkesempatan menulis dan mencoretkan sesuatu dalam blog kerana kurang sihat..hampir 2 minggu penulis cuti sakit, alhamdulillah semakin beransur baik..dan sejak semalam ada kekuatan dan keupayaan menulis kembali. Blog halaqahmuntijah telahpun di update semalam, hari ini untuk tatapan pembaca usrahkeluarga.

Penulis ingin memulakan coretan hari ini dengan memuhasabah diri penulis untuk memperbaiki lagi peribadi dan akhlak penulis dalam meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah saw dalam melebar luaskan misi dakwah dan tarbiah.

Suatu Hari Rasulullah saw. didatangi oleh seorang wanita non Muslim. Ketika itu Rasulullah saw. bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasululla
h. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Rasulullah menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah saw sebiji demi sebiji dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah saw akan berkongsi makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak sebiji pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah saw terus makan. Setiap kali mengunyah dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pula
ng, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan:

”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita ters
ebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya”.

Begitulah akhlak Rasullullah saw dalam berdepan dengan objek dakwahnya (mad’u).

Rasulullah saw tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun hal yang tidak baik, Dan dari orang yang berbeza agama pula.

Imam Syafi'i berkata : "Barangsiapa menghargai ora
ng lain, maka manusiapun akan menghargainya, dan barangsiapa meremehkan orang, maka dia tidak akan dihargai"

Allah saw berfirman dalam Al Quran:

”Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu mam
pu berlembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, mereka pasti menjauh dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Inilah akhlak dan peribadi murabbi mithali, berlembut di hadapan objek dakwah (mad’u). Tanpa akhlak seperti ini, dia akan gagal mewarnai dakwahnya dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain, samada sesama muslim mahupun non muslim. Jika sang da’ie tidak menyempurnakan akhlaknya di hadapan objek dakwah (mad’u), mustahil dia berupaya mendakwahi m
anusia dan berinteraksi dengan kejiwaan mereka yang beragam.

Sayyid Qutb ada menulis dalam kitabnya Fi Dzilali Al Quran:

” Manusia memerlukan perlindungan orang penyayang, perhatian lebih, keceriaan dan bertoleransi, kasih sayang yang luas, kesabaran atas kelemahan, kecetekan ilmu dan kekurangan mereka, hati yang besar dalam memotivasikan mereka, tidak mengharapkan pemberian dari mereka, merasakan kesedihan dari mereka, dan tidak menyibukkan mereka dengan kesedihan. Ketika manusia berhadapan dengan Rasulullah saw, manusia sentiasa menemui kepedulian, perhatian, kelembutan, kelapangan dada, kasih sayang dan keredhaan pada peribadi Rasulullah saw. Begitulah hati baginda.”

Semoga peribadi kita sebagai da’i dan murabbi semakin ampuh dan mantap dengan mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah saw. Lantas dengan akhlak dan peribadi unggul ini kita melebarkan sayap dakwah dan tarbiah kerana ramai lagi yang menunggu kasih sayang dakwah dan sentuhan tarbiyah yang sebenar. Amin.

Jom berdakwah, tunggu apa lagi!.

Dakwah Menuntut Keutuhan Peribadi dan Akhlak

Thursday, March 18, 2010

Saturday, March 13, 2010

A : Accept
Terimalah diri Anda sebagaimana adanya.

B : Believe
Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.

C : Care
Pedulilah pada masa depan anda dan jangan mengharap kepedulian orang lain.

D : Direct
Arahkan fikiran Anda pada perkara-perkara yang positif yang dapat meningkatkan kepercayaan diri.

E : Earn
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.

F : Face
Hadapi masalah dengan benar dan yakin.

G : Go
Berangkatlah dari kebenaran.

H : Happy
Berilah kegembiraan kepada orang lain kerana erti kebahagiaan adalah apabila kita dapat menggembirakan orang lain.

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan Anda mencapai tujuan.

J : Jealously
Rasa iri dapat membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri, jadi hindarilah

K : Keep
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L : Learn
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

M : Mind
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gossip tentang orang lain.

N : Never
Jangan pernah putus asa

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan, dengarkan dan belajar dari orang lain.

P : Patience
Sabar adalah kekuatan tidak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari jawaban yang benar dan menambah ilmu.

R : Respect
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect
Percaya diri, harga diri, citra diri, penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat ketegangan.

T : Take
Bertanggung jawab pada setiap tindakan Anda.

U : Understand
Fahami bahawa hidup ini sentiasa berpotensi untuk maju dan berjaya

V : Value
Nilai diri sendiri dan orang lain, muhasabah kunci kejayaan yang berterusan

W : Work
Bekerja dengan giat, jangan lupa berdo'a.

X : X'tra
Usaha lebih keras membawa keberhasilan.

Y : You
Diri Anda sendiri adalah aset kejayaan.

Z : Zero
Selalu ingat, tiada usaha bererti tiada hasil.

A B C Resipi Kejayaan

Friday, March 12, 2010

Pencinta jalan dakwah dan tarbiah harus berkeyakinan bahawa memberikan arahan dan nasihat merupakan kewajiban bukan sekadar dibolehkan, Allah telah menjelaskan bahawa umat Islam tidak berhak mendapatkan kejayaan di muka bumi kecuali dengan menjaga dan menunaikan karakternya, iaitu

تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran:110)

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ* الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوْا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”. (Al-Hajj:40-41)

Dan kaetika umat lalai dari perkara ini maka terhalang baginya perlindungan dan kemenangan, sehingga urusan mentarbiyah umat adalah sangatlah dharuri sekali ketika ada sebahagian yang menyembunyikan kebenaran, mengacuh-acuhkan yang ma’ruf dan mengabaikan kemungkaran berleluasa.

Rasulullah saw bersabda:
لا تزال لا إله إلا الله تنفع مَن قالها وترد عنهم العذاب والنقمة ما لم يستخفُّوا بحقها؟! قالوا يا رسول الله، وما الاستخفاف بحقها؟ قال: يظهر العمل بمعاصي الله فلا ينكر ولا يغيِّر

“Kalimat “La Ilaha illa Llah, masih akan memberikan manfaat bagi orang yang mengucapkannya, dan menolaknya dari azab dan kesengsaraan selama tidak mengabaikan haknya?!. Para sahabat berkata, wahai Rasulullah saw, apa yang dimaksud dengan mengabaikan haknya? Beliau bersabda: “Tampak perbuatan maksiat kepada Allah dihadapannya namun tidak mahu mengingkarinya dan merubahnya”.

Justeru itu, para da’i perlu berkeyakinan bahawa kewajiban setiap muslim adalah menjaga keimanan dalam dirinya dan lingkungannya secara khusus, memberikan arahan dengan penuh hikmah, memberikan penjelasan dengan tenang, memberikan nasihat dengan penuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh menjalin silaturrahim antara dirinya dengan orang yang hidup bersamanya.

Kita tetap berkeyakinan bahawa menjalankan nasihat merupakan kewajiban kepada sesiapa saja yang memerlukan nasihat akan ajaran Islam, dalam hadith disebutkan:

الدين النصيحة، قلنا لمن؟ قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat, kami berkata: untuk siapa? Beliau menjawab: Untuk Allah, kitabnya, Rasulnya, para pemimpin Islam dan orang-orang yang awam”.

Nabi saw. membai’at para sahabatnya untuk mendengar, taat dan memberi nasihat pada setiap muslim.. Imam Al-Banna juga berkata: “Adapun mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah akan kemungkaran, harus memulai dari diri mereka sendiri, kemudian kepada keluarganya dan rumah tangganya, kemudian saudara-saudaranya dan teman rapatnya, dan mereka melakukan itu semua dengan penuh kesabaran, perjuangan, bijak dan nasihat yang baik.

Inilah peranan utama kita, inilah makna keberadaan kita dalam masyarakat, mentarbiah umat, menyeru kepada kebaikan, dan mengajak mereka meninggalkan kemungkaran, Inilah agenda kita bersama, pencinta dakwah dan tarbiah.

Inilah Kewajiban Kita

Tuesday, March 09, 2010

Monday, March 08, 2010

Rasulullah saw pernah di tanya tentang ciri mukmin yang kuat. Lantas baginda saw menjawab:

“Yang paling bermanfaat kepada sekitarnya.”

Rasulullah saw juga bersabda:

”Barangsiapa menunjuki orang lain pada kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.”

Sesungguhnya kehidupan manusia tidak boleh lari dari bermasyarakat, samada sebagai pelajar, mahasiswa, pekerja mahupun suri rumah tangga. Ia tidak mungkin mampu hidup bersendirian. Sekiranya ia mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, dia tidak termasuk dalam golongan orang-orang mukmin. Rasulullah saw bersabda:

”Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta mencintai, saling mengasihi dan saling membantu, laksana satu tubuh. Bila salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggota tubuhnya turut merasakan sakit.” (HR Ahmad dan Muslim)

Kepada juru dakwah Islam, sudah tentulah fungsi mampu memberi manfaat kepada masyarakat menjadi ciri utama yang perlu dimiliki. Sayyid Qutb ada berkata:

”Tatkala nilai hidup hanya untuk diri sendiri, maka kehidupannya kecil dan singkat. Tetapi apabila kita hidup juga untuk orang lain, maka jadilah hidup ini bermakna, panjang dan dalam. Bermula dari adanya kemanusiaan itu sendiri dan berlanjutan sehingga kita meninggalkan dunia ini...”

Ayuh kita menjadi mukmin yang kuat dalam 3 perkara:

1. Memberi manfaat kepada masyarakat.iaitu dengan sentiasa proaktif memberikan sumbangan positif kepada masyarakat, khususnya yang memerlukan, samada dalam bentuk keilmuan, kepakaran, wang ringgit, tenaga dan lain-lain lagi.
2. Penunjuk jalan kebenaran. Seorang da’isdat pasti memiliki visi dan mkisi untuk mengajak manusia untuk mengenal Allah dan Islam, menyeru masyarakat agar menjalani kehidupan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Terlibat aktif dalam dakwah adalah penting bagi memastikan keberlangsungan dakwah. Misi Al Quran iaitu amar ma’ruf nahi munkar perlu disebarluaskan agar tercipta suasana kondusif bagi tertegaknya risalah Islam.
3. Menjadi da’i tarbawi iaitu karektor da’i yang aktif membina umat. Bukan sekadar mampu menyampaikan atau taklim, tetapi juga membentuk dan melahirkan barisan da’i baru untuk menjadi penyambung nadi dakwah dan menjadi pelanjut penyebaran secara meluas risalah dakwah.

Amanah dakwah yang mulia ini akan berat apabila dipikul sendirian, tetapi menjadi nikmat dan ringan apabila ada penglibatan aktif dalam amal jama’i dan menjadi semakin bertenaga apabila generasi baru turut serta dalam misi yang mulia ini.

Menjadi Mukmin Yang Kuat

Friday, February 26, 2010

Segala puji hanya milik Allah, dan selawat dan salam kepada Rasulullah berserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai hari pembalasan…

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya -saw-, maka bersatu suku-suku yang terpecah belah, lenyap permusuhan antara kabilah dan kelompok serta suku, dan ditetapkan batasan-batasan dan hukum-hukum dalam berperang, meletakkan dasar-dasar moraliti, menyempurnakan nilai-nilai kemuliaannya, sehingga terbentuk darinya umat yang dibangun oleh dasar-dasar kebebasan, menegakkan kebenaran, keadilan dan kesetaraan antara sesama manusia, tanpa perbezaan warna, gender atau kelas dan tingkatan.. Dan tidak akan tegak suatu umat kecuali kerana kebaikan yang dilakukan pada masa awal dan akhirnya, sebagaimana tidak akan berdiri suatu umat kecuali dengan meneladani Rasulullah saw.

Oleh kerana itu, umat Islam harus mempelajari sirah Nabi saw, sehingga mereka dapat menerapkan nilai-nilainya dan pelajarannya dalam diri mereka dan membuat mereka menjadi ikutan bagi manusia dalam ke istiqamahan dan kebaikan sejarah hidup mereka, lurus jalan hidupnya melalui dakwah mereka dalam melakukan reformasi. Lantaran itu, Nabi saw kembali menjadi cahaya yang terang benderang dan mengusir gelapnya kehidupan mereka, serta memberikan hawa sejuk dan kehangatan ke dalam hati, fikiran dan perilaku. Dengan demikian pula, masyarakat Islam dapat kembalikan integritinya, istiqamahnya dan keteladanannya serta kembali mampu berada di garis terdepan dalam kepemimpinan di seluruh bangsa di dunia, serta terwujud firman Allah:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman”. (Ali Imran:110)

Bahawasanya krisis yang paling serius yang terjadi saat ini adalah krisis keteladanan; keteladanan yang baik dan soleh di dalam masyarakat dan bangsa, bukan hanya pada tahap individu, kerana alhamdulillah kita punya sosok teladan, namun bangsa tidak dapat berubah oleh individu yang kecil, melainkan nasib bangsa-bangsa perlunya perubahan kolektif dan kerja secara kolektif, dan jika terjadi kekosongan yang panjang pada masalah ini, maka akan menjadi ancaman krisis bagi seluruh dunia dan bahkan akan runtuh kehidupan bangsanya dan mengalami kegagalan sistem yang ada dan pada akhirnya akan berpaling dari Allah SWT.

Wahai Ikhwanul Muslimin…
Wahai umat Islam seluruhnya…
Sesungguhnya umat Islam saat ini sangat memerlukan untuk mengingati sirah dan mengenang perjalanan hidup nabi Muhammad saw yang telah menanggung beban menghadapi pelbagai cubaan, celaan dan siksaan, sabar dalam meniti jalan yang berat dan penuh onak dan duri demi tegaknya ajaran Islam dan terbangunnya jati diri dan umat yang mulia sehingga mereka menjadi teladan yang baik secara nyata, menghilangkan wahm (keraguan) dalam jiwa mereka dan menghancurkan sikap tidak amanah dan ketidakadilan di negeri mereka.

Setiap muslim dan muslimah memiliki kewajiban untuk meneladani Rasulullah saw dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, kerana hal tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan dan kebahagiaan di dunia, dan keberuntungan dan nikmat di akhirat.

Meneladani Rasulullah dapat dipelajari dari pelbagai perkara:
- Ibadah: Bahawa beliau adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun beliau orang yang kadang puasa kadang berbuka, tidur dan bangun, dan menggauli wanita (istri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi posisi beliau sebagai orang yang paling banyak beribadah.

– Berinteraksi dengan tetangga: Nabi saw bersabda:
“Jibril selalu mewasiatkan kepada saya tentang tetangga sampai aku menyangka bahawa tetangga mendapat hak warisan”. (Muttafaq alaih)

– Berinteraksi dengan sesama manusia: Beliau kadang menjual dan membeli, sangat sopan jika menjual dan sangat ramah jika membeli, ramah saat memutuskan hukum dan ramah pula saat menuntut hukuman.

– Akhlaq dan perilaku secara umum: Nabi saw adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlaq dan beretika, orang yang paling mulai dan paling bertaqwa dalam berinteraksi. Allah berfirman sambil memuji nabi saw:

“Sungguh dalam dirimu terdapat akhlaq yang mulia”. (Al-Qalam:4)
Dan Aisyah pernah berkata ketika ditanya kepadanya tentang akhlaq nabi saw, beliau berkata:

“Akhlaq nabi adalah Al-Qur’an”. (Shahih Muslim)

– Damai dan Perang serta selalu menghormati dan memenuhi janji: “Rasulullah saw masuk ke kota Madinah dengan mengangkat bendera perdamaian.
Ketika masuk kota Madinah beliau berkata:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, solat malam lah saat orang lain tidur lelap niscaya masuk surga dengan selamat”. (Tirmidzi dari Abdullah bin Salam),

Dan ketika memasuki kota Mekah saat berhasil menaklukkannya, beliau berkata kepada orang yang memusuhi dan memeranginya:

“Pergilah kalian, hari ini kalian bebas”.
Demi Allah, sungguh sangat menakjubkan sejarah hidupmu, wahai Rasulullah. Sungguh agung perilaku dan akhlaqmu, sehingga semua itu adalah madrasah Ilahiyah bagi setiap pemimpin, bagi setiap presiden, bagi setiap penguasa, bagi setiap komandan, bagi setiap hakim, bagi setiap politikus, bagi setiap guru, bagi setiap pasangan suami isteri, bagi setiap orang tua.

Engkau adalah teladan yang sempurna bagi seluruh manusia, dan bagi setiap yang menginginkan kesempurnaan dalam pelbagai bentuk, manifestasi dan trend kehidupan, segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada Nabi Muhammad saw untuk kami semua, dan segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada mu untuk umat manusia seluruhnya.

Umat Islam memperingati sejarah Rasulullah setiap hari
Kita memperingati sirah dan kehidupan Rasulullah saw bukan sehari dalam sebulan, namun kita melakukannya setiap hari dan bukan sekali dalam sehari namun puluhan kali; ketika ada seruan dan ajakan solat, dunia seluruhnya menjawab seruan azan; saya bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah. Setiap kali bertasyahud dalam solat, seorang muslim seakan bertemu Rasulullah saw mengucapkan salam: “Assalamu’alaika Ayyuhan nabi”, seakan mengunjunginya secara maknawi dan bertemu dengannya, menyambut dan bersuka cita kepadanya.

Manusia cenderung terjerumus pada kehancuran
Bagi para pemerhati situasi dan keadaan dunia saat ini akan melihat bahawa manusia ramai yang cenderung pada hawa nafsu yang menghinakan seakan dihidapi kepada semua orang dan hampir semuanya, dan dunia kini dibagi menjadi dua kelompok:
– Kekuatan yang dengan taringnya ingin mendominasi yang lain, dan memaksakan kehendak dari apa yang mereka inginkan, membuat perjanjian yang menjadi sarana merampas sumber daya alam mereka, dan menjadikan diri mereka sebagai pemimpin mereka, dan pada selanjutnya mencegah mereka dari kebebasan dan kedaulatan atas tanah mereka, dan kebebasan melakukan tindakan dari potensi yang mereka miliki… Menyalakan api perang yang mereka istilahkan dengan tindakan preventif, hanya untuk mengamankan dan melancarkan kepentingan mereka sendiri, membatasi kebebasan dan kemerdekaan warga yang bergolak dalam diri mereka untuk melakukan perlawanan terhadap ketidakadilan, mengembalikan hak-hak dan kebebasan bangsa, menolak penjajahan.

Bahkan, mereka tidak melakukan itu saja, namun mereka juga menghidupkan api perang antara anak-anak bangsa dalam satu negara (perang saudara), sehingga mereka meminta perlindungan dan bantuan kepada mereka dan bergantung pada tali mereka.
– Adapun kelompok lainnya adalah kelompok yang lemah dan dihinakan kerana kemiskinan dan kebodohan, dibutakan oleh penyakit, dan kelemahannya kian terus bertambah oleh adanya pemerintah autokrasi yang membatasi kebebasan, dan menurunkan pelbagai macam warna dari ketidakadilan, menutup mata sisi kebenaran, dan enggan melakukan perbaikan kecuali harus tunduk pada kekuasaannya, menguasai segala potensi yang dimiliki, menghisap apa yang tersisa dari darahnya, melakukan penganiayaan hingga titik maksimum hingga pada puncak penyiksaan pada rakyat yang tertindas dan tertekan, berteriak kesakitan atau meminta pertolongan.
Situasi yang suram ini telah menjadi lumrah di sebahagian besar masyarakat di negara Islam di seluruh dunia ketiga yang hidup di bawah tingkat kemiskinan, pengangguran di semua kelompok masyarakat, penyakit bermaharajalela, ubat-ubatan yang mahal sehingga jika ditemukan tidak mampu membelinya, terjadi korupsi dalam pendidikan dan pemerintahan, dan menyebarnya penyuapan dan sikap pilih kasih, sikap materialistik dan egoisme, menyebar kejahatan dalam pelbagai strata masyarakat, sehingga pemerintah yang memimpin suatu negara hanya menyibukkan diri untuk menyelesaikan permasalahan ini dan sebahagian mereka ada yang menghalang terhadap para generasi kebangkitan Islam yang berusaha ingin memperbaiki keadaan masyarakat dan melakukan kebangkitan serta menghadang musuh-musuhnya dari Zionis dan sekutunya.

Musuh takut terhadap nyala api keimanan
Hal ini patut difahami, bahawa musuh sangat menyedari bahawa rahsia kekuatan umat dan bangsa terletak pada kekuatan iman dan cinta pada jihad dan syahadah di jalan Allah; oleh kerana itu pertama kali yang mereka lakukan adalah memusnahkan nyala api iman dan mengerahkan segala potensi yang mereka miliki dan bekerja sama dengan sekutu mereka untuk mewujudkan impian mereka, namun Allah menghinakan tipu daya mereka dan memperkokoh umat sesuai dengan fitrahnya dan memberi aksi balas setiap kali ada seruan jihad dan syahadah…

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah melalui mulut-mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya”. (As-Shaff:8)

Nabi Muhammad saw pembawa rahmat bagi semesta alam
Allah telah mengutus Rasulullah saw membawa rahmat bagi semesta alam, bagi siapa yang mengikutinya akan mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat ..

“Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali untuk memberi rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya:107)

Dan nabi saw sendiri bersabda:

“Sesungguhnya Aku diutus untuk membawa rahmat”.
Dan dibawah naungan syariah Rasulullah saw seluruh manusia menikmati kebebasan, keadilan dan kesetaraan dan memberikan kasih sayang bagi manusia yang tertimpa penderitaan dan ketidakadilan, ketakutan dan kekejaman yang dilakukan oleh para penentangnya yang tidak hanya menolak hadiah kasih sayang tersebut, namun lebih dari itu adalah menyatakan api perang terhadap syariat langit dan melecehkan dan menjauhi dari kurnia, rahmat dan kenikmatan dan nasihat serta cahaya yang terang benderang. Sungguh merugi umat manusia yang seperti itu! .. betapa sengsara apa yang dilakukan oleh manusia seperti itu; kesengsaraan dan penderitaan, sekiranya mereka tetap berada dalam keadaan seperti itu dan tidak mahu merespon seruan Allah dan Rasul-Nya…!!

“Dan Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha:124)

Darah para syuhada adalah simbol kesedaran umat
Wahai umat Islam..
Janganlah kalian merasa bangga dengan darah yang mengalir di jalan untuk membela kebenaran dan melakukan perlawanan terhadap penjajahan, begitu pula dengan pengorbanan yang diberikan dalam menghentikan kerosakan moral, sosial dan ekonomi… kerana yang demikian adalah kecil di hadapan tujuan yang sangat mulia dan ganjaran yang besar.

Maka dari itu, berjihad dan berjihadlah wahai umat Islam, kerana yang demikian merupakan perniagaan yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah, mendekat dari nikmat Allah dan mewujudkan pertolongan Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Shaff:10-13)

Perbaikilah dirimu terlebih dahulu lalu serulah orang lain
Bahawa tugas kita - sebagai umat Islam - selama di tangan ada cahaya yang terang dan sebotol ubat untuk dapat mengubati diri dan menyeru orang lain. Dan Ikhwanul Muslimin pertama kali yang dituju dalam pembinaannya adalah mendidik diri terlebih dahulu, memperbaharui ruh, memperteguh dan memperkokoh akhlaq serta menumbuhkan keberanian yang lurus dalam jiwa-jiwa umat, dan mereka meyakini bahawa hal tersebut merupakan titik awal yang akan mampu membangun kebangkitan umat dan bangsa…jika kita berhasil maka itulah yang kita inginkan, namun jika tidak maka kita serahkan seluruhnya kepada Allah dan kita telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan kita menginginkan kebaikan untuk manusia, dan kita tidak putus asa melakukan perbaikan atau berhenti dalam menyebarkan risalah Rasulullah saw sehingga tidak memiliki sama sekali pengaruh, namun dengan pengorbanan yang besar dan darah yang banyak, cukuplah bagi para pembawa risalah mendapatkan faktor-faktor keberhasilan. Dengannya mereka beriman, sehingga mengikhlaskan diri dalam berjuang dan di jalannya mereka berjihad, sementara waktu telah menunggunya dan dunia selalu memantaunya…

“… Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu, kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:94)

Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin 7
Terjemahan: Abu Ahmad

Halatuju Sambutan Maulidurasul: Umat Islam Hadapi Krisis Keteladanan

Wednesday, February 24, 2010

Umar bin Khatthob RH mengatakan:

“Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan.”

Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini? Bilakah Umar menyusun perkataan ini?

Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam.

Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis. Kemudian orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang yang namanya telah menggoncang dunia, yang jika nama Umar disebut di majlis Kisra dan Kaisar, maka kedua raja ini hampir pengsan mendengarnya, kerana takut.

Umar yang tidur di pelepah kurma, tetapi hati para taghut yang berada di atas singgasana ketakutan. Umar yang hanya makan gandum, tetapi para bangsawan yang memiliki emas dan perak gemetar jika melihatnya. Umar yang jika berjalan di suatu jalan, maka syaitan akan memilih jalan lain. Umar yang sudah dikenal dikalangan muslimin Melayu, India, Iraq, Sudan, Andalus, dan akan dikenal dunia.

Ketika orang-orang Nashara mendengar Umar akan datang untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis, mereka keluar dengan jumlah yang sangat besar. Para wanita keluar di atap-atap rumah, anak-anak keluar di berbagai jalan dan lorong.

Sedangkan pasukan kaum muslimin yang dipimpin oleh tiga panglima, mereka keluar dalam konvoi pasukan yang belum pernah didengar dunia.

Bagaimana pengawal yang mengiringi Umar yang akan mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis ?

Tidak ada iring-iringan yang mengawal ! Orang-orang menyangka beliau akan datang dengan para pembesar sahabat, para pembesar Anshar dan Muhajirin dari para ulama dan orang-orang shalehnya.

Tetapi beliau datang hanya dengan menunggang satu unta dan ditemani seorang pembantunya. Kadang-kadang Umar yang menuntun unta dan pembantunya naik dan kadang-kadang Umar yang naik unta dan pembantunya yang menuntun !

Ketika mendekati Baitul Maqdis, para pejabat muslimin bertanya-tanya: “Siapa itu ? Mungkin salah seorang tentera yang datang untuk memberi tahu kedatangan Amirul Mukminin.

Ketika pasukan itu menghampiri, ternyata orang tersebut adalah Umar bin Khattob ! Ketika beliau sampai di Baitul Maqdis, tiba giliran beliau menuntun unta dan pembantunya yang berada di atas unta.

Amr bin Ash mengatakan: “Wahai Amirul Mukminin, orang-orang menanti kehadiran anda, penghuni dunia keluar untuk menyambut kehadiran anda dan orang-orang mendengar tentang anda tetapi anda datang dengan penampilan seperti ini ?”

Kemudian Umar mengatakan perkataannya yang sangat terkenal, yang tetap diingat sepanjang masa: “Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Taala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun juga jika kita mencari kejayaan dengan yang lain, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.”

Kita membangun peradaban kita daripada tidak ada apa-apa dengan satu modal;

Laa ilaaha illallaah.

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam

Tuesday, February 23, 2010

Alhamdulillah pada Ahad, 14 Feb yang lepas, penulis telah bertemu dengan tokoh muda sang da'ie dan penulis novel Islami yang luarbiasa, Ustaz Habiburrahman el-Shirazy, kebetulan beliau berada di Kota Bharu menjayakan jemputan program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Penulis sempat menghadiri Kuliah Maghrib beliau di Masjid Kubang Kerian, beliau bicara persoalan CINTA kepada Rasulullah saw. Walaupun kisah sejarah kecintaan Bilal B Rabah pada Rasulullah saw sering penulis semak dan baca, namun keikhlasan dan keindahan bicara Habiburrahman el-Shirazy dalam menyampaikan kembali kisah ini telah menyebabkan penulis menitiskan air mata kerana terasa amat rindu pada Rasulullah saw.

Jadual Habiburrahman el-Shirazy di Kelantan amat padat, alhamdulillah, beliau menjemput penulis bersilaturrahim pada pagi Isnin selepas Kuliah Subuh beliau di tempat beliau menginap. Kami berbicara beberapa perkara. Beliau seorang yang amat bersungguh dalam kerja-kerja dakwahnya. Ternyata beliau adalah seorang "fulltime da'ie" Hidupnya penuh dengan dakwah dan kecintaan kepada ilmu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan ternyata novel-novel beliau amat luarbiasa. Dakwah beliau bukan sekadar untuk Indonesia, tetapi sampai ke Jerman, Yaman, Brunei, Malaysia, Taiwan dan di beberapa buah negara lagi. Beliau juga sibuk dengan mempromosikan Filem Ketika Cinta Bertasbih. Beliau juga akan mula menyiapkan Siri Drama KCB untuk episod di sepanjang Ramadhan kelak.

Habiburrahman el-Shirazy, anda amat luarbiasa. Hidup beliau bukan sekadar dalam dunia penulisan dan perfileman Islami, beliau juga sibuk menguruskan pesantren beliau di Jawa, dan sibuk mengisi jemputan ceramah dan pembentangan kertas kerja samada di Indonesia, mahupun di peringkat antarabangsa.

Mengkagumkan, beliau adalah sebaya dengan penulis, namun sikap dan kesungguhan beliau yang luarbiasa, dakwah beliau benar-benar dirasai ke mana sahaja beliau pergi. Semoga beliau istiqamah, thabat dan menjadi model kepada generasi muda untuk mengikuti jejak luarbiasa beliau dalam membumikan dakwah tercinta ini.

Bertaaruf Bersama Habiburrahman el-Shirazy

Tuesday, February 16, 2010

Mengapakah cinta yang diikrarkan oleh kita sebagai muslim terhadap Rabbnya hari ini semakin hambar dan kehilangan momentumnya? Mengapakah kata-kata cinta seorang muslim kepada Allah, Rasul-Nya dan Islam kini hanya tinggal slogan-slogan yang kosong tidak punya roh lagi?

Cinta ada tanda dan buktinya. Tak percaya, cuba tanya kepada mereka yang sedang kemaruk bercinta. Bercinta dengan siapa, entahlah, cubalah tanya kepada mereka... Namun hakikatnya, jika anda bertanyakan kepada kelompok yang sedang bercinta sesama manusia, dengan mereka yang menagih cintanya Allah dan cintanya kepada Rasulullah, anda akan menemui tanda-tanda yang jelas pada dua golongan ini, yang hanya terjadi pada orang yang sedang bercinta.

1. Asyik mengingati dan menyebut mahbut (kekasihnya)
Seorang manusia yang sedang mencintai sesuatu pasti tidak akan terlepaskan kecintaannya dari alam ingatannya barang sejenak. Ketika makan, minum, berpakaian, berjalan, sedang berkawan, atau sendirian, dia akan selalu mengingati dan menyebutnya. Dengan teknologi yang canggih, orang sedang bercinta dengan mudah mengirimkan pesanan cintanya kepada orang yang diingati selalu, melalui sms, mms, email, chatting, facebook dan lain-lain lagi.

Sebab itulah kalau kita perhatikan kelompok manusia, samada remaja, belia, mahasiwa mahupun yang sudah berusia yang terjebak ”couple” dengan bukan muhrimnya, jiwa dan pemikiran mereka asyik dengan kekasihnya.

Begitu juga pasangan bahagia yang telah berumahtangga, sang suami pasti akan sentiasa mengenang dan merindui isteri tercinta, sang isteri juga melimpah ingatannya kepada suami yang dikasihi.

Itulah impak cinta sesama manusia. Bagaimana pula hubungan cinta antara seorang hamba dengan Penciptanya? Bukankah seharusnya ingatan dia kepada Allah lebih tinggi kadarnya dari ingatan cinta sesama manusia? Inilah yang digambarkan Allah dalam Al Quran:

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (‘Ali Imran: 190-191)

Allah juga memerintahkan dalam Al Quran:

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan sebutan yang sebanyak-banyaknya.” (Al-Ahzab: 41)

Persoalannya, sebagai muslim, apakah kita banyak mengingati Allah atau sebaliknya? Cinta kita yang mana yang lebih besar, cintanya Allah atau cinta manusia?
Yang mana lebih banyak yang kita ingat? Dan penulis yakin kepada mereka yang sedang bercinta secara “haram”, sudah tentu masa anda sedang mencintai, anda tidak ingat kepada Allah, sebaliknya anda hanya ingat kepada orang yang anda sudah jatuh cinta. Barulah penulis faham, mengapa kalangan remaja, belia dan mahasiswa yang terjebak dengan cinta “haram” berdepan dengan banyak masalah, kerana ketika mereka sedang bercinta, Allah tiada dalam ingatannya. Tak percaya, cubalah tanya kepada mereka.

Couple Islami?
Ada juga golongan ini yang menjawab kepada penulis, kami bercinta tiada apa-apa masalahpun, ok aje. Waktu sembahyang kami sembahyang. Waktu study kami study. Erm.. couple islami. Kami ingat Allah apa!

Bagus juga pasangan couple islami ni ya. Berjaya menemui formula menghalalkan cinta mereka. Mengapa mereka mencari formula ini? Inilah penangan cinta. Ketiak sudah jatuh cinta, mereka tidak mampu melupakan kekasih hati mereka. Apabila sudah kemaruk bercinta, ia akan mencari jalan menghalalkan cinta mereka, hatta mereka sanggup mengatakan bahawa mereka tetap mencintai Allah, mereka tetap ingat kepada Allah, walaupun ketika sedang ’dating”.

Cinta Palsu
Ketahuilah bahawa, cinta tidak cukup hanya dengan diucap. Orang yang berani mengucap kata cinta tetapi kenyataannya tidak pernah mengingat dan menyebut-nyebut kekasihnya dengan hati yang ikhlas, ini adalah cinta palsu.

Firman Allah swt:

”Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali (An-Nisa’: 142)

MasyaAllah, dalam ayat ini, Allah menyebut sebagai munafik kepada golongan yang hanya sedikit mengingati Allah, bagaimana pula yang tidak mengingati Allah?

Kepada yang berpegang kepada istilah ”couple islami”, dan rasa tidak bersalah ketika bercouple, apakah benar-benar ketika kita bercouple kita asyik ingat Allah? Apakah benar ketika kita solat, kita ingat kepada Allah, atau jangan-jangan yang terbayang di benak pemikiran kita bukannya Allah, tetapi si dia pujaan hati.

Krisis Cinta Palsu
Sebenarnya, ramai remaja, belia dan mahasiswa Islam berhadapan dengan krisis cinta kerana gejolak hawa nafsu. Cinta palsu menyebabkan kita sedikit mengingati allah bahkan terkadang menyebabkan kita lupa kepada Allah, lalu berlakulah zina. Kemudian terjadilah mengandung luar nikah. Kemudian muncullah gejala buang dan bakar bayi. Inilah akibatnya krisis cinta palsu.

Bersambung....

Bicara CINTA (1)

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah