Tuesday, February 23, 2010

Bertaaruf Bersama Habiburrahman el-Shirazy


Alhamdulillah pada Ahad, 14 Feb yang lepas, penulis telah bertemu dengan tokoh muda sang da'ie dan penulis novel Islami yang luarbiasa, Ustaz Habiburrahman el-Shirazy, kebetulan beliau berada di Kota Bharu menjayakan jemputan program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Penulis sempat menghadiri Kuliah Maghrib beliau di Masjid Kubang Kerian, beliau bicara persoalan CINTA kepada Rasulullah saw. Walaupun kisah sejarah kecintaan Bilal B Rabah pada Rasulullah saw sering penulis semak dan baca, namun keikhlasan dan keindahan bicara Habiburrahman el-Shirazy dalam menyampaikan kembali kisah ini telah menyebabkan penulis menitiskan air mata kerana terasa amat rindu pada Rasulullah saw.

Jadual Habiburrahman el-Shirazy di Kelantan amat padat, alhamdulillah, beliau menjemput penulis bersilaturrahim pada pagi Isnin selepas Kuliah Subuh beliau di tempat beliau menginap. Kami berbicara beberapa perkara. Beliau seorang yang amat bersungguh dalam kerja-kerja dakwahnya. Ternyata beliau adalah seorang "fulltime da'ie" Hidupnya penuh dengan dakwah dan kecintaan kepada ilmu. Beliau amat meminati bidang penulisan dan ternyata novel-novel beliau amat luarbiasa. Dakwah beliau bukan sekadar untuk Indonesia, tetapi sampai ke Jerman, Yaman, Brunei, Malaysia, Taiwan dan di beberapa buah negara lagi. Beliau juga sibuk dengan mempromosikan Filem Ketika Cinta Bertasbih. Beliau juga akan mula menyiapkan Siri Drama KCB untuk episod di sepanjang Ramadhan kelak.


Habiburrahman el-Shirazy, anda amat luarbiasa. Hidup beliau bukan sekadar dalam dunia penulisan dan perfileman Islami, beliau juga sibuk menguruskan pesantren beliau di Jawa, dan sibuk mengisi jemputan ceramah dan pembentangan kertas kerja samada di Indonesia, mahupun di peringkat antarabangsa.

Mengkagumkan, beliau adalah sebaya dengan penulis, namun sikap dan kesungguhan beliau yang luarbiasa, dakwah beliau benar-benar dirasai ke mana sahaja beliau pergi. Semoga beliau istiqamah, thabat dan menjadi model kepada generasi muda untuk mengikuti jejak luarbiasa beliau dalam membumikan dakwah tercinta ini.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah