Saturday, August 27, 2011

Bagaimana Menjaga Kesinambungan Amal Pasca Ramadhan?




Ramadhan akan berlalu, apakah kita termasuk orang yang berhasil mendapatkan yang dijanjikan Allah di bulan Ramadhan? Apakah parameter keberhasilan seseorang menjalani Ramadhan? Lihatlah pada kualiti dan kuantiti ibadahnya setelah Ramadhan berakhir. Syawal adalah bulan pertama setelah Ramadhan, 1 dari 11 bulan tempat kita mengevaluasi kualiti keimanan sesuai dengan tujuan shaum, menjadikan kita orang yang bertaqwa.

Namun, biasanya dengan berlalunya Ramadhan, berkuranglah kuantiti dan kualiti segala amal ibadah yang kita lakukan di bulan yang mulia itu. ini merupakan suatu fenomena natural kerana beberapa sebab.

Pertama, saat azan Maghrib berkumandang saat menjelang malam takbir kemenangan, belenggu syaitan dibuka dan syaitan berkuasa untuk menggoda kita kembali.

Kedua, perhitungan pahala amalan kembali seperti sebelum Ramadhan, sehingga motivasi seseorang untuk beribadah menurun.

Ketiga, biasanya seseorang kelelahan kerana memaksakan diri untuk beribadah dan beramal sebanyak mungkin di bulan Ramadhan. Maka membuatnya ingin beristirehat atau mengurangi intensiti ibadah setelah bulan Ramadhan berakhir.

Meskipun demikian, perkara-perkara tersebut seharusnya tidak menjadi penghalang bagi kita untuk menjaga kesinambungan amal Ramadhan. Kita harus berusaha untuk menjaga kesinambungan amal Ramadhan, antaranya;

Pertama, kita harus menyedari bahawa diri kita ini kepunyaan Allah. Allah-lah Yang Maha Menguasai hati, fikiran, dan tubuh kita. Oleh kerana itu kita harus memohon kepada Allah agar setelah Ramadhan kita diberi tekad, kekuatan, dan kemampuan untuk menjaga dan meningkatkan amalan-amalan yang telah kita lakukan selama bulan Ramadhan. Kita harus memohon kepada Allah Yang Menguasai semua makhluk agar dilindungi dari segala godaan dan bisikan syaitan. Dengan berlindung kepada Allah, mudah-mudahan syaitan tidak mempunyai kekuatan lagi untuk menggoda kita sehingga kita berhasil mempertahankan dan meningkatkan amal-amal kita.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah:186)

Kedua, kita harus menyedari bahawa kita adalah hamba Allah, bukanlah hamba Ramadhan mahupun hamba hawa nafsu. Kita beramal dan beribadah mestinya bukan kerana Ramadhan tetapi hanya kerana Allah. Dengan kasih sayang-Nya Allah menetapkan bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh keistimewaan dan kelimpahan ampunan dan pahala. Namun demikian hal tersebut tidak bererti bahawa kasih sayang-Nya berkurang pada bulan-bulan lain. Jika kita bersungguh-sungguh kepada Allah, insyaAllah Allah akan memberikan kemudahan kepada kita menjaga kesinambungan amal pasca Ramadhan. Maka tingkatkanlah perhatian kita terhadap pengaruh hawa nafsu yang mampu menghakis konsistensi amal kita terutama selepas berakhirnya Ramadhan. Firman Allah;

"Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya? Allah membiarkan orang seperti itu sesat dengan mengunci pendengaran dan hatinya serta menutup penglihatannya. Siapakah yang memberikan petunjuk kepadanya apabila Allah membiarkan dirinya sesat. Tidakkah kamu memiliki pengajaran?" (al Jasiyah: 23)

Ketiga, kita harus berusaha untuk selalu berinteraksi, mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Al-Quran dan As Sunnah setiap saat dalam hidup kita. Dengan ini mudah-mudahan semangat dan motivasi kita untuk beramal dan beribadah selalu terjaga dan semakin meningkat.

Rasulullah SAW bersabda, Bermu’ahadahlah (pertahankanlah dirimu) bersama Al Quran ini, demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya, sesungguhnya Al Quran ini lebih cepat hilangnya, daripada cepatnya ikatan tali unta yang terlepas. (HR Bukhari dan Muslim).


Keempat, kita harus mengingati bahawa Allah menyukai amalan yang istiqamah dan berkesinambungan. Prinsip menjaga kesinambungan amal adalah bahagian yang tidak terpisah dalam rangkaian ibadah dalam Islam, bahkan ia menjadi satu ruh yang menjiwai amalan tersebut berkualiti atau tidak. Nabi SAW pernah ditanya: “Apakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: “Amalan yang dilaksanakan secara berkesinambungan walaupun sedikit” (HR. Bukhari).

Kelima, kita harus bertekad bahawa hari ini lebih baik dari kelmarin dan hari esok lebih baik dari hari ini. Dengan tekad ini, mudah-mudahan kita akan terdorong untuk terus-menerus berusaha meningkatkan atau setidaknya mempertahankan kualiti dan kuantiti amal.

Keenam, kita harus mempunyai target minimum amalan untuk suatu period waktu tertentu dan selalu mengevaluasinya. Dengan adanya target minimum insyaAllah kita akan terdorong untuk mencapai dan melepasinya. Evaluasi amalan setiap period dan fasa tertentu sangat bermanfaat untuk menjaga kesinambungan amalan kita. Untuk meningkatkan motivasi, keefektifan, cinta, dan kebahagiaan, bagi yang sudah berkeluarga, sebaiknya target ini ditetapkan, dilakukan, dan dievaluasi bersama pasangan hidupnya.

Ketujuh, kita harus menyedari bahawa setiap saat kita akan menemui hari kematian. Dengan menyedari bahawa setiap saat Allah berkuasa untuk mencabut nyawa kita, insyaAllah tidak ada ruang dalam fikiran kita untuk mengurangi amal ibadah kita dan semangat kita untuk beramal dan beribadah akan tetap terjaga.

Semoga Allah memberikan kepada kita kekuatan untuk menjaga keseinambungan amal pasca Ramadhan dan memperoleh ampunan, pahala, rahmat, dan redha-Nya.

”Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik” (Al Ankabut:69)

2 comments:


  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah