Bercinta Dengan Al Quran
Alhamdulillah, Ramadhan pada tahun ini Allah susun saya dapat bersahabat dengan Syeikh Deeaudeen Khalifa B Muhammad, imam muda dari Syiria. Beliau mewakili Rabithah Ulama Palestin (RUP) bagi menjayakan program Terawih Bersama Imam Muda RUP anjuran HALUANPalestin Kelantan bagi mengutip dana membantu saudara-saudara kita di Palestin dan kem-kem Pelarian Palestin di Syiria.
Syeikh Deeaudeen Khalifa B Muhammad amat luarbiasa orangnya. Umurnya baru berusia 31 tahun, namun beliau memiliki keluasan ilmu yang tinggi. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang Syariah dan Sarjana dalam bidang Fiqh dari sebuah universiti di Syiria. Beliau juga seorang Huffaz, menguasai dan hafal Kitab Hadith Imam Bukhari serta mahir 10 Qiraat. Mengenali beliau lebih dekat menyebabkan saya merasa begitu kerdil dengan tahap ilmu saya sendiri, terutamanya ilmu Islam. Namun menariknya berbicara dengan beliau mencetuskan rasa kecintaan kepada ilmu. Dan yang paling teruja menumbuhkan rasa cinta saya kepada Al Quran dan al Hadith.
Mengapa saya kata sedemikan? Kerana pada wajahnya melihatkan sikap seorang yang mencintai llmu, AL Quran dan al Hadith. Beliau begitu intim dan mesra dengan al Quran dan Hadith, buktinya beliau tidak pernah putus menyebut ayat-ayat Allah SWT dan pesanan-pesanan hadith Rasulullah SAW. Ternyata beliau asyik bercinta, bercinta dengan AL Quran dan al Hadith.
Pernah saya bertanyakan kepada Syeikh Deeaudeen Khalifa, apakah seseorang yang sudah berusia umurnya mampu menguasai dan menghafal al Quran. Beliau tersenyum. Lalu beliau berkongsi kisah-kisah menarik di Syiria, bagaimana penangan cinta al Quran “merasuk” diri seseorang.
Kata beliau ada seorang warga emas berusia 93 tahun, baru memeluk Islam. Tok Ki ini jatuh cinta dengan Islam setelah terjatuh cinta dengan al Quran. Dalam masa 2 tahun sahaja, Tok Ki kita ini berjaya menghafal al Quran.
Ada seorang warga emas muslimah berumur 80an. Nek Ki kita ini pula hanya mula belajar al Quran pada usia senja, 80 tahun. Dalam masa 3 tahun, Nek Ki telah menghafal al Quran.
Subhanallah! Penulis memandang tepat pada wajah Syeikh Deeaudeen Khalifa. Bijak beliau meransang motivasi saya untuk jatuh cinta dengan al Quran. Beliau sengaja berkongsi cerita dengan saya kisah-kisah Tok Ki dan Nek Ki belajar dan menghafal Al Quran pada usia senja. Sedangkan saya dan anda, masih muda lagi bukan? Namun apa yang menghalang kita untuk terus bercinta dengan Al Quran?
Mungkin kerana kita tidak ada perasaan cinta yang ghairah pada Al Quran. Namun cinta itu boleh dibina dan tumbuh jika kita mahu. Kerana cinta yang indah adalah cinta yang sentiasa tumbuh dalam jiwa berkali-kali. Begitulah cinta kita seharusnya dengan al Quran. Kita jarang “jatuh cinta” dengan al Quran acapkali. Maka terjadilah kegersangan hubungan antara kita dengan Al Quran. Tiada perasaan indah dan teransang dengan al Quran. Apakah kita tidak mahu bercinta dengan Al Quran?
Ramadhan adalah peluang terbaik untuk kita muhasabah cinta kita kepada al Quran. All Quran yang dibaca, selain dari keghairahan kita membacanya untuk meraih pahala berganda, namun kecintaan pada al Quran seharusnya lebih dari itu iaitu menjadikan al Quran “hidup” dalam kehidupan kita. Cinta itu seharusnya melahirkan fenomena menarik dalam kehidupan. Kerana apabila kita jatuh cinta, kita akan acapkali berdamping dengannya, berkomunikasi dengannya, bergembira dan bersedih dengannya. Hidup dengannya. Tatkala bercinta dengan al Quran, kita tidak akan pernah dikecewakan. Al Quran dengan jujur akan memandu kita kepada kebaikan dan jalan keluar yang benar, dan Allah SWT akan memberikannya sebesar-besar ganjaran pula kepada pencinta al-Quran. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. Fathir: 29 – 30)
Menurut Syeikh Muhammad B Sholih al-Utsaimin, membaca (tilawah) al Quran ada dua macam. Pertama, tilawah hukmiyyah, iaitu membenarkan segala berita yang ada di dalamnya dan menerapkan hukum-hukumnya dengan cara melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Keduanya tilawah lafzhiyyah atau yang disebut dengan qiro’tul-quran (membaca lafaz kitab al Quran). Banyak sekali nas yang menyebutkan tentang keutamaannya. Apatah lagi apabila di baca pada bulan Ramadhan.
Dari Abu Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda;
“Bacalah Al Quran, kerana pada hari kiamat nanti ia akan datang sebagai pemberi syafaat kepada orang yang mermbacanya.” (Riwayat Imam Muslim)
Dalam Sahih Bukhari disebutkan pula hadith dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda;
“Tidaklah suatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah Allah dimana mereka membaca Kitab Allah dan belajar bersama di antara mereka, melainkan ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka, para malaikat akan mengelilingi mereka, dan Allah akan menyebutkan namanya di hadapan para makhluk yang ada di sisi-Nya.”
Allahuakbar! Indahnya apabila kita bercinta dengan al Quran. Beroleh ketenangan dan rahmat, malaikat akan bersamanya dan yang paling indah Allah SWT akan memberi perhatian padanya. Apakah ada lagi perhatian yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan perhatian dari Allah SWT sehinggakan nanti Allah akan menyebut namanya di hadapan makhluk-makhluk lain?
Semoga kita bersungguh-sungguh memperbanyakkan bacaan al Quran yang penuh berkah apalagi pada bulan suci Ramadhan ini yang menjadi bulan diturunkan al Quran.
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk sentiasa cinta kepada al Quran dengan membaca dan menghayatinya. Tunjukkan kami ke jalan keselamatan, keluarkan kami dengannya dari kegelapan menuju cahaya, serta jadikan ia sebagai hujjah yang menguntungkan kami dan yang tidak memberatkan kami, Ya Allah, angkatlah darjat kami dengan al Quran, dan selamatkan kami dari lembah kehinaan, hapuskanlah dosa-dosa kami dengan al Quran, wahai Rabb semesta alam.
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..