Tuesday, June 26, 2007

KESEMPURNAAN NI'MAT ALLAH S.W.T. KEPADA KITA

KESEMPURNAAN NI'MAT ALLAH S.W.T. KEPADA KITA

Ni'mat Allah S.W.T. yang sebenarnya diberikan kepada hamba-hambaNya yang taat patuh kepada-Nya semata-mata, di setiap masa dan tempat.

Dasar kita adalah satu sahaja. Dasar inilah yang perlu kita bawa dan hayatinya di mana-mana sahaja, iaitu: Kita Tidak Akan Mengabdikan Diri Kepada Ilah-ILah Yang Lain Selain Allah S.W.T..

Hal ini sebenarnya telah kabur di dalam masyarakat kita seluruhnya. Oleh yang demikian dasar tersebut perlulah diproses lain, guna untuk melahirkan pengabdian yang sebenarnya. Oleh yang demikian kita perlu kepada manusia yang berjiwa bersih sebagai tenaga penggerak, yang bergerak di dalam satu jamaah yang padu. Tenaga penggerak yang mempunyai jiwa yang bersih ini hanya alakn lahir sari satu program Tarbiyyah (pendidikan) 'Aqidah yang sebenarnya.


Dengan cara ini barulah kesempurnaan ni'mat Allah S.W.T. kepada kita itu dapat dirasai. Barulah disedari bahawa nikmat Allah S.W.T. tidak terkira. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T. sebesar-besar punca kenikmatan.

Bagi mereka yang mengetahui persaudaraan mu'min, mereka akan berusaha untuk menegakkan Islam, di tengah masyarakat yang leka dengan kemungkaran ini. Tertegaknya Islam merupakan obor kepada seluruh Ummat. Keadilan akan tercapai. Kezaliman, kemunkaran, kedurhakaan kepada Allah S.W.T. akan dibenteraskan.

Untuk itu kita perlu kepada kesabaran. Kita sebagai tenaga penggerak Islam, perlulah bersikap sabar. Jika belum ada masyarakat Islam, kita perlu bersabar untuk mengujudkannya.

Sikap sabar yang melahirkan natijah yang sebenarnya, hanya akan lahir melalui Tarbiyyah (pendidikan) Imaniyyah yang jelas. Bila ini kita hendak lakukan, kita perlu melihat dan merujuk kepada rangka perjuangan Islam yang pertama dahulu.

Hal ini telah dijelaskan oleh asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya, Mu'alim Fi at-Tariq. Tidak lain contoh bagi kita yang ingin menghayati Islam selain dari Ummah yang telah dibentuk oleh Rasulullah S.A.W..

Dalam rangka kita mengejar ni'mat Allah S.W.T. ini, sikap kasihan perlu ada. Kita kasihan terhadap mereka yang terikut-terikut melakukan munkar. Kasihan melihat manusia yang masih mendewa-dewakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.. Mereka yang masih melakukan apa yang Allah S.W.T. larang dan meninggalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan itu, patut kita kasihani.

Atas dasar kasihan inilah kita perlu bertindak merubah, menolong serta membantu mereka agar tidak meninggalkan kemungkaran lagi. Punca kemungkaran itulah perlulah kita hancurkan.

Bagi mereka yang mendewa-dewakan makhluk itu kita jelaskan tentang pengertian (konsep) makhluk itu. Bahawa makhluk itu bukan untuk didewa-dewakan, perlulah dijelaskan kepada mereka. Inilah pengakhiran kasihan kita kepada mereka.


Tiada kerehatan bagi kita dalam memperkatakan Islam ini. Kita mesti terus mengenengahkan perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya.

Sekiranya kita ditentang oleh pendokong kemungkaran, kita perlu menghadapinya dengan penuh persediaan. Rintangan yang dicipta oleh mereka perlulah kita pecahkan. Di sinilah perlu kita mamahami mereka dengan sebenar-benarnya. Kita juga perlu menilai kekuatan yang ada pada kita, iaitu kekuatan Iman.


Iman yang kuat lagi padu ini tidak boleh kita dapati melalui ceramah yang bersemangat semata-mata. Ini juga tidak lahir melalui ilmu yang banyak tanpa amal. Iman yang berfungsi ini hanya akan lahir melalui satu program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen.


Untuk melalui Tarbiyyah Imaniyyah yang tulen, perlulah kita merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah serta sejarah para sahabat dalam seluruh perkara dan ketika.

Bahan-bahan rujukan ini sangat perlu kita tetapkan. Jika lari dari bahan-bahan rujukan ini ketulinan tidak akan deperolehi. Pun begita jika campurkan bahan-bahan Tarbiyyah dalam peringkat pembentukan natijahnya akan kabur.

Setelah kita dapat melatih diri kita dalam program Tarbiyyah Islamiyyah yang tulen ini, dengan bahan-bahan yang jelas barulah dapat kita mengenali yang mana patut dikasihani dan yang mana pula pendokong kemungkaran. Ketika ini barulah kita boleh mengatur langkah penyeruan Islam.

Di sini jelaslah Tarbiyyah Islamiyyah Sohihah itulah yang akan menentukan kita dapat atau tidak kenikamatan yang telah Allah S.W.T. sempurnakan untuk kita. Pernyataan ini telah berlalu 14 abad yang lalu dan akan terus tetap hingga hari qiamah. ia tidak akan berubah. Kitalah perlu merubah apa yang ada pada diri kita untuk memenuhi kehendakNya bagi memperolehi kenikatan yang hakiki.

Renungilah Firman-Firman Allah S.W.T. yang berikut sebagai panduan untuk kita dalam hal ini:

1. Terjemahannya:-

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. "

(Surah ar-Ra'd: ayat 11.)



2.Terjemahannya:-

" Dan kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdo’a) : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan wafatlah kami dalam keadaan kami menyerah diri (kepada-Mu). "

(Surah al-'Araf: ayat 126.)

3. Terjemahannya:-

" Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun berdo’a : Ya Tuhan kami! Limpahlah kesabaran kepada kami dan kukuhlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. "

(Surah al-Baqarah: ayat 250.)

4. Terjemahannya:-

" Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Bahawa sesungguhnya ia tidak berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kamu yang kafir. "

(Surah Yusuf: ayat 87.)

5. Terjemahannya:-

" Ibrahim berkata : Tidak yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat."

(Surah al-Hijr: ayat 56.) `

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah