Monday, June 04, 2007

Kreativiti Pada Anak (Siri Akhir)

Kreativiti Pada Anak (Siri Akhir)

Sebahagian orang berpendapat bahawa kreativiti itu hanya dimiliki segelintir orang berbakat. John Kao, pengarang buku Jamming: The Art and Discipline in Bussiness Creativity, (1996), membantah pendapat ini. "Kita semua memiliki kemampuan kreatif yang mengagumkan, dan kreativiti boleh diajarkan dan dipelajari," kata Kao.

Sebahagian orang lain berpendapat bahawa kreativiti selalu dimiliki oleh orang yang mempunyai akademik yang tinggi. Namun faktanya, banyak orang yang memiliki kemampuan akademik tinggi tetapi tidak automatik melakukan aktiviti yang menghasilkan output kreatif.

Terdapat beragam definisi yang terkandung dalam pengertian kreativiti. Menurut pandangan David Campbell, kreativiti adalah suatu idea atau pemikiran manusia yang bersifat inovatif, berdaya guna, dan dapat dimengerti. Definisi senada juga dikemukakan oleh Drevdahl. Menurutnya, kreativiti adalah kemampuan seseorang menghasilkan gagasan baru, berupa kegiatan atau sintesis pemikiran yang mempunyai maksud dan tujuan yang ditentukan, bukan fantasi semata. Bagi setiap Muslim, landasan berfikir dan berbuat atau berkarya adalah akidah Islam. Kerana itu, sudah semestinya setiap hasil pemikiran dan perbuatan atau karyanya berstandard pada akidah Islam tersebut sebagai bentuk keyakinannya kepada Allah Swt. yang telah menciptakannya.

Ikuti sambungan Panduan Membangun Kreativiti Anak (Siri Akhir)


2. Menyubur dan memantapkan sumber motivasi.

Kreativiti dimulai dari suatu gagasan yang interaktif. Bagi anak-anak, dorongan dari luar diperlukan untuk memunculkan suatu gagasan. Dalam hal ini, para ibu bapa banyak berperanan. Dengan penghargaan diri, komunikasi, dialog dan kemampuan mendengar aktif maka anak akan merasa dipercaya, dihargai, diperhatikan, dikasihi, didengarkan, dimengerti, didukung, dilibatkan dan diterima segala kelemahan dan keterbatasannya. Dengan demikian, anak akan memiliki dorongan yang kuat untuk secara berani dan lancar mengemukakan gagasan-gagasannya.


Selain itu, untuk memotivasi anak agar lebih kreatif, sudah seharusnya kita memberikan perhatian serius pada aktiviti yang sedang dilakukan oleh anak kita, misalnya dengan melakukan aktiviti bersama-sama mereka. Kalau kita biasa melakukan puasa dan solat bersama anak-anak kita, mengapa untuk aktiviti yang lain kita tidak dapat melakukannya?


Dengan demikian, sesungguhnya seorang Muslim memiliki peluang yang lebih besar untuk menjadikan anak-anak mereka kreatif. Persoalannya sekarang bagaimana kita sebagai ibu bapa Muslim senantiasa berusaha untuk memperkenalkan anak-anak kita dengan berbagai hal dan sesuatu yang baru untuk memenuhi aspek kognitif mereka. Tujuannya adalah agar mereka lebih terdorong lagi untuk berfikir dan berbuat secara kreatif.

Perlu difahami, dalam memotivasi anak agar kreatif, lakukanlah dengan cara menyenangkan dan tidak di bawah tekanan/paksaan.

3. Mengendalikan proses pembentukan anak kreatif.

Beberapa hal yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa dalam pembentukan anak kreatif adalah:

a.. Persiapan waktu, tempat, fasiliti dan bahan yang memadai. Jangkamasa aktiviti antara 10-30 minit setiap hari; bergantung pada bentuk kreativiti apa yang hendak dikembangkan. Begitu pula dengan tempat; ada yang memerlukan tempat yang khusus dan ada pula yang dapat dilakukan di mana saja. Fasiliti atau peralatan tidak selalunya yang canggih; bergantung pada sasaran apa yang hendak dicapai. Bahan pun tidak harus selalu baru; lebih mudah menggunakan bahan-bahan sisa buangan yang boleh digunakan semula untuk dijadikan alat atau bekas-bekas kosong yang ada di rumah anda.

b.. Mengatur kegiatan. Kegiatan diatur sedemikian rupa agar anak-anak dapat melakukan aktivitinya secara individual maupun berkelompok. Kadang-kadang anak-anak melakukan aktiviti secara kompetitif; kadang-kadang juga secara kooperatif.

c.. Menyediakan satu sudut khusus untuk anak dalam melakukan aktiviti.

d.. Memelihara iklim kreatif agar tetap terpelihara. Caranya dengan mengoptimamkan panduan di atas.

4. Menilai hasil kreativiti.

Selama ini kita sering menilai kreativiti melalui hasil atau produk kreativiti. Padahal sesungguhnya proses itu pada masa kanak-kanak lebih penting asilnya. Pentingnya penilaian kita terhadap proses kreativiti bukan bererti kita tidak boleh menilai hasil kreativiti itu sendiri. Penilaian tetap dilakukan.

Cuma ada satu hal yang harus kita perhatikan dalam menilai. Hendaknya kita menilai hasil kreativiti tersebut dengan menggunakan perspektif anak, bukan perspektif kita sebagai orangtua. Kalau kita mendapati seorang anak berusia 3 tahun dan kemudian dia dapat menyebutkan huruf hijaiyah dari alif sampai ya, apakah kita akan mengatakan, "Ah, kalau cuma baru menyebutkan begitu, saya juga boleh buat." Tentu saja, dalam mengevaluasi proses dan hasil kreativiti harus dengan pemikiran terbuka. Setiap kali kita mengevaluasi hasil tersebut, kita harus selalu memberikan dorongan, sokongan penguatan sekaligus pengarahan. Begitu juga sebaliknya; jauhi celaan dan hukuman agar anak kita tetap kreatif.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah