Uzur dan Berehat-Rehat Di Jalan Dakwah
Dakwah tidak mengenal uzur. Anas bin Malik mengatakan tentang Abdullah bin Ummi Maktum yang secara fizikalnya beliau buta. Tetapi pada perang Yarmuk, Abdullah bin Ummi Maktum hadir di tengah para mujahidin di medan perang, memakai baju besi, memegang bendera. Anas bin Malik bertanya, wahai Abdullah bin Ummi Maktum, bukankah Rasulullah saw telah memberi uzur kepadamu? Beliau menjawab, “Ya betul, memang dalam Al Quran telah diberikan uzur kepada orang buta. Tetapi sayamenginginkan dengan kehadiran saya di sini, di medan perang, paling tidak dapat menambah jumlah tentera Islam.”
Diceritakan lagi ketika tentera Holagu masuk ke kota Baghdad, terdapat seorang ulama yang juga buta. Dia menghadang tentera dengan mengayunkan pedang ke kanan dan ke kiri barangkali ada musuh yang kena. Secara logik, apa yang boleh dilakukan oleh orang yang dalam keadaan seperti itu? Barangkali kalau dia duduk di rumah dia tidak dosa dan tidak ada pertanggungjawabannya di sisi Allah. Tetapi masalahnya, dia ingin memberi sumbangan untuk Islam, ingin aktif, paling tidak ingin mati syahid. Dan benar dia mati syahid.
Kisah kisah seperti ini banyak dalam kisah tabiin. Yang kita inginkan dalam tarbiyah adalah para pewaris dakwah seperti itu. Meskipun dalam keadaan uzur namun tetap sahaja bersemangat berjuang, berjuang, berjuang. Menurut Ahmad bin Hambal kepada muridnya, “mataa yajidul abdu tha’marrahah?” Bila seseorang boleh beristirehat?” Dia menjawab, “Indamaa yatha’u ihda qadamaihi fil jannah” ketika salah satu kakinya menginjak syurga. Ertinya sebelum mati, tidak ada waktu untuk senang senang istirehat. Laa rahata li du’at illa ba’dal mamaat. Itu kata Syeikh Ahmad Rasyid. Jadi barangsiapa yang mahu istirahet silakan mati. Meskipun setelah itu juga belum tentu boleh istirehat kerana tidak ada amal yang di bawa.
0 comments:
Post a Comment