Thursday, February 11, 2010

Panduan Ringkas Kewajipan Berdakwah (1)


1. Maksud Dakwah

Dakwah kepada Allah s.w.t iaitu menyeru dan mengajak manusia kepada Deen Allah s.w.t, mengikuti hidayah Allah s.w.t, menjadikan Manhaj Allah atau Manhaj Rabbani sebagai ikutan dan beribadah dengan penuh ketaatan kepadaNya.


2. Hukum Berdakwah

Ia merupakan Taklif Rabbani dan wajib dilaksanakan dalam realiti Islam yang dagang hari ini. Realiti Islam yang dagang iaitu tidak ada dawlah dan tassawurnya tidak difahami oleh masyarakat Muslim dan dimusuhi.

Firman Allah s.w.t :



Bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."(Surah ali Imran : 104)

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah. Dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (menganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana merka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa Nya." (Surah al Maaidah : 2)


Hadith Rasulullah s.a.w :

حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ أَوَّلُ مَنْ بَدَأَ بِالْخُطْبَةِ يَوْمَ الْعِيدِ قَبْلَ الصَّلَاةِ مَرْوَانُ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَقَالَ الصَّلَاةُ قَبْلَ الْخُطْبَةِ فَقَالَ قَدْ تُرِكَ مَا هُنَالِكَ فَقَالَ أَبُو سَعِيدٍ أَمَّا هَذَا فَقَدْ قَضَى مَا عَلَيْهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ *
Bermaksud:

Hadis Abu Said r.a: Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya: Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman


3. Mengapa Wajib Berdakwah


Antara sebabnya ialah:

a. Bagi menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat, mengeluarkan manusia daripada kesesatan kepada hidayah Allah s.w.t serta membersihkan manusia daripada najis syirik.





Firman Allah s.w.t :


Bermaksud:

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

(Surah al Anbiya’ : 107)

Firman Allah s.w.t :



Bermaksud:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

(Surah Ibrahim : 1)


b. Agar kekufuran dan jahiliyah tidak berleluasa dan mempengaruhi jiwa masyarakat. Minimanya dapat melemahkan jahiliyah.

c. Agar terhindar daripada bala’ Allah s.w.t kerana bala’ datang secara menyeluruh dan mengenai semua orang, tidak hanya orang-orang yang durhaka kepada Allah s.w.t sahaja.

Firman Allah s.w.t :




Bermaksud:

Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.

(Surah al Anfal : 25)

4. Penglibatan Dalam Dakwah

a. Penglibatan berteraskan keImanan kepada Allah s.w.t ( intima’ ‘aqidi)

b. Penglibatan berteraskan sampai kembali ke rahmatullah ( intima’ masiri )

Sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya menjadi ikutan.

This entry was posted in :

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah