Thursday, February 11, 2010

Panduan Ringkas Kewajipan Berdakwah (2)


5. Tabiat Jalan Dakwah

a. Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bungaan, bahkan dipenuhi dengan berbagai kesukaran serta panjang pula perjalanannya.

b. Pertembungan antara haq dan batil sentiasa berlaku dalam perjalanan yang menuntut kesabaran, pengorbanan, tanpa tergesa-gesa untuk melihat natijah, juga tidak berputus asa.

c. Perkara yang dituntut dan menjadi kewajipan ialah usaha dan amal mengikut syarak, manakala hasil atau natijah ditentukan Allah s.w.t pada masa yang telah ditentukan dan dalam bentuk yang dikehendakiNya. Kemungkinan juga kita tidak sempat melihat hasilnya dalam masa hayat kita. Kita sedar bahawa manusia itu dihisab amalan dan usahanya dan bukannya natijah / hasil pada hari qiamat nanti.

d. Peraturan Allah juga menentukan bahawa jalan iman ada ujiannya. Ujian tersebut terdapat dalam dua bentuk:

i. Bentuk tawaran-tawaran yang baik.

ii. Bentuk tekanan , penindasan, sekatan dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan." (Surah al Anbiya’ : 35)


Generasi Islam awal telah menempuh berbagai ujian di dalam jalan dakwah, tetapi tidak melemahkan keimanan dan perjuangan mereka.

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada do`a mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan." (Surah ali Imran : 146 – 148)


6. ‘Aqabat Di Jalan Dakwah


Para dai’e perlu memahami bahawa dalam jalan dakwah terdapat berbagai ‘aqabat yang mungkin menyebabkan seseorang dai’e itu mengundurkan diri atau meninggalkan kerja-kerja dakwah. Antara sebab-sebabnya ialah :

a. Kurangnya sambutan orang ramai terhadap dakwahnya.

b. Ejekan dan tekanan-tekanan pihak-pihak yang memusuhi Islam.

c. Kelonggaran dan keselesaan yang diperolehi seseorang dai’e selepas menghadapi tekanan dan penindasan.

d. Terpesona dengan jawatan dan sumber-sumber pendapatan rezeki tanpa menyedari bahawa jawatan dan sumber-sumber pendapatan itu adalah wasilah untuk membantu mencapai matlamat sebenarnya.

e. Perubahan dari alam remaja kepada alam perkahwinan serta penumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak pinak semata-mata.

f. Kekerasan hati yang tidak terus menerus diproses dengan didikan keimanan.


7. Keperluan Dakwah Kepada Tarbiyah Dan Takwin

Dakwah Islam tidak seharusnya terbatas sekadar menyampaikan kesedaran Islam kepada masyarakat umum. Bahkan ia perlu diikuti dengan Marhalah Tarbiyah dan Takwin bagi melahirkan ‘amilin dan para mujahid Islam. Merekalah yang akanterus menyambung kerja-kerja Islam dengan penuh rasa mas’uliyah terhadap Allah s.w.t semata-mata serta tamak kepada keredhaan Allah s.w.t sahaja. ‘Amilin dan para mujahid yang demikian tidak lahir melainkan melalui proses tarbawi syarie dalam usrah, tamrin m katibah, rehlah, mukhayyamn, dawrah , dadwah dan sebagainya.
Semuanya dilaksanakan dalam bentuk tarbawi. Individu-individu yang terdidik dengan tarbiyah imaniyah itu disifatkan sebagai batu bata asas yang kukuh bagi membangunkan bayt al Muslim ( بيت المسلم ), mujtama’ Muslim ( مجتمأ مسلم ) dan seterusnya Dawlah Muslimah (د و لة ) dengan izin Allah s.w.t.

Jika diabaikan tarbiyah tersebut maka dianggap berlaku kelemahan pada asas dan tapaknya. Sesebuah binaan yang lemah tapaknya lambat laun akan menghadapi keruntuhan. Dalam dakwah Islam , jika diabaikan tarbiyah maka mungkin akan berlaku kemerosotan mustawa shakhsiyah para anggota jamaan Islam dan membawa kepada terabainya mas’uliyah dan mungkin timbul berbagai masalah dan perselisihan yang merencatkan kerja-kerja dakwah.

Oleh itu , proses tarbiyah adalah perlu berjalan terus menerus. Iman boleh bertambah dan boleh pula berkurangan dan juga luntur seperti lunturnya pakaian. Maka ia perlu diperbaharui selalu.

8. Sifat-sifat Mulia Para Dai’e

Antara perkara penting yang menjamin penerusan dan keberkesanan dakwah ialah sifat dai’e itu sendiri. Para dai’e perlu memiliki sifat-sifat mulia ( as Sifat al Mahmudah) seperti ikhlas, tawadu’, lemah lembut (lin), manis muka, penyantun (hilm), sabar, berlapang dada (salamat al sadr) dan sebagainya.

Sebaliknya sifat-sifat keji ( al Sifat al Mazmumah) hendaklah dibuang seperti riya’, takabbur, ‘ujub, hasad dengki, dusta, khiayanat dan sebagainya.


9. Tawaran Dan Janji-janji Allah s.w.t

Kita seharusnya yakin kepada tawaran dan janji-janji Allah s.w.t kepada para dai’e dan mujahid Islam yang bersedia mewaqafkan hidup mereka untuk khidmat kepada Islam serta mencurahkan tadhiyah (pengorbanan) mereka kepada jalan Allah s.w.t. Antara tawaran dan janji-janji Allah s.w.t itu telah ditegaskan di dalam al Quran al Karim.

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga `Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (Surah as Saff : 10 – 13)

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."(Surah at Taubah : 111)


10. Penutup

Marilah kita menggembeling tenaga untuk berdakwah kepada Deen Allah s.w.t., berjihad dan mencurahkan segala pengorbanan (al tadhiyah) di atas jalanNya. Kita diarahkan untuk bekerja di dalam satu saff, dalam bentuk jama’ie , yang tersusun rapi laksana binaan yang tersusun kukuh. Allah s.w.t amat cinta kepada mereka yang berbuat demikian.

Firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh." (Surah as Saff : 4)


This entry was posted in :

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah