Pemuda harus melakar sejarah hidupnya menjadi insan terhebat di sisi Allah swt. Saat ini ramai anak muda berlumba-lumba mahukan diri mereka disebut-sebut sebagai hebat oleh manusia sekelilingnya. Antaranya mahu digelar hebat kerana pandai berlumba motor, hebat kerana pandai menyanyi, hebat kerana lawaknya disukai ramai, hebat kerana kecerdikan keputusan peperiksaannya, hebat kerana ramai wanita jatuh hati padanya, hebat kerana memiliki jawatan tinggi seusia mudanya, hebat kerana memiliki kenderaan mahal, hebat kerana pakaiannya berjenama, hebat sana dan hebat sini… Kadang-kadang tidak hebatpun tapi berlagak seolah-olah dirinya hebat.
Pemuda Islam harus mencontohi pemuda hebat di zaman Rasulullah saw. Dengan adanya contoh kalangan pemuda yang wajar dicontohi, insyaAllah pemuda Islam tidak akan meraba-raba mencari model pemuda yang hebat.
Tatkala menyingkap sirah sahabat Rasulullah saw. khususnya generasi pemuda, pasti ia akan membangkitkan selera iman pemuda muslim hari ini. Mengapa? Kerana mereka membina diri mereka menjadi hebat! Hebat di sisi Allah dan Rasulnya.
Saat Perang Khandak bakal tercetus, beredar khabar bahawa sesiapa sahaja lelaki berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar khabar tersebut, seorang pemuda berseri-seri wajahnya. Usianya saat itu memasuki 15 tahun. Dia segera mendaftarkan diri. Itulah idamannya selama ini, berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. Dialah, Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar.
Hebat bukan! Ibnu Umar menhajar kita saat mudanya dia bergabung bersama kafilah dakwah Rasulullah saw. Beliau teruja dan berlumba-lumba menempatkan dirinya berada dalam saf perjuangan dakwah Rasulullah saw. Inilah sikap pemuda yang hebat, berlumba menyertakan diri dalam saf dakwah kerana dakwah adalah “kerja besar” buat orang beriman. Pemuda yang beriman pasti tidak akan melepaskan masa dan umurnya berlalu tanpa “kerja besar”, menempatkan dirinya dalam saf dakwah. Kita bagaimana?
Kepemudaan Ibnu Umar sekali lagi mangajar kita bagaimana beliau menghimpun kekuatan untuk menjadi pemuda hebat di sisi Allah dan Rasulnya. Ibnu Umar menghayutkan dirinya dengan tarbiyah ruhiyah, beliau berjaga dua pertiga malam. Beliau berkawan dengan malam. Ibnu Umar amat dikenali sebagai pemuda yang menitikberatkan aspek tarbiyah ruhiyahnya, maka beliau berkawan dengan malam untuk beribadah, dan berkawan dengan dinihari untuk menangis memohon ampunan-Nya. Beliau dikenali sebagai sahabat Rasulullah saw yang taat menghidupkan solat malamnya. Riwayat telah menceritakan bahawa di masa hayat Rasulullah saw, Ibnu Umar mendapat kurnia dari Allah. Setelah selesai solat bersama Rasulullah, beliau pulang dan bermimpi. "Seolah-olah di tanganku ada selembar kain. Tempat mana saja yang kuingini di syurga, kain itu akan menerbangkanku ke sana. Dua malaikat telah membawaku ke neraka, memperlihatkan semua bahagian yang ada di neraka. Keduanya menjawab apa saja yang kutanyakan mengenai keadaan neraka," begitulah diungkapkan Ibnu Umar kepada kakaknya yang juga isteri Rasul, Hafshah, keesokan harinya.
Hafshah langsung bertanyakan mimpi adiknya kepada Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda:
"ni’marrajulu 'abdullah, lau kaana yushallii minallaili fayuksiru", akan menjadi lelaki paling utamalah Abdullah itu, andainya ia sering solat malam dan banyak melakukannya.
Semenjak itulah, sampai akhir hayatnya, Ibnu Umar tidak pernah meninggalkan qiyamullail, baik ketika bermukim atau bermusafir. Beliau amat tekun menegakkan solat, membaca Al-Quran dan banyak berzikir menyebut asma Allah. Beliau amat menyerupai ayahnya, Umar ibn Khatthab, yang selalu mencucurkan airmata tatkala mendengar ayat-ayat peringatan dari Al-Quran.
'Ubaid ibn 'Umair menjadi saksi, "Suatu ketika kubacakan ayat ini kepada Abdullah ibnu Umar." 'Ubaid membacakan ayat Al Quran, surah an-Nisaa’ :41-42 yang ertinya:
Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami datangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat, dan Kami mendatangkan kamu (Muhamad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Di hari itu orang-orang kafir dan yang mendurhakai Rasul berharap kiranya mereka ditelan bumi, dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun."
Maka Ibnu Umar menangis hingga janggutnya dibasahi oleh air matanya.
Pada kesempatan lain, Ibnu Umar sedang duduk di antara sahabatnya, lalu membaca surah Al Muthaffifin ayat1-6 yang maknanya:
Maka celakalah orang-orang yang berlaku curang dalam takaran. Yakni orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain meminta dipenuhi, tetapi mengurangkannya bila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain. Tidakkah mereka merasa bahawa mereka akan dibangkitkan nanti menghadapi suatu hari yang dahsyat, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?.
Lantas Ibnu Umar mengulang bahagian akhir ayat ke enam,
"ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam."
Lantas air matanya bercucuran, sampai akhirnya beliau jatuh kerana merasa duka, takut dan cemas yang mendalam menyebabkan beliau banyak menangis.
Inilah pemuda hebat wahai pemuda zaman moden. Mereka amat menitikberatkan tarbiyah diri mereka. Mereka mentarbiyah diri mereka dengan al Quran dan Solat malam. Inilah bekalan jiwa mereka yang telah mencetuskan momentum hebat lantas berprestasi luarbiasa di medan dakwah. Inilah formulanya buat pemuda yang merasa lelah dan longlai saat memajukan dakwahnya. Tiada pemisahan antara dakwah dan tarbiah. Al Quran dan solat malam adalah rahsia kehebatan pemuda di zaman Rasulullah saw. Al Quran dan solat malam mencetuskan suatu energi luarbiasa kepada diri mereka untuk istiqamah dan tetap dalam perjuangan.
Ketahuilah bahawa Abdullah ibnu Umar adalah salah seorang sahabat Nabi yang berhati lembut dan begitu mendalam cintanya kepada Rasulullah. Saat Rasulullah saw telah wafat, apabila beliau mendengar nama Rasulullah disebut di hadapannya, beliau akan menangis. Ketika beliau melewati di sebuah tempat yang pernah disinggahi Rasulullah, baik di Mekah mahupun di Madinah, beliau akan memejamkan matanya, lantas butiran air bening meluncur dari sudut matanya.
Sebagai sahabat Rasul, ahli ibadah dan pejuang dakwah bersama baginda saw. beliau menjadi insan yang tidak punya minat lagi kepada dunia.Dunia baginya di dalam genggaman, malahan duani tidak mampu menipu daya momentum penghambaannya kepada Allah swt. Sikap luarbiasa beliau terhadap kecintaannya kepada akhirat sudah nampak sejak beliau remaja lagi, ketika pertama kali ghairahnya bangkit untuk ikut berjihad bersama Rasulullah saw.
Inilah contoh kepemudaan yang hebat, Rasulullah saw sentiasa di hati. Akhirat menjadi obsesi. Rahsia telah terbongkar, inilah ciri pemuda yang hebat di sisi Ilahi. Ayuh kita contohi, kita tiada masa lagi kerana dunia sedang menanti pemuda yang hebat memimpin dunia ini.
Monday, July 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pautan Tarbawi ♥
-
DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA - *DAKWAH MELALUI TIKTOK DAN KESANNYA KEPADA REMAJA MUSLIM DI MALAYSIA* Mohd Amirul Hafiz Ahmad, Solehuddin Shuib, Khairulazhar Samsudin, Muhammed bi...
-
I CUT APPLE A PARENTING - *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Sudah jawab salam saya? Alhamdulillah 😊 Saya memang mahukan doa sejahtera dari jawapan salam anda. Terima ...
-
Cinta itu sentiasa ada persoalan … - Assalam … Entah kenapa malam ini aku menulis disini setelah berkurun tidak berkunjung kesini. Sebenarnya tulisan ini berbentuk nasihat yang telah aku muatk...
-
Tarbiyah dan Kualiti Mas’ul Dakwah (1) - Sesungguhnya dakwah memberikan perhatian khusus terhadap tarbiyah para mas’ul, mempersiapkan kemampuan dan kemahiran di bidang yang digelutinya, begitu pul...
-
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati - Bismillah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Izinkan saya untuk berkongsi satu perkhabaran. Alhamdulillah, tirai Ramadhan tahun ini dibuka denga...
-
Taubat: Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta - Ada sebuah kisah benar, menyayat hati tapi penuh inspirasi yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid ar-Rasyid. Kisah seorang pemuda yang suka berpoya-poya. W...
-
Mursi dan Erdogan Dukung Perjuangan Rakyat Palestin - Presiden Mursi menegaskan bahawa Mesir tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, kerana Gaza menghadapi tragedi kemanusiaan. Beliau menyampaikan kenyataan si...
-
-
0 comments:
Post a Comment