1. Tahukah
Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang
itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak
yatim
3. dan ia
tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4.
(kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan
agama), maka Kecelakaan
besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
5.
(laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
6.
(juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan
bawaannya),
7.
dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak
mendapatnya).
(Surah al-Ma'un:1-7)
Huraian:
Dalam sesetengah riwayat surah al-Ma’un diturunkan di
Mekah. Dan dalam setengah riwayat yang lain surah
ini diturunkan di Mekah dan di Madinah. Iaitu tiga ayat yang pertama diturunkan
di Mekah dan empat ayat terakhir diturunkan di Madinah. Riwayat yang terakhir
adalah riwayat yang terkuat.
Surah
ini berbeza dengan surah-surah yang lain kerana ia dimulakan dengan satu
pertanyaan (أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ
بِالدِّينِ َ ) “Tahukah Engkau orang yang
mendustakan agama?”. Dengan demikian, surah ini terasa lebih menarik kerana
menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati orang yang pembaca. Pertanyaan yang
dikemukakan di dalam ayat ini membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lebih
lanjut lagi siapakah mereka yang mendustakan agama.
Isi kandungan surah ini menjelaskan mengenai orang-orang yang mendapat
kecelakaan kerana mendustakan agama dan hari pembalasan. Sifat-sifat mereka
dijelaskan dengan terperinci. Antara lain tentang membentak anak yatim,
tidak mahu mendorong manusia untuk memberikan makanan kepada orang miskin,
orang yang bersembahyang dengan hati dan jiwa yang lalai, tidak merasakan
kebesaran Allah, tidak menunaikan sembahyang dengan khusyuk dan memahami
maksudnya, serta tentang orang yang tidak mahu memberikan pertolongan kepada
sesama mereka.
Syeikh Dr. Wahbah
Az-Zuhaily (2007), surah ini dinamakan al-Ma’un kerana di penghujungnya
(ayat Madaniyyah) Allah mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan.
Firman Allah S.W.T.: ( وَيَمْنَعُونَ
الْمَاعُونَ )“Dan (mereka) enggan memberi pertolongan”. (al-Ma’un, 107
: 7). Mereka sama seperti orang-orang lalai terhadap sembahyang dan orang-orang
munafik. Perkataan al-Ma’un bermaksud benda-benda yang boleh dipinjam oleh
seseorang jiran daripada jirannya seperti alat-alat untuk memasak; contohnya
periuk, garam atau air. Alat-alat bercucuk tanam seperti baldi dan kapak.
Alat-alat menjahit seperti jarum, benang dan benda-benda lain yang boleh
dipinjam dan digunakan dengan segera. Surah ini juga dinamakan al-Din kerana
pada permulaannya (berupa ayat Makkiyyah), Allah menyelar golongan yang
mendustakan “al-Din” atau pembalasan di akhirat.
Sebab-sebab Turun Ayat
Firman
Allah { أرءيت الذي
يكذب بالدين} yang bermaksud :“Tahukah engkau orang
yang mendustakan agama?” (al-Ma’un, 107 : 1). Terdapat pelbagai pendapat
yang menyatakan tentang sebab turunnya ayat tersebut. Menurut Ibnu ‘Abbas ,
ayat ini diturunkan kepada al-‘As bin Wa’il al-Sahmi. Al-Sauddi berkata,
diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia
diturunkan kepada Abu Jahal. Ini kerana beliau adalah seorang penyelia anak
yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang
meminta sedikit daripada hartanya kepada Abu Jahal. Mendengar permintaan
tersebut, Abu Jahal menolak anak yatim tersebut.
Manakala
Ibnu Juraij berkata, ayat ini diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat,
Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim meminta
sebahagian daripadanya. Abu Sufian bertindak mengetuk anak yatim tersebut
dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan ayat ini أَرَأَيْتَ
الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ . Allah S.W.T.
menurunkan ayat dalam bentuk tanda tanya (istifham), menunjukkan kehairanan dan
keanehan terhadap sikap manusia. Manusia seolah tidak percaya kepada hari
pembalasan. Golongan ini adalah golongan manusia yang rugi.
Bagi firman Allah { فَوَيْلٌ
لِلْمُصَلِّينَ} yang bermaksud :“Maka celakalah orang-orang yang sembahyang” (al-Ma’un,
107:4). Diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ibnu Abbas mengenai ayat
tersebut, beliau berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan
ibadat sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi
meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama
mereka. Mereka juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu
kepada orang lain.
Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk menyatakan tentang kerugian
terhadap orang-orang munafik yang riak dalam sembahyang mereka. Jika mereka
sembahyang , mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala sebaliknya menunjuk
semata-mata tentang keimanan mereka kepada orang-orang Islam. Sebaliknya,
sekiranya mereka tidak bersama orang-orang Islam mereka lalai daripada
melakukan sembahyang sehingga luput waktu. Sebab itulah Allah S.W.T. menyatakan
celaka bagi orang-orang yang sembahyang iaitu bagi mereka yang sembahyang
kerana riak.
Bersambung...
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..