Tuesday, May 07, 2013

Usrah Mingguan: Kajian Surah al-Ma'un (2)


Lima Topik Perbahasan Dalam Surah
           
Dr. Wahbah al-Zuhailiy (2007) dalam bukunya Tafsir al-Munir (Juzuk Amma), menjelaskan secara terperinci tentanglima topik perbahasan utama dalam Surah al-Ma’un.   Antaranya dinyatakan secara ringkas seperti  dalam gambar rajah berikut:

1. Golongan Pendusta Hari Pembalasan

2. Sifat-sifat Pendusta Hari Pembalasan

3. Kepentingan Menjaga Solat

4. Keikhlasan Tunjang Ibadat

5. Bantu membantu Asas Perpaduan


1. Golongan Pendusta Hari Pembalasan 
Allah memulakan ayat pertama dalam surah al-Ma’un dengan gaya bahasa “istifham” atau  teknik soalan iaitu  { ارءيت  }. Allah S.W.T. mahu mengetengahkan persoalan dan menunjukkan kehairanan serta keanehan terhadap sikap manusia. Iaitu golongan yang mendustakan hari pembalasan atau hari kiamat. Manusia yang tidak percaya kepada hari pembalasan adalah contoh golongan manusia yang rugi. Mereka mengkufuri Allah, agama dan segala nikmat-nikmaNya. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana:

- Keasyikan dan kenikmatan hidup di dunia serta godaannya yang melalaikan manusia. Perkara ini berlaku kerana manusia terlalu mementingkan soal-soal duniawi serta kurang pula menunaikan kewajipan mereka kepada Allah S.W.T.

- Syaitan sentiasa menghasut dan membisikkan ke dalam hati manusia supaya mengelakkan diri daripada melakukan perintah Allah S.W.T. dan syaitan sentiasa inginkan manusia lalai daripada beribadat kepadanya.

- Sifat manusia itu sendiri yang angkuh dan bongkak untuk menerima kebenaran, tunduk serta mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

- Tidak kurang juga wujudnya segolongan manusia yang menggesa orang lain ke arah kejahatan dan menjauhi kebajikan.



2. Sifat-sifat Pendusta Hari Pembalasan
Siapakah golongan yang mendustakan hari pembalasan? Persoalan itulah yang cuba diajukan oleh Allah S.W.T. dalam ayat pertama lagi. Jawapan bagi persoalan tersebut terjawab dalam ayat kedua dan ketiga. Antara sifat manusia yang mengingkari dan mendustakan hari pembalasan ialah:

- Manusia yang suka mengherdik anak-anak yatim { فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ  الْيَتِيمَ}  Mereka menghalau, menafikan hak, menindas dan menganiaya anak-anak yatim tanpa rasa belas kasihan. Anak-anak yatim sepatutnya dibantu dan dikasihani kerana mereka adalah golongan yang kematian bapa mereka sebelum usia baligh. Dalam keadaan sedemikian anak-anak yatim ini tida tempat bergantung dan mengharapkan bantuan.

- Manusia yang tidak menggalakkan manusia lain memberi makan kepada fakir miskin { وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ }. Golongan kedua ini tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makanan dan minuman kepada golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan dan keperluan harian. Ini kerana sifat bakhil dan keengganan mereka mengakui hari pembalasan. Golongan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah golongan kaya dan berada tetapi bersifat bakhil untuk bersedekah dan juga tidak menggalakkan orang lain untuk bersedekah. Sekiranya ada orang Islam yang tidak menggalakkan, menyekat atau pun memandang rendah perbuatan memberi sedekah kepada orang miskin, maka dia tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama.


3. Kepentingan Menjaga Solat
Golongan yang lalai dalam solat dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam ayat keempat dan kelima dalam surah al-Ma’un. Antara lain Allah menyebut dalam ayat keempat { فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ } dan  ayat kelima { الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ } . Allah S.W.T. mengancam dengan balasan neraka al-Wail atau kecelakaan besar dan kebinasaan terhadap mereka yang lalai dalam menunaikan kewajipan bersolat. Antara kelalaian yang dalam solat yang disebutkan itu ialah:

- Kelalaian dalam melaksanakan ibadat dengan sempurna berlandaskan syariat Islam seperti tidak menyempurnakan rukun-rukun solat atau syarat-syarat sah solat dan sebagainya.

- Kelalaian untuk melaksanakan solat pada waktunya. Sebaliknya melewat-lewatkan solat hingga hampir tamat waktunya, atau menunaikan solat sambil lewa sahaja iaitu mereka menunaikan solat dalam keadaan malas. Sebagaimana firman Allah S.W.T.  dalam surah al-Nisa’ : 142: Maksudnya:

“Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas”.

- Kelalaian untuk khusyuk dalam solat kerana tidak memahami isi kandungan solat tersebut seperti makna ayat-ayat al-Quran, tasbih dan zikir yang diucapkan dalam ibadat tersebut. Ertinya kita tidak khusyuk semasa menunaikan solat. Ia dianggap lalai dan leka dalam solatnya. Maksudnya:

"kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat);"


4. Keikhlasan Tunjang Ibadat
 Keikhlasan adalah tunjang dalam semua jenis ibadat. Kita mestilah sentiasa ikhlas dalam beribadat, jangan sekali-kali riak dan bertujuan menunjuk-nunjuk. Dalam ayat keenam surah al-Ma’un ini, Allah S.W.T. menjelaskan tentang keburukan sifat-sifat golongan Munafiqin yang melakukan ibadat dengan riak     { الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ }. Mereka ini dikatakan golongan yang menunaikan solat semata-mata untuk menunjukkan keimanan mereka kepada khalayak ramai. Apabila orang Islam tidak ada mereka akan meninggalkan solat mereka dan kembali kufur.

 Sememangnya amat sukar untuk menghindari perasaan riak kecuali orang yang suka mendisiplinkan diri dan mengasuhnya agar bersifat ikhlas. Sabda Rasulullah s.a.w. 

      ( الرياء  أخفى  من  دبيب  النملة  السوداء  في  الليلة المظلمة  على  المسح الأسود )        

Maksudnya:
Riak itu lebih sukar dikesan daripada semut hitam yang kecil, di malam yang gelap, di celah-celah cemara rambut yang hitam.


5. Memberi Bantuan
 Ayat terakhir surah al-Ma’un ditujukan kepada orang-orang yang enggan memberi pertolongan sesama manusia. Ianya salah satu lagi sifat keji golongan Munafiqin. Mereka tidak mahu membantu orang lain dan tidak menggalakkan budaya bantu membantu sesama manusia.

Sikap bantu membantu di kalangan masyarakat adalah asas perpaduan umat sejagat.  Sikap bantu membantu seharusnya diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Bagi membentuk dan membina kehidupan umat manusia yang luhur, mereka perlu hidup dalam perasaan yang bersih dari sifat-sifat keji, saling bantu membantu, murah hati, kasih mesra, rasa persaudaraan, kesucian hati dan tingkah laku yang bersih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2:

Ertinya : “Bertolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan pemusnahan."

2 comments:


  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah