Tuesday, May 07, 2013

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim                   
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan       agama), maka  Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
 5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
 6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
 7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak                mendapatnya).

(Surah al-Ma'un:1-7)

Huraian:

Dalam sesetengah riwayat surah al-Ma’un diturunkan di Mekah. Dan dalam      setengah riwayat yang lain surah ini diturunkan di Mekah dan di Madinah. Iaitu tiga ayat yang pertama diturunkan di Mekah dan empat ayat terakhir diturunkan di Madinah. Riwayat yang terakhir adalah riwayat yang terkuat.

Surah ini berbeza dengan surah-surah yang lain kerana ia dimulakan dengan satu pertanyaan (أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ َ ) “Tahukah Engkau orang yang mendustakan agama?”. Dengan demikian, surah ini terasa lebih menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati orang yang pembaca. Pertanyaan yang dikemukakan di dalam ayat ini membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lebih lanjut lagi siapakah mereka yang mendustakan agama.

 Isi kandungan surah ini menjelaskan mengenai orang-orang yang mendapat kecelakaan kerana mendustakan agama dan hari pembalasan. Sifat-sifat mereka dijelaskan dengan terperinci.  Antara lain tentang membentak anak yatim, tidak mahu mendorong manusia untuk memberikan makanan kepada orang miskin, orang yang bersembahyang dengan hati dan jiwa yang lalai, tidak merasakan kebesaran Allah, tidak menunaikan sembahyang dengan khusyuk dan memahami maksudnya, serta tentang orang yang tidak mahu memberikan pertolongan kepada sesama mereka.

Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaily (2007), surah ini dinamakan al-Ma’un kerana di penghujungnya  (ayat Madaniyyah) Allah mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan. Firman Allah S.W.T.: (  وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ )“Dan (mereka) enggan memberi pertolongan”. (al-Ma’un, 107 : 7). Mereka sama seperti orang-orang lalai terhadap sembahyang dan orang-orang munafik. Perkataan al-Ma’un bermaksud benda-benda yang boleh dipinjam oleh seseorang jiran daripada jirannya seperti alat-alat untuk memasak; contohnya periuk, garam atau air. Alat-alat bercucuk tanam seperti baldi dan kapak. Alat-alat menjahit seperti jarum, benang dan benda-benda lain yang boleh dipinjam dan digunakan dengan segera. Surah ini juga dinamakan al-Din kerana pada permulaannya (berupa ayat Makkiyyah), Allah menyelar golongan yang mendustakan “al-Din” atau pembalasan di akhirat.

Sebab-sebab Turun Ayat
                                                       
Firman Allah {  أرءيت الذي  يكذب  بالدين} yang bermaksud :“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?” (al-Ma’un, 107 : 1). Terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan tentang sebab turunnya ayat tersebut. Menurut Ibnu ‘Abbas , ayat ini diturunkan kepada al-‘As bin Wa’il  al-Sahmi. Al-Sauddi berkata, diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia diturunkan kepada Abu Jahal. Ini kerana beliau adalah seorang penyelia anak yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit daripada hartanya kepada Abu Jahal. Mendengar permintaan tersebut, Abu Jahal menolak anak yatim tersebut.

Manakala Ibnu Juraij berkata, ayat ini diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim meminta sebahagian daripadanya. Abu Sufian bertindak mengetuk anak yatim tersebut dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan ayat ini أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ  . Allah S.W.T. menurunkan ayat dalam bentuk tanda tanya (istifham), menunjukkan kehairanan dan keanehan terhadap sikap manusia. Manusia seolah tidak percaya kepada hari pembalasan. Golongan ini adalah golongan manusia yang rugi.

Bagi firman Allah {  فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ} yang bermaksud :“Maka celakalah orang-orang yang sembahyang” (al-Ma’un, 107:4). Diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ibnu Abbas mengenai ayat tersebut, beliau berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama mereka. Mereka juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.

Allah S.W.T.  menurunkan ayat ini untuk menyatakan tentang kerugian terhadap orang-orang munafik yang riak dalam sembahyang mereka. Jika mereka sembahyang , mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala sebaliknya menunjuk semata-mata tentang keimanan mereka kepada orang-orang Islam. Sebaliknya, sekiranya mereka tidak bersama orang-orang Islam mereka lalai daripada melakukan sembahyang sehingga luput waktu. Sebab itulah Allah S.W.T. menyatakan celaka bagi orang-orang yang sembahyang iaitu bagi mereka yang sembahyang kerana riak.

Bersambung...

Usrah Mingguan: Kajian Surah al-Ma'un (1)

Monday, May 06, 2013

Di Jalan Dakwah..... Aku Mengenal Tarbiyah...

Di Jalan Dakwah ini kehidupanku berubah menjadi lebih bermakna...

Di Jalan Dakwah ini aku bercita untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW dan para sahabatnya...

Di Jalan Dakwah ini aku mengenal para murabbi yang jujur untuk didampingi

Di Jalan Dakwah ini aku dambakan syurga Ilahi dan syahid...

Di Jalan Dakwah ini aku mengerti makna ukhwah di jalan Islami...

Di Jalan Dakwah ini aku merindukan taubat dan petunjuk Ilahi...

Di Jalan Dakwah ini aku terdorong membangunkan potensi dan kekuatan diri...

Di Jalan Dakwah ini aku belajar erti perjuangan dan jihad

Di Jalan Dakwah ini aku garap citaku membangunkan jiwa anak bangsa dan umat...

Di Jalan Dakwah ini setiap langkah jadi bermakna...

Di Jalan Dakwah ini aku mencintai isteriku tercinta...

Di Jalan Dakwah ini aku membina keluarga dakwahku...

Dan Di Jalan Dakwah ini aku bertebaran dengan visi dan misi Ilahi...

Allahu Rabbi, Dakwah telah memberiku lebih banyak dari apa yang seharusnya aku beri....

Ya Allah, semoga aku mampu istiqamah di Jalan Dakwah ini dan jangan biarkan aku meninggalkan Jalan Dakwah tanpa sesal di dada...

Abu Ridhwan, 6 Mei 2013, Kuantan Pahang.

Di Jalan Dakwah Aku Mengenal Tarbiyah

Monday, January 14, 2013

Anda pernah makan durian Musang King? Memang terbaik. Saya ada menerima tawaran menarik.. [Up to 55% Off] 800g OR 1.6kg Premium Musang King Durian: De-shelled and Vacuum Packed from RM58. Delivery within the Klang Valley Available.. :-) 

Kalau durian pun kini diperniagakan melalui internet, bagaimana dengan dakwah islamiyyah? Sudahkan kita berusaha sampaikan disekitar kita walaupun dgn satu ayat? Sudahkah dakwah ini sampai ke setiap penjuru?
Apakah FB kita berdakwah? Apakah blog kita berdakwah? Apakah gelaran mahasiswa kita menjadikan kita mahasiswa alim dengan ilmu dan mujahid dengan dakwah, lalu kita men'jual' dakwah ini dengan penuh kesungguhan dan kreatif? Apakah kerjaya dan kedudukan kita, kita gunakan untuk dakwah? Apakah akhlak dan tuturkata kita sedang berdakwah? Apakah pergaulan seharian kita sedang berdakwah? Durian Musang King diperdagangkan orang seantero Klang valley, tapi dakwah Islam tidak mampu kita sebarluaskan?

Atau kita rasa tidak teruja dengan bisnes dakwah.. Allah berfirman di dalam al-Quran ayat 10-11 Surah as-Soff:

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Dalam riwayat Ibnu Abi Hatim dari sa’id bin Jubair , bahawa ketika turut ayat ini, para sahabat berkata, “ sekiranya kami mengetahui yang dimaksudkan dengan tijarah itu, pasti kami akan ikut serta melaburkan harta benda dan keluarga kami..”.

Ayat ini mempunyai pertautan yang erat antara tuntutan iman, dakwah dan tuntutan thadhiyyah (pengorbanan). Komitmen terhadap dakwah menuntut kita menjadi pelabur dan penyumbang terbaik untuk keberlangsungan dakwah ini. Ia juga menjadi bukti iltizam kita pada Islam.

Namun realitinya, kita dapati sebahagian kita berkira-kira untuk berinvestasi (melabur) untuk kehidupan akhirat sedangkan sudah dijamin keuntungannya yang berlipat ganda. Kita selalu selektif di dalam hal menyumbang untuk urusan syurga berbeza pula ketika kita memilih tawaran untuk urusan dunia. Kita sanggup berhabis-habisan di dalam soal pelaburan dunia, mencari dana dan wang untuk memastikan kita mendapat pulangan terbaik dari projek terbesar tersebut.

Bisnes Dakwah dan Durian Musang King

This entry was posted in :

Wednesday, December 12, 2012

Kita manusia biasa, perlukan cinta dan memerlukan dakwah. Bercinta dan berdakwah. Apa kayu pengukurnya? Cinta itu anugerah dari Allah, dakwah itu adalah pertanggungjawaban dari Allah jua. Bercintalah, asalkan tidak mencemari dasar dakwah dan syariah.
 
Ada sebuah kisah cinta luarbiasa yang dinukilkan oleh Syeik ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyahnya. Kisah menarik ini, atau yang sepadan dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.

Ini kisah tentang seorang gadis yang memiliki kecantikan yang luarbiasa. Dialah sang bunga di sebuah bandar yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tidak ramai yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan boleh dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman syurga.

Gadis ini tetap manusia biasa, lantas sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak fikirannya. Hanya diketahui melalui khabaran orang. Hanya melalui cerita yang beredar. Bahawa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahawa akhlaknya suci. Bahawa ilmunya tinggi. Bahawa kesolehannya membuat rasa iri. Bahawa ketakwaannya telah berulang kali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.

Gadis pujaan itu telah dilanda kerinduan sejak didengarinya dari ibu saudara berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke bandar sigadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tidak lagi mampu menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meskipun tidak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang ketampanan dan semuanya. Meskipun tidak pasti apakah cintanya bersambut sama.

Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu. Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, dari sang pemuda itu.

Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tidak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tidak keruan dalam dada. Dan sang gadis yang mendapati bahawa apa yang ia bayangkan tidak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, kerana demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.

”Maha Suci Allah”, kata sigadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”

Sang pemuda tersenyum sambil menundukkan wajahnya. Pemuda itu mula berkata, ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”

”Betapa inginnya aku”, kata sigadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”

Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Sang pemuda itu menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata. ”Tidak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi cuba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tidak berhak saling disentuhkan.Kerana di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. Dan penyesalan yang tidak berkesudahan.”

Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku dapat meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban perasaan ini. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”

”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”

Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syeikh ’Abdullah Nasih ’Ulwan tentangnya.

”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”,demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahawa sang Pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketakwaan kepada Allah.”

”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sedar melupakan satu perkara. Bahawa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahawa sang pemuda mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan. Bahawa ia meniupkan nafas dakwah dalam atmosfera yang ternoda. Dan nampaknya kita lihat dalam kisah ini sang gadis sama sekali tidak mengindahkan dakwahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.” Ya. Dia sama sekali tidak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandingan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan. Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?

”Kesalahan itu”, kata Syeikh ’Abdullah Nasih ’Ulwan dengan tegas, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu? ” Mereka berkhalwat! Mereka tidak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”

Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan.Ya. Sang pemuda memang sedang berdakwah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akhi yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Dakwah dusta!” Dakwah dusta. Dakwah dusta.

Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jerangkap syaitan. Kerana yang nampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran, ukuran berpaksikan wahyu.

Kemaruk Cinta: Hembusan Dakwah Di Atmosfera Lumpur!

Saya kini meneruskan pengajian saya di  di Kuala Lumpur. Dan saya ditugaskan oleh kepimpinan saya untuk menetap di Asrama HALUAN Penyayang, asrama anak yatim dan miskin di Bukit Naga Shah Alam. Nostalgia saya amat mendalam saat berada di sini. Sejak ianya diasaskan, pelbagai cabaran kami lalui untuk membina sebuah asrama anak yatim dan miskin yang menjadikan tarbiyah sebagai kurikulum terasnya.  Menatap wajah anak-anak penghuni asrama ini yang sedang menjalani kursus ibadah sebulan di asrama, telah mengingatkan kembali siapa diri saya satu saat dulu. Saya bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada saya.

“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.” (Ibrahim : 34)

Rakan-rakan pembaca sekalian, hakikatnya, masih ramai anak-anak remaja di luar sana dibesarkan dalam serba serbi kemiskinan. Baik kemiskinan di kampung, mahupun kemiskinan di bandar. Dan hakikatnya, pada rezeki yang ada dalam akaun bank kita, ada hak untuk mereka. Cumanya kita tidak teruja sangat untuk mendekati mereka dan memberi sesuatu kepada mereka agar dengan sedikit pemberian itu dapat meringankan beban mereka. Dan yang terpenting dengan sedikit pemberian dari kita itu, akan dikembalikan semula oleh Allah Yang Maha Memberi kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat.

Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata: “Dinamakannya sedekah, kerana dengan sedekah menunjukkan kejujuran orang yang memberinya. Harta itu disenangi oleh jiwa, apabila engkau menyedekahkan apa yang engkau senangi, maka hal itu sebagai dalil bahawa engkau jujur dan tulus dalam melakukannya.” (Syarah Riyadhus Sholihin, 3/161, oleh Ibnu Utsaimin rahimahullah)

“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu, sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 254)
Saya lampirkan satu kisah benar betapa di luar sana, ada anak-anak miskin yang luarbiasa mengajar kita erti kehidupan dan kesyukuran. Semoga kisah ini dapat memberi inspirasi dan keinsafan kepada kita betapa kesenangan yang kita miliki tidak ada nilai apa-apa sebelum kita berusaha untuk memberikan dan berkongsi sedikit kesenangan itu kepada mereka.

Cerita ini adalah kisah benar dari pengalaman seorang guru yang tulus dalam mendidik anak bangsa..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Bagaimana anda boleh membantu mereka.

InsyaAllah, Asrama HALUAN Penyayang membuka kemasukan pelajar barunya berusia dari 10 – 15 tahun. Ciri-ciri yang diperlukan, anak yatim dan miskin, mampu membaca Al Quran dan kualiti akademik yang sederhana. Jika tuan puan ada maklumat, mencadangkan untuk menghantar anak-anak miskin dan yatim memasuki asrama ini, bolehlah menghubungi saya di talian 0193338484 (Abu Ridhwan).

Kepada yang mahu menyumbang samada secara individu dan organisasi, amatlah dialukan. Asrama HALUAN Penyayang sedang mencari dana untuk membina asrama anak-anak Puteri di Jalan Kebun, Shah Alam. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di talian 019333 8484 (Abu Ridhwan)

Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".(Surah Al Lail : 5-8)

Allah Ta'ala berfirman lagi, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".(Al Baqarah : 261}

Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

Motivasi Kehidupan: Kemiskinan; "Kami Kongsi Kasut Dan Baju"

Tuesday, December 11, 2012

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia memakai make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis pernikahannya sendiri, kemudian dia mendengar azan Isyak dan menyedari bahawa wudhuknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wudhuk dulu dan solat Isyak.“

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.” Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wudhuk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar mendurhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak jelek atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mulai berwudhuk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Banyak mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada sisi Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan?

Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!

Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa menutup aurat atau dirahmati Allah dengan menjaga aurat?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa memelihara aurat?

(Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, kisah ini berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)

Motivasi Kehidupan: Kematian Menyapa Sang Pengantin Ketika Solat

Saturday, December 01, 2012

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah