Bagaimana mendidik anak-anak melalui pendekatan kreatif :
SUATU petang pada Ramadhan, Amin, 2 tahun, mengambil sebotol susu dari peti sejuk. Tiba-tiba botol itu terlepas dari tangannya, jatuh ke lantai, botol pecah dan susu tumpah berlambak di lantai.
Bayangkan apakah tindakan kita sebagai seorang ibu yang sedang berpuasa, letih, penat dan sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa? Dapatkah kita mengawal emosi menghadapi anak sekecil ini?
Kejadian itu mengingatkan saya, pada kejayaan seorang ahli sains perubatan yang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kajian dunia perubatan. Apabila dia ditanya mengenai faktor kejayaan dan kreativitinya dia menjawab:
"Ia bermula daripada pengalaman bersama ibu ketika berumur dua tahun. Saya hendak mengambil sebotol susu dari peti sejuk, tiba-tiba botol itu terlepas dari tangan, lalu jatuh, pecah dan susu tumpah di lantai.
" Ibunya tidak menjerit, marah dan menghukumnya. Ibunya berkata: "Robert, mama tidak pernah lihat kolam susu yang begitu cantik di dapur ini. Susu sudah tumpah, kita tidak boleh buat apa-apa, adakah awak hendak main dulu untuk beberapa minit kemudian kita bersihkan dapur ini?
Dia gembira dan terus bermain dalam lambakan susu itu.
Ibunya kemudian berkata: "Robert, lain kali jika kita tumpahkan susu begini, kita kena bersih dan mengemaskan mana-mana yang bersepah." Ibunya berkata lagi: "Robert, ini kita namakan satu ujikaji yang gagal bagaimana hendak membawa sebotol besar susu menggunakan dua tangan yang kecil. Mari kita ke laman dan isikan air ke dalam botol besar, kita akan lihat bagaimana membawa botol besar tanpa menjatuhkannya.
" Mendengar ia satu permainan dan ujikaji, Robert seronok! Pada saat itu dia merasakan bahawa dirinya tidak perlu takut melakukan kesalahan, sebaliknya ia adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru. Demikian juga dengan ujikaji sains. Jika ujikaji itu tidak berjaya pun, kita selalunya mendapat sesuatu yang baru.
Alangkah bagusnya jika semua ibu bapa memberikan tindak balas seperti ibu Robert lakukannya kepadanya?
Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita mendidik anak dengan acuan yang terbaik selari dengan syariat Allah. Sebab itu, Saidina Ali dan Imam Al Ghazali menganggap bahawa ibu bapa adalah sekolah pertama bagi anak.
Oleh itu, ibu bapa yang menjadi sekolah pertama untuk anak perlu membuat persiapan dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani. Hasilnya, mereka dapat mendidik anak sihat, kreatif dan seimbang dari keempat-empat aspek itu. Ibu yang tidak sihat, cerdik dan tidak berilmu, tidak mungkin dapat memberi perhatian dan tunjuk ajar sepenuhnya kepada anak, apatah lagi bagi kanak-kanak yang sememangnya amat bergantung kepada seorang ibu.
Seterusnya, ibu atau bapa yang mengalami tekanan emosi tinggi, tentu akan menyebabkan tekanan kepada anak.Tekanan emosi yang berpunca dari tekanan di tempat kerja, kerja rumah,hubungan kurang baik di antara pasangan akan menjadikan ibu atau bapa gagal mengawal emosi di hadapan anak. Mereka seterusnya akan menyelesaikan masalah anak yang meragam dengan tindakan yang tidak wajar seperti memarahi dan memukul anak. Tindakan sebegini jika berterusan akan menyebabkan kecelaruan mental kepada kanak-kanak sepanjang proses pembesaran mereka.
Islam menggariskan beberapa kaedah untuk kesejahteraan jasmani anak.
Pertamanya, Islam mewajibkan bapa memberikan nafkah kepada anak dari sumber halal dan baik. Oleh itu, bapa mesti memastikan pekerjaan yang dilakukan adalah halal serta dilakukan dengan bersih dan amanah. Bapa yang mencari rezeki juga mesti menjauhi pekerjaan syubahat atau ada unsur keraguan, penipuan dan penyelewengan. Hasil daripada rezeki halal akan menumbuhkan jasad anak yang mudah dibentuk dan dididik.
Kewajipan kedua ialah menjaga kesihatan anak dengan memberikan makanan berkhasiat dan mengubati penyakit mereka.
Ketiga, ibu bapa wajib mendidik anak menjauhi perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan atau penyakit dengan mengetahui cara menjaga kebersihan, memilih makanan dan persekitaran sihat. Ibu bapa juga berkewajipan menggalakkan anak bersukan atau riadah untuk kesihatan badan.
Dalam memberikan pendidikan mental, ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan seimbang sejak kecil lagi. Ilmu fardu ain dan kifayah hendaklah diberikan sejak anak berusia lima atau enam tahun.
Kenalkan juga anak dengan kehebatan perjuangan Rasulullah saw, tamadun Islam dan kehebatan tokoh Islam, agar mereka tidak memandang Islam sebagai agama yang sempit. Malah mereka patut tahu bahawa Islam adalah cara hidup yang sebenar dan terbaik.
Sekiranya mereka memiliki keimanan mantap dan mengetahui perancangan musuh Islam, insya-Allah mereka akan terselamat daripada gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Apatah lagi keruntuhan aqidah. Di samping itu, untuk menjana kehebatan minda anak-anak mesti diajar mencintai Rasulullah saw dan al Quran. Kecintaan kepada rasul dan al-Quran akan menjadikan seseorang mencintai ilmu. Ini kerana al Quran adalah sumber segala ilmu dan Rasulullah saw adalah pengasas kepada tamadun ilmu sebenar.
Source:Wadah Wanita Islam

0 comments:
Post a Comment