Saya ada beberapa soalan mengenai talak. Saya harap ustaz dapat memberikan jawapannya dengan lebih terperinci. Saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.
Soalan pertama : Suami saya pernah berkata " kalau awak KELUAR MAKAN BERDUA-DUAAN dengan lelaki maka jatuh talak ". Persoalannya :-
i) kalau saya keluar jumpa dengan lelaki secara berdua-duaan tapi kami tidak makan hanya pergi membeli belah, untuk mengambil barang dan berbual-bual kosong
ii) saya pernah keluar dengan budak lelaki sepejabat atas urusan kerja tapi kami tidak makan
iii) saya juga pernah menumpang kawan lelaki sepejabat pergi dan balik kerja
Untuk semua persoalan di atas adakah jatuh talak terhadap saya jikalau saya melakukannya.
Soalan kedua :-
Saya wanita yang bekerja mempunyai pendapatan melebihi dari suami. Saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan sekolah anak-anak, makan minum pakaian belanja dapor kerana suami saya tidak memberi duit belanja. Suami saya seolah-olah lepas tangan dalam hal
ini. Atas sebab itu kekadang membuat saya amat kecewa dengan kehidupan ini kerana saya berpendapat lebih baik hidup sendiri daripada bersuami. Adakah saya berdosa kalau saya meminta cerai dari suami kalau suami masih tidak mahu berubah ?
Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya benar-benar dalam dilema sekarang. Terima kasih
----------------------------------------------------------
Respon,
Kepada puan yang bertanya,
1.Lafaz yang diucapkan oleh suami puan adalah bentuk ta'lik. maka tidak jatuh talak sekiranya puan tidak melakukan seperti mana yang dilafazkan, cuma perlu diingatkan bahawa lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik.
2. Tugas mencari rezeki/nafkah adalah tugas suami, sumbangan yang puan berikan adalah merupakan sedekah. Berhubung dengan cadangan puan untuk minta cerai tangguh dahulu kerana jalan penyelesaian masih terbuka. Boleh adakan rundingan dan dapatkan kaunseling atau khidmat nasihat.
Terima kasih.
Respon dari Ustaz Salleh Saad (Imam Masjid Putra, Putrajaya)
Respon dari Ustaz Salleh Saad (Imam Masjid Putra, Putrajaya)
0 comments:
Post a Comment