Friday, May 04, 2007

Masalah Suami Isteri

Soalan:

Assalamualaikum,

Saya sebagai seorang isteri ingin membuat pertanyaan tentang kemusykilan saya tentang hak2 dan keutamaan saya sebagai seorang isteri. Ini kerana suami saya kelihatannya jauh lebih mementingkan kaum keluarganya sendiri berbanding isteri dan anaknya. Dia sering mengutamakan kepentingan saudara maranya dan sering membanding-bandingkan saya dengan anak2 saudaranya dan pernah menyuruh saya bersolek seperti anak saudara perempuannya. Sebagai seorang isteri tentu sahaja hati saya terguris.

Bila saya menyuarakan rasa hati alasan yang deberikan adalah kerana mereka semua telah lama bersamanya berbanding saya. Tindakannya meyebabkan saya sering berkecil hati.

Terima kasih.

BungaBiru

Jawapan1 :

Jawapan 1:

Saya ucapkan terima kasih diatas pertanyaan puan.

1. Kita rasa bangga sekiranya suami memberi nasihat dan teguran demi membina rumahtangga dan kasih sayang yang (mawaddah dan rahmah,)lagipun suami sebagai ketua keluarga.

2. Berhubung dengan sikap suami yang mementingkan ahli keluarganya sendiri saya berpendapat agar perkara ini dibincangkan bersama. kerana suami bertanggungjawab ke atas isteri,anak-anak dan ahli keluarga.

Akhirnya saya bersedia membentu sekiranya pasangan ini bersedia untuk berbincang.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Salleh Saad

Penasihat Akademi Tarbawi

Jawapan 2

Sebelum menjawab persoalan ini, perlu dinyatakan jawapan ini hanyalah berdasarkan aduan puan yang menyoal. Kerana kami tidak mengetahui situasi yang sebenar dan hakiki. Ini juga disebabkan bila timbulnya sesuatu masalah, seringkali pihak isteri yang membuat pengaduan, bukan suami. Mungkin kerana sifat perempuan yang lebih mudah meluahkan rasa tidak puas hati mereka berbanding kaum lelaki, walaupun kadang-kadang punca masalah berbalik kepada kaum wanita sebenarnya.

Berbalik kepada soalan tindakan suami puan itu andainya aduan ini benar, maka amat tidak wajar sekali. Suami wajib mengutamakan ahli keluarganya dahulu berbanding kaum kerabat kerana suami akan ditanya tentang ahli keluarganya dahulu diakhirat nanti. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “ Manusia berdosa bila ia mensia-siakan orang yang ditanggung belanjanya”. Dalam riwayat lain, dari Jabir r.a, nabi bersabda yang bermaksud “Yang pertama kali diletakkan di timbangan amal manusia ialah nafkah kepada keluarganya”. Nafkah bukan sahaja yang zahir seperti makan minum sahaja, tetapi juga nafkah batin seperti keperluan seksual, kasih-sayang, kemesraan, hormat-menghormati dan sebagainya. Tentang sanak-saudara lain juga ada kewajipan yang mesti ditunaikan, tetapi mestilah diketahui keutamaan. Sanak-saudara suami puan, ada orang lain yang lebih perlu bertanggung jawab ke atas mereka berbanding suami puan. Namun puan jangan sampai menghalangnya pula dari menunaikan hak-hak sanak-saudaranya.

Berkenaan dengan bersolek, tidak ada salahnya jika isteri bersolek untuk menyenangkan pandangan suami. Malah bersolek, menghias diri, berdandan dan berwangi-wangian untuk suami itu adalah satu tanggungjawab isteri. Tetapi jika berhias untuk dilihat oleh selain suami dan lelaki-lelaki bukan muhrim, maka hukumnya sudah menjadi haram. Ketaatan seorang isteri kepada suami tertakluk dalam batasan syarak. Tidak boleh isteri taat kepada suami sekiranya arahan suami untuk melakukan sesuatu yang dimurkai Allah.

Membandingkan isteri dengan orang lain adalah tidak wajar kerana sudah menjadi sunnatullah makhluk sentiasa berbeza-beza kelebihan dan kekurangan diri. Sebagai bersangka baik, boleh jadi suami puan sekadar ingin memberi contoh semata-mata. Ikut sahajalah seleranya selagi tidak menyalahi hukum syarak.

Adalah dicadangkan puan menggunakan orang tengah yang sangat dihormati oleh suami puan untuk menyampaikan nasihat. Disamping puan juga wajib terus menunaikan hak-hak suami puan demi menjaga hatinya supaya menjadi lembut dan mengasihi puan seperti di awal perkahwinan. Dan akhir sekali, kesabaran seorang isteri di atas kelemahan diri suami pasti ada ganjarannya di sisi Allah. Wallahu a’lam.

Ustaz Rizal Ariffin

Penasihat Akademi Tarbawi


2 comments:

  1. salam...
    sye tertekan dgn suami sye.suami sye xpernah bg nafkah n pentingkan diri dan keluarga die sendiri.sampai hal masalah keluarga die sye yg kena tanggung..ayah die yg sakit pon sye yg kena jage padahal die sbg anak xpernah sentuh pon,sye taw ayah die mmg jht.dgn mslh mak n adik2 die yg xtahu hargai pertolongan sye n sye ni mcm org gaji.sye ni mcm isteri yg bodoh.patut ke sye mtk cerai.?sye tertekan sgt2 sbb sye xcukup perhatian,kasih syg n di perlakukn mcm murahan sgt2..semua keperluan sye xdisediakn..

    ReplyDelete
  2. Salam..sy juga mengalami masalah yg sama..suami sy lebih mengutamakan ceramah palastin berbanding isteri nya yg sakit..

    Adakah ceramah lebih penting berbanding kesihatam isteri yg memerlukan ubat..duit nafkah xbagi tp pergi bersedekah untuk org lain..adakah tindakan ini betul

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah