Thursday, November 27, 2008

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 1


“Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Rabbnya”


Manusia lahir ke dunia dan selanjutnya mendiaminya merupakan suatu kepastian yang tidak boleh dihindari. Ia kemudian menjalani kehidupan yang tidak pernah ia mengerti. Bukan pemaksaan, hal ini sudah merupakan suatu ketetapan bahawa ia harus ada dan sering tak pernah menyedari bahawa keberadaannya bukanlah kehendak dan kuasanya ia sendiri.




Hairannya, ketidakmengertian ini sering menjadikan ia sombong. Ia sering bertindak atas kemahuannya sendiri, seakan dialah yang paling hebat dan mampu berbuat apa saja. Padahal ketika ia lahir ke dunia, ia tidak membawa apa-apa kuasa untuk di banggakan dan ia juga lahir sebagai makhluk yang tidak berdaya, tak mampu berbuat dan bertindak apa-apa. Pada waktu dia lahir, dunia ini telah ada dan lengkap dengan segala sesuatu yang diperlukankan dan diinginkan sebagai bekal dalam hidupnya.



Dengan kemampuan akalnya, manusia akan mampu menguasai dan memimpin dunia, sehingga akibatnya ia hanya sedar akan kewujudan dirinya, tapi disisi lain ia lupa akan keperluan dirinya sendiri. Siapapun orangnya yang ada di dunia pasti pernah terdetik dalam hatinya pertanyaan-pertanyaan : siapa aku, dari mana engkau berasal, untuk apa di dunia, dan harus bagaimana aku hidup. Namun kebanyakkan orang pertanyaan-pertanyaan tersebut tidak terjawab dan tersingkir oleh tidak terhingganya hajat hidup yang tidak terbatas waktu yang bergerak pantas dan mengutamakankepentingan dan perhatian dirinya. Hanya orang-orang tertentu yang mahu menelusuri permasalahan tersebut untuk menemukan keperluan hakiki dirinya.



Konsep manusia yang paling tepat dan utuh terdapat dalam Al-Quran dalam Surat Al-Hijr : 9.


“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”



Adapun konsep manusia dalam Al-Quran adalah sebagai berikut :


1. Al-Basyar


“Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ', lalu menjadilah ia."

(A’li Imran: 47)



Ini menunjukan bahawa manusia sebagai makhluk biologi.



2. Al-Insan (QS. 5 : 3 ; 76 : 1 - 2)


1. Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda Yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?



2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. (Al Insaan:1-2)

Ini yang membezakan antara manusia dengan haiwan iaitu diberinya akal untuk merenungkan, memikirkan, menganalisa dan mengamati ciptaan Allah.



3. Bani Adam (QS. 2 : 31 – 37 ; 17 : 70 ; 38 : 71, 76)


31. Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".



32. Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".



33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".



34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.



35. Dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".



36. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".



37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 31-37)



Ini bermula dari penciptaan Adam sebagai manusia pertama di dunia yang mempunyai musuh syaitan(QS. 7 : 12)



12. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah." (Al A’raaf:12)



4. An-Nas (QS. 2 : 8, 204 ; 114 : 1)


Manusia sebagai makhluk sosial yang memiliki berbagai karakteristik.



8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al Baqarah:8)



1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (An Naas:1)


0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah