Monday, October 04, 2010

Tekanan Peperiksaaan... Menyahut Cabaran


Penulis menerima banyak kiriman SMS dan email dari beberapa orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM 2010. Kebanyakan mereka adalah para peserta siri-siri ceramah dan program motivasi penulis di sekolah-sekolah mereka. Antara pertanyaan yang paling banyak diutarakan ialah merasa takut dengan tekanan peperiksaan SPM yang semakin hampir.

Kepada para pelajar calon SPM 2010, anda bukanlah generasi pertama yang akan mengambil peperiksaan tersebut. Merasa tertekan adalah perkara biasa dan ianya menjadi tanda bahawa kita "aware" dengan apa yang bakal kita tempuhi. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan baki 50 hari (saat artikel ini dituliskan)lagi SPM yang bakal menjelma.Mengurus saat-saat kritikal ini penting bagi menstabilkan rasa tekanan pad diri kita.

Berkenaan perasaan tekanan yang dihadapi, sebenarnya tekanan yang adik-asik hadapi tidaklah sebesar mana, jika dibandingkan dengan seorang rakan kita yang bernama ammar dari Palestin. Beliau juga seusia dengan anda dan bakal menghadapi peperiksaan penting. Anda tahukah pada saat ini di mana beliau berada?

Adik-adik tentu saat ini masih berada di sekolah, rumah dan asrama.. Tetapi teman kita Ammar, saat ini berada di dalam penjara Israel. Beliau di tangkap oleh tentera Israel atas tuduhan melempar batu. Justeru beliau tinafikan hak untuk menduduki peperiksaan. Agaknya, apakah tekanan yang sedang dilalui oleh Ammar? Fikir-fikirkan dan ambillah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan memaksimakan lagi usaha kita untuk menggempur SPM..

Berikut penulis lampirkan kisah Ammar yang diceritakan kembali oleh ibu beliau. Kisah ini penulis terjemah dari sebuah laman sesawang English... Semoga kita mendapat pengajaran dan inspirasi dari kisah beliau.

Terletak di utara Hebron di Tebing Barat yang diduduki Israel, pintu masuk ke kampung Beit Ommar, Palestin juga merupakan tapak bagi sebuah pos tentera Israel. Sebuah gerbang kuning besar dibuka dan ditutup atas pemantauan tentera Israel, yang boleh menyekat secara langusung pergerakan penduduk bandar dari seluruh Tebing Barat pada setiap masa. Beit Ommar telah dijajah sejak tahun 1948, dan hari ini bandar ini terus menderita kesan pendudukan penempatan haram Israel di sekitarnya yang semakin melebar. Jody McIntyre wartawan dari Electronic Intifada telah mewawancara seorang penduduk Beit Ommar, Puan Amal al-Montallab.
Jody McIntyre (JM): Sila memperkenalkan diri.

Abed Amal al-Montallab (AM): Nama saya Amal Abed al-Montallab, 45 tahun, dan saya mempunyai enam anak, tiga puteri dan tiga putera. Kami hidup di daerah Thahr al-Burrahesh Beit Ommar. Anakku tertua, Ammar, adalah 17thn dan saat ini dia di penjara. Anak-anak saya yang lain masih kecil dan masih di sekolah, jadi hanya suami saya sahaja yang bekerja, tetapi dia tidak boleh bekerja di kawasan Israel kerana dia telah dipenjara dua kali sebelum ini, kesannya, suami dibayar upah yang rendah. Tapi kami sedar bahawa cerita kami tidak unik, ada keluarga yang lebih ramai di sini memiliki kisah yang sama.

JM: Bolehkah anda ceritakan tentang saat tentera Israel datang untuk menangkap Ammar?

AM: Kejadian itu berlaku pada dua bulan yang lalu (Julai 2010). Tentera Israel menyerbu dan menduduki persekitaran, dan mula bertanya di mana mereka boleh mencari rumah Mohammed Abdul Hameed Abu Maria, suami saya, tetapi tetangga mengatakan kepada mereka bahawa mereka tidak pernah mengetahui rumah orang tersebut. Ada seseorang telah memberikan maklumat tidak tepat kepada tentera, kerana mereka sedang mencari seseorang bernama Omar, bukan Ammar.

Seminggu kemudian mereka datang kembali, tapi kali ini mereka yakin tentang nama dan lokasi rumah kami. Saat itu jam 2.00 pagi. Sepuluh orang tentera menyerang rumah kami dan betindak sangat keras terhadap anak-anak kami. Mereka bertanya kepada suami saya di mana anak saya Ammar, dan suami saya mengatakan kepada mereka bahawa Ammar sedang bekerja di Jericho. Kemudian, mereka memaksa suami saya ke ruangan berasingan, dan bertanyakan kepada anak-anak saya yang lain soalan yang sama, satu-per-satu, tetapi mereka semua memberikan jawapan yang sama: "Abang kami bekerja di Jericho." Mereka cuba untuk menghelah suami saya dengan mengatakan kepadanya bahawa salah seorang anak-anak kami telah memberitahu mereka bahawa Ammar berada di desa, tetapi suami saya menjawab, "Aku tahu bahawa tidak seorang pun dari anak-anak aku mengatakan sedemikian kepada kamu, dan itu hanyalah dari fikiran kamu semata." Akhirnya, tentera Israel beredar.
Kami menutup pintu dan tidur kembali, tetapi lima minit kemudian askar-askar yang sama menyerbu rumah kami lagi, kali ini dari pintu belakang, dan berada di rumah kami selama dua jam. Komander tentera datang dan mengambil nombor telefon kami, Dia berkata kepada kami bahawa dia tahu Ammar sedang tidur di rumah pakciknya, tetapi mereka tidak mahu pergi ke sana kerana akan terjadi masalah. Mereka memberi kami kertas memerintahkan kami untuk membawa Ammar ke sebuah pangkalan tentera yang berhampiran untuk disoalsiasat, pengkalan tentera itu terletak di pemukiman Gush Etzion, tapi saya menolak kerana saya tahu bahawa Ammar masih ada ujian akhir untuk belajar. Komander itu berkata, "Jika anda tidak membawa dia, esok kami akan menembak dia sampai mati!"
Keesokan harinya, mereka menelefon kami dan mengatakan bahawa kami punya waktu sepuluh minit untuk membawa Ammar kepada mereka, jika tidak, mereka sendiri yang akan menangkap Ammar, dan menembak dia di depan mata kami.

Kami bimbang kerana kami tahu bahawa seseorang di persekitaran kami dengan mudah bekerja untuk tentera Israel dan membuat masalah kepada Ammar. Kami juga bimbang bahawa mereka mungkin menangkap Ammar di sekolah, di hadapan semua pelajar, yang pasti akan mengakibatkan pertengkaran dan penangkapan yang lebih ramai.

Suami saya memberitahu kepada komander bahawa kami akan membawa Ammar kepada mereka setelah dia selesai ujian, dan menawarkan membayar wang untuk penangguhan tersebut atau rela dirinya ditangkap sahaja sementara menanti Ammar menyelesaikan peperiksaannya, tapi mereka menolak.

Ammar masih dalam penjara sekarang, sudah dua bulan berlalu, dan peguam berfikir dia akan berada dipenjara selama antara 5-7 bulan secara keseluruhan. Pihak tentera mengatakan bahawa anak kami melemparkan batu, dan tindakan Ammar itu boleh mengakibatkan seseorang terbunuh, tetapi mereka belum ada satu bukti pun.
JM: Mengapa anda fikir mereka ditangkap Ammar?

AM: Mereka mahukan Ammar kerana dia belajar untuk ujian akhir. Tentera Israel bertindak sedemikian saban tahin, mereka menangkap anak lelaki ketika mereka mempersiapkan diri untuk peperiksaan akhir agar anak-anak remaja kami tidak berpendidikan. Apabila mereka menangkapnya pada saat hari peperiksaan hendak bermula, dan secara automatik apabila anak-anak ini tidak dapat hadir peperiksaan, mereka akan kehilangan satu tahun pendidikan.
Ada seorang remaja kami di persekitaran ini yang ditahan tiga tahun berturut-turut. Setiap tahun, mereka menangkapnya tepat sebelum peperiksaan akhir, dan kemudian dua bulan kemudian melepaskannya.
Jika tentera Israel takut anak-anak kami membaling batu, mereka harus tahu bahawa kami menderita yang amat sangat. Tapi kami sabar, dan saya yakin, tatkala anak saya dibebaskan kembali, dia akan kembali ke sekolah.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah